Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, October 18, 2010

Bahasa pelat : wajarkah?

Raina Evaqairina

Sejak aku mengandungkan raina selama 9 bulan lebih, memang aku rajin berkomunikasi dengan raina. w/pun ketika itu raina masih di dalam perut aku nie tapi aku memang rajin berbual-bual dengan raina.

jika hendak dibandingkan dengan saiful, memang jarang sekali saiful berkomunikasi dengan raina. aku tak salahkan saiful. disebabkan saiful selalu outstation jadi memang sukar untuk saiful berbuat demikian selalu.

cuma bila saiful tiada kerja luar selalunya dia akan mengambil kesempatan berbual-bual dengan raina. tapi yang peliknya saiful akan berbual-bual apabila aku sudah tidur. aku dah perasan banyak kali. ketika aku sudah mula tidur ketika inilah saiful akan berbual-bual dengan anak kami sambil urut kaki aku yang sedang membengkak seperti belon ketika itu.

jadi kebiasaan aku dan saiful, kami tidak membiasakan diri berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat. kami cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan betul. sehingga kini kami praktikkan perkara yang sama. mungkin ianya nampak kami tidak mesra dengan anak dan nampak agak tegas dalam mendidik anak bukan?

ini tidak bermaksud kami tidak mesra dengan anak kami. kemesraan antara anak-beranak itu tetap wujud. cuma kami praktikkan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam nada suara yang agak manja seperti keanak-anakkan bagi menarik dan memujuk si kecil. itu saja cara yang kami lakukan terhadap raina.

Raina dan mama :)

Raina dan papa :)


aku pernah terbaca dalam satu artikel di mana ibu bapa tidak digalakkan berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat dalam sistem perkembangan dan pertumbuhan si kecil. jadi aku sangat bersetuju dengan artikel tersebut. jadi aku dan saiful cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh raina.

tapi di sini tidaklah bermaksud kami langsung tidak menggunakan bahasa pelat dalam menarik perhatian raina cuma kami hadkan penggunaannya. tapi dalam masa yang sama kami cuba zero kan penggunaan bahasa pelat ini apabila raina semakin membesar kini. sebab si kecil akan lebih cepat menangkap dan faham apa yang kita cuba sampaikan dengannya.

sebagai contoh jika aku mahu memberi raina susu aku akan bercakap dalam bahasa yang mudah " raina nak susu ye?" dan kadang-kala aku akan bercakap begini "raina nak air ye?" kadang-kala aku terpaksa menggunakan perkataan 'AIR' bagi menggatikan perkataan 'SUSU'. ini disebabkan raina masih mengganggap 'AIR' itu adalah 'SUSU'. selalunya raina akan cakap 'AIR...AIR...AIR...'. maksud di sini raina mahukan susu bukannya air. jadi dalam masa yang sama kami cuba memperbetulkan tanggapan raina yang salah terhadap bahasa yang digunakan itu.

tapi agak mustahil dalam masa terdekat kami dapat memperbetulkan bahasa fahaman raina itu. oleh kerana raina baru berusia 11 bulan jadi pendekatan yang kami gunakan cuba sebaik mungkin memperbetulkan bahasa raina tanpa cuba tidak menggunakan bahasa pelat dalam komunikasi seharian kami.


Hello Raina :)

PENDAPAT AKU : tidak wajar menggunakan bahasa pelat sebagai bahasa seharian. kita sebagai ibu bapa perlu cuba zero kan penggunaan bahasa pelat tersebut demi kebaikan pertumbesaran dan pembelajaran si kecil. jadi aku tidak tahu kenapa ramai ibu bapa di luar sana sangat teruja dalam menggunakan bahasa pelat terhadap si anak. tapi aku tidak boleh menghalang. kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mengajar anak masing-masing. jadi jangan salah anggap terhadap pendapat aku. ini hanyalah pendapat aku saja :).

oh ye hari ini genap umur Raina 11 bulan.
HAPPY 11 MONTHS RAINA EVAQAIRINA

55 comments:

  1. hepi 11month raina ;)
    bertuah tao raina dpt parents yg betul2 teliti dlm mndidik anak,
    hehe xpe 1 ilmu yg bgus utk di kongsi bersama..
    insyaAllah same2 kite buat yg terbaek tuk mereka yep ;)

    ReplyDelete
  2. na : thanks na. kita semua sebaga mak bapa mahu yg terbaik utk anak bukan? InsyaAllah sama2 kita buat yg terbaik utk anak kita :)

    ReplyDelete
  3. setuju sgt dgn pendapat akak. biler ckp pelat org lain susah nk faham ape yg anak tue cube sampaikan.

