Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 23, 2010

Setahun Raina Evaqairina


Sepatutnya entri ini aku nak buat pada 19/11/2010 hari tu sempena genap umur raina setahun. Tapi dari pagi raya aidiladha tu selepas saiful selesai solat raya terus kami balik banting. Kebetulan aku memang cuti panjang. Saja nak habiskan masa bersama family. So niat nak menulis kat blog nie aku tangguhkan disebabkan servis broadband pun lembab.

Aku sampai sekarang macam tak percaya anak aku tu dah setahun umurnya. Aku rasa macam aku baru saja melahirkan dia dan baru saja mengalami proses berpantang. Cepat betul masa berlalu.

Aku dah lama nak buat entri nie. Sebelum umur raina setahun pun aku dah ada niat nak buat entri khas untuk raina sempena umur raina setahun. Sebab selalunya aku selalu berbual-bual dengan raina ceritakan detik macam mana aku mengandungkan dia, macam mana aku melahirkan dia dulu. w/pun aku tahu raina tak faham lagi apa yang aku ceritakan.

Pernah beberapa kali tu masa aku tengah syok sangat cerita dengan raina aku tak perasan yang air mata aku keluar. Nak tahu apa respon raina? Dia akan tepuk-tepuk pipi aku dengan tangan dia. Kadang-kadang dia lagakan pipi dan muka dia kat muka aku. Mungkin dia nak pujuk aku kot.


Untuk Raina Evaqairina,

Kalau raina nak tahu mama mengandungkan raina selama 9 bulan lebih. Masa mama mengadungkan raina, macam-macam dugaan yang mama tempuh. Dulu papa selalu outstation. Mama jarang jumpa papa. Kadang-kadang seminggu cuma sehari je mama jumpa papa. Tapi mama tak kisah sangat sebab masa tu mama dah ada raina. w/pun raina masih dalam perut tapi mama rasa raina sentiasa ada dekat dengan mama.

Bila mama rindu papa ke, bila mama tengah tension ke, bila mama tengah hepi ke semuanya mama akan ceritakan kat raina sambil usap perut mama. raina ingat lagi tak mama selalu buka CD Al-Quran bagi raina dengar? Raina ingat lagi tak mama nyanyi lagi ABC, 123, selawat semua tu? Raina selalu akan bergerak-gerak dalam perut mama bila mama nyanyi atau bercakap dengan raina. Raina suka ye?

Kalau tak silap mama pada usia 7 bulan mama mengandungkan raina, mama jatuh teruk depan opis mama Masa tu mama rindukan papa. Fikiran mama melayang entah ke mana sampai mama tak sedar mama terjatuh. Mama menangis risaukan raina.

Malam tu lepas berbuka puasa, terus tok wan raina bawa mama pergi klinik. Doctor lakukan full detail scan 3D/4D. nasib baik raina tak apa-apa. Tapi sampai sekarang mama ingat lagi raina jelirkan lidah masa doctor sedang imbas perut mama. doctor pun tergelak tengok aksi raina. Nakal betul raina ye. Marahkan mama ye sebab mama jatuh. Maafkan mama ye raina.



pada minggu ke 37 pagi khamis tu, mama dah dapat rasakan yang mama akan bersalinkan raina. Sebab pagi tu mama tengok ada keluar tanda berupa darah. Tapi mama gagahkan juga pergi opis. Kalau raina nak tahu mama drive sendiri pagi tu. Sebab papa ada keja luar. mama pun tak kisah sangat masa tu sebab papa kerja pun cari rezeki untuk kita.

Papa cakap dia tak tahu pun kalau keluar tanda darah tu bermaksud mama akan bersalin dalam waktu terdekat. itu pun kawan papa yang bagitahu papa. Maklumlah anak sulung. Mana papa tahu kan?

Petang tu mama pergi ke hospital dengan papa, tok wan dan pak usu. masa tu mama dapat rasakan kerisauan semua orang. Tapi semasa dalam kereta on the way ke hospital, mama berlagak cool dan relaks saja. Sedangkan masa tu mama dah sakit sangat. Rasa macam nak menjerit sekuat hati saja.

Ketika di hospital, mama dah rasa seram sejuk. Mama takut sangat. Tapi mama rasa sakit contraction tu mengatasi segala ketakutan mama ketika itu. Mama redha saja. Kalau raina nak tahu mama tak pandai push nak keluarkan raina. Puas doctor dan nurse ajar mama. nasib baik papa raina ada kat sebelah mama bagi semangat.

