Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, December 2, 2010

Tentang penjagaan gigi si kecil


Tak silap aku, raina tumbuh gigi seawal umur 6 bulan 3 minggu. Masa aku-mula-mula nampak ada sedikit putih-putih kat gusi raina tu, aku dah excited sebab tak sabar nak tengok gigi pertama raina keluar. Anak sulung memang macam tu kot. Apa-apa perkembangan yang berkaitan dengan pertumbesaran anak mesti excited lebih.

Gigi pertama raina sekali keluar 2 batang di bahagian gusi bawah. Orang tua-tua cakap gigi pertama elok tumbuh di bahagian bawah dulu kemudian baru di susuli dengan gigi bahagian atas. Aku pun tak tahu sebab apa orang tua-tua cakap mcam tu. Alhamdulilah raina tak meragam pun semasa proses pertumbuhan gigi pertama dia.

Selepas tu, tak sampai sebulan, keluar lagi 2 batang bahagian gusi atas pula. Masa nie raina meragam teruk. Sampai demam-demam jugaklah. Aku bagi raina grape water untuk legakan kesakitan pertumbuhan gigi-gigi tersebut. Alhamdulilah kesannya sungguh menakjubkan.

Dan sekarang raina sudah ada 8 batang gigi. Dan aku perasan ada lagi 2 batang gigi yang akan keluar dalam masa terdekat nie yang salah-satunya adalah di bahagian gusi belakang. apa namanya tu ye? gigi geraham ye? aku pun tak pasti.

Aku tak ada apa-apa tips pun nak bagi gigi baby tumbuh awal. Cuma yang aku ingat masa aku mengandung dulu aku memang kuat minum susu annum. sehari dua kali aku bedal minum. Aku juga minum air soya hari-hari dan aku amalkan minum air zam-zam. Aku tak sentuh ais dan air gas pun. Aku cuma minum air suam dan air yang tak berapa sejuk.

Dan aku tak amalkan bagi raina soother. Raina memang hisap soothers, tapi aku tak selalu bagi kat dia. Selalunya aku cuma bagi raina soother time raina nak tido je. Ada orang cakap tak elok amalkan soother kat baby. Sebab akan melambatkan pertumbuhan gigi. Aku pun tak tahu kebenarannya. Nak tahu lebih lanjut kena tanya pakar ye. Hehe.

Tapi dulu masa aku mengandung, aku memang ada buat pemeriksaan gigi di klinik. Aku pergi check, tampal gigi dan cuci gigi. Dan doctor tu ada bagitahu aku, semasa mengandung elok minum susu banyak-banyak tapi jangan terlebih ambil kalsium sebab ada kes ibu melahirkan anak yang keluar-keluar perut, baby tu dah ada gigi. Itu doktor tu yang cerita kat aku. jadi jalan penyelesaian, gigi tersebut akan di cabut sebab tak sesuai dengan usia baby. Itu adalah kes ibu mengandung terlebih ambil kalsium. So kepada ibu mengandung hati-hati ye.




Aku mula ajar raina berus gigi pada umur raina 6 bulan kot. Masa tu raina belum tumbuh gigi lagi. Sebab raina kan tumbuh gigi pada umur 6 bulan 3 minggu. Masa umur raina genap 6 bulan tu, raina dah mula makan solid food dan selepas makan, aku mesti beruskan gigi raina. So masa nie aku cuma berus bahagian gusi dan lidah raina.

Pendapat aku rasanya boleh kot kita berus gusi anak kita w/pun anak kita belum tumbuh gigi. Lagi-lagi anak yang dah mula makan solid food. Tapi kita kena beli berus yang sesuai untuk baby. Aku dulu beli berus khas untuk raina. Aku beli berus yang jenis silicone. Berus jenis nie lembut dan baby tak akan rasa sakit.

Sampai sekarang pun aku masih gunakan berus jenis silicone nie. Ada juga aku belikan raina berus biasa yang sesuai untuk kids tapi aku rasa buat masa nie aku lebih selesa pakai berus dari jenis silicone nie. Lebih mudah. Aku kan nak kerja yang mudah je. Hehe.

Yang bestnya sejak raina dah banyak gigi nie, kerja aku lebih mudah bila nak bagi raina makan biskut ke roti ke. Sebab raina dah pandai gigit dan kunyah makanan tersebut tanpa dihancurkan atau dilenyekkan terlebih dahulu. Cuma yang tak bestnya raina suka mengigit orang. Aku dah banyak kali terkena. Sabar je lah.