    Insyallah dh boleh ajar raina sikit2 bahasa inggeris kot hehe =)

    happy 11 months Raina! ;*

    ReplyDelete
  4. betul tu, mcm mana anak nak belajar bercakap kalau yg didengar tu tak betul. tp kalau anak ckp pelat, lucu dan comel kan??? ehehehe

    ReplyDelete
  5. i agree with u nurul.. :) alang-alang nak ajarkan dia cakap, ajar terus yang betul.. nanti didengarnya kita cakap pelat, dia ingat betul laa apa dia cakap tu

    but then, ini pendapat i je la

    ReplyDelete
  6. asna : ada jugak akak dah start ajar dia bbrp patah perkataan dlm inggeris asna


    as : tu la kita cuba yg terbaik :)


    ajjah : nasib baik ajjah setuju dgn nurul :)

    ReplyDelete
  7. raina dah 11 bulan
    bulan depan mama buat birthday party. aunty tggu jemputan ni :)
    ye, sila jangan guna bhs pelat
    budak mudah tangkap
    nanti dia ingat tu bhs yg betul
    ckp je lah mcm biasa ngan anak2 kita

    ReplyDelete
  8. dayu : hehehe ohhh nasib baik dayu setuju dgn pendapat nurul ni. yeahhh tak lama lagi raina dah nak setahun. InsyaAllah mmg plan nak buat mkn2 utk raina nak ckp party pun bukan kot dayu sbb raina kecik lagi just buat makan2 kecik2 je jemput kwn2 rapat. dayu mesti dtg okeh :)

    ReplyDelete
  9. slmt 11 bulan raina..aqil pulak 10 bulan..em cuba yg terbaik utk anak kan

    ReplyDelete
  10. slmt 11 bulan raina..aqil pulak 10 bulan..em cuba yg terbaik utk anak kan

    ReplyDelete
  11. selamat ulangbulan ke 11 bulan raina comey.....hehehhe

    syok baca n3 nurul...bnyk yg bleh dipelajari oleh bakal2 ibu....♥

    ReplyDelete
  12. btol tu nurul roy sokong cara nurul didik n bkomunikasi dgn raina..
    nnt roy pon nk jd mcm nurul..

    ReplyDelete
  13. maria : kejap je kan maria anak kita membesar. yeah kita cuma nak yg terbaik :)


    yanie : wahhhhh apa lagi yanie ini tips yanie :)


    roy : nurul pun baru belajar cara membesarkan anak roy :) hehe :)

    ReplyDelete
  14. kejap nye kan.bulan depan dah setahun anak dara tu.
    makin comel dan manja :)
    yelah nurul.dulu zuris suka cakap pelat ngan kysha like punggung = ponyong.tp bila mama zuris ckp nanti kysha tak reti sebut punggung,terus kurangkan ckp pelat ngan dia.
    tp kdg2 tu ada gak terkeluar.cam bila marah..."mommy babab karang" ;P

    ReplyDelete
  15. suka tul tgk raina ni..pakai headband

    ReplyDelete
  16. tinggal sebulan jer lg sebelum raina setahun...how time flies kan nurul :)

    as parents, of course kita nak yg terbaik utk anak2...jue pun selalu guna bahasa yg betul bila bercakap dgn marissa....kita ajar yg betul, insyaallah dia akan biasakan yg betul...betul tak nurul??? :D

    ReplyDelete
  17. wah, dah 11 bulan dah ye? kejap je ek dah besar?

    saya dan husband pun tak gunakan bahasa pelat. guna bahasa yg betul, cuma dalam ayat yg mudah dan pendek2 masa awal2. perkataan pelat kadang2 je, tu pun sebab saja nak manja2. hehehe.... tp last-last bila pandai cakap dia pelat jugak, sebab tak pandai lagi nak menyebut semua bunyi dengan betul. tp improving lah bila makin pandai... at least dia tahu yg dia cakap tu tak betul...

    mummy orked

    ReplyDelete
  18. selamat ulang bulan ke 11 raina...
    nurul...suke head band raina...cantik2....

    ReplyDelete
  19. zuris : perkataan babab tu rasanya bukan bahasa pelat tp itu lbh bahasa yg mudah difahami oleh si kecil kan zuris? kira ok la kita cuma zero kan penggunaan secara slow2 kan


    shima : skrg dia tak bape suka sgt pakai headbands ke skraf kdg2 je ikut mood dia


    jue : tu la kejap je kan raina dah besar :)


    kak intan : wahhh bagus akak kan? hrp kita semua dpt buat yg terbaik utk anak kita ye

    ReplyDelete
  20. lylie : thanks awak. aah mam dia suka sgt kumpul headbands utk raina tp skrg raina kalu nak pakai ikut mood dia

    ReplyDelete
  21. sgt setuju dgn pendapat kamu.mempelatkan bahasa pd anak2 akan akibatkan bdk tu pelat & tak reti nk ckp betul nanti

