Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 2, 2010

Ulangtahun perkahwinan kedua kami

Cak :)

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

sepatutnya entri nie aku buat semalam. seperti tahun lepas, aku lewat lagi membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan aku dan saiful.

semalam 1/11/2010 genap usia perkahwinan aku dan saiful 2 tahun. dah 2 tahun aku jadi isteri kepada saiful. Alhamdulilah kami bersyukur dengan perhubungan ini dan Alhamdulilah aku dan saiful di beri rezeki menimbang zuriat sendiri sekarang. raina evaqairina adalah harta paling penting dalam hidup kami sekeluarga sekarang.


Yuhuuu :)

Kami :)

bagi aku usia perkahwinan aku yang 2 tahun ini masih baru lagi. aku masih mentah lagi dalam bab selok-belok menjaga sebuah perkahwinan itu. aku masih tahap belajar lagi. aku berharap aku dapat belajar lagi dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Aku juga berharap aku dapat menjadi isteri yang lebih baik seperti rajin memasak, mendengar kata suami, tidak merajuk tak tentu pasal sebagai contohnya. Alhamdulilah sekarang aku dah pandai sedikit memasak. dan bila mood rajin datang aku sendiri yang akan masak untuk saiful w/pun saiful melarang aku dari berbuat demikian. aku tak tahulah maybe hobi dan minat saiful adalah memasak kot.

aku juga dah pandai kawal perasaan merajuk aku. aku tak seperti zaman bercinta dulu mahu selalu merajuk. aku rasa aku patut lebih matang mungkin bila sudah bergelar mak budak bukan? satu perkembangan yang baik untuk diri aku.

cuma aku nak sangat perangai degil aku nie dapat dikurangkan. aku memang degil sikit. ibu aku cakap aku keras kepala dan tak mudah mengalah. hehe. aku rasa saiful pun dah faham sangat perangai aku yang itu.

mudah-mudahan aku dan saiful dipermudahkan dalam urusan hubungan suami isteri ini. InsyaAllah :)

P/s : aku tahu masih ada orang menunggu entri tentang majlis kahwin keseluruhan aku. tapi aku rasa masa tak best nak buat entri tentang ini bila majlis aku tu pun dah tahap basi. masih ramai yang tak henti-henti email aku tanya macam-macam. terima kasih ye. aku rasa better aku menjawab segala pertanyaan di email atau dengan cara yang lain. InsyaAllah aku akan menjawab segala pertanyaan tersebut :)

38 comments:

  1. sudah 2 tahun ye nurul..syukur alhamdulillah....selamat ulangtahun buat nurul dan suami...

    ReplyDelete
  2. happy anniversary, semoga hubungan suami isteri berpanjangan dan dirahmati Allah... amin..

    ReplyDelete
  3. mun : aah dah dua tahun dah mun. hehe thanks mun


    as : thanks ye as :)

    ReplyDelete
  4. happy anniversary nurul dan suami! :)

    semoga jodoh kalian kekal hingga syurga ya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...happy anniversary dear...semoga kekal hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  6. hepi annvsry kak nurul.
    semoga NURUl&SAIFUl berbahgia.hari-hari bahgia.hari-hari senyum ditambah dgn si kecik yg makin membesar tu ha..raina:)

    oh ye..tak tahu nape mmg suka gambar yg Ke2:p

    ReplyDelete
  7. selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-2 buat nurul dan suami ok..
    dah wish kat FB tadi tapi nak wish kat belog pulak.. semoga y'all berdua akan selalu mesra dan bahgia berdua ok..

    ^^

    ReplyDelete
  8. intan : mudah-mudahan intan hrp begitu. thanks intan :)


    nads : tthanks nads :)


    dewi : thanks dewi. hehe terharunya. itu di belakanh tesco banting. cuba cam betul2 location tu :)

    ReplyDelete
  9. happy anniversary nurul..semoga Allah terus memberkati nurul sekeluarga,...amin

    ReplyDelete
  10. atiqah : wahhh rajin qah. thanks tau qah. nurul hargai sgt2


    asna : thanks asna :)


    hana : thanks hana ye. mudah-mudahan :)

    ReplyDelete
  11. happy anvv kalian!

    moga cinta terus indah ngan raina + more raina to comesss :))

    ala cerita je pasai wedding, takde basinya.sampai akhir hayat kan!

    ReplyDelete
  12. amin.. congrats nurul dan saiful! :)

    ReplyDelete
  13. ala..lambat wish! happy annivesary Nuru and hubby. semoga dimurahkan rezeki, dirahmati ALLAH dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga hubungan kalian hingga ke anak cucu ;)

    ReplyDelete
  14. tahnih nurul..!!
    anniversary kita cuma selang seminggu je.. :)

    ReplyDelete
  15. happy 2nd anniversary to u & saiful...moga terus bahagia hingga ke hujung nyawa :)

    ReplyDelete
  16. hepi anniversary..

    ReplyDelete
  17. happy anniversary nurul & hubby. and to raina, sentiasa jd good girl to both mama & papa ok.

    ReplyDelete
  18. selamat ulang tahun nurul dan suami..
    bole dh nk tambah tambah ni.
    hihi

    ReplyDelete
  19. Semoga terus bahagia nurul, hehe.

    ReplyDelete
  20. yat : hehe thanks yat. ala seganlah pulak yat nak citer. hehe


    putri : thanks putri ye


    shinnaz : thanks shinnaz. tak pe lambat wish. hehe


    kid : ohh november jugak ke kid.

    julia : thanks jue :)


    anon : thanks :)


    fie@wardah : thanks wardah. mudah-mudahan raina jd good girl dan solehah


    as@chik star : thanks as. tggu raina besar sikit baru fikir menambah :)


    jana : thanks jana :)

    ReplyDelete
  21. wow
    2 years

    semoga bahagia hingga akhirnya

    happy for u

    ReplyDelete
  22. tahniah..moga kekal keakhir hayat....diriku jua hampir ke situ hukhuk

    ReplyDelete
  23. eppy anniversaty nurul...maintain jew awk kn...

    ReplyDelete
  24. happy anniversary nurul & suami :)
    smoga bertambah2 rezki dan kebhgiaan buat nurul sekeluarga..AMIN

    ReplyDelete
  25. yanie : thanks yanie ye :)


    lylie : thanks lylie. maintain? tak lah lylie kalau bab badan tak maintain mana pun :)


    hanie : thanks hanie :) mudah-mudahn hanie :)

    ReplyDelete
  26. bagus la dah 2 tahun ... congrats for both of u ... yg penting dalam perkahwinan ni trust & loyal :) saya doakan ia kekal hingga 200 tahun lagi ;)

    ReplyDelete
  27. happy anniversaries nurul and husband. seronoknya celebrate ada raina :D

    ReplyDelete
  28. ederq : thank ederq :)


    farah : seronok sgt farah bila dah ada anak nie :)

    ReplyDelete