Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, November 29, 2010

Cakap kosong

Aku sebenarnya paling tak selesa dan kalau boleh nak hindar terus dengan orang yang jenis suka cakap lebih-lebih tetapi apa yang dicakapkan tu hanya cakap-cakap kosong saja. Cerita bagai nak rak ada itu ini, nak buat itu ini tapi sebenarnya tiada satu point pun cakap-cakap itu boleh digunapakai. Senang cerita tak perlu ambil pusing semua cerita yang diceritakan oleh orang jenis macam nie.

Tapi selalunya jika aku tak mahu kecilkan hati sesiapa aku akan jawab seperti “oh ye ke?” atau “ohhh” ataupun paling simple aku akan diam tanpa bercakap apa-apa, angguk-angguk sikit dan senyum saja.

Aku banyak kali jumpa orang yang suka cakap-cakap kosong macam nie. Dia cakap dia banyak kawan dengan golongan orang yang berada dan berharta dan boleh tolong dia untuk buka bisnes itu ini dan kalau nak duit tu anytime seperti petik jari saja dah boleh dapat. Nak beli kereta besar, nak buat rumah besar dan paling kelakar sekali nak tolong aku dapatkan kerja dalam sektor government. Katanya dengan pengaruh yang dia ada aku akan senang dapat keja government. Pengaruh apa yang dia ada sedangkan diri-sendiri pun tak bekerja. Kenapa tak dia sendiri yang kerja government tu? Aku pelik bila dia mula memperkatakan tentang ini. Tapi aku selalunya sekadar senyum saja.

Nak ‘kencing’ tu agak-agak lah bro.

Ada juga orang yang jenis suka mengangung-agungkan suami. Bagitahu suami kerja bagus gaji mencecah RM5000 ke atas. Ada 3,4 biji kereta. Tiap-tiap bulan suami bagi duit sekian sekian amount, bla bla bla. Tapi bila psycho sikit baru tahu dia cakap kosong rupa-rupanya. Nak tak nak senyum dan layan sajalah dia bercerita.

Tapi bagi aku kisah hal dalaman dan celah-celah kain rumahtangga tak perlu kot nak cerita kat orang lain. Rasanya memang tanggungjawab suami pun nak bagi duit tiap-tiap bulan tu tapi tak perlulah kot nak dedahkan berapa amount duit yang di beri suami. Itu not nice. alamak dah terlari sikit dari topik asal. Maaf ye.

Ok berbalik pada cerita asal,

Kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa ada orang jenis ini. Dan aku buat kesimpulan sendiri, mungkin orang jenis macam nie dia teringin nak jadi seperti orang lain yang hidupnya lebih baik dari dia tapi nasib dia tidak sehebat mana. Jadi jalan terbaik untuk puaskan hati sendiri adalah dengan cara bercakap kosong seperti angin yang berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan pun.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, lebih baik orang yang suka cakap kosong dari orang yang suka cakap putar-belit dan menipu orang. Lagi pening kot nak layan orang jenis cakap putar-belit kan?

Apa-apa pun apa yang penting orang tu tak kacau dan ambil tahu tentang hidup kita, itu sudah cukup baik bagi aku.

So layan sajalah cerita-cerita mereka. Bukan luak pun :).

16 comments:

  1. ye as setuju.
    klo suami mampu sekali pon diam sudah.

    humm klo suami betul2 mampu
    buat ape ssh2 kerje yer tak.

    eyh as ckp pasal sape ni
    haha,
    mcm2 org, macam2 ragam yek.
    :P

    ReplyDelete
  2. as : hehe kira general je as. sapa mkn cili terasa pedasnya. tak berani nak ckp lbh2 kan as.

    ReplyDelete
  3. orang mcm nie kite layankan aje.....hahahaaa...

    ReplyDelete
  4. anggap saja dia bercerita drama sinetron.

    ReplyDelete
  5. mun : layannnnn :)


    fad : iye tak iye gak ye :)

    ReplyDelete
  6. heee~ layankan jelaa.. kesian dia..
    tapi lebih baik diam dari bercakap.. ^^

    ReplyDelete
  7. atiqah : kdg2 dalam sesuatu situasi tu silent is better kan :)

    ReplyDelete
  8. mai pun ada gak jumpa org mcm 2 rasa cam sedih je tgk dia hehehe .. nak x nak senyum jela kan kang kita cakap dia cakap kosong gerenti gaduh and boleh say kite cemburu pehhhh ... mmg sakit hati kan ... tak mampu cakp mampu hampehhh

    ReplyDelete
  9. sonok gak layan kisah kehidupan orang yg suka cakap besar nih...

    bila diorang terkantoi...kita senyum2 jer la kat diorang....hehehhe

    ReplyDelete
  10. mai : jln terbaik senyap dan senyum kan


    yanie : tu la kdg2 seronok gak layan

    ReplyDelete
  11. xsuka jugak org yg poyossss begitu.tp kekadang syok layan auta dorang kan ekekeke

    ReplyDelete
  12. Hana selalu anggap org2 mcm ni annoying..sama macam nyamuk..bunti lebey , bendanya tak kemana pon..

    memang meluat kan?

    abaikan saja org mcm nih

    ReplyDelete
  13. org mcm ni baik hindari takut kita pun terjangkit...ehehehe...

    ReplyDelete
  14. layan kan je...kena ingat..tak semua orang sama nasib mcm dia..apa yg ada ni syukur alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  15. mcm Nurul tulis. layankan jelah. bukan luak pon...kekeke...

    tp kdg2 timbul meluat jugak kan? sbb ckp taknak kalah. asek dia lah yg paling hebat...huhuh...

    sbnrnya kesian kt org2 mcm nie. sbb mampu buat cerita jer sdgkn hakikatnya x mcm tue. kesian, mcm kurang kasih sayang. nakkan perhatian...huhuh

    ReplyDelete
  16. yun : layan selagi tak luak apa2. ok kot yun


    hana : tu lah kan. kalu boleh hindar mmg nak hindar


    as : yeah kalu boleh nak hindar terus org mcm ni


    sherena : setuju. kurang kasih sayang nakkan perhatian. mungkin betul

    ReplyDelete