Klik belanja Raina dan Raifa ais krim :)

Tuesday, November 9, 2010

Continue : jadual pemakanan si kecil (part 2)

Assalamualaikum :)

dapat aku rasakan yang aku dah mula malas nak update blog. aku selalu tersidai kat twitter. sampai nak jenguk blog sendiri pun macam ada satu perasaan malas jer. ok hari nie aku cuba rajinkan diri aku untuk menulis.

di entri yang lepas aku berjanji nak share jadual pemakanan raina kan? ok hari nie aku cuba share apa yang patut. jika ada menu yang lebih bagus dan lain dari menu aku nie bolehlah share dengan aku ye.

sebenarnya aku tidaklah hebat mana dalam memasak. semasa mula-mula nak sediakan bubur raina pun aku terkial-kial belajar dari ibu aku. selepas tu, untuk mahirkan skill memasak aku tu, aku belajar dengan saiful. segan sebenarnya nak tulis kat sini. tapi terpaksa mengaku.

Alhamdulilah sekarang aku dah mahir buat bubur dan macam-macam menu untuk raina. berkat belajar dari orang yang lebih tahu :). syukur Alhamdulilah.

aku tak pasti jadual pemakanan anak orang lain macam mana tapi untuk anak aku nie memang kadang-kadang lebih 3 kali makan dalam sehari. yeah, raina memang kuat makan w/pun badan dia kecik jer sebenarnya. berat badan dia pun yang terbaru cuma 8.4kg. tapi Alhamdulilah doctor kata normal dengan berat raina semasa lahir dulu yang sememangnya kecik jer 2.37kg. apa-apa pun yang penting anak sihat kan?





Jadual pemakanan raina
pagi :
- sarapan dengan nestum. kadang-kadang di beri pisang.
- area pukul 11 pagi raina wajib minum glukose dalam 2 hingga 3 ouz
- selepas tu jika raina masih lapar, raina di beri biskut. jenis biskut antaranya farley's rusks, biskut tiger atau jenis chipsmore. dua jenis biskut nie yang paling raina suka makan.

tengahari :
- menu biasa adalah bubur. ok bahan-bahan untuk bubur raina yang wajib mestilah kentang, lobak merah, sayur bayam atau brokoli juga kismis. empat bahan-bahan ini mesti ada dalam bubur raina.
- untuk tambahan, aku letak ayam dan udang. aku jarang letak ikan sebab untuk bubur lebih tahan lama tanpa berbau agak kuat semasa dibekalkan kepada babysitter raina. menu ikan selalunya aku letak semasa aku cuti di hujung minggu saja.
- untuk tambahan lagi, kadang-kadang aku letak kurma dan kacang soya di dalam bubur raina.
- ikan bilis yang goreng tanpa minyak dan di kisar untuk di letakkan di dalam bubur.
- selepas makan, raina wajib minum air ribena. selalunya time aku cuti air ribena wajib di minum pada sebelah siang. jika time aku bekerja air ribena di minum pada sebelah malam.

petang :
-masih menu bubur. bahan-bahan sama seperti bubur untuk tengahari.

malam :
- pisang di campur kismis. kadang-kadang aku gantikan dengan buah lain seperti betik.
- biskut jika raina masih lapar.
- sosej yang di rebus. di beri seminggu 2 atau 3 kali.
- raina wajib makan yogurt seminggu 2 atau 3 kali.
- di beri juga buah prune seminggu 2 atau 3 kali.
-air ribena diberi minum. selepas minum air ribena baru raina minum susu sebelum tidur.

