Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 15, 2010

Bilangan anak : kualiti atau kuantiti?

Zuriat aku buat masa kini :)

Pagi tadi semasa aku tengah drive on the way ke tempat keja, dengar satu topik di salah sebuah radio berkaitan anak. berapa bilangan anak yang wajar untuk zaman sekarang? adakah seorang saja? 2 orang? 3 orang? atau mahu lebih dari itu?

topik yang dibincangkan ini memang menarik minat aku untuk terus mendengar. macam-macam jawapan dari pendengar. aku setuju untuk kebayakan semua jawapan yang di beri dan di kongsi oleh pendengar.

untuk memiliki anak pada masa sekarang ini kita perlu mengambil kira dari segala segi dan aspek. bukan hanya nak mengikut orang lain. kita kena fikir dan bertanya pada diri-sendiri dan pasangan kita adakah kita sudah ready dari segi mental dan fizikial? kita juga kita fikir keadaan ekonomi isi rumah, kita juga kena tanya adakah kita mampu untuk membesarkan anak itu dan sebagainya.

dulu semasa zaman sekolah, bila orang tanya aku soalan berkaitan anak, aku mesti cakap nak 2 atau 3 orang saja. tapi jawapan aku itu berubah sejak aku kenal saiful. aku cakap aku nak 4 orang. sebab aku dah merasa tak meriahnya keluarga aku bila tiba masa raya sebab aku cuma ada dua orang adik saja. kami 3 beradik saja. keluarga aku kecil saja. jadi sebab itu aku mahukan 4 orang anak. meriah sikit kan? haha.

tapi apabila aku sudah berkahwin jawapan aku berubah sekali lagi. bila saiful atau orang lain tanya berapa bilangan anak yang aku mahukan? aku akan jawab kalau dapat sepasang pun dah bersyukur sangat. atau kalau dapat 3 orang pun dah ok rasanya. tapi bila aku tanya soalan yang sama dekat saiful, dia dengan pantas akan jawab 6 orang. aku pun terkedu juga bila dengar jawapan dari mulut saiful tu.

sebab apa jawapan aku berubah-ubah? sebab bila aku dah memiliki Raina Evaqairina dalam hidup aku ini baru aku tahu bukan mudah untuk membesarkan anak. kita sebagai penjaga mesti mahukan yang terbaik untuk anak kan? kita kena fikirkan soal susu, pampers, pakaian, makan minum, medical, insuran, saving bulanan dan sebagainya yang semuanya untuk anak. kalau di kira secara kasar aku dan saiful memperuntukkan bajet untuk raina lebih kurang RM700 - RM800 setiap bulan. dan kadang-kadang berlebih.

aku dan saiful dah cuba untuk kurangkan bajet ini contohnya percubaan tukarkan susu yang lebih murah seperti ducth lady dan lactogen tetapi Raina hanya serasi susu dari kumpulan enfa. sekarang Raina minum susu enfagrow A+. aku dah cuba untuk tukarkan jenama diapers Raina seperti drypers dan huggies tetapi raina hanya serasi diapers mamy poko. kulit dia jenis sensitif sebijik macam kulit aku. alahai apakan daya. bukan kami tak cuba untuk kurangkan bajet tersebut tetapi percubaan itu semuanya gagal. jadi demi anak kami tidak mahulah berkira-kira sangat.

ini baru seorang anak. bagaimana apabila ada anak 2,3 orang nanti? tentu-tentunya perbelanjaan makin besar kan? kita kena juga fikirkan nak bayar ansuran kereta, rumah, petrol, toll, loan PTPTN, bla bla bla kan?

jadi apabila aku sudah mempunyai anak sendiri ini baru aku sedar bukan mudah mahu membesarkan anak. aku teringat kata-kata ibu aku "ibu tak kisah anak sikit yang penting kualiti bukannya kuantiti. ibu nak tengok semua anak-anak ibu berjaya". terima kasih ibu. sebab aku rasa ada benarnya kata-kata ibu aku itu. Alhamdulilah aku dan adik-adik aku dah berjaya tunaikan impian ayah dan ibu kami untuk belajar sampai ke menara gading. kami cuba buat yang termampu saja.

jadi pendapat aku untuk zaman yang serba mencabar ini, untuk zaman yang kos sara diri yang tinggi ini, kuantiti anak bukanlah isu yang harus dibanggakan. tetapi apa yang penting kualiti anak-anak itu yang perlu di ambil perhatian dan dititikberatkan.

tepuk dada tanyalah selera anda. jika mampu apa salahnya kan? zuriat itu penghibur hati kita juga kan? semoga anak-anak kita dapat mempamerkan kualiti yang dapat sejukkan perut kita yang mengandungkan mereka ini. InsyaAllah.