    ReplyDelete
  22. nurul, ya betul tuuu! sila cakap bahasa mudah dan betul dengan kanak2. hehe

    ReplyDelete
  23. yay..!!!
    lagi sebulan nak setahun...
    mesti mama dah prepare macam-macam kan?

    kid pun kadang-kadang gunakan bahasa pelat untuk attract si haqq tu..
    insyaAllah benda baik yang kita ajar pada anak-anak akan menjadi ikutan..
    tak kiralah dengan cara bagaimana pun.. :)

    ReplyDelete
  24. yun : tu la kan? sbb itu elok gunakan bahasa yg betul


    erderq : yeahhhhhh tq sbb setuju dgn pendapat ku awak


    sastraboy : thanks dik


    kid : tu la kid kita hanya cuba buat yg terbaik utk anak kan


    fasya : thanks fasya :)

    ReplyDelete
  25. btol laa sis...tak elokk ckp dgn anak or budak2 dlm bhs pelat2 kn...
    ade hari tu, elya tiber2 cakap pelat2 dgn anak buah...my sister marah!!ha3...

    ReplyDelete
  26. cik raina dah besar ye dah pandai main gelang mummy. hehe. tapi macam susah nak elak cakap pelat ngan baby kan nurul. geram!

    ReplyDelete
  27. elya : tu la kita cuba praktikkan bahasa yg mudah dan betul


    fie : tu la kdg2 ada gak tersasul ckp bhsa yg sukar di fahami dan pelat kan? kita cuba secara perlahan2 dan cuba biasakan guna bahasa yg lbh mudah difahami oleh si kecil :)

    ReplyDelete
  28. ckp pelat nampak mcm comel. tp kalau nak anak ckp betul, kite pun kena ckp betul. mcm mane kite besarkan anak, mcm tu jugaklah dorang akan ikut kite. btw sedapnye name anak nurul.

    ReplyDelete
  29. betul²..myra pon cakap nge aidil gitu.. memg budak seusia raina n ke atas dh blh phm ape kt ckp kan..

    ReplyDelete
  30. wah dah besar raina...
    bulan depan setahun dah..

    nurul, vote dani kat entry ni ya.. tq..

    http://honeysour00.blogspot.com/2010/10/undilah-dani-dengan-drop-your-comment.html

    ReplyDelete
  31. fadeadsy : betul tu fad. thanks fad :)



    myra : tu la bdk2 cpt fhm apa yg kita cuba sampaikan so kena hati2 dlm berkomunikasi

    ReplyDelete
  32. comelnyaaaa, adik saya nama Rania hakhak.


    sy pernah mengajar prasekolah, bhs pelat efek sampai umur 5, 6 tahun sebabkan ibunya yang suka berbahasa pelat. lebih elok guna bahasa biasa (:

    ReplyDelete
  33. hi..blogwalking.

    nice entry.sgt setuju tentang elakkan cakap bahasa pelat dgn baby.hehe.btw,anak kite lebih kurang je umur.my daughter is 1 year old.=)

    ReplyDelete
  34. betul2!!
    mak wanie pun selalu cakap..
    jgn ajar anak cakap pelat.xelok.
    mak mesti sebut perkataan tu betul2 dgn budak2 kecik...

    ReplyDelete
  35. cepatnye masa berlalu..raina sudah besar ..

    ReplyDelete
  36. betul tuh.mmg xelok ckp pelat2 dgn ank.
    tpi sye kdg2 pon terpelat jugk.
    lepas ni kene tukar la.xnk pelat2 hihi.

    ReplyDelete
  37. sesumpah : wahh nama adik kamu dah dekat dgn nama anak akak. ye betul tu elok gunakan bahasa yg betul


    mommysofea : hi salam kenal :)


    wanie : tu la org tua2 pun sarankan guna bahasa yg betul


    lip : tu la kejap je dah besar :)

    ReplyDelete
  38. chik star : tak pe awak praktikkan slow2

    ReplyDelete
  39. setuju. my mom used to tell me this also. dia marah sgt kalau kami adik-beradik cakap-cakap pelat dengan adik yg kecik2. mak kata " bercakap dgn bahasa yg betul" sampaikan org tak tahu i ni org perak sbb bercakap guna bm yg betul. sejak kawen je pandai cakap perak sbb hubby mmg dok guna loghat perak.. hehe.

    bahasa jiwa bangsa.

