Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 7, 2010

Penulisan edisi raya

rambut raina yang jadi senget bahagian depan

tengok lebih dekat pun nampak kan rambut raina nie senget tak sekata

Assalamualaikum

Mesti sekarang nie masing-masing dah mood raya kan? tapi bagi aku raya nie yang paling seronoknya adalah budak-budak kecik. kalau kita yang dah besar panjang nie raya sederhana jer. tapi bila sudah ada anak sendiri nie perasaan raya nie lain sikit. bagi aku lah.

lagi-lagi anak aku perempuan. macam-macam yang aku nak beli. benda yang remeh-temeh pun aku nak beli. bab rambut pun aku dah fikir awal-awal. dalam hati nak potong rambut raina sempena raya nie macam ala-ala pelakon kanak-kanak si mia tu lah. kononlah kan? berangan lebih jer aku nie. sekali bila potong jadi senget. sebab raina tak mahu duduk diam. hehe. itulah yang seronoknya anak perempuan nie. bab rambut raya pun siap masuk senarai perparation raya nie. hehe :)

try lepaskan rambut raina tanpa di ikat baru nampak ok sikit

bahagian belakang rambut tanpa di ikat

macam nie lah rupa rambut raina kalau di ikat

kalau dari segi persiapan untuk aku dan saiful pun biasa-biasa saja. sederhana itu penting kan? tapi untuk anak tu memang tak dinafikan memang meriah. macam-macam untuk anak. itu nak beli ini nak beli. boleh dikatakan selagi tak rayalah ada jer barang untuk anak yang nak dibelikan.

disebabkan ikut nafsu membeli nielah aku terbeli kasut raya raina sampai 6 pasang. kebanyakan kasut-kasut raina tu aku dah beli sebelum puasa lagi. dan baru-baru nie aku try pakaikan kasut tu kat raina. nak tahu apa jadi? kasut tu semua longgar. hah ambik engkau nurul. kononnya masa beli tu terus beli saiz besar. tak sangka dah nak raya nie bila raina test pakai masih longgar. nak tak nak aku terpaksa belikan kasut raya raina yang baru ikut saiz kaki dia. percaya tak kaki raina yang umur 9 bulan masih kena pakai kasut saiz 0-6 bulan? kalau tengok kaki dia memang panjang tapi realitinya dia masih kena pakai kasut saiz 0-6 bulan lagi.

jadi pengajaran kat sini bershopping tu kena berhemah. jangan ikut nafsu. kena set kat otak tu jangan membazir. cewahhh. aku menulis nie macam aku nie bagus sangat kan? tapi lepas nie memang aku nak cuba set kat otak aku tak mahu membazir. beli apa yang penting saja. InsyaAllah.

di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan aku memohon maaf kepada sesiapa yang terasa ke atau aku ada sakitkan hati sesiapa secara sedar dan tidak aku sedari ke kan. kepada pembaca blog aku terutamanya sebabnya mana aku tahu selama aku menulis nie ada yang tidak senangi cara aku menulis. selamat hari raya dari aku, saiful dan raina :)

28 comments:

  1. raina yg comel wpun rambut dia mama potong senget. hehe. salam lebaran juga untuk nurul sekeluarga dari fie & family.

    =)

    ReplyDelete
  2. fie : selamat hari raya utk fie dan sekeluarga ye fie :)

    ReplyDelete
  3. geramnyer tgk rambot raina panjang boleh diikat. rambut naurah macam tuelah lagi. halus2 tumbuhnya. mmg nmpk botak jugaklah hihi

    tu psl kene siap sedia dgn topi sllu heheh =p

    ReplyDelete
  4. comelnye saina berambut baru....sweet gitu..biasalah tue bile dah ader anak nie...persiapan anak diutamakan dulu..kite takde sgt pown takpe...papepown selamat hari raya buat nurul sekeluarga..mohon ampun dan maaf dari mun..jg diri elok2 yee..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya nurul, raina dan saiful! kalau nurul rajin, mai la ke perak. hehe.

    kita nak minta maaf zahir batin kalau ada tersalah cakap, tersilap bahasa ye.