Disebabkan mama tak pandai curi nafas ketika push nak keluarkan raina kepala raina yang dah keluar separuh itu termasuk balik entah berapa kali mama tak pasti. Sebab itu bahagian belakang kepala raina sampai sekarang ada sedikit lekuk. Maafkan mama ye raina.

Alhamdulilah raina dilahirkan sempurna. Mama bersyukur sangat. Masa tu semua orang termasuk doctor dan nurse yang sambut raina cakap kat mama raina dilahirkan dengan rambut lebat, hidung mancung tapi mata raina sepet sikit. Hehe. Raina banyak ikut muka papa. Sampai sekarang pun muka raina sebijik macam papa.


Bermula saat itu mama dan papa belajar menjaga raina. Banyak yang mama dan papa belajar. Memang mencabar nak jaga raina semasa mama dalam pantang dulu. Raina susah nak tido malam. Tapi raina suka tido pada sebelah siang.

Mama dan papa juga melihat perkembangan raina dari raina tak pandai apa-apa sampai raina dah pandai dan belajar macam-macam sekarang. Alhamdulilah. Mama nak tuliskan semua perkembangan raina dalam entri ini. Supaya nanti bila raina dah besar nanti bolehlah raina baca apa yang raina belajar semasa kecil dulu tau.



Usia 3 bulan : raina dah pandai meniarap. Masa ni mama risau sebab mama tengok ada anak kawan mama pada usia 2 bulan lebih dah pandai meniarap. Alhamdulilah pada usia 3 bulan akhirnya raina pandai meniarap. Raina juga dah pandai pegang botol susu sendiri w/pun masih tidak kukuh.

Usia 4 bulan : raina dah pandai berguling-guling. Sampai sekarang kalau mama tengok video raina belajar berguling tu mama akan gelak. Sebab aksi raina tu betul-betul mencuit hati mama.

Usia 6 bulan : raina dah pandai duduk sendiri. Raina juga dah belajar mengengsot, mara dan merangkak. Raina juga dah mula tumbuh gigi dan mama ajar raina berus gigi. Raina juga dah pandai sebut perkataan “mama”. mama rasa ketika umur raina 6 bulan ini banyak sangat yang raina belajar.

Usia 7 bulan : raina makin laju merangkak. Raina juga dah pandai berpaut dekat mana-mana untuk berdiri.

Usia 8 bulan : raina dah mula berdiri dan lepaskan kedua-dua tangan raina dan mula nak belajar bertatih. Masa ni mama yakin yang raina akan berjalan pada usia 9 bulan atau 10 bulan. tetapi semasa raina kemaruk nak belajar bertatih raina kena demam panas dan juga demam campak. Terus raina tak mahu bertatih lagi. Puas mama pujuk dan ajar raina. Masa tu mama redha saja jika impian mama nak tengok raina berjalan awal tidak kesampaian.

Usia 10 bulan : masa nie raina kembali kemaruk nak bertatih semula. Masa nie mama hepi sangat sebab raina nak buat bertatih semula.



Usia 11 bulan : raina dah pandai berdiri sendiri. Bila mama cakap “up raina” terus raina berdiri sendiri dan berjalan. Masa nie mama, papa, atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu semua tak percaya secara- tiba-tiba raina berjalan bertapak-tapak di rumah atok dan tok wan. mama pelik kenapa raina tak selalu buat bertatih di rumah sendiri. Tok wan raina cakap mungkin rumah atok luas jadi raina lebih selesa berjalan bertapak-tapak tu di rumah atok. Alhamdulilah sekarang mama tengok raina makin laju berjalan w/pun kadang-kadang raina terjatuh ketika berjalan.

Impian mama tetap tercapai mahu lihat raina berjalan sebelum umur raina setahun. Jadi mama tak percayakan cakap-cakap orang atau mitos yang mengatakan kalau baby tumbuh gigi dulu kemungkinan lambat berjalan. Sebab raina tumbuh gigi pada usia 6 bulan tapi raina juga dapat berjalan awal pada usia 11 bulan. mama yakin semuanya bergantung pada tahap kecergasan setiap baby itu sendiri dan pendedahan yang dilakukan untuk support setiap baby itu. Apa-apa pun mama bersyukur sangat. Alhamdulilah.

Oklah raina, mama harap raina menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Mama harap raina menjadi manusia yang berguna kelak. Raina jangan lupa pengorbanan mama melahirkan raina. jangan lupa juga pengorbanan papa juga yang bekerja keras mencari rezeki untuk kita. Lagi satu jangan lupa juga jasa atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu. kami semua sayang kat raina.