Tapi apa yang penting sekarang adalah proses menjaga gigi raina. Aku memang risau bab-bab berkaitan gigi nie dari dulu lagi. Sebab aku selalu terasa gigi aku tak cantik dan buruk. W/pun ramai yang cakap aku pi klinik ratakan gigi aku. Serius aku tak pernah rata atau asah gigi aku. Gigi aku memang dah macam nie dari dulu lagi.

Aku nak sangat gigi anak aku cantik seperti gigi catherine zeta jones.
Aku berangan.

Assalamualaikum.

33 comments:

  1. Mcm mana nurul bagi raina suka gosok gigi tu ye? Kalau Azfar, bila saya gosok gigi dia mesti menangis mcm kena cubit. Jenuh nak paksa dia buka mulut. Last2 saya lap pakai Spiffies je

    ReplyDelete
  2. cute je berus gigi , insyallah gigi raina mesti cantik..sbb mama dia rajin jagakan

    ReplyDelete
  3. nurul awal jg kan raina tumbuh gigi hayfa da 7 bulan lebih pun tak tumbuh2 anak adik mai da nak masuk 4 batang gigi da tumbuh jelossss betul la hehehhe

    ReplyDelete
  4. mawar : nurul pujuk raina slow2 mawar baru rainanak buka mulut dia


    atty : hrp2 begitu lah kak :)

    ReplyDelete
  5. ahhaha bile lah berjaya ni..
    na pun gune silikon brus tu..
    cume xlepas2 lg nk gsk gg dia..
    bru nk hulur jari dia dah standby nganga molot luas2 nk geget jari ibu dia..bile dpt geget xnk lepas plak..
    cmne nk berus gg, apetah lg lidah? huhu

    ReplyDelete
  6. mai : tu lah mai . nurul pun tak sangka yg raina akan tumbuh gigi awal

    ReplyDelete
  7. na : masuk kan silicone tu perlahan2 di dalam mulut baby w/pun baby tak mahu bukak mulut dan gosokkan perlahan2. lama2 nanti baby akan terbiasa na. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. sy pon pkai yg silicone nih.. mmg susah mula2..sbb asek kne geget je..mmg tajam lagi menusuk kalbu gigitan dia..hehe..

    ReplyDelete
  9. Naurah kite x gosok lg la gigi 3 btg dia tue. maybe da start kene buat..hik hik...Ibu Naurah pemalas =p

    ReplyDelete
  10. nini : tu la kan kena gigit sakit tp kena jugak gosok gigi anak. hehe


    sherena : tak pe slow2. lepas ni boleh gosokkan gigi naurah ye

    ReplyDelete
  11. khalish pon pakai silicone brush tu jugak. :)

    ReplyDelete
  12. hikhik..mari gosok gigi...Qayyum bermula dr umo 4 bln bg dia selesa wlaupn lom de gigi tp pakai napkin lebab...pasal gigi tumbuh ats atau bawah mmng de org tua ade kate klu gigi atas tumbuh nnt dia cakap besar n byk ckap tp perlu disambut..org jawe kate "bacaan" klu melayu kate "disambut", Qayyum tumbuh gigi atas dulu zura buat bubur nasi merah dan nasi bacaan ( de ikan masin, telor , kerabu dan serunding kelape ) hantar kat jiran2 je...gigi geraham nk kuar sakit tau cam kite sakit tumbuh gigi bungsu bleh demam , gigi kecik2 tu x de ar sakit cume gusi tu rase gatal...qayyum demam gak lah kuar gg geraham tu...

    ReplyDelete
  13. ala2..comel jer dah banyak gigi...hazim baru ade 8 btg gigi...doc kata dia lambat tumbuh gigi sebab dia xsuka minum susu..huhu

    ReplyDelete
  14. hi nurul...

    my dotter, Afrina pun tumbuh gg seawal 6 bulan. Tapi umur da 1 thn 3 bulan ni..susahnyer nak gosok gg die...mcm2 berus gg dah beli. bagus Raina suka berus gg. Afrina, saya paksa jugak..huhu.

