Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 30, 2010

Wajib baca : mandi wajib

Artikel ini aku hanya copy dan paste dari seseorang di FB. sebelum publish, aku telah meminta izin darinya yang menggelarkan namanya umi. cukup manis namanya. kepada umi, terima kasih kerana memberi persetujuan keizinan kepada akak.

NOTA AWALAN ENTRI : entri ini telah diringkaskan tetapi masih memelihara isi penting yang di tulis penulis asal. entri ini wajib di baca. ada ilmu yang hendak di kongsi bersama. selamat membaca.

info dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, di dapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh di pandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu di tocang atau di sanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah di buka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah di basuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak iaitu mandi wiladah.

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

aku harap ada ilmu yang dapat di pelajari dari artikel ini. bila aku baca artikel nie, aku jadi macam takut. aku takut kalau-kalau mandi wajib aku selama nie tak sah. ialah kita nak solat mesti dalam keadaan suci kan? jadi mandi wajib tu sangat penting.

paling aku terkilan sampai ke hari ni aku lupa nak mandi wiladah. serius aku terkilan sangat. sedangkan masa aku tengah pregnant dulu aku banyak kali ingatkan diri aku supaya mandi wiladah apabila selesai proses melahirkan anak. selepas habis pantang tak silap aku, baru aku ingat akan mandi wiladah nie. rasa nak tampar jer diri-sendiri. cit! macam mana aku boleh lupa.

sebenarnya mandi wiladah dan mandi nifas berbeza. ramai perempuan yang tak tahu akan hal nie. perasaan terkilan aku nie sampai membuatkan aku berkali-kali bertanyakan hal ini kepada ibu aku. jadi aku terpaksa juga buat w/pun selepas habis pantang. maksudnya, aku buat dan aku hanya redha je amalan aku nie kepada Allah S.W.T.

kita hanya manusia biasa. masih tahap belajar untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

29 comments:

  1. Nurul, perenggan yg last sekali tu ada musykil lah. Kurang paham. Klu kita amek wudhu' b4 tido & bersetubuh, then xyah mandi wajib nk solat Subuh soknya? itu ke maksud ayat tue? kurang jelas lah....huk huk

    ReplyDelete
  2. salam nurul..

    Baru hari tu hana diskus ngan en suami pasal hal mandi wiladah dan nifas nih..memang ramai yg termiss understood sb ada rasa ia perkara yg sama..

    betul cara fikiran Nurul tu.. mungkin kita terlupa sebab itu kali pertama ,kan? Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat, semoga amalan kita diterima Allah..

    thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  3. info yg sgt berguna..boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  4. sherena : kalau ikut pemahaman nurul kita amik widik dulu then boleh tido dan bila bgn tido nak solat subuh tu baru mandi wajib. yg penting di sini wuduk


    hana : baguskan sesekali kita berdiskusi ttg hal ni. belajar mana ygtak tahu. hrp2 kita dpt jadi org yg bertambah ilmunya kan hana. nurul beruntung gak dpt kenal hana tau


    alynnz : sama2 alynnz

    ReplyDelete
  5. thanks 4 sharing. aku seminggu nak beranak tu 'ter'baca psl mandi wiladah ni, nasib baik sempat.

    ReplyDelete
  6. asna : sama2 :)


    as : wahh ko untung sehhh

    ReplyDelete
  7. nice info.

    thanx nurul for sharing.

    =)

    ReplyDelete
  8. nak share juga kalau bersama suami contohnye dalam bulan puasa kan.. malam tu bersama then esok boleh puasa tapi nak solat subuh kenalah mandi hadas dulu..

    betul.. qa pun baru tahu if lepas je bersalin kita kena mandi wiladah.. tapi tulaa ade org tua kate org dalam pantang takboleh mandi.. hiiiss nape lak tak boleh mandi kan..? boleh je kot mandi.. ye tak?

    ReplyDelete
  9. ATIQAH : HAH YG TU AKAK PERNAH BACA TU QAH. BETUL TU.
    YANG BAB DALAM PANTANG TAK BOLEH MANDI TU MCM TAK BOLEH DIGUNAPAKAI ZAMAN SKRG. TIME NURUL DULU NURUL MANDI JE

    ReplyDelete
  10. salam nurul..

    thanks berkongsi ilmu dengan sahabat2 belog....

    ReplyDelete
  11. huhuhu thanks nurul.. sgt berguna... tp mujur mak adda ingatkan adda mandi wiladah tu... ;-)

    ReplyDelete
  12. sm la dgn sy..xigt lgsung pasal wiladah..buat jugak walupon terlambat.. serah pd Allah.. tq sbb share info yg sgt bgs ni ;) n salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  13. yanie : sama2 :)


    adda : nasib baik mak adda ingatkan



    nini : salam perkenalan. tu lah kita buat je w/pun terlewat dan redha

    ReplyDelete
  14. owhh na pun xtao psl mandi wiladah ni
    lepas abes pntang tu je mandi nifas..
    ermmm

    ReplyDelete
  15. na : ramai yang tak tahu na. nurul tahu pun masa sebelum bersalin tp lupa nak buat dan lewat buat

    ReplyDelete
  16. Salam Nurul, kite nak mintak share ilmu ini boleh?

    ReplyDelete
  17. rogayah : boleh. silakan :)


    atty : sama2 kak :)

    ReplyDelete
  18. thanx 4 the info...
    sgt berguna...

    ReplyDelete
  19. Salam Nurul,

    Saya pun buat masa dah seminggu lepas bersalin. Masa tu busy ulang-alik ke NICU sebab baby masih kena tahan wad, memang terlupa langsung. Bila mak tanya, baru teringat nak buat. Memang ada kekhilafan yang tak dapat dielakkan, lagipun first baby, banyak problem after deliver. InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat baby lagi lepas ni, dah tak lupa lagi.

    Thanks share info yang sangat bagus ni.

    ReplyDelete
  20. missausie : tu lah untung awak mak ingat kan. nurul mmg lupa buat dah lewat. hehe

    ReplyDelete
  21. nurul...thanks for sharing. hanie pun tak teringat langsung nak buat mandi wiladah ni, niat nye sama kan dgn mandi wajib? huhu kalau dah 2 bln baru nak buat, boleh ke :(

    ReplyDelete
  22. thanks mama..!!!
    selalu ada tips untuk anak je..
    kali ni tips untuk kita para ibubapa pula... :)

    ReplyDelete
  23. hanie : buat je hanie dan kita redha je lah amalan kita tu hanie


    kid : sama2 kids :)

    ReplyDelete
  24. baru terbaca entri ni... tq sebb berkongsi ilmu...

    ReplyDelete