I love u Raina Evaqairina :)

57 comments:

  1. OMG Nurul. Sangat touching entry ini. Tak tahu apa nak tulis time Myiesha umur setahun nanti. Tapi Nurul dah huraikan semuanya dengan baik sekali.

    Mesti Raina pun terharu bila dia baca entry ini bila dia besar nanti. :)

    ReplyDelete
  2. saya percaya
    raina sure menjadi anak yang soleh
    dan mendengar kata

    insyallah

    :D

    ReplyDelete
  3. raina..ummi ngah sentiasa sayang raina sampai mati. ummi ngah xde anak. raina la anak ummi ngah. ummi ngah sayang raina.kalo x jmp raina ummi ngah sedih sgt2. kat umah ummi ngah ade byk gmbr raina. kat peti ais,kat bilik. kalo ummi ngah stress wat editing ummi ngah mesti tgk video raina joget. raina sayang...dh besar nnt jgn lupakan ummi ngah ye nak... jd anak yg baik boleh jaga mama n papa. leh jd best pren pak usu.leh jd teman ummi ngah. leh jaga tok wan n atok.ummi ngah teringin nk raina jd doktor.

    raina comel...cinta hati ummi ngah

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun yang pertama baby raina...semoga semakin sihat dan menjadi anak yang solehah untuk mama & papa..:)

    ReplyDelete
  5. Nurul, tahniah awak..dpt anak yg comel n pandai.semoga u jd mama yg baek bt raina.

    to little comel, Happy 1st Birthday Raina Evaqairina..semoga menjadi anak solehah bt mama n papa raina..=D

    ReplyDelete
  6. Dah besar dah anak Nurul
    Dulu masa kenal2 Nurul tgh preggy lagi :)

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun yg pertama raina..cpt je kan,,dh setahun

    ReplyDelete
  8. hannah : nurul menulis dengan rasa ikhlas time nie hannah. nurul sendiri menangis bila baca balik. sbb byk sgt kenangan masa nurul mengandungkan dan melahirkan raina. apatah lagi semasa membesarkan raina. kiss utk mayiesha ye dari kwn mayiesha raina :)


    ween : mudah-mudahan ween. nurul pun berharap begitu

    angah : aku nangis angah baca komen ko. touching sungguh. aku percaya dan yakin raina syg kita semua juga dan tak akan lupa kan kita semua. InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. shinnaz : thanks auntie shinnaz ye :)



    farhana : Alhamdulilah ana dgn kurniaan dari Allah S.W.T. mudah-mudahan raina menjadi anak yg solehah dan berguna. InsyaAllah :)



    intan : i love u too auntie intan.


    mala : tu la kan mala. masa nurul kenal mala dulu rasanya nurul tgh pregnant kan. skrg ni anak nurul dah setahun. kejap je masa berlalu.

    ReplyDelete
  10. shima : thanks shima ye. tu la cpt jer raina dah besar :)

    ReplyDelete
  11. wah entry yg bagus utk raina..touching sungguh..raina mesti banggga dpt ibu mcm nurul
    slmt ulang tahun pertama raina

    ReplyDelete
  12. mamanye so sweet la.. touching betul membace entry ni..
    anyway happy bday raina~ semoga jd anak yg baik, bijak, mendgr kata dan anak yg solehah... amin!!

    ReplyDelete
  13. Happy 1st Birthday, Raina Evaqairina.

    *anT love you too*

    ReplyDelete
  14. wa...bgs sgt n3 kali nie...bnyk yg nurul masih igt kn....nyway...hapy besday raina.....

    ReplyDelete
  15. touchingla entry ni nurul..

    moga-moga apa yg kita harapkan kat anak2 kita, dorang akan mengerti..

    suka tgk raina..

    bilala dapat jumpa2an ni..

    ReplyDelete
  16. raina yang comel....cepat je raina dah setahun kan nurul.....mun rasa mcm br jek nurul bersalinkan raina....semoga raina jadi anak yang solehah dan hormat orang tua...

    ReplyDelete
  17. nurul sgt2 terharu2 baca entry nie la so sweet sgt2 ..

