Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, February 17, 2011

Cakap berpada-pada

Ada orang yang jenis pendiam cakap sepatah dua je. Orang marah ke orang kutuk ke orang maki-hamun ke dia diam macam tak ada perasaan dengan apa yang berlaku. tapi dalam hati dia kita tak tahu. Mungkin dia berdendam atau dalam hati dia fikir lantak korang lah nak cakap apa pun. mana kita tahu kan?

Ada orang yang jenis cakap main lepas. Seperti pepatah cakap siang pandang-pandang cakap malam jeling-jeling. eh betul ke pepatah ni? kalau silap sila betulkan aku. orang jenis macam ni dia main cakap je tanpa fikir perasaan orang lain.

Ada orang yang jenis cakap berpada-pada. aku salute orang jenis macam nie. dia nak cakap apa pun dia jenis fikir dulu baru dia cakap. Tapi aku rasa dalam dunia nie tak banyak orang yang jenis macam nie. Orang jenis macam nie aku anggap dia manusia yang sangat berhemah dalam tutur katanya.

Untuk diri aku sendiri, aku pun tak tahu nak kategorikan diri aku nie dalam kategori yang mana satu. sebab cara dan kawalan aku ketika bercakap sebenarnya berdasarkan emosi, orang yang di ajak berborak sama dan situasi aku sendiri.

Tapi dulu masa di sekolah ramai kawan-kawan aku cakap aku nie seorang yang pendiam. Tapi bila aku mengamuk semua kawan-kawan aku takut. yup! aku jenis tak banyak cakap kalau dengan orang yang aku rasa tak selesa. Aku akan jadi banyak cakap kalau aku rasa selesa dan aku rasa 'ngam' dengan seseorang tu.

Tapi mungkin itu dulu zaman anak dara belum ada anak. Mudah sangat nak melenting. Orang kata darah muda kan?

Sejak ada Raina nie, aku lebih berpada-pada bila bercakap. Tapi pernah juga terlepas cakap sebab terlebih emosi ikut situasi. Tanpa sedar kita manusia biasa mesti ada melakukan sedikit kesilapan kan? Cuma sekarang nie aku lebih berhati-hati. Risau kalau-kalau ada menyakitkan hati sesiapa.

Tapi kadang-kadang kita cuba cakap berpada-pada atau senang kata 'cakap berlapik' untuk jaga hati semua orang tapi orang tak pernah cuba nak jaga hati kita bukan? kadang-kadang macam tu kan? Tapi bak kata ibu aku biar orang buat kita tapi jangan kita cuba membalasnya.

P/s : Sebenarnya ini entri tahun lepas dah lama aku simpan as draf saja. Hari nie baru aku nak publish sebab tiada idea nak menulis. Dari blog nie bersawang baiklah aku publish mana-mana entri yang tersimpan as draf je kan? Idea banyak tapi malas nak menulis. Tunggu mood menulis datang dalam diri :).

6 comments:

  1. cakap malam, dengar-dengar lah, nurul :)

    ReplyDelete
  2. xeea : oh silap lah tu ye? hehe daku main belasah je tu penulisan tahun lepas dah lama simpan as draf je hehe

    ReplyDelete
  3. 12k 12k..huhuhu
    yup kadang2 orang yang tak banyak ckp ni..pendiam..bila marah..mengamuk ke orang pun takut..huhuhu bukan kita pendiam cuma kita ni memerhati dan mendengar je..(pd evyn r) paling x suka orang yang suka cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain...ye la kita boleh paham perangai seseorang tapi berpada2 la kan..so perasaan kita sapa plak nak fhm..huhuuh..

    p/s tgh ngantuk..ayat pun tunggang langgang...hihihi

    ReplyDelete
  4. evyn : setuju2 hehe evyn target 12k ni *berangan* :)

    ReplyDelete
  5. hurm..mun pon mcm nurul jugak...jenis pendiam tapi bile marah semua jadik kecut...tapi sejak ada mirza nie memang mun jadi lebih berhati2...

    ReplyDelete
  6. mun : tu lah kdg2 org pendiam jgn di pijak kepala kan mun kalau marah mesti org takut kan

    ReplyDelete