Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, February 22, 2010

Bersalin normal atau c-sect?

Assalamualaikum Raina :)

Aku agak tertarik nak buat entri berkaