Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, October 4, 2010

Dunia si kecil

Gambar dari Ladynoe : Raina dan Sabrina

Dunia si kecil sangat indah bukan? bermain, minum susu dan tidur. bila ada yang tak kena dia pasti menangis. so bila si kecil menangis tu mesti ada benda yang tak kena. bila sudah besar sedikit dunia si kecil makin luas. si kecil akan memanjat, mengigit apa-apa barang yang berada di depan mata w/pun habuk bersaiz kecil atau sehelai rambut sekalipun pasti jawapannya masuk mulut. haha.

macam raina jumpa semut pun dia nak kutip masuk mulut. nasib baik tak jumpa taik cicak. sah-sah masuk mulut jugak kot. yes. sebab dulu aku masa kecik-kecik ibu aku cakap aku pernah makan taik cicak. sila jangan gelakkan aku. buat masa nie raina belum jumpa lagi taik cicak. harap-harap di jauhkan. nanti jenuh aku nak bersihkan mulut dia pulak.

itu belum lagi bila si kecil dapat kaki. bila dia dah pandai jalan lagilah luas dunia si kecil. aku tak sabar nak tengok raina berjalan terkedek-kedek sambil aku berlari-lari anak mengejar raina. indah bukan? sekarang nie pun aku dah nampak keindahan tu apabila raina mula merangkak pada usia 6 bulan lebih dia dah pandai main kejar-kejar dengan aku okeh. cuma situasinya berbeza. dia yang akan kejar aku. kadang-kadang raina suka kejar atok dia. disebabkan kaki atok raina sakit bila memijak lantai so atok raina akan pakai selipar di dalam rumah. masa nie lah raina akan kejar atok dia dengan merangkak laju-laju untuk dapatkan selipar atok dia tu.

sekarang nie raina dah pandai marah. kalau dia marah dia akan cakap "huh". aku dengan saiful pasti bantai gelak bila raina cakap "huh". sebab kami tahu dia tengah marah. Indahnya jadi si kecil. dia marah pun nampak sweet. cuba kalau orang tua marah buruk rupa dengan muka masam mencuka tu. haha.

Sejak aku pergi rumah ladynoe hari tu aku tertarik hati dengan pool pink sabrina. aku rasa pool tu sangat bagus untuk si kecil bermain-main di situ. jadi last week aku dan saiful pergi ke tesco mencari pool tersebut. Alhamdulilah raina suka bermain-main di dalam pool pink tu. aku longgokkan semua permainan raina di dalam pool tu then raina dengan sendirinya akan masuk dalam pool tu untuk bermain. hah time nie kalau dia leka bermain kita panggil dia pun dia tak sedar. punya kusyuk dia main. thanks noe.

oklah stop sini dulu. tiba-tiba aku jadi rindu dengan raina. time kusyuk menaip pun boleh ingat anak. indahkan bila dah jadi mama nie? tengah apalah anak dara aku nie sekarang? tengah main-main kot :)

Hello Raina Evaqairina,
anak mama tengah apa tu?
:)

19 comments:

  1. oh. teruja juga lihat pool pink tu. kat sini takde jual yang. nampaknya kena tunggu tesco dibuka kat sini la ye. maybe mid-oct diorang buka la tu.

    :)

    ReplyDelete
  2. intan : ohh nanti dah bukak bole serbu pi beli utk khalish dan adik dia bermain2 di dalam pool tu ye :)

    ReplyDelete
  3. comeynye pool tu..hehe comel je marah ckp huh.ehehe. nnt letak la vid raina plak hehe

    ReplyDelete
  4. cant wait nk tgk akak tepek pic raina berdiri..msti comel..ngn pkai diapers..tomei!

    ReplyDelete
  5. heheh kiut je.. suke tengok dak tecit main.. degar sore diorang.. hehe kelakar..

    ReplyDelete
  6. baikny raina..aqil klu kt umah xmau dok setempat..mm klu beli pool kang xpakai plk kn...em kna try ni

    ReplyDelete
  7. bestnya tengok diorg main dlm tu kan.....tapi ye la ank ai main kejap je....pastu mula arr cari benda lain lak nak di sepahnaya.....tengok raina macam suka je ye......cantik plk color pink tu.....

    ReplyDelete
  8. nurul best la pool ni..emill giler bola mesti dia jerit if nampak

    ReplyDelete
  9. menarik !
    kene cari gak 1, hehe
    tp ktn cm payah je.

    ReplyDelete
  10. wizza : nurul jrg buat video raina. ada la sikit video dia dlm hp. hehe


    fasya : akak pun tak sabar nak tgk raina berjalan ni :)


    atiqah : tu la budak2 kecik kalu buat apa2 pun nmpk comel kan

    ReplyDelete
  11. maria : try maria. raina ok gak main dlm pool ni tp bila dia dah jemu dia kuar sendiri dari pool tu


    mummyar : raina pun kalu dah jemu dia kuar sendiri dr pool tu awak. tp ok lah dia suka main dlm pool tu


    lip : apa lagi kasi beli untuk emill lip . hehe :)

    nano : rasanya kat kedai2 pun ada jual kot na. cuba na try cari

    ReplyDelete
  12. nurul..
    mia dulu ada juga pool ni..memula je dia cam excited nak main dalam tu..lama2 dia bolayan dah..last2 pool tu jadi tempat mengumpul kan barang2 dia dalam toys tu..hahahah

    ReplyDelete
  13. moment yg terindah kan?
    :)

    haah lah.cam best je pool pink tu.nak cari gak lah nih.

    ReplyDelete
  14. haqq dah setahun pun kid masih rindukan dia di office.. :P

    ReplyDelete
  15. siti : ohhh ye ke? budak2 selalu mcm tu kan awak kejap jer dia suka main pastu dah jemu :)


    zuris : cari2 utk kysha


    kid : tu la nurul ni hari2 kat opis tgh keja ingat anak kid :)


    yanie : thanks yanie :)

    ReplyDelete
  16. nurul beli kat tesco mana ya??? jue gi tesco banting, tapi tak de la...malas nak gi tesco yg lain :D

    ReplyDelete
  17. mcm syok je tgk dorang main bola dlm pool pink ni kan..bagus gak mempelbagaikan kegunaan pool tu..selain leh wat kolam mandi leh wat kolam mainan jugakk.owh mya cepat la kamu pandai duduk.momy teruja mau belikan pool begini utk kamu la nak
    p/s: mya hampir2 termkn taik cicak ms bwk pi beraya kt umh sedara hubby.fuhh seb baik sempat rampas itu taik cicak dr tgn dia

    ReplyDelete
  18. jue : eh jue duduk mana sampai pergi tesco banting tu? nurul beli kat tesco shah alam

    yun : beli utk mya juga nanti ye yun :)

    ReplyDelete