(P/s : beri makan pada waktu malam area pukul 7.00 atau 7.30 malam. tidak boleh lewat sebab untuk memudahkan baby tidur ikut masa yang di tetapkan. sosej, yogurt dan buah prune selalunya diberi mengikut giliran dan hari tertentu dalam seminggu bukan diberi sekaligus.)

vitamin, makanan dan minuman tambahan yang lain
- appenton yang jenis cecair di campur ke dalam susu. susu yang di campur appenton ini di beri pada raina sebelum tidur.
- scott's emulsion di beri kepada raina sebelum tidur jugak.
- sesekali raina di beri air buah seperti air tembikai atau oren.

susu
walaupun umur raina hampir setahun, raina masih tetap kuat menyusu. raina cuma minum 5 ouz susu tetapi minum berulang-ulang kali dalam sehari.

air kosong
secara jujurnya, raina tak suka minum air kosong. perkara nie pernah buat aku bimbang. jadi jalan penyelesaian, aku berikan raina minum air kosong ini dengan banyak apabila tiba waktu makan utamanya dan selepas makan vitamin.


tips untuk di kongsi :

1) secara jujurnya aku tak gunakan blender untuk kisar bubur. aku lenyek secara manual menggunakan penapis untuk dapatkan hasil yang lebih halus. dan sekarang raina sudah ada 8 batang gigi jadi aku buat bubur sedikit kasar bersesuaian dengan raina.

2) kismis : untuk menarik minat si kecil makan permulaan sampai hari ini aku akan campurkan kismis dalam setiap menu raina.

3) ikan bilis : di goreng tanpa minyak dan di kisar halus untuk menggantikan garam. permulaan boleh digunakan untuk menggantikan garam. jika dah besar sikit bolehlah letak sedikit perisa garam.

4) selain kismis boleh juga gantikan dengan kacang soya atau kurma untuk pelbagaikan rasa.

5) vitamin : diberi untuk menaikkan selera makan dan mengelakkan dari sebarang kesakitan. InsyaAllah.

6) Air ribena mestilah yang jenis jus yang perlu dibancuh dengan air kosong tanpa gula. bukan air ribena yang di beli dalam kotak. sebab ribena yang jenis dalam kotak itu sudah mengandungi gula.

oklah itu saja jadual pemakanan anak aku. kalau tak faham tanyalah. jangan segan-segan dan cuba buat andaian sendiri. aku pun masih belajar lagi. selalunya aku tanya kat nurse, doctor atau orang yang berpengalaman. kalau korang ada menu yang lebih best bolehlah berkongsi dengan aku ye :)

46 comments:

  1. nurul,raina tidur pukul brp ek?nurul kasi raina makan malam tu dalam pukul brp?zuris cam confuse limit pukul berapa nak kasi kysha makan malam.ada yg kata lepas kul 9 tak elok kasi baby makan.hmmm...

    ReplyDelete
  2. zuris : nurul bg area pukul 7 hingga 7.30 mlm. jgn lewat lebih pukul 9 sbb baby nak tido kan?

    sbb raina petang mkn awal area pukul 5 mcm tu.

    ReplyDelete
  3. wahhh
    byk btl menu harian raina yep..
    meriah..
    hehe
    blk kerja ni nkg cari byk brg2 yg disenaraikan nurul ni la
    hehe
    sian dak kecik tu asek mkn bubur carrot kentang ayam je..
    huhu

    ReplyDelete
  4. em byk gak raina mkn yek..aqil mkn 2 kali je dlm sehari..minum susu dalam 9oz je sehari kalau maria kerja..em maria ingat nak tambah sekali lg waktu mkn aqil..tgk mcmn..

    ReplyDelete
  5. nano : mari mencuba na? hehe


    maria : tu la raina mmg kuat mkn maria. tp bdn dan berat dia tak naik byk sgt. yg penting menu seimbang kan maria :)

    ReplyDelete
  6. dulu klau nak sedia kan bubur, kdg2 kalau mls sgt, aku blender beras tu kemudian baru rebus...ehehehe...jd bubur halus jg :-)

    ReplyDelete
  7. as : idea tu penah di sarankan oleh babysitter raina :)

    ReplyDelete
  8. mcm2 jugak raina punye menu kan?
    tibe2 rase mcm teruknya aku jd mak..balik2 naurah makan baby bites dgn bubur+carrot+kentang+labu jer..lps nie nk variasikn lagila..yg mudah & berkhasiat =)

    ReplyDelete
  9. salam nurul,

    terima kasih sebab sudi kongsi jadual pemakanan raina ni. first time singgah sini sebenarnya. saya dok bloghopping dan sampai ke blog ni, berbaloi sangat baca apa yang nurul tulis ni.

    baby saya pun lahir kecik jugak, 2.09kg, borderline prem, delivered at 36wk. last month checkup at 10 month pun baru 7.1kg, kena bebel dengan nurse. dah usaha bagi makan mcm2, tapi dia tak nak. nanti nak try bagi makan mcm apa nurul bagi kat raina la.

    anyway,thanks tau.