    ReplyDelete
  40. fiza pon guna bahasa yg betul dgn damia. takmo ajar dia ckp pelat :)

    ReplyDelete
  41. mommy icha : ohh org perak ye


    fiza : hehehe kan fiza? kita nak yg terbaik utk anak kita kan :)

    ReplyDelete
  42. sebab tu yanie suka baca belog nurul...bnyk tips berguna hehhehe

    ReplyDelete
  43. yanie : nurul suka buat entri yg boleh dikongsi info dgn org lain. InsyaAllah nanti kalu rajin nurul tulis ttg tips2 lain ye :)

    ReplyDelete
  44. salam ziarah nurul ^_^

    first time datang sini membalas kunjungan nurul ke blog ina yg tak seberapa tu..

    unik lah nama anak, mesti ramai tertanya maknanya kan..

    setuju sgt, memang tak elok dibiasakan cakap pelat ngan anak..

    dalam babycenter ada mencadangkan supaya bercakap seperti biasa cuma ayat tu jgn komplek sgt

    contohnya:

    dont throw your toast!
    yg ni ayat komplek

    eat yout toast
    yg ni ayat mudah difahami

    selamat hari lahir yg ke 11 bulan sayang ^_^

    ReplyDelete
  45. adlina : hurmm betul tu setuju sgt. senang kata berkomunikasi dgn anak guna bahasa yg betul dan tidak keras dan tegas sgt bunyinya kan? :)

    ReplyDelete
  46. tak boleh biasakan budak2 dgn baby talk. cakap macam biasa, dia senang belajar. ada kawan farah dia still guna babytalk dgn anak die, so anak die tak reti sangat nak bercakap macam pelat2 lagi..


    besar dah raina!

    ReplyDelete
  47. farah : betul tu gunakan bahasa yang mudah betul :)

    ReplyDelete
  48. betul.. qah pun penah dengar macam tu.. so kalau cakap dengan baby mesti akan cakap biasa bukan pelat.. heee~

    ReplyDelete
  49. qah : yeah semestinya bukan bahasa pelat guna bahasa yang betul :)

    ReplyDelete
  50. jailbreak iphone for verizon jailbreak iphone unlock iphone 4.1 unlocked iphone for verizon jailbreak iphone how to unlock iphone iphone unlocked for verizon
    http://donetsk.proua.com/forum/index.php?s=bef3033e16ad2d5e2c281bf108da2e84&showuser=3501 http://www.demajen.net/superdojo/forums/index.php?action=profile;u=91951
    how to jailbreak iphone for verizonhow to unlock an iphone [url=http://e-unlockiphone.com]jail break iphone [/url]

    ReplyDelete
  51. unlock iphone 4 4.2.1 unlock iphone 4 4.1 unlock iphone 4 unlock iphone 4 4.0
    unlock iphone 4 4.0 unlock iphone 4 unlock iphone 4 4.2.1
    unlock iphone 4 4.1 unlock iphone 4 http://theunlockiphone4.com
    http://tomoroku.com/user/history/kathrartaa http://hostingtags.info/user.php?login=kathrartaa&view=history http://www.kirtsy.com/user.php?login=annabelcnn&view=history
    [url=http://theunlockiphone4.com]unlock iphone 4 4.1[/url] unlock iphone 4 4.0 unlock iphone 4 4.2

    ReplyDelete
  52. unlock iphone 4 unlock iphone 4 4.1 unlock iphone 4 4.0 unlock iphone 4 4.2
    unlock iphone 4 4.1 unlock iphone 4 unlock iphone 4 4.2.1
    unlock iphone 4 unlock iphone 4 4.0 http://theunlockiphone4.com
    http://www.jumptags.com/kathrynebu/ http://www.socialbookmarking4u.com/user/history/eulabarrel http://www.a1-webmarks.com/links-dorothrrhh.html
    http://forum.l2f.ru/index.php?showuser=93801 http://www.korfm.ru/forum/index.php?showuser=54943 http://www.clan-doctor.com/drforum/profile.php?mode=viewprofile&u=151641 http://inter.vention.tv/forums/member.php?u=12132 http://www.pke.hu/forum/profile.php?mode=viewprofile&u=20965 http://bustedmagazineonline.com/forum/memberlist.php?mode=viewprofile&u=2355
    Im using my iPod right now to type all of this at the moment. Anyways, my computer needs a password. So I enter the password, it says connected. Then the computer tries to connect, but it doesn't, and I have to re enter a password. Problem is Idk the password. Im afraid to ask my dad because if its a virus, he'll kill me. But, any help? Thx.
    http://londonsexguide.co.uk/forum/index.php?action=profile;u=19143 http://solarfinder.org/simplemachinesforum/index.php?action=profile;u=25560 http://www.leandrodejesus.com.br/forum/memberlist.php?mode=viewprofile&u=2997 http://forum.thetenthplanet.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=2268 http://www.fishyforum.com/member.php?u=45585 http://digg.com/member.php?10690-Nandabidya
    unlock iphone 4 4.1 [url=http://theunlockiphone4.com]unlock iphone 4 4.2.1[/url] unlock iphone 4 4.0

    ReplyDelete