Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 1, 2010

Percaya pada rezeki anak

Rezeki Raina. Alhamdulilah :)

Dulu masa aku mengandung, selalu orang yang berada di sekeliling aku cakap kat aku "takpe ada rezeki anak nanti". masa tu bila orang di sekeliling aku cakap macam tu, jiwa aku entah melayang kat mana-mana. sungguh. maknanya aku tak set dan simpan langsung dalam otak aku apa yang mereka cakapkan.

tapi masih aku ingat lagi di mana ketika aku tengah sarat mengandung, aku ada mendapat saguhati. tak pernah terlintas dalam otak aku ketika itu yang aku akan mendapat rezeki tu. masa tu baru aku percaya akan rezeki anak yang aku kandungkan itu. sungguh. aku percaya akan rezeki anak.

Alhamdulilah rezeki ini berterusan. ketika aku mula berkerja selepas maternity leave aku mendapat bonus dan kenaikan gaji. bayangkan lepas berpantang cuti dua bulan tup-tup bila masuk kerja semula ada berita gembira. tak ke buat hati nie melonjak-lonjak. aku tak pernah menyangka akan mendapat rezeki sebegini. dan kini selepas 6 bulan aku mendapat lagi bonus untuk kali kedua pada tahun ini. Ya Allah aku bersyukur kerana diriku dapat menikmati semua nie. syukur Alhamdulilah.

Ini semua rezeki untuk anak aku Raina Evaqairina. jadi hingga kini aku masih percaya akan rezeki anak. w/pun dalam masa yang sama aku mengeluh kerana aku terfikir bila diri aku nie akan dapat bekerja di sektor kerajaan. tapi mungkin Allah S.W.T mahu memberi petunjuk kepada aku bahawa bidang kerja aku ini juga membawa rezeki yang besar dalam hidup aku. Aku patut bersyukur. Syukur Alhamdulilah.

jadi kita perlu percaya akan rezeki anak. InsyaAllah anak itu pembawa rezeki kepada kita. mudah-mudahan.

25 comments:

  1. alhamdulillahh...:)

    p.s: lepas ni boleh shopping baju baby banyak²!!!!!!!!!!!!yeay!

    ReplyDelete
  2. helo Raina!. geget apa tu sayang. hehe. anT jeles sama rambut kamu. boleh sepit2 lagi taw. hihi.

    Alhamdulillah Nurul, rezeki emak utk anak jugak, kan?. :D

    ReplyDelete
  3. ada ker tak ada, byk ker tak byk...jue sentiasa bersyukur, itulah rezekiNya buat kita :)

    ReplyDelete
  4. setuju dgn nurul.
    hanie pun ade alami saguhati semasa mengandung ni yg tak terpikir pun nak dpt :) mmg rezki anak...insyaallah berkat doa & kesabaran, rezki kite akan melimpah ruah. AMIN

    ReplyDelete
  5. shinnaz : alahai awak nurul ingat nak jimat2 la. sbb dah byk sgt baju raina nurul beli awak. ada yg belum berpakai lagi


    raihan : alhamdulilah raina rezeki anak, rezeki nurul jugak. hehe :)


    jue : betul tu jue. rezeki masing2 kan? kena bersyukur kan? Alhamdulilah

    ReplyDelete
  6. hanie : kan hanie? rezeki anak tu hanie. Alhamdulilah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah! Bestnya.

    Makin comellah Raina. Geram tengok rambut dia. :)

    ReplyDelete
  8. hannah : Alhamdulilah hannah. tp rambut myiesha pun lebat kan hannah. rasanya lagi lebat dr raina.

    ReplyDelete
  9. hehe kita tak de anak wat masa ni so tak percaya rezeki anak lagi, tp perrcaya ada rezeki suami. =)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah syukur....mun setuju sangat2...raina comel nye tengah gigit ape tue sayang

    ReplyDelete
  11. jeles kt rambot Raina

    tahun nie Naurah beraya dgn rambot halus2 jer hohoho =B

    ReplyDelete
  12. btol..btol...btol...
    :)
    anak mmg pembawa rezeki.
    lambat atau cepat...insyaallah pasti ada.

    ReplyDelete
  13. nur jana : rezeki selepas berumah tangga pun ada jugak kan


    mun : Alhamdulilah. dia tgh gigit tali beg nurul mun


    sherena : tak pe awak nanti rambut naurah akan tumbuh jugak kan



    farah : kan farah :)


    zuris : ye nurul percaya anak pembawa rezeki. mudah-mudahan

    ReplyDelete
  14. nurul dpt kerja kerajaan ke?a'ah anak ada rezeki die masing2 kn..

    ReplyDelete
  15. lucu ar tgk glagat raina ni..mcm otai jer..haha

    ReplyDelete
  16. saya percaya juga pada rezeki anak....

    ReplyDelete
  17. alhamdullilah
    setuju ttg ini.anak mmg pembawa rezeki.rezeki yg slalunya kita tak sangka2.

    ReplyDelete
  18. hope dalam bulan puasa ni anda & family happy2 selalu ... rezeki dtg dalam pelbagai cara ... alhamdulillah ... kita mensyukuri nya

    ReplyDelete
  19. setuju la nurul..walaupon hana takde anak lagi, tp hana percaya, Allah dh tetapkan rezeki masing2 kan?

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  20. betul tu nurul,
    na stuju sgt2 dgn statement tu,
    mmg betul kan?
    tp na pelik, ade yg bru kawen xnk ank lg,
    alasan dia, kewangan xstabil lg,
    means dia xpercaya yg ank tu rezeki,
    humm..
    alhamdulillah dgn rezeki masing =)

    ReplyDelete
  21. maria : masih kerja yg lama lg maria

    aziyana : tu la pasal . hehe :)


    lip : kam awak? kita pun percaya rezeki anak


    fathi : tu la lak. nurul pun percaya rezeki anak nie


    farEAST : thanks. mudah2han


    hana : kan? selamat hari raya


    nano : tu la anak pembawa rezeki


    bani : ok :)

    ReplyDelete