    ReplyDelete
  15. Baby saya dah nak masuk setahun umur dia, tapi belum tumbuh gigi lagi. Tapi nak jugak la start jaga dari sekarang sebab dia dah mula makan.

    Baru je terfikir nak google cari maklumat pasal ni, tau-tau je Nurul dah share kat sini. Thanks, tau!

    ReplyDelete
  16. Baby saya dah nak masuk setahun umur dia, tapi belum tumbuh gigi lagi. Tapi nak jugak la start jaga dari sekarang sebab dia dah mula makan.

    Baru je terfikir nak google cari maklumat pasal ni, tau-tau je Nurul dah share kat sini. Thanks, tau!

    ReplyDelete
  17. intan : yeahhh serupa :)


    zura : baru tahu ada "disambut" apa semua tu ye? tu la ari tu ada gak raina demam sekejap lepas baik demam tgk ada putih2 nak tumbuh bhgn gusi belakang


    nads : hazim tak suka susu ye nads? raina suka mimum susu


    elin : kdg2 susah gak nak beruskan gigi raina tp kena pujuk slow2


    missausie : nurul rasa terhari jika entri nurul ini boleh menolong org lain dr segi dptkan info. nurul suka jugak entri yg ada info yg boleh di kongsi bersama.

    ReplyDelete
  18. along, catherine zetha jones gune strawberry time gosok gigi.. cubelah.. :-)

    ReplyDelete
  19. nurul..amni pun suka gigit...aduh sakit tul

    ReplyDelete
  20. OH..nape xjumpe pon berus gigi mcm tu.yg ader 3thun ke atas.last gosok pakai napkin je.basahkan sket.ala mcm org dolu2 ajar tuh.gigi haraz da 8 batang gak.kuat mkn.am...am..ammm...bile tgk org mkn.tp harraz lom pandai jalan..gigi da byk.

    ReplyDelete
  21. sekarang baru nampak ade berus gigi untuk bayi..comel je ;D

    ReplyDelete
  22. anak buah yanie skang nak masuk 5 tahun isap puting lagi...hadoiii..pening..ehhehe

    ReplyDelete
  23. zura buat ikut kate mak n mak mertua zura dn sedare terdekat derang suruh buat takut nnt klu x disambut ank zura tu nnt ckp besar atau meninggi diri je...org tumbuh gg atas ni suke becakap atau membebel...

    ReplyDelete
  24. best ye raina dapat gigit mama..
    huhuhu...
    selain air mata ni lah senjata si manja.. :P

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas informasi yang besar! Saya tidak akan menemukan ini dinyatakan!

    ReplyDelete
  26. awalnye raina tumbuh gigi.gigi kysha takde lagi pun.tp zuris pun still gosok2 lidah dan gusi kysha pakai silikon tu.kysha pun suka.senang hati.hehee..

    ReplyDelete
  27. em maria pun sama kes mcm mawar..aqil tak mau bukak mulut utk gosok gigi..sy gosok pakai spiffes je..huhu..berus gigi raina mcm yg atas sekali tu ke..comel je..skrg aqil dh ada 5btg gigi..die tumbuh gigi lambat..

    ReplyDelete
  28. dh lama tak guna mende alah ni..hehe..t'ingat2 masa guna pada si kecik, aseklaa kene gigit..hehe..

    ReplyDelete
  29. atiqah : aah along pun ada baca katanya guna strawberi


    shima : tu la dah ada gigi kena gigit pulak ye


    suzie : ada suzie cari kat kedai2 baby.


    cik gallus : tu lah comel kan? hehe :)


    yanie : ohh ye ke yanie. tak pe slow2 ajar jgn bagi puting lagi


    zura : ohh orang tua2 mmg byk pantang larang dan petua kan



    zuris : ohh tak pe nanti kysha akan tumbuh gigi juga

    maria : kdg2 raina pun tak mahu bukak mulut tp nurul pujuk dan try untuk cuba bukak mulut raina


    maya : tu lah budak2 kecik ni bila dah ada gigi dia suka menggigit. hehe :)

    ReplyDelete
  30. Sangat posting baik.

    ReplyDelete
  31. Salam sis, mana nak carik ye berus gigi silikon ni? thanks sis..:)

    ina

    ReplyDelete
  32. anon@ina : di kedai2 baby banyak jual. kat butik mothercare ke anakku pun ada :)

    ReplyDelete