    ReplyDelete
  10. sherena : eh mbagus jugak kan labu tu sherena? nurul belum try labu dlm menu raina. tak pe slow2 tau. nanti pelbagaikan ye :)

    ReplyDelete
  11. missausie : hai awak. eh nasib kita sama kan? baby lahir kecik je. tp baby awak lagi kecik dr raina. tak pe slow2 tau awak. dulu berat raina pun susah nak naik byk. risau. skrg ni Alhamdulilah naik mendadak jugak dan doc kata masih normal. bersesuaian lah dgn berat raina semasa lahir dulu.

    ReplyDelete
  12. seronok if anak selera makan kan..emill makan ala2 je..

    ReplyDelete
  13. ok..hrmm lebih kurang mcm haraz jugak jadual pemakanan Haraz,skung berat haraz da lebih 10kg,tp bdn mcm susut.mayb tgh lasak, thanks nurul bg idea menarik untuk dikongsi,sy jarang buat bubur,cume buat sayur air, blend dgn nasik,risau gak kalu2 die bosan,so boleh try resepi raina.

    ReplyDelete
  14. lip " tu la lip raina ni kuat mkn lg2 sejak bg vitamin mmg selera dia mkn bertambah :)


    suzie : bagus jugak awak ye suzie? nurul tak pernah try lagi buat syur air n blend dgn nasi tu. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  15. bbysitter raina rajin oklah
    terjaga makan dia
    nursery cha pemalas, suruh bagi makan tgahari pun entah habis ke tak agaknya
    tp bekalkan je lah

    skrg ni eisya mkan 2 kali je sehari
    kalau wiken je 3 kali
    dia tido awal
    kul 7 dh gosok2 mata
    so amik dia ptg, trus bagi makan dalam kul 6.30 gitu

    lps ni nak ikut jadual nurul la

    ReplyDelete
  16. dayu : tu lah dayu. mcm vitamin semua tu nurul bg sebelah mlm sebelum raina tidur sbb tak mahu susahkan babysitter raina. sbb rasanya dah syukur sgt babysitter raina tlg bg raina mkn utk breakfast, lunch dan mkn mlm. tp mmg raina kuat mkn dayu :)

    ReplyDelete
  17. thanx for sharing.. leh jd panduan sok2 dh ada anak..hehehe

    ReplyDelete
  18. best plak tgk jadual pemakanan raina la heheh hayfa now da start makan bubur yg di campur dengan kentang alhamdullillah hayfa berselera makan boleh dikatakan hayfa mmg kuat makan kalau boleh apa je yg kita makan dia mesti minta juga ...
    mai pun ada rasa nak tukar menu jadual pemakanan hayfa ..

    ReplyDelete
  19. hana : sama2 :)


    mai : hehe hayfa kuat mkn jugak ye? tak pe kalau anak tgh selera nak mkn biarkan anak mkn mai :)

    ReplyDelete
  20. semoga raina sehat sentiasa. hehe.

    ReplyDelete
  21. Nurul, mmg Raina kuat makan!. hehe.


    lepas ni kita pun nk cuba menu2 Raina ni. cuma nk tanya, appeton + scott tu memang boleh start bagi dah ye?. Kita pernah nk bg tp mcm tak berani lg. bkn apa, tengok kaisya pun kurang makan. especially bubur nasi. mengamuk je kalau kt bg. huhu.

    1 lg, pasal yogurt. nurul bg Raina yogurt apa ya?. sbb raihan pernah bg dulu tp stop sejak tahu yogurt biasa kat pasaran ni takleh bg kat baby sbb low-fat. bila cr sndiri tak jumpa pulak yg takde low-fat nya. suggest sikit yogurt yg raina makan.

    andddd. ribena tu. berapa oz sekali bg?. ikut sukatan susu jugak ke?





    sorry banyak tanyaaaaaa.
    :)

    ReplyDelete
  22. erk Alhamdulillah..
    kid yang kenyang tengok menu raina :P

    ReplyDelete
  23. 2 la nurul hayfa mmg kuat makan apa yg kita makan semua dia nak tak bagi megamuk kat ummi dia baik bagi je heehhe

    ReplyDelete
  24. 1 lg Nurul. hehe.


    glukose tu apa ek?. kita ni dok terbayang glucoline aje. yg dlm tin biru tu. ada rasa plain, grape, kan. hehe.