53 comments:

  1. anak sorang pun kalau jadi org yg berjaya lg bagus berbanding anak ramai tp semua haprak..ehehehehe... yg plg besar tanggungjawab jd parents ni bab pendidikan, mcm mana utk pehuhkan dada mereka dengan ilmu.
    psst, nnt 2nd child try la BF & CD.

    ReplyDelete
  2. kadang2 mai terfikir gak bab anak nie nak berapa org anak pendapat kita sama nurul : mai dapat sepasang pun da syukur sgt2 dalam 2-3 pun alhamdullilah .. org cakap rezeki anak2 kita tak tahu cam mana kan alhamdullilah mai pregnant kali ke 2 harap2 rezeki mereka murah sgt2 heheh ..

    bab belanja mmg agak tinggi bila da ada anak nie plak nak bertambah 2 lgi la maybe dalam RM 1,000.00 dalam tgn hanya untuk mereka je .. kos hidup pun sekarang da amat tinggi nurul .. semua hanya untuk anak2 je ... harap dapat m'gurangkan kos belanje heheh

    ReplyDelete
  3. betul tu nurul..sama je ngan kite pun..kadang2 rasa nak 3..kadang nak 4..kadang2 rasa..ala 2 je cukup la..nnt nak kemana2 senang...tak pening kepala nak handle anak.. =)..tapi semua pun ikut kemampuan dan rezeki Allah nak bg juga,..kalau Allah dah tetapkan anak kite dua je..dua tu jela yg ada pun walau sekuat mana pun usaha kite..

    ReplyDelete
  4. setuju sangat2 dengan entry nie...mun pon lebih pentingkan kunliti berbanding kuantiti.....

    ReplyDelete
  5. saya setuju dgn nurul..bukan xnak anak banyak..tapi kadang2 terpaksa kene ikut keadaan sekarang..zaman sekarang bkn mcm zaman dlu..sekarang mcm2 boleh jd..mcm anak saya, sorang yg sgt terlalu sensitif kulitnya..harus dijaga dar A-Z..mcmane nk anak ramai??huhuhu

    ReplyDelete
  6. as " nurul tak berminat pakai CD as. dan pasal BF tu mmg ada impian nak BF kan anak.

    ReplyDelete
  7. nice entry. suke. suke. =)
    yup. bile da jadi parents, baru tau susah senang membesarkan anak. sgt2 mencabar. kos pon tersangatlah tinggi since sebolehnya nak bagi yg terbaik utk anak.

    zaman skrg bkn zmn mcm mak2 kita. tabik pd my parents eventho Abah cume peneroka felda, anak 7 org blh kata semuanya menjadi. syukur atas kurniaan Allah. tp itu dulu. skrg lg hebat cabarannya. x boleh samakan lansong ok!

    mmg kurang meriah ada keluarga kecik je. tp bile amek kire pelbagai aspek lain, rasanya anak 2-3 org je da cukup. 4 tu pon da rase cam ramai. berbelah bagi lg psl nie..huhuh. syukur habi pon sependapat ttg hal anak bape ramai nih =)

    ReplyDelete
  8. nak save kat susu,bg susu ibu.leh jimat byk2.sebab baju leh recycle baju raina :D.makan pon aftr 6month.sempat kumpul duit :D

    anak tu rezeki tuhan.anak jadi tak kualiti sebab didikan & doa parent.

    ReplyDelete
  9. mai : beruntung dpt rezeki anak kedua ini. jaga kandungan mai ye. take care :)


    yats : kan yats? kdg2 nak ramia anak kdg2 kalu fikir dr segi kemampuan dpt sepasang ke 3 org pun dah ok kan.


    mun : tu lah kualiti lbh baik dr kuantiti :)

    dakcik : kalau seorang pun kita masih nak cuba buat yg terbaik dari segala segi apatah lagi ramai kan awak

    ReplyDelete
  10. i'm with you..nurul!

    kita dulu sebelum ada anak, memang berfikir2 nak beri semua yang best2 kat anak. tapi ibu kita nasihatkan, jangan ajar anak benda yang selesa dan sedap saja. nanti macam2 perkara kena fikir lagi.