    ReplyDelete
  18. xleh bace samapi habis...
    sedih pulak seolah mcm diri sendiri jadi Raina
    teringat kat arwah mak...
    beze haraz dengan raina sebulan je.tp Harraz lom pandai nak cube berjalan...
    Pesanan tuk Raina: jangan nakal2 ok???listen to your mom

    ReplyDelete
  19. huh..touching giler part nuru melelehkan airmata then raina tepuk2 muka nurul..serious mmg touching..

    alin masih ingat ne nurul ada pic raina di dpn laptop..am i right..? cepatnyer ms berlalu..

    ReplyDelete
  20. touched!
    happy birthday raina!

    ReplyDelete
  21. happy bufday raina sayanng :)

    welakm to the club 1 tahun.hihi rasenya macam semalam je kan kita preggy kan derang, share citer mengandung semua..

    semoga jadik anak yg solehah ye raina.

    ReplyDelete
  22. entry yg menyentuh perasaan..aqil dah 11bulan..lagi sebulan..tak tau nak tulis ape..em kita hny harap yg terbaik utk diorg kan nurul..em kejap je masa berlalu kan..dah setahun dah raina..

    ReplyDelete
  23. Nurul, sgt detail entry tentang Raina kali ni. Hepi besday Raina sayang. jadi anak solehan dengar cakap mama papa ok. nanti ade masa boleh jumpa Raina.

    Nurul, Kakal pun camtu bila kat umah atok semua jadi pandai. hehe

    ReplyDelete
  24. suke entry nie =)
    mmg touching betul.
    Hepi 1 year der Raina..
    be a good girl ok!
    listen to ur mama...

    ReplyDelete
  25. alahai syahdunye,
    hope raina bley bace smule entry ni bsr nanti & betul2 mghargai pengorbanan mama & papanye slama ni..

    cantiknye ank dara ni sorg..
    ha ahh la..muke dia sbijik cm papa dia..
    hehe

    ReplyDelete
  26. nurul, kejap je masa berlalukan. To raina, selamat ulangtahun yang pertama,
    semoga raina jadik anak yang solehah, amin...

    nanti bila die besar, mesti die terharu bace entri ni..

    ReplyDelete
  27. Happyyy Birthday Raina..
    Semoge raina mnjadi ank yg solehah..bijak & pandai..:)

    dh setahun raina lahir kan..tp, aunt ain xpnah jmpe raina lg..tahu2 nnti..bb aunt ain dh keluar baru kite dpt jmpe skali kot.hehe.

    ReplyDelete
  28. hepi besday raina.
    =)
    semoga menjadi anak yg solehah kepada mama & papa.

    bila tgok raina, jadi rasa tak sabar nak tunggu baby keluar. tapi bila teringat pesan org tua-tua, selagi baby tak keluar jangan excited lebih, terus tahankan je la perasaan itu.

    papepun, raina sgt comel. =)

    ReplyDelete
  29. happy 1 year old birthday Raina :) cepat dia membesar,very touching story nurul karangkn from a mother to a daughter.dia mesti menghargai and terharu bila read this entry later.
    babies mmg cepat membesar!

    ReplyDelete
  30. alooooooo sweetnya, kai doakan raina jadi anak yang solehah

    ReplyDelete
  31. happy belated birthday raina!sori auntie lambat wish.adik kysha demam.
    raina kena membesar jadi org yg berguna tau.balas jasa mama.doa untuk raina~
    kiss sket.muahhhh!!!

    ReplyDelete
  32. cepatnye masa berlalu.. semoga jd anak yg solehah ye sayang...

    ReplyDelete
  33. happy birthday adik raina.... adik raina ni sweeeettt sangat...

    jadi budak baik, jangan notty notty... sebab mama adik raina sayang sangat kat adik raina tuuuu....

    ReplyDelete
  34. betapa pantas masa berlalu kan??? moga raina menjadi anak yg solehah...muahssss

    p/s : tak mudah jadi mama kan??? tapi ia ttp indah dgn cara yg tersendiri :)

    ReplyDelete
  35. Hapy 1st beday rania...
    Pantas masa berlalu kn....semoga rania mjadi anak yg solehah n nurul menjadi mama yg terbaekkkkk...

    dn mama2 yg lain juge..

    ReplyDelete
  36. all mothers want the best for her child. may eva be a good girl and a good daughter of course.

    ReplyDelete
  37. happy belated birthday dear...sorry aunty lmbt wish..

