Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, December 9, 2010

Hidup seperti roda

Dari zaman sekolah lagi aku disogokkan dengan ayat ini "hidup ini umpama roda. kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah". ayat umpama ini ada relevannya dan boleh digunapakai supaya diri kita ini sentiasa ingat dan sedar diri bahawa dalam kehidupan ini akan ada pahit, manis, masam, masin. semuanya ada.

mood aku ketika ini betul-betul down. perasaan down ini yang kadang-kala buat aku terfikir mampukah aku untuk bangkit semula dan berusaha mencapai segala impian dan plan-plan yang aku sendiri aturkan untuk diri aku ini.

arggghhhhh

hidup ini kadang-kadang kejam bukan? dengan manusia-manusia yang kejam dan tidak berhati perut. tapi aku? cuba juga untuk memberikan senyuman yang paling manis w/pun pada hakikatnya pahit untuk aku berikan. orang tua aku selalu ingatkan aku biar orang buat kita tetapi jangan sesekali kita buat orang. ok fine. aku redha dengan hukuman yang mereka cuba berikan terhadap kesilapan kecil aku itu.

dan aku rasa aku tidak boleh mempertahankan lagi kedudukan aku di sini. kedudukan yang cinonet ini tetapi membawa rezeki halal buat aku selama ini. keputusan ini sangat berat untuk aku lakukan tetapi aku yakin dengan keputusan ini.

sorry to say, i'm stick with my decision.
i'm so sorry.
from yesterday i tender resignation letter.

aku cuba untuk memberi impak baru sempena azam baru untuk tahun baru ini. Alhamdulilah Allah S.W.T memberi dugaan kepada aku tetapi Dia tetap memberikan aku berita gembira. Terima kasih Tuhan. Syukur Alhamdulilah.

17 comments:

  1. kadang2 keputusan yg dibuat walau pahit..tapi tetap beri kepuasan pada diri..moga success ye nurul. :) rezeki ada di mana2.

    ReplyDelete
  2. sabar ye nurul. pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku ni.

    ReplyDelete
  3. yats : thanks yats atas sokongan yats


    intan : InsyaALLAH intan nurul try untuk bersabar :)

    ReplyDelete
  4. betul2.
    kadang2 kita salah membuat keputusan.tp...kesalahan tu lah yg mematangkan kita kan?
    semua tu ada hikmahnya
    mudah2an rezeki nurul cerah di tempat baru ye
    :)

    ReplyDelete
  5. hrp Nurul dpt kerja yg better dr skrg. kdg2 perlu amek risiko utk perubahan baru =)

    ReplyDelete
  6. sabar nurul apa yg berlaku pasti ada yg lebih baik dari sebelumnya insyallah dengan bersabar semua akan bermula dengan senyuman .. amin...

    ReplyDelete
  7. zuris : tu lah semua ini betul2 mematangkan diri nurul


    sherena : betul tu sherena kdg2 kita kena amik risiko utk lebih berjaya


    mai : thanks mai. nurul cuba utk senyum selalu :)

    ReplyDelete
  8. takpe nurul..i know u can do it..go go gurl..

    ReplyDelete
  9. hhhmmm...
    kalau tmpt mencari rezeki tak mampu nak beri ketenangan
    mmg lah tertekan
    tp kalau nurul dah buat keputusan
    yakin dgn apa yg nurul dah pilih
    mmg bukan jodoh nurul lama kat tmpt tu mungkin
    mana tahu nanti di tmpt baru
    rezeki lagi murah

    ReplyDelete
  10. nurul : walaupun akak tak pasti aper dan siapa yg buat nurul so down kat office tu.. but since nurul dah buat keputusan, akak sokong sampai bila2... akak sebenarnya pun dah resign kat office nie, joining company baru dlm 2 minggu lagi.. mari kita berusaha sama2 untuk masa depan yang lebih cerah n meriah!!

    ReplyDelete
  11. moga ade hikmah disebalik semua yang terjadi..dan semoga tahun baru memberi sinar baru dalam hidup kita.....sabar ye nurul...insyaallah rezeki ader di mana-mana..

    ReplyDelete
  12. hmm sure ade hikmah tiap apa terjadi kan :)

    mesti aada rezeki raina pasni..
    ameen.

    ReplyDelete
  13. nurul, fashya rasa fashya harus ikut jejak langkah nurul jugak...BERHIJRAH

    perlu kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  14. Ini akan menjadi halaman web yang hebat, mungkin Anda tertarik untuk melakukan wawancara mengenai bagaimana Anda buat itu? Jika demikian e-mail saya!

    ReplyDelete
  15. maria : thanks maria. yeah i can do it :)


    farhana : mudah2an ada sinar baru :)


    dayu : tu lah kan? kalau boleh nak keja yg ada ketenangan dan selesa utk bekerja.


    kak mira : mari kak mira. kita berusaha utk future yg lbh cerah lagi :)


    mun : tu lah mun hrp ada sinar baru utk tahu baru ini yg lbh cerah lagi


    yat : yeah hrp ada rezeki raina nanti. InsyaAllah :)


    fasya : yeah buat penghijrahan utk future yg lbh cerah lagi :)


    kid : yeah i can do it. thanks sbb support nurul ye kid :)

    ReplyDelete