Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, October 11, 2010

Berdoalah kamu

Aku percaya Allah S.W.T itu maha mendengar setiap doa yang hamba-hambaNya pohonkan. sebagai hambaNya kita perlu berdoa jika kita mahukan sesuatu. tetapi jangan pula hanya berdoa tanpa berusaha. semua perkara atau benda yang kita mahu perlukan usaha. bukannya boleh datang bergolek atau jatuh ke riba. itu sangat mustahil kecualilah engkau bermimpi atau berada di dalam alam fantasi seperti ala-ala filem magika itu mungkin.

jika kamu mahukan sesuatu atau kamu di timpa kesusahan atau kamu rasa gelisah gundah-gulana atau dalam apa-apa situasi pun yang memerlukan kamu berdoa kepadaNya berdoalah.

tidak kira ketika kamu berada di depan komputer
tidak kira ketika kamu sedang makan
tidak kira ketika kamu sedang menonton cerita kegemaran kamu
tidak kira ketika kamu tengah memasak
tidak kira ketika kamu sedang drive
tidak kira ketika kamu sedang lepak di kedai mamak
BERDOALAH

dan semestinya BERDOALAH selepas setiap kali kamu selesai menunaikan solat. InsyaAllah setiap doa-doa kita itu pasti di dengar oleh Allah S.W.T dan akan dimakbulkan. tidak kisah lambat mahupun cepat. Allah S.W.T itu maha mendengar.

jangan berputus asa jika doa kamu lambat dimakbulkan. itu bermakna Allah S.W.T mahu menguji kamu dan sayang kepada kamu. kita perlu melaluinya dengan sabar. jika doa kita cepat dimakbulkan kita perlu panjatkan dengan penuh kesyukuran.

Alhamdulilah aku dapat rasakan Allah S.W.T itu sangat dekat dengan diri aku setiap kali aku menunaikan solat dan berdoa selalu kepadaNya. aku rasa tenang bila aku berdoa kepadaNya. Dia adalah pendengar yang paling terbaik buat kita. oleh itu jangan putus asa dalam BERDOA. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya.

11 comments:

  1. Cume kadang2 kt ni biler senang lupe,biler susah baru ingat

    ReplyDelete
  2. luv like this : yeah ada jugak manusia jenis mcm tu

    ReplyDelete
  3. hukhuk sedih la nurul. Allah mmg suka kita berdoa kan.

    ReplyDelete
  4. huhu berdoa...dan terus berdoa...tp kalau doa yang tanpa usaha

    agak sia2 kan... :D

    ReplyDelete
  5. fie : aah berdoa sambil berusaha :)


    ween : tu la berdoa tp kita perlu berusaha untuk dptkan sesuatu tu kan :)

    ReplyDelete
  6. nasihat sgt berguna ... thanks juga sebab ingatkan saya ... kadang2 kita terlupa

    ReplyDelete
  7. farEast : kita saling ingat mengingati sesama manusia :)

    ReplyDelete
  8. suker n3 ni...

    betul...semakin kita tunduk dan sujud kepadaNya...kita akan terasa makin hampir kepadaNya...dan insyaAllah dia Maha Mendengar segala doa2 kita...amin

    ReplyDelete
  9. yanie : thanks yanie. betul apa yg yanie katakan tu

    ReplyDelete