    ReplyDelete
  25. thanx 4 the info nurul.. sgt membantu sy dlm pembesaran anak.. kdg2 pening gak apa nak bg menu sihat tuk dia kan...

    ReplyDelete
  26. sastraboy : thanks dik


    yanie : kismis manis dan sedap di makan :)


    raihan : nurul dah jwn soalan raihan nie di blog raihan. check ye :)


    kid : hehe kenyang ye? hehe


    mai : budak2 kalau tgk org dewasa mkn dia pun nak apa yg kita mkn kan? hehe :)

    ReplyDelete
  27. raihan : glukose tu yg dlm tin biru ada perisa oren , grape dan yg biasa


    e_da : sama2 :)

    ReplyDelete
  28. TQ eh sudi singgah belog i & komen..:)

    ReplyDelete
  29. SUSAH GILAAA nak suruh adik2 kecik makan sayur


    eh yg besar pn sama

    ReplyDelete
  30. kalau budak dah besa mcm saya bleh makan takk ? HAHA.
    sedapp betul mknn si raina.
    bleh la buat pnduan nnti kalau dah ade anak. hee. kahwin pun belum :P

    ReplyDelete
  31. raina. masih mkn bubur lagi ke nurul?.amni dh takmau..dia nk nasik.pastu x nak kita suap.nk suap sndiri..abis sepah eheh masuk mulut sikit

    ReplyDelete
  32. dakcik : sama2 :)

    sesumpah : mkn sayur tu kena ajar dr kecik tp kdg2 ada bdk yg tak suka :)



    farhana : hehe boleh lah dijadikan panduan :)


    shima : belum lg nak bg nasi. tunggu besar sikit shima :)

    ReplyDelete
  33. wah..nurul..best²..tq atas info nie.. dh lm cr vitamin yg sesuai tuk bb nie.. kn cube nih.. n of course..air glucose.. lupe la.. dulu suke sgt air nie..erm..glucose perisa ape yer nurul bg..?

    ReplyDelete
  34. myra : nurul pernah try perisa grape daan yg biasa tak ada perisa tu

    ReplyDelete
  35. ya allah Raina manyak mkn...
    bestnye..
    aunti wiwi nak mkn mknn Raina lah
    boleh!
    heheh
    kak,entri ni jgn hide smpi bila-bila
    berguna tuk dw kot suatu hari nanti
    hahaha

    ReplyDelete
  36. nurul...nak tnya...glokose tu utk ape ek? :)

    ReplyDelete
  37. aah nnti bole try menu2 nurul ni.
    nurul yg scots semue tuh elok bg pd berapa buln eyh?

    ReplyDelete
  38. dewi : hehe raina mmg kuat mkn dewi. boleh saja dewi. sgt berguna utk dewi nanti :)

    ReplyDelete
  39. yaya : glukose tu utk energy yaya. raina kalu demam atau tak sihat mmg glukose ni akan bg lbh sikit utk energy dia sepaya still aktif


    as @chikstar : nurul mula bg scott kat raina selepas usia raina 7 bln tak silap nurul :)

    ReplyDelete
  40. nurul start bg raina makan umor brapa? bby eika 7 bln tp still makan biskut farley rusk n nestum ja...cian kat dia sbb dah bosan hari2 menu sama.....tolong yer sbb eika blem arif tentang pemakanan bby

    ReplyDelete
  41. nurul.....rania start makan umor brapa? air ribena,appeton + scott umor brapa plak sbb anak eika omor 7 bulan n brapa 6.8kg...masa lahir besar 3.75 n skrang dah berkurang...mungkin bby eika bosan sbb hari2 makan biskut farley n nestum ja...

    ReplyDelete