Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 28, 2010

Jadual pemakanan si kecil (part 1)

mari makan :)

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri tentang nie. tapi bila ada 2,3 rakan bloggers dah buat entri nie dan ada yang minta pendapat so aku hanya beri komen kat entri mereka dan hold dulu penulisan tentang ini. so masa ni kami share dan bertukar pendapat. aku rasa sangat beruntung kenal mereka nie w/pun ada yang belum aku pernah jumpa lagi setakat nie.

aku mula beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina 6 bulan. aku memang seorang mama yang agak skima dangan mengikut peraturan yang betul. aku tak peduli orang lain nak kata aku kuno, skima atau apa sekalipun. sebab apa-apa perkara itu aku refer dengan ibu aku dan juga doktor raina.

bayangkan betapa aku skima apabila memulakan memberi raina susu bercampur nestum yang di bancuh cair-cair kemudian dimasukkan ke dalam botol susu pada usia raina 5 bulan lebih. kebayakkan kawan-kawan, sedara-mara aku suggest kat aku suruh berbuat demikian pada usia raina 2 bulan. mustahil aku akan turuti. maaf.

aku punya berkeras hati tak mahu melakukan seperti apa yang dinasihatkan. sebab aku tahu saluran usus baby pada usia 2 bulan tidak matang lagi dan masih kecil. even baby sudah berusia 3,4 bulan sekali pun saluran usus baby masih tidak matang lagi. jadi aku nasihatkan janganlah teruja sangat nak beri anak solid food tanpa fikir akibat di kemudian hari nanti.

jangan risau baby lapar. jangan risau baby tak kenyang dengan hanya minum susu. itu semua mitos semata-mata. percayalah. aku beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina genap 6 bulan tapi sebelum nie aku tengok raina ok saja tak ada pun kebuluran. Alhamdulilah.

aku pernah melihat beberapa contoh dalam pertumbesaran seorang budak kecil. semasa baby budak nie dah di beri susu bercampur nestum. masa tu mak budak tu baru jer habis pantang tak silap aku. dan dalam masa yang sama apabila budak tu meningkat besar sikit di beri makan solid food. tapi bukan dalam bentuk bubur tetapi nasi yang di kunyah-kunyah halus kemudian di suapkan kepada budak tu yang ketika itu masih baby. alasan penjaga, anak mereka tak suka makan bubur. sudah cuba banyak kali. alasan apakah ini?

terus-terang aku katakan memberi budak kecil makan memerlukan kesabaran ye. memang kadang-kala anak kita tak mahu makan. mungkin dia tidak serasi lagi dengan keadaan pemakanan itu. jadi kita sebagai orang dewasa kena slow-slow pujuk dengan sabar.

mula-mula dulu aku tak tahu tentang ini. apabila aku beri raina makan pada usia 6 bulan, raina tolak dan sembur-sembur makanan tersebut kat muka aku. tapi apabila ibu aku bagi raina makan dengan pelbagai teknik menarik perhatian raina, laju saja raina makan. pernah tok wan raina bagi bubur dekat raina habis sampai 9 ouz sukatan bubur tersebut ye. oh ye ibu aku ada mangkuk khas untuk bubur yang mempunyai sukatan. so aku boleh tahu berapa ouz raina makan ketika itu.

berbalik kepada budak kecil tadi, apabila budak tu sudah berusia setahun lebih berat dia tidak normal. bila doktor check puncanya adalah kerana memberi solid food pada masa yang belum sepatutnya dan tidak memberi makanan mengikut peraturan yang betul. serius aku tengok sendiri budak nie mula-mula masa baby memang tembam bam bam ye.

semua orang dok puji tembam bam bam. ialah pada usia seawal 2 bulan sudah diberikan nestum. mana tak tembam bam bam bukan? tapi apabila sampai satu peringkat badan budak nie susut dengan mendadaknya. sampai sekarang badan budak tu kecil. berat dia tak sepadan dengan umurnya.

so kesimpulan di sini ikutlah peraturan yang betul. jangan kerana keterujaan mak bapak yang mahu anak makan solid food anak pulak yang jadi mangsa. dulu masa raina belum genap usia 6 bulan, memang aku kasihan bila tengok mulut raina terkulat-kulat seolah-olah dia pun nak rasa apa yang aku dan saiful makan. tapi aku memang keras hati tak akan bagi bila belum tiba masanya.