    terus terang, kita tak mampu nak beri mamy poko dan susu enfa pada khalish. sebab tu dari awal kita beri dia lactogen dan huggies. skarang khalish guna dutch lady dan pet pet saja. :)

    ReplyDelete
  11. lelaki kalau tanya..mesti cakap nak anak ramai2.sharil pun camtu.nak anak ramai sbb dia 2 beradik aje.
    tp..biasalah,tu ckp sebelum ada anak.dah ada sorang nie,tambah lagi 2 pun ok katanya.hehee..

    btol lah nurul...sekarang bukan cam dulu.mmg lah org kata anak nie rezeki.tp,kalau anak ramai..pastu kita pun hidup makan pakai susah,camne nak besarkan anak.kesian kat anak2 tu kan.

    ReplyDelete
  12. em itula nurul kan..aqil pun hanya serasi dgn mamy poko..yg lain sumer melecet..skrg maria part time cloth diaper,..harap dpt ringankan perbelanjaan..
    bilangan anak??ntah nurul.sy hanya berserah..

    ReplyDelete
  13. ;-)
    moga Allah mudahkan kita semua...
    amin!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. setiap anak de rezekinyer....

    ReplyDelete
  15. saya setuju! saya sgt setuju!!!!

    ReplyDelete
  16. nurul : tahzzz amat2 la bersyukur insyallah akan mai jg dia sebaik kakak dia juga hehhe

    ReplyDelete
  17. yes! qah setuju.. qah pun penting kan kualiti than kuantiti.. hee~

    Tapi Allah kata anak itu rezeki kan..
    berapa jumlah anak sekalipun semua tu adalah rezeki.. tapi bila baca entry nie.. macam kita kena merancang pulak kan untuk anak.. memang tanggungjawab besar.. macam-macam nak kena buat..makin diorang besar makin banyak belanja kan.. tapi dah tertulis akan ada rezeki tersirat yang datang dari Allah tanpa kita sedar.. rezeki tu datang nya dari anak.. qah pecaya tuh..

    ReplyDelete
  18. betul tu nurul,
    of course kite nk yg etrbaek utk anak kite,
    so bg ckup mkn pakai pendidikan semau kat dia,
    klau rase mampu lg bru tambah ank :p

    ReplyDelete
  19. yup kualiti penting...

    satu je tip ku nk kongsi dgn nurul..anak ni kita x leh nk manja kan dia dgn brg agak mahal dari mula..ni pendapat shima la. mcm susu tu ok la kot.mesti nk yg terbaik kan.

    mcm pempers tu..shima penah dgr la..kalau anak dh terbiasa pakai mamipoko saja..nnt bila nk tukar ke brand biasa mmg susah skit.sbb kdg mind kita dh set mami poko bes..x mcm ni....gitu la lebih kurang..kalau nk pakai blh.tp pakai byk jenis.maksud nya bila mlm / atau nk jln jln pakai hak elok punya...kalau kat umah saja..pakai la pempers biasa.
    insyaAllah .ok. heheh

    ReplyDelete
  20. intan : tak pe intan yg penting khalish serasi dgn jenama yang diberikan. mcm raina dia tak serasi intan. dah cuba buat mcm2 intan


    zuris : tu lah kita kena tgk keadaan ekonomi skrg jugak kan zuris


    sherena : Alhamdulilah suami sherena sependapat dgn sherena

    aini : tapi kdg2 terfikir setiap anak ada hak jugak kan aini nak merasa baju baru semua nya baru. semoga anak2 kita berkualiti


    maria : wahh dah pakai cloth drypers ye maria. bagus tu


    umie : mudah2an InsyaAllah


    zura bahrin ; yeah setiap anak ada rezekinya. kak nurul percaya itu :)


    chempaka : thanks chem sbb setuju dgn entri ini :)

    mai : mudah2an mai. apa2 mai beruntung tau

    atiqah : yeah qah nurul pun percaya anak adalah pembawa rezeki cuma kita kena tgk mampu ke tidak dgn ekonomi semasa :)


    nano : setiap mak bapak budak mesti nak yg terbaik utk anak kan na :)

    ReplyDelete
  21. aku sampai la ni pun duk confius lagi.. hati best ada anak ramai, feeling time pregnant tu baby tendang perut, sangat heaven..tapi bila ingat berjaga malam, anak lasak, kos itu ini dan dan rasa cuak, okey sorang dua cukup..

    tapi dalam nak sorang dua saja, aku dah pegnant yang nombor dua nehhhhh!!! hahahaah! dah dua bulan punnn!!!

    affan baru 2 tahun, dah paham bahasa, nak deal dengan adik dia pulakkk..tak habis lagi la cycle neh nampaknya..