    ReplyDelete
  38. hepi besday raina..i/allah akan mnjadi anak yg solehah utk nurul :)

    ReplyDelete
  39. syahdunyer bace entry ni nurul.
    buat raina, slamat harijadi...ingat pengorbanan dan jasa mama yer :)
    be a good girl...dan anak yg solehah..AMIN

    ReplyDelete
  40. sooooo touching!

    heppi 1st year, kakak Raina!
    may the bless be with u.

    love;
    Alfiy :)

    ReplyDelete
  41. hihihihi comel la aksi raina buat kuda2 tu... hahahaha... nk tergelak! so cute! sebak ok baca entry nurul ni.

    happy birthday raina!
    semoga jd anak yg soleh & ur mama & papa love u so much just beyond ur imagination my darling :)

    xoxo

    ReplyDelete
  42. aziyana : thanks aziyana :)

    e*ein : mudah-mudahan begitu. InsyaAllah

    Ann : thanks raihan. eh boleh panggil aan jugak ye?

    lylie : entri ikhlas untuk raina :)


    ana : thanks ana. hrp yang terbaik utk raina. jom lah jumpa.

    mun : tu lah mun. nurul pun dpt rasakan cpt masa berlalu.

    ReplyDelete
  43. mai : nurul pun sedih bila baca balik entri nie

    suzie : thanks suzie. ohhh beza sebulan je ye. haraz comel :)


    alynnz : yeahh ada pic raina dpn laptop. wahh alynnz ingat lagi ye. thanks sbb jadi pembaca setia blog tak seberapa nurul ni

    ederq : thanks ederq :)

    yat : betul tu yat. masa cpt berlalu. tup tup anak dah besar.

    ReplyDelete
  44. azra : thanks azra :)


    maria : yeah tak lama lagi aqil pun nak setahun. maria buatlah entri khas untuk aqil nanti :)

    fie @ wardah : tu lah agaknya mereka nak tunjuk bakat yang ada tu depan atok dan tok wan :)

    sharena : thanks sharena ye :)

    nano : thanks na. nurul harap pun raina dpt baca entri ni bila dah besar nanti.

    ReplyDelete
  45. fasya : thanks fasya. nurul harap raina baca entri ni nanti.

    ain : hehe. raina boleh dpt kawan baru. take care ain.

    dak pink : take care awak. mmg normal perasaan tu awak bila tahu diri pregnant. awak hati2 ye dan jaga diri.

    as@chik star : me too. bila baca balik sedih pulak.

    mawar : entri ni nurul mmg ikhlas buat utk raina tau mawar. thanks ye mawar :)

    ReplyDelete
  46. kai : thanks kai. mudah-mudahan. InsyaAllah :)

    zuris : tak pe zuris. eh kysha demam? nurul tak tahu pun. hrp kysha dah ok.

    jehan : thanks jehan :)

    kak intan @ orked : hehe thanks tau :)

    jue : betul tu jue. tak ,udah jadi mama tp setiap detik membesarkan mereka sgt indah :)

    ana : thanks ana :)

    ReplyDelete
  47. fad : yeahhh betul tu. mudah-mudahan. InsyaAllah :)


    lip : tak pe lip. thanks lip :)

    zielalala : thanks ziela ye :)

    hanie : thanks hanie :)

    xeea : thanks mama alfiy :)

    fiza : tu lah aksi buat kuda2 tu mcm nak menari samba pun iye. hehe. thanks fiza :)

    ReplyDelete
  48. Nurul...sorry baru nak wish...

    Heppy belated B'day Raina...Raina was so cute.. Semoga menjadi anak yg solehah, comel dan bijak buat papa n mama k...

    muah2 to Raina. :)

    ReplyDelete
  49. elin : tak pe elin. thanks ye elin sbb sudi wosh besday kat raina :)

    ReplyDelete
  50. aah la..
    kid pun terasa bila baca entri ni...
    anyway happy belated birthday raina..
    sorry ya aunty lambat wish..

    semoga raina menjadi anak gadis yang cantik,bijak dan menjadi kebanggan mama dan ayah ek.. :)

    ReplyDelete
  51. luv u raina
    harap2 blog ni akan kekal smpai saat raina boleh baca nanti

    ReplyDelete
  52. kid : tak pe kid. thanks wish besday raina ye. hrp raina jadi anak yg solehah


    dayu : nurul mmg berharap sgt raina baca nanti entri ni bila raina dah besar nanti

    ReplyDelete
  53. salam kenal..sy follow & linkkan blog awk ye..suke bace blog ni..raina comel..moge raina sihat² selalu & jadi ank yg solehah..:)

    ReplyDelete
  54. mrs jujue : thanks awak sudi jenguk , follow dan simpan link nurul ye :)

    ReplyDelete