Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 21, 2010

Tentang raya sebelum basi



kami :)


Assalamualaikum

Rata-rata bila aku blog walking masing-masing membuat entri tentang raya. seronok jugak layan baca sambil tengok gambar raya kawan-kawan. aku pun nak jugak buat entri tentang raya. (poyo kan engkau nurul? haha) sebenarnya aku tak ada idea pun nak menulis tentang raya aku kali nie. sebab aku rasa raya aku biasa-biasa jer. cuma yang bestnyer raya aku kali nie ada raina. best sangat raya dah ada anak nie. serius aku cakap nie.

w/pun penat melayan raina yang makin lasak sampaikan kuih raya dia sepahkan bila datang beraya kat rumah orang...

w/pun raina kadang-kadang dia boleh pulak "pupu" bila aku datang beraya kat rumah orang...

w/pun kadang-kadang raina menangis keletihan ikut kami beraya...

JAWAPAN RAYA KALI INI : aku teruja beraya bersama anak aku :)

raina, kamu pandang mana tu?

ummie ngah kata gambar nie nmpak aku macam mak orang. eh eh memang aku dah jadi mak budak kan? nurul, sila jangan nak perasan engkau tu muda remaja


terima kasih ummie ngah sebab jahitkan manik spa Q kat baju kurung raina


raya aku kali nie di sekinchan kampung saiful. dari malam raya lepas berbuka puasa kami bertolak ke sekinchan sambil dengar lagu raya. macam best pulak kan dengar lagu raya dalam kereta masa on d way balik kampung. (macam kampung suami aku tu jauh sangat kan? sedangkan kat area selangor jugak. haha)

mula-mula tu aku rasa kekok jugak sebab ini raya pertama aku beraya pada hari raya pertama di kampung saiful. mulalah teringatkan family kat banting kan? sampaikan aku lupa nak mandi sunat pagi raya tu. sedangkan kalau kat rumah sendiri tu mesti ibu aku dah pesan awal-awal pagi suruh anak-anak dia bangun pagi untuk mandi sunat raya. perkara nie memang buat aku sedikit terkilan sebab terlupa nak mandi sunat raya. maaf ibu, along betul-betul lupa.


senyum sampai nampak gigi



raina dan papa

anak dara cik raina evaqairina


raya di sekinchan agak berbeza sedikit. beraya dengan dikelilingi sawah padi memang buat perasaan beraya tu lain sikit. memang feeling betul-betul beraya suasana kampung. ianya buat aku sedikit jakun. sebab aku dari kecik dibesarkan di kawasan perumahan. so bila beraya dikelilingi dengan sawah padi tu bolehlah buat hati aku nie rasa raya di sekinchan sedikit best w/pun pada hakikatnya tak berapa best sebab teringat family sendiri kan.


pak usu minta kuih sikit boleh?


atok dengan pak usu makan kuih tak bagi pun kat raina. so raina tengok jer lah ye

gambar raya aku kali nie pun tak berapa nak best. sebab gambar raya di ambil pada hari raya ke 3. sebab masa di sekinchan aku tak bawak pun kamera. tapi oklah kan daripada tak ada langsung gambar raya. oklah aku dah tak ada idea nak menulis. selamat hari raya semua :)

23 comments:

  1. geram tgk gamba raina dgn papa die..
    slmt hari ry nurul

    ReplyDelete
  2. raina sengih sebijik macam khalish. show off gigi diorang tu. hehe.

    ReplyDelete
  3. wah bestnye tengok gambar2 raya kamu nurul...mun tak sempat hah nak tgkp gambr bnyk2....mirza dah mula tak reti duk diam...klu ader pown gambar tak jadi..sbb dier duk gerak2 nak turun meniarap....huhuhu..cantik2 gambar kamu...

    ReplyDelete
  4. maria : aah nurul pun suka gak gmbr raina dgn papa dia tu. hehe. selamat hari raya maria :)


    intan : tu la susah gak nak amik gmbr raina tunjuk gigi dia. ni ada lah jugak hah gmbr raina sengih senyum nmpk gigi


    fasya : thanks fasya :)

    ReplyDelete
  5. mun : thanks mun. ni pun gmbr raya ke 3 ada yg gmbr raya ke 5 pun ada gak. lewat amik gmbr. hehe. raina pun skrg tgh lasak tak reti duduk diam. tp kalu mood bergambar dia sampai mmg ok jer dia nak bergambar. tgk mood raina jugak mun :)

    ReplyDelete
  6. hehe sian si kecik tu tengok je orang makan..

    ReplyDelete
  7. so sweet.... raina, cantik baju kurung.... nampak cute lah.... :)

    ReplyDelete
  8. farah : kuih raya byk yg keras2 mmg tak bg raina mkn. kalu raina nak rasa bagi sikit je. kalu kuih bangkit hah tu raina boleh mkn sbb kuih tu masuk mulut jd lembut :)

    yaya : thanks yaya :)

    ReplyDelete
  9. lawak ar raina ni..comel sungguh tgk muka slumber die tu..erm ok aper gmbr2 tu..menarik

    ReplyDelete
  10. aziyana : tu la ramai ckp muka dia mmg mcm tu ala2 selamber jer. hehe. thanks aziyana :)

    ReplyDelete
  11. alahai anak dara raina ni kenmain comel lg berbaju kurung. kalah auntie pon takde manik spa Q tu. hehe.

    ReplyDelete
  12. fie : baju kurung mama dia pun tak ada batu spa Q. hehe

    ReplyDelete
  13. hehe...suka tul tgk gmr raina ni.semua cun cun la..paling suka yg last tu..dia duk dongak tgk org mkn..alai..comel

    ReplyDelete
  14. tak saba nak tunggu alfiy besar! nti bole melaram baju raya mcm raina. huu

    ReplyDelete
  15. comelnye gmbr raina dgn papa.. lagi comel tgk raina pakai bj kurung! geram tgk!

    ReplyDelete
  16. xeea : hehe alfiy nanti pakai baju melayu tentu comel kan



    atiqah : thanks qah :)

    ReplyDelete
  17. hehe geram tgk raina tersengih nampak gigi 2 batang and gambo raina nak kueh raye. cute gileeeeeee!!

    ReplyDelete
  18. Nampak cute sgt gegirl pakai baju kurungkan...kompem mama lagi teruja kan...samalah kita....

    Cute sgt raina pakai bj kurung hitam putih dgn hairben kat kepala

    ReplyDelete
  19. raina makin besar makin cute!

    baju kurung putih hitam raina tue pun cantik ja dgn raina..one happy family lah sis:D

    ReplyDelete
  20. lynda : hehe tu la dia pun nak gak kuih tu


    chempaka : hehe thanks awak. anak awak pun comel tau :)


    aleena : thanks aleena ye :)

    ReplyDelete
  21. comelnyer raina
    same mcm mama dia gak
    heheheh

    ReplyDelete
  22. ween : hehe thanks ween. mama dia comel gak ker? hehe

    ReplyDelete