Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 19, 2010

Dua bulan Raina Evaqairina

Raina pakai baju belang gambar tikus by carter's

Hari ini genap umur raina dua bulan. Cepat masa itu berlalu. Masih segar di ingatan bagaimana aku bertarung separuh nyawa melahirkan raina. W/pun sudah dua bulan berlalu tetapi ianya masih segar di ingatan.

masa nie raina tgh nak tido tu yg tutup muka :P

kaki raina yang panjang mcm papa raina

Betul kata orang tumbesaran bayi sangat cepat. Aku sendiri melihat perubahan demi perubahan bagi perkembangan tumbesaran raina dalam masa dua bulan ini. minggu-minggu awal kelahiran, raina hanya pandai menangis. Raina akan menangis bila mahukan susu, time mandi , mahu cici juga pupu. Raina juga agak susah tidur malam di awal-awal kelahirannya. perkara ini amat mencabar bagi aku ketika itu.

raina kuat menyusu sejak guna botol susu MAM. botol susu MAM memang terbaik


Selepas dua bulan, banyak perkembangan tumbesaran berlaku. Raina sudah tidak lagi menangis ketika mandi. Raina sudah pandai senyum, ketawa, berborak menggunakan bahasanya (tok wan raina ckp raina dah pandai “menghagah” bila kita ajak bercakap dengannya). Sekarang ini, tiap-tiap malam sebelum tidur raina mesti mahu kita berborak dengannya. W/pun aku sendiri tidak faham bahasa bayi ini tetapi aku seronok melalui proses ini.

time nie papa raina tgh sibuk layan raina berborak

tgk rambut raina yang dah mcm trojan tu. tok wan raina kata rambut raina mcm rambut burung kakak tua :P


Pagi tadi check up, berat raina sudah 4.5kg. InsyaAllah bulan depan genap umur raina tiga bulan raina akan melalui proses bersunat yang menjadi kewajipan untuk bayi perempuan. Aku tidak sanggup mahu melihat proses ini sebenarnya. Tapi ianya satu pengalaman baru bagi aku nanti.

Aku membuat kesimpulan aku sendiri yang anak aku ini seorang yang agak "penjijik" juga "puteri lilin". Raina ini jenisnya, jika dia mahu pupu dia akan bagi isyarat tangan. Kedua-dua tangannya akan diletakkan di dada dan dia akan meneran sampai merah mukanya. Aku perlu dengan segeranya memegang kedua belah kakinya dan mengangkat sedikit punggungnya membersihkan dengan kapas juga wipes tissue setiap kali raina meneran untuk pupu. Jika kita tidak memegang kakinya atau mengangkat punggungnya selalunya raina tidak akan pupu w/pun dia sebenarnya ingin pupu.

Dia juga akan menangis jika badannya rasa tidak selesa. Jadi aku akan mandikan raina tiga kali sehari. Papa raina juga mengajar supaya pipi dan badan raina sentiasa berbedak dan meletak lotion. Jadi mungkin sudah terbiasa, jika kita tidak melakukannya, raina sendiri akan rasa rimas dan menangis. Raina tidak boleh merasa panas sikit. Jika keadaan ini berlaku dia akan menangis. Ramai yang kata raina banyak mengikut perangai aku.

mid valley - bawak raina shopping di mothercare

muka terkejut raina tp tetap nak pandang kamera


Raina nie agak pelik sikit bila time tidur. Raina jenis cepat terkejut-kejut apabila waktu tidur. Raina perlu di bendung terutamanya bahagian tangannya supaya memudahkan raina untuk tidur. Dan raina juga jenis tidur berpangku. Jika dia sudah lena tidur di pangkuan barulah aku letakkan raina di atas tilam.

Alhamdulilah raina tidak banyak ragam jika kena cara menjaganya. Sudah beberapa kali aku drive sendirian membawa raina. syukur raina tidak meragam. Dia akan duduk statik di baby car sit dan tidur. Jika raina tidak tidur dia akan duduk diam. Dengan syarat air-con kereta perlu sederhana suhunya kerana raina akan menangis jika terasa panas dan perlu membuka radio. Barulah raina akan diam duduk statik saja di baby car sit raina.

Oohh raina paling suka dengan lagu black. Tajuk lagu itu aku kurang pasti. Juara lagu baru-baru ini, mulut raina lah yang paling kecoh. Tersenyum-senyum dia mendengar lagu tersebut. Aku sudah perasan sejak di dalam perut lagi. Bila radio memainkan lagu tersebut pasti perut aku akan bergerak dengan aktifnya. Tak sangka bila raina keluar perut lagu tersebut menjadi kesukaannya.


time menyusu

bestnya tidur


Aku berharap raina akan membesar dengan sihat. W/pun kadang-kadang aku perlu melayan kerenah raina yang agak mencabar bagi aku, tetapi aku seronok melalui proses membesarkan raina ini. Aku haruslah menjaga amanah Allah S.W.T ini dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan

Monday, January 11, 2010

Kata hati atau ikut hati

perempuan itu aku. gambar yang menaikkan semangat untuk kembali seperti itu

Kata hati atau ikut hati?

bagi diri aku, tengok situasi dan keadaan. kadang-kadang aku membuat keputusan mengikut kata hati. kadang-kadang aku membuat keputusan mengikut hati sendiri. tetapi tidaklah aku mengetepikan pendapat org lain terutamanya pendapat orang yang lebih tua dari aku.

selama ini banyak keputusan aku dipengaruhi oleh ibu aku. ibu adalah kekuatan bagi diri aku. ayah aku juga banyak memberi pendapat sejak akhir-akhir ini. adik-beradik aku juga memainkan peranan bila aku dalam kekeliruan membuat sesuatu keputusan. terima kasih kepada mereka. aku sayang kamu semua.

baru-baru ini, aku terpaksa membuat keputusan mengikut hati sendiri. maafkan aku kerana terpaksa mengecewakan anda yang terlibat. tetapi percayalah aku perlu berbuat begitu untuk memulihkan keadaan. aku tidaklah sekejam yang anda fikirkan. aku ada banyak hati di sekeliling yang perlu di jaga. Alhamdulilah keadaan bertambah baik. tidak sia-sia aku membuat keputusan mengikut hati sendiri. semoga keadaan baik ini berterusan.

percayalah nurul sayang kamu :)