    ReplyDelete
  6. intan : best kan kalu jumpa bloggers reramai. ermmm ari tu ada gak papa raina plan nak pi pangkor. terfikir gak kalu pi pangkor lg leh la jumpa intan,khalish tp tak tahu la jadi ke tidak plan papa raina nie

    mun : betul2 yg utama persiapan raya lbh kpd anak2


    sherena : ala tak pe la awak nanti rambut naurah akan tumbuh punya. tggu naurah dah besar sikit nanti mesti rambut naurah tumbuh

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya utk family raina

    ReplyDelete
  8. chempaka : selamat hari raya juga utk chempaka sekeluarga ye

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya utk Nurul, Saiful & baby Raina. Raihan pun nak minta maaf if ada terkasar bahasa/perkataan sepanjang kenal dengan Nurul ni.

    hmmp. Mama dah belikan henbeg utk Raina blum?. Banyak sampul raya nak collect nih. Hihi.

    ReplyDelete
  10. chomel laa raina macam mane pun.. geram je tengok pipi dia.. teehee~
    dapat rasa macam mane teruja nye bila jadi ibu kan.. hihii

    selamat hari raya nurul dan keluarga ye..

    ReplyDelete
  11. mak aih kak..bnyk ohhh smp 6 pasang..
    comel tul gmbr raina pkai sepit tuh..gewam2!

    nway kak..selamat hari raya aidlilfitri..:)
    nti update gmbr raya plop..;p

    ReplyDelete
  12. comel je buat mulut kepit camtu. hehe. nway selamat hari raya utk nurul & family. :)

    ReplyDelete
  13. raihan gak sekeluarga ye. tak belikan beg kecik utk raina pun raihan. hihihi


    noorulaz : selamat hari raya jugak utk awak :)

    atiqah : tu lapipi raina jer tembam. badan dia biasa jer qah. selamat hari raya qah

    ReplyDelete
  14. fasya : selamat hari raya utk fasya gak ye :)


    yaya : hehe. smlm masa nak amik gmbr dia buat aksi mcm tu. selamat hari raya yaya sekeluarga.

    ReplyDelete
  15. geramnya tengok raina tau.
    raina raya mana?
    nanti auntie balik s.alam...kita jumpa ek?

    selamat hari raya,nurul
    maaf zahir & batin
    :)

    ReplyDelete
  16. wah! byknya kasut raya raina!!!!! hihihi... mmg fiza pun asyik terbeli jek baju mia. ter yea. ekekekekeke....


    selamat hari raya nurul & family!
    maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  17. zuris : selamat hari raya utk zuris,mr shahril dan kysha. ohh raya kat shah alam ke? leh jumpa mcm tu

    ReplyDelete
  18. fiza : alasan kita nie fiza TERbeli. hehe TERbeli ke? kira TERbeli la tu kan. selmat hari raya utk fiza, damia, daddy damia yeah

    ReplyDelete
  19. kalau utk anak rasanya tak membazir kot???

    ReplyDelete
  20. hehe baru nk bg comment kt fb rambut raina xsekata..erm dh agak tentu raina xdok diam smpai jg gtu..standard la tu nurul kalo ptong rambut budak tp paper pun raina ttp cute..slamat hari raya..bez la raina kutip duit raya thn ni yer..

    ReplyDelete
  21. salam nurul..selamat hari raya...mmg nurul.ku ni pun sbb dh ada dua..mmg bajet ketat sket..beli sket sket.nsb baik byk dh beli dr awal tahun dulu.

    ReplyDelete
  22. farah : tu la tak pe kan utk anak. hihi


    aziyana : mmg rambut tu senget sbb raina tak mahu duduk diam. tapi nk mcm mana kena potong gak rambut raina sbb dah masuk mata raina


    shima : tu la elok prepay awal2 kan senang sikit

    ReplyDelete
  23. huhu..comelnye bile raina ikat or sepit rambut..tserlah keayuannye..mcm roy gak..hak3..

    roy pon nk ucapkan selamat hari raya buat nurul sekeluarga..roy pon mntk maaf klu ade tsalah n silap erk..jemput la dtg rmh klu free nnt ye..

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya kak nurul. maaf zahir & batin. :)

    ReplyDelete
  25. cntik jenguk2 ah blog adik anda ni hehehe http://banijamianphotography.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. em terbalikla kita..andry pulak p potong rambut anak die belah depan jadi straight..dah mcm pompuan pulak..aish..hehe..

    ReplyDelete
  27. maria : nak tgk rambut baru aqil :)

    ReplyDelete