Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 29, 2010

Kehendak dan keinginan hati

Selamat petang.

sudah petang kah? ohhh rasanya masih tenghari lagi (aku blur sekejap). masih cuba merajinkan diri untuk menulis. wish me luck. tapi aku cuba lari sedikit dari bercerita tentang anak. tak mahu terlalu publish anak. mungkin ada orang jemu dan kata-kata di belakang aku. mana tahu. mungkin. tapi aku suka membaca cerita tentang anak-anak kecil sambil melayan gambar-gambar si kecil. percayalah.

ok berbalik pada tajuk di atas. cewahhh. macam nak mengarang surat jer gayanya bukan?

kadang-kadang kita sebagai manusia tak lari dengan kehendak dan keinginan yang datang secara tiba-tiba kan? macam kes aku ini, aku cuba control kehendak dan keinginan yang datang membuak-buak dalam diri. tapi akhirnya aku tewas. dan mulalah aku menyalahkan diri dan kadang-kala membebel seorang diri "hei nurul, kamu boleh. try dapatkan secepat mungkin. mesti boleh. jangan kata tidak dalam diri. u can do it nurul".

petang semalam sambil menunggu saiful mengambil aku ke tempat kerja, aku yang kebosanan menunggu sambil melihat orang yang lalu-lalang di depan aku ini, mulalah buat otak dan fikiran aku menerawang entah ke mana. sambil tangan tekan kuat-kuat button hp "kat mana tu? dah dekat satu jam tunggu" (nurul, sila salahkan diri-sendiri. lain kali sila drive sendiri ke tempat kerja). memang salah aku sebab sejak kebelakangan nie aku sangat malas mahu drive. haha.

aku selalu terfikir aku mahu itu mahu ini. kadang-kadang boleh jer aku dapatkan. tapi aku selalu fikir tak membazir ke? sekarang keinginan aku yang paling aku inginkan adalah aku mahu kurus. aku rasa malu menghadap cermin. aku mahu kurus plis plis.

dan aku perlukan purse baru. sebelum raya, aku dan saiful sudah puas sudah merata mencari purse aku itu sana sini. sedia maklum aku sangat cerewet kadang-kala. aku mahukan guess. jangan gelakkan aku. sebab aku memang peminat tegar jenama guess ini dari zaman muda remaja. purse guess lama aku tu dah macam tahap hajap bebenor menyakitkan mata aku jer tgk. (nurul, sila salahkan diri-sendiri. sebab engkau memang tidak pandai menjaga kebajikan purse tersebut). hati sedih.

dalam kereta semalam saiful pujuk aku. "iya nanti kita pergi cari lagi. jangan buat muka sombong monyok begini". aku pun tak faham kenapa saiful cakap aku sombong monyok. haha.

jadi kali ini aku terpaksa mengalah. aku tak boleh control kehendak dan keinginan aku. aku marah dengan diri aku sendiri.

why?

why?

why?

HATI BERKATA : nurul sila bersabar dalam mengawal kehendak dan keinginan kamu itu.
AKU MEMBERI JAWAPAN : maaf kali ini aku tidak boleh menahan lagi kehendak dan keinginan aku ini. sila maafkan aku jika aku membazir kali ini. haha :D

15 comments:

  1. Alahai mama raina ni..sesekali pe salahnye!!dan rasenya xde la mahal sgt pon kn?

    p/s:Kekadang rase malu jugak nak kuarkn duit dari purse y dah kelabu asap w/pon berkoyan2 duit dok dlm tue..he he

    ReplyDelete
  2. beli purse yg puas hati taham sampai bertahun-tahun xde membazirnya lah Nurul. kite pn aritu beli purse alfio raldo rege ratus2 ganti purse guess yg zipnya dh rosak. tu pn da pakai bertahun-tahun.

    alah beli, menang memakai =)

    ReplyDelete
  3. luv like this : daku cuba control mengawal kehendak dan keinginan tetapi daku kdg2 tak boleh la . hehe

    ReplyDelete
  4. sherena : tu la perangai nurul mcm awak la jugak kan sherena nurul rasa mahal tak pe asalkan puas hati dan tahan. hehe :)

    ReplyDelete
  5. sherena : tu la perangai nurul mcm awak la jugak kan sherena nurul rasa mahal tak pe asalkan puas hati dan tahan. hehe :)

    ReplyDelete
  6. hehe.... biasa kot org fomfuan ni.... susah sikit nk kawal perasaan bila ada kehendak.... :)

    ReplyDelete
  7. yaya : kan? org ppuan selalu mcm tu kan? hehe :)

    ReplyDelete
  8. hehehe guess pun ok ape....

    dlu ade gak satu
    tp dh tukar dgn yg lain

    hadiah besday hehehe

    ReplyDelete
  9. biasalah tue nurul..yang mahal dah tentunya bagus dan tahan lama...guess pulak tue...

    ReplyDelete
  10. hahaha. bukan main lg intro nya yer kak. tunjuk la sikit purse guess nya kak. :D

    ReplyDelete
  11. ween : daku mmg suka design guess tu ween. hehe :)


    mun : aah kan mun. mahal dan tahan lama :)


    afeeqa : daku keseganan mahu publish itu purse. hehe :)

    ReplyDelete
  12. nurul, dah dpt purse baru ker??? sesekali tak pe dear, takkan asyik utk anak jer :D

    ReplyDelete
  13. cuba sedaya upaya utk kontrol keinginan kan nurul..tp kdg2 terlepas jugak..:)

    ReplyDelete
  14. hehee..masa muda remaja dulu zuris pun cmtu lah
    apa aje keinginan hati,mesti dijadikan keperluan.perlu sangat2 konon ;P

    skrg...dah blh fikit secara rasional sikit.sbb dah jadi mak org kot.hehee..

    ReplyDelete
  15. julia : lum dpt lagi purse tu julia tgh nak mencari gak ni


    maria : tu la kdg2 terlepas nak control keinginan dan kehendak kita :)


    zuris : tu la pasal kan zuris :)

    ReplyDelete