    ReplyDelete
  22. shima : tp nurul mula2 ajar raina pakai drypers shima tp mmg raina tak boleh then tukar huggies pun sama. mmg dah try sebaik mungkin shima.


    ladyrye : ko pregnant lagi ke? tahniah wei ye

    ReplyDelete
  23. nurul : naper jawapan saiful ngan abg azmir sama ah? abg pun laju ajer ckp nak 6 orang... adehhh...

    Untuk Puterikurekure : Itu pun pesanan dari mummy akak.. thats why akak dari awal bagi Lactogen ajer n then karang nie tukar ke Dutch Lady.. Mamy poko hanya untuk waktu malam masa nak tidur~

    ReplyDelete
  24. asna sendiri pun xtau nk anak berapa. hmmm

    ReplyDelete
  25. kak mira : eh sama ye jwpan abg azmir dgn saiful hehe :)

    ReplyDelete
  26. mmg ramai akan jawab 'ala, orag dulu2 bukanya educated mana, anak ramai..berjaya je anak smua'

    ello...sila jangan sama kan dulu ngan sekrg
    persekitaran pun dah tak sama
    sama ke kampung ngan KL
    cabaran dia tak sama ok
    skrg sama2 keje, masa ngan anak byk mana je. ye..kualiti tu penting

    nak bagi adik kat Cha punnpikir mcm2. paling cepat pun awal 2013 lah dia dpt adik..

    ReplyDelete
  27. wow good entry lah

    setuju sgt
    orang kata anak tu rezeki
    tp kalau tanya saya
    biar kurang takper

    asalkan kehidupan dorg terjamin

    ReplyDelete
  28. asna : hehe kena plan nfikir2 asna. tp rezeki masing2 kan asna
    masing2 ada rezekinya

    ween : tu lah ween yg penting kualiti. hehe


    dayu : setuju lah apa yg dayu ckp kan ni . persikitaran dulu dan skrg tak sama dan mmg tak boleh disamakan

    ReplyDelete
  29. yezzaaaaa.... kualiti itu penting. tp kita tidak blh menolak rezeki. setiap anak itu ada rezeki dia masing2 :)

    ReplyDelete
  30. hari tu kat wanita hari ini pun ada bincang topic ni. benda ni subjektif. kalau ikut islam xboleh nak sekat2 anak. tp pape pun still kena ikut kemampuan ibubapa bukan takat kewangan tapi emosi jugak.

    ReplyDelete
  31. tp bila kita jadikan 'financial' sbg alasan takut nk menambah ank maka akan adalah yg komen begini
    "setiap ank yg lahir tu ada rezeki nya"..emm ntah la

    ReplyDelete
  32. suka dgn n3 ni...nk besau kn anak2 skrg byk halangan n rintangan dr sume benda..zaman skrg bukan zaman mcm mak kite dulu2...skrg sume mggunakan DUIT...klu makin besau gaji makin byk la keluar nye..
    skrg bila dh ade anak sendiri baru tau mcm ne..bg ana pn klu nk tmbh anak kena tgk kmampuan juga..mang org kata "de rezeki anak"..tp takut nnti akan myusahkn org lain pulak..
    pe pn harap2 Allah murahkn rezeki kite sume..amin..

    ReplyDelete
  33. fiza ; tp jika Allah S.W.T dah bagi rezeki kita terima lah kan



    fad : setuju. emosi pun kena amik kira jugak


    yun : tu lah yun nurul pun percaya setiap anak ada rezekinya


    ana : yang penting kita kena tgk dari segi kemampuan kan? tp jika Allah dah bagi rezeki kita terima lah kan sbb setiap anak ada rezekinya

    ReplyDelete
  34. rsnya kualiti tu lebih penting..:)

    ReplyDelete
  35. betul la nurul..bagi saya pun yg penting kualiti.setiap anak diharap dapat berikan yang terbaik..taknaklah istilah anak emas.

    ReplyDelete
  36. pada pendapat saya, ececeh..anak itu rezeki..setiap anak ada rezeki masing-masing.mane tahu bile anak bertambah rezeki juga akan bertambah.sebagai contoh.dulu mase mengandungkan haraz sy kene buang kerja.sebb bos kate komitmen xder.nak travel da xbole.keje berat xbole.ye la org mengandung.tp beberapa hari nak bersalin dapat tawaran government..gaji yg 2kali ganda dari gaji dulu.syukur alhamdullilah saya percaya rezeki itu dtg dari anak.dan saya berjanji akan bagi yang terbaik untuk anak disebabkan rezeki yang Tuhan berikan.jadi di sini saya percaya setiap anak ada rezeki masing-masing.itu je nak kongsi

    ReplyDelete
  37. hi..i tengah blog walking..nice blog!!!