tapi terpulanglah kat mak bapak macam mana mendidik anak mereka. aku tak salahkan mereka. sebab masing-masing ada alasan dan cara tersendiri bukan? ok stop sini dulu nanti aku sambung lagi. aku nak share jadual pemakanan raina pulak. mana tahu nanti boleh kita bertukar pendapat dan share idea tentang pemakanan si kecil pula :)

26 comments:

  1. aah betul ckp nurul tu.
    lepas ni bole la kongsi resepi pulak ye.
    :)

    ReplyDelete
  2. chik star @ as : nanti nurul share ye. mmg nak tulis dan share sesama jadual pemakanan tu. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. betul tu nurul..maria pn bagi masa aqil 6bulan..;)

    ReplyDelete
  4. ala tomei raina..pic yg sgt nice..raina mkn dgn penuh makna..

    ReplyDelete
  5. maria : Alhamdulilah maria ikut peraturan yg betul


    alynnz : gmbr lama tu alynnz masa raina umur 6 bulan tak silap. dia tgh suka sbb dpt mkn solid food :)

    ReplyDelete
  6. oh takut nya. harap² tak jadi sampai begitu. tulah nurul, fie ni dah penat dah tangkis cadangan org yg suruh bagi kakal minum susu campur nestum masa 3 4 bulan aritu.

    keraskan hati ni. lantak lah org nak kata kita degil ke apa.

    anak kita kan.

    haa emo. hehe.

    ReplyDelete
  7. fie : tu la kita kena keraskan hati kadang2 utk kebaikan kan? bukan suka2?

    fie boleh bg cmpur susu dgn nestum masa kakal nak masuk umur 6 bulan pun ok lagi. tp 3,4 bln tu masih kecik lagi.

    ReplyDelete
  8. setiap ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak2 kan hingga kdg2 tak sedar yg disangka baik tu mungkin boleh memudaratkan

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing nurul. betul kate nurul, kene keraskan hati. mak ayah mane yg tak seronok nak bagi dan tgk anak2 dorang mkn kan? tp kalau kemudian memudaratkan anak sendiri, lebih baik berhati2 dr awal :)

    ReplyDelete
  10. hhhe anak buah qah 2 bulan dah makan nestum cair-cair daa..^^ ibu qah cakap takpe.. sebab dulu masa qah n adik2 kecik2 pun ibu hentam bagi makan nestum juga.. sebab lapar.. susu tak kenyang.. asik melalak je..

    sabar jelaa.. tulaa logik juga apa yang nurul cakap.. usus bayi belum matang.. tapi tulah.. mcam qah jenis yang ikut pesan doktor juga tapi tulaa ibu qa nanti yang jaga mesti dia bagi je baby makan if baby nanes tak kenyang T__T

    kalau doktor tahu habesla kena marah..

    ReplyDelete
  11. nurul..shima pun mcm tu.mmg bg anak mkn bila anak dh usia nya 6 bulan.kdg shima heran tgk ibu ibu yg teruja sgt nk bg ank mkn awal awal..ape yg seronok sgt..tak blh kah tunggu masa 6 bulan.masa yg sesuai.nak rushing ape?.takut bb lapar..susu pun mereka dh kenyang. pastu shima pikir.lps 6 month suap la anak anak tu puas puas ..smpi kita plak jemu nk pk..hehe nk bg mkn ape..

    ReplyDelete
  12. Bagusnya Nurul. Sangat berdisiplin dalam membesarkan anak.

    Jangan jadi macam separuh parents semua pun main redah je. Haha. Keep up the good work! ;)

    ReplyDelete
  13. zuris : tu la kdg2 kita tak sedar kan masih baru dlm bab penjagaan anak kan zuris. sama2 lah kita belajar kan tukar2 dan share pendapat


    hanie : tu la nurul kasian kat budak sebenarnya. budak tak tak apa2 mmg apan mkn bila di suap


    qah : kdg2 ada org tua main hentam jer sbb diaorg kata dulu2 pun diaorg buat mcm tu ok je tp kesannya kemudian hari. tp Alhamdulilah tok wan raina mmg larang nurul buat mcm tu. dia suruh tggu raina dah besar dan betul2 sesuai baru bg susu campur nestum tu


    shima : tu lah kdg2 teruja kan? nurul masa mula2 tu pun teruja nak bg ni. masa tu terfikir lama nyer nak tggu raina besar boleh bg solid food. tp mmg nurul cuba set minda keraskan hati tggu raina 6 bln baru bg mkn. Alhamdulilah nurul tggu dgn sabar masa nak bg raina mkn solid food tu :)

    ReplyDelete
  14. hannah : nurul pun masih dalam peringkat belajar sebenarnya hannah. sebenarnya bergantung pada makn bapak itu sendiri. maybe ada alasan tersendiri kan :)

    ReplyDelete
  15. ye nurul, bab bagi anak solid food ni mmg la sangat mncabar..

    anak bagi dani makan nestum masa umur dia 5 bulan 3 minggu. mmg tak genapla 6 bulan sebab kesian kat anak yang mulut2nya macam nak makan bila tgk org nak makan. hehe..
    sebenarnya dari 5 bulan lagi dani dah macam tu, tapi ana rujuk ngan doktor dan juga ibu ana, dia kate dalam minggu2 terakhir 5 bulan tu bolehla bagi dia rasa... rasa tu means sikit2..2-3 suap nestum..

    mula2, macam raina la,,asyik sembur2 je nestum tu.. tapi lama-lama dia dah ok..dan tambah juga kuantiti nestum tersebut.. 6 bulan pertama mmg bagi dia makan nestum je.. itu pun cair2.. sebab nak tgk dia poo poo macam mane kan.. takut keras kang, sian baby..:)

    start 7 bulan ana, baru start bagi bubur nasi + kentang + brocoli + ikan bilis sikit (ganti garam) yang dibelender halus-halus.. kasar2 kang takut tercekit pulak kan..sampaila sekarang anak bagi macam tu hari2 kat BS dia. baru hari ni cuba tambah ngan sayur bayam..

    alhamdulillah badan dani dah macam naik sikit. kalau tak dulu kurus je sebab selalu demam.

    tq nurul atas info2 yang diberikan.. nak carik jugakla mangkuk yg ada sukatan tu. nurul beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  16. ANA : ALHAMDULILAH ANA MENGIKUT PERATURAN JADUAL PEMAKANAN SI KECIL DALM LANDASAN YANG BETUL. NURUL TAK BELI MANGKUK TU. MANGKUK TU MMG MANGKUK MASA NURUL ADIK-BERADIK KECIK2 DAH PAKAI MANGKUK TU. IBU NURUL KATA ZAMAN SEKARANG SUSAH NAK CARI MANGKUK JENIS ITU. KIRANYA ITU MANGKUK WARISAN DR TOK WAN RAINA :)

    ReplyDelete
  17. kak.bgs entri ni
    berguna tuk dw nanti bila ada baby.
    eh kak..xdelah skema or kuno
    be realistik.
    Jangan gv up cerita pasal ni ey.
    mwah!

    ReplyDelete
  18. Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

    ReplyDelete
  19. Hi Nurul,
    Im ur silent reader yg skrg tk silent lagi.

    Thank you so much for the sharing info :)

    Suka tgk pix ur baby, so vibrant!

    ReplyDelete
  20. betul kak nurul sebab baby boleh bg nestum time umur 6bulan sebab time tu baby xada la lembik lagi.
    selalunya mak wanie bg makan bubur + ikan bilis di kisar pastu di tapis. so nampak mcm air sebenarnye bubur...:)

    ReplyDelete
  21. dewi : thanks dewi kerana menyokong :)



    jehan : thanks jehan sbb sudi singgah blog nurul nie :)


    wanie : ohh akak pun tapis tak guna blander sebenarnya. lbh mudah dan halus kalau buat bubur tu

    ReplyDelete
  22. samalah kita nurul bagi anak mkn bila usia dia genap 6 bulan. itupun seminggu yg awal tu hanya bubur nasi sahaja(tanpa garam) yg di blend cair..

    ReplyDelete
  23. huarghh. pemakanan penting dlm pengembangan IQ.

    bg mkn kismis jugak (:

    ReplyDelete
  24. memang la mencabar nak bagi si haqq ni makan..
    huhuhuhuhu.. :P

    ReplyDelete
  25. lip : bagus lip ikut aturan jadual yg betul :)


    sesumpah : yeah betul tu . akak pun dah amalkan bg mkn kismis tu kat raina


    kid : mmg mencabar kid dan perlukan kesabaran yg besar ketika beri si kecil mkn

    ReplyDelete
  26. masa open house raya kat rumah2 org baru ni la yh i paling banyak kesian kat babies. budak tu baru brapa bulan, orang lain suap mcm2. air oren pun ada. adoila. kesian. ada yang parents sentap je tengok anak kena suap secara tiba2. huhuhu

    ReplyDelete