Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, October 1, 2010

Kisah driver lori otak cerdik

AMARAN : entri ini agak panjang. sila baca dengan ikhlas dan sabar . anda akan dapat manfaat dari entri ini. InsyaAllah.

dari semalam aku terfikir-fikir perlukah aku membuat entri ini? tapi aku rasa perlu sebab ada sesuatu yang perlu aku kongsi di sini tentang kisah seorang driver lori yang mempunyai otak yang sangat cerdik pandai menguruskan kehidupan dia sebagai seorang suami dan anak-anak dia. aku teruja betul dengan engkau bro. gua salute sama lu.

semalam,
aku ada kerja luar di hutan melintang. sudah lama tidak ke sana. last aku ke sana time aku disahkan pregnant 5 minggu. sejak itu aku tak ke sana atas sebab-sebab aku pregnant. jadi semalam aku pergi lagi ke sana selepas sekian lama tidak jejakkan kaki ke sana.

seperti biasa akan ada orang yang menghantar aku ke sana. sorry beb aku tak suka nak drive ke tempat jauh-jauh. semasa dalam perjalanan ke sana aku berborak panjang dengan bro nie. sedia maklum aku bila sudah mula bercerita seperti keretapi bergerak laju itu. haha.

mula-mula borak biasa-biasa saja. sampai satu time kami bercerita tentang aset. aku terkejut beruk ye sebab bro nie mempunyai aset yang aku sendiri pun belum ada. gila ke apa ni? mimpi ke apa ni? "nurul masih muda jangan fikir nak beli kereta baru, tukar kereta baru yang penting rumah. rumah ada nilai yang sangat tinggi". aku telan air liur sebab aku dan saiful sekarang dalam proses berkaitan kereta. tiba-tiba malu kat bro tu dan malu kat diri-sendiri. eh eh bro nie macam tahu-tahu lah pulak.

pot pet pot pet pot pet (aku jakun dan teruja dengar dia bercerita)

bro ini mulalah menceritakan bagaimana dia berusaha membeli rumah dengan kerja hanya sebagai driver lori itu. dan selepas 5 thn dia menjual semula rumah tersebut dengan harga yang berlipat ganda dan dia membeli lagi rumah yang harganya lebih mahal dari harga rumah yang di jual itu. bijak sungguh bro nie bukan?

bro nie ada 3 orang anak dengan isteri tidak bekerja. tapi dia mengaku dia mampu sara keluarga dia. dia ada tanggungan lain tetapi dia masih mampu. baguskan? aku teruja sangat sebab aku pernah tengok macam mana dia kerja berat sebagai driver lori tu tapi dia diam-diam berisi. itu yang buat aku salute sangat dengan dia.

bro nie juga menceritakan pengalaman dia sebelum kahwin dulu yang dia pernah membuat 3 kerja dalam satu masa dan dia membuat saving setiap bulan sebanyak rm1000. setiap bulan amount itu yang dia akan simpan di bank. baguskan?

sebelum raya hari tu, dia boleh ronovate rumah, cat kereta dengan color baru, dia buat itu ini. cuma ada satu jalan mahu melembutkan hati isteri dia dari mahu bershopping sakan apabila tiba waktu raya. jalan terbaik adalah pysco si isteri. "yang... abang ada duit yang di simpan. kita nak ronovate rumah atau shopping? kalau ronovate rumah nanti rumah nampak cantik ada faedahnya dari pergi shopping tak ada faedahnya." dan isteri bro nie lebih rela hati memilih ronovate rumah. baguskan?

kesimpulan dari apa yang bro nie cerita kat aku supaya rezeki sentiasa bertambah adalah :

1) ikhlas menolong orang tua terutama ibu bapa kita. beri duit kepada ibu bapa kita w/pun sedikit. InsyaAllah ibu bapa kita akan mendoakan rezeki untuk anak-anak mereka.

2) solat. jangan tinggal solat.

3) jangan berkira tentang duit. patutlah bro ni selalu belanja aku makan setiap kali aku outstation sebab dia tak pernah berkira tentang duit. aku nak bayar pun dia tak mahu. dia tetap nak belanja aku. bro ni kata jika kita ikhlas InsyaAllah ada rezeki kita nanti.

4) buat baik dengan sesama manusia. biar orang kenakan kita tapi kita jangan kenakan orang.

5) jangan mengikut kehidupan orang yang nampak mewah yang sebenarnya dikelilingi hutang yang kita sendiri tidak tahu. ikut cara kemampuan kita dan apa yang penting aset jangka panjang bukannya aset jangka pendek seperti HP baru, kereta baru, pakaian baru bla bla bla...

aku hargai nasihat bro tu. sebenarnya dah lama aku dalam usaha mencari rumah dengan harga yang berpatutan. aku target selepas beberapa plan aku nie selesai terus aku ON dengan pembelian rumah itu. dan aku sudah lama dalam usaha saving dan mempunyai rekod sendiri yang aku tulis dalam buku peribadi aku. wish me luck. InsyaAllah.

terima kasih driver lori. kamu driver lori yang cerdik pandai.
gua salute sama lu lah bro.