    ReplyDelete
  38. wahidah : yeah betul tu


    lip : kan awak? hehe


    suzie : ye suzie jika suzie baca entri lama2 nurul ada satu entri nurul buat berkaitan "percaya pada rezeki anak". nurul percaya akan rezeki anak itu. cuma dlm entri ini nurul lbh tekankan kepada kemampuan dan keadaan semasa. hehe :) apa2 pun mmg setiap anak ada rezekinya suzie :)

    little blue bird : thanks singgah blog saya

    ReplyDelete
  39. kualiti lebih penting. anak ramai menyusahkan mak bapak pun tak guna gak kan?

    ReplyDelete
  40. BLOG WALKING BARU NAK UPDATE NAK RAJENKAN DIRI HEHEHE
    http://banijamianphotography.blogspot.com/

    ReplyDelete
  41. ala sudah salah komen, Nurul cari Norsuziyana binti Kuteri or email gudugae2000@yahoo.com untuk fb

    ReplyDelete
  42. yanie : 4 org pun ok kan? hehe


    bani : hah blog walking rajin2 sikit




    suzie : dah add suzie :)

    ReplyDelete
  43. setuju dengan pendapat nurul. skrang ni jgnlah nak dibandingkan dgn dulu. nak besarkan sorang anak pun, byk pengorbanan nak kene lalui..yer terutama dari segi kewangan dan perhatian. Kalau beranak ramai2 pun, tp perhatian takde nak beri kpd mereka, tak elok jgkkan? kang ramai yg terbiar..erm, tp kalau mampu, anak ramai, mmg meriah! hehe

    ReplyDelete
  44. betul..saya stuju bilangan anak skang depends on kemampuan kita skang.. barang skang tak mcm dulu..oh my mahal giler kan nurul... baju budak selai jek dah RM40-50..phewwww... kdg2 t'pikir gak camne mak ayah kita dulu besarkan kita kan:)

    ReplyDelete
  45. HANIE : SETUJU DGN HANIE PLG SUKA PART PERHATIAN UNTUK ANAK2. ANAK2 KENA DIBERI PERHATIAN JUGAK KAN. ITU PENTING. TP KALAU DAH MAMPU OK JE KAN


    MAYA : TU LA SKRG BAJU BABY PUN MAHAL2. DULU BRG MURAH LAGI MAYA

    ReplyDelete
  46. true.. yang penting cara didikan.. tak kisahlah anak ramai atau sikit.. dan yang memainkan tanggungjawab paling besar ialah kita sebagai ibu bapa... ;)

    ReplyDelete
  47. amie : betul amie yg penting cara didikan. take care ye amie :)

    ReplyDelete
  48. nak anak ramai takut tak berkualiti..
    nak anak sepasang or tiga orang rasa sunyi je nanti..

    tapi betullah nurul..
    kid pun terfikir memilih kualiti dari kuantiti..

    insyaAllah anak-anak kita akan berjaya kelak :)

    ReplyDelete
  49. nak anak ramai takut tak berkualiti..
    nak anak sepasang or tiga orang rasa sunyi je nanti..

    tapi betullah nurul..
    kid pun terfikir memilih kualiti dari kuantiti..

    insyaAllah anak-anak kita akan berjaya kelak :)

    ReplyDelete
  50. kid : kalau mampu tak salah anak ramai kid. cuma keadaan skrg serba-serbi mahal itu yg terfikir2. kalau elok cara didikan InsyaALLAH anak kita ada kualiti tersendiri kan kid :)

    ReplyDelete
  51. saya pun setuju jugak tuh...yg penting kuantiti memandangkan masing2 mak bekerja tak macam dulu2...mak yg duk rumah bole jaga dan ajar anak..ade org cakap anak ramai dah besar nanti senang...senang? subject jugak sebenarnya...kalau dapat anak2 yg baik mau ikut kata ok lah..kalau yg sebaliknya...silap2 kita lak yg kecik hati..tapi tak dinafikan ada mak bapak yg mampu ada anak ramai dan maintain kualiti walaupun anak ramai.

    ReplyDelete