18 comments:

  1. shopping tue terkena btg hidung asna la kak. Tapi pape pun thanks sudi kongsi cerita nie. Dgn gaji asna mmg xmampu la nk beli rumah =)

    ReplyDelete
  2. nurul-sy punya pemikiran y same dgn bro tu psl rumah!!sy sokong sgt tp bile part suami..pagi ptg siang mlm y dia galak citer adlh kete tu keta ni...lelaki oh lelaki!!he he

    ReplyDelete
  3. tp nurul..driver lory gaji nya byk tau..di banding dgn kita yg duk pejabat ni sbnr nya hehehe

    ReplyDelete
  4. wah.... i pon nak salute sama die jugak~

    ReplyDelete
  5. asna : mcm bro tu ckp gaji dia pun tak byk mana tp dia ckp kita mesti boleh memiliki sekurang2nya sebuah rumah. InsyaAllah


    farhana : lelaki mmg selalu begitu kan? kereta, kereta kereta. tp ada yg lelaki yg tak minat kereta kan? eh ada ke? hehe


    shima : bro ni bukan driver lori besau dia hanya driver lori kecik so gaji dia biasa2 je . cuma nurul tak nyatakan dlm penulisan nurul ni bg hormatkan privasi bro tersebut shima


    e*ein : gua pun salute sama dia :)

    ReplyDelete
  6. yg no 2 tu mmg kite setuju along..
    solat jgn tinggal, pasti berkat kehidupan.. :-)

    ReplyDelete
  7. wah bagus abg driver tu..em mmg aset rumah tu penting..mcm kakak kat tmpt kerja maria pn beli rumah byk2..bagus kan..mmm maria nk beli satu pn seksa..huh..

    ReplyDelete
  8. ATIQAH : TU LA ITU SGT PENTING KAN? SEPAYA LBH DIBERKATI


    MARIA : BELI RUMAH IKUT KEMAMPUAN THEN KALU ADA REZEKI BELI LBH DR SEBUAH THEN SEWAKAN. ADA UNTUNG DI SITU

    ReplyDelete
  9. i percaya dgn citer u nie coz i husband i mmg ada mmbr yg keje driver lori. husband i penah kata gaji lori nie tggi blh cecah 4k. tp tue klu driver lori besar la..klu lori kecil biasa2 tue, xd la smpai 4k. i pun mmg penah sembang dgn mmbr husband tue, mmg dia kata gaji dia 3-4k sebln.

    yg psl umah tue, mmg btul..ramai mmbr i buat mcm tue..especially mmbr2 yg keje gaji kecil. tue la cara diorg nk kumpul aset n duit.

    ReplyDelete
  10. sgt bagus bro ni..untung dpt nasihat dr dia. thanks 4 sharing ye nurul. =)

    ReplyDelete
  11. Nurul : Ader kah abang driver lori yang akak kenal jugak itu? Tapi mmg akak rasa dia lahh orang nyer... Salute kat dia lahh, dlm diam2 rupa2nya adere isi, bukan takat isi, isi tebal pulak tu~ Hehehe~ Kirim salam kat dia, k? So, Nurul cadang nak beli umah kat maner? Mehh lahhh beli dekat ngan umah akak~ Balik Banting pun dekat, Saiful nak gi keje Putrajaya pun dekat.. Hohoho~

    ReplyDelete
  12. ada sorang pegawai PTD tu hobi dia jual beli umah..mmg nampak lifestyle dia mewah. bijak kan cara begini

    ReplyDelete
  13. i like this entry.

    :)

    bebybeb

    ReplyDelete
  14. Itu la kadang2 kita pandang orang sebelah mata tapi sebenarnya dia lebih bijak dari kita tentang sesuatu perkara. Saya salute sama driver itu jugak..

    Lagi satu saya perasan orang kita ni selalu sangat cakap takde duit, lama2 mmg takde la sbb tak bersyukur dengan rezeki yang ada.

    ReplyDelete
  15. dyla : ni driver lori gaji tak banyak mana tapi dia pandai mange duit dia tu yg nurul salute tu

    fie : sama2 fie :)

    kak mira : sapa lagi drover lori tu akak pun kenal . hehehe . dia diam2 berisi tu kan


    yun : tu la skrg rumah ada nilai elok beli rumah kan

    babybeb : saya pun suka entri ni sbb banyak manfaat

    ReplyDelete
  16. mawar : eh nurul setuju betul dgn komen mawar nie.

    ReplyDelete
  17. nurul..panjangnye entry ni,x sempat roy nk membacenye..

    sebenarnye rindu kt nurul n anak dara nurul tu.hehehheh..nanti ade mase baru roy bace erk

    ReplyDelete
  18. ROY : TAK PE SLOW2 BACA ROY . HEHE :)

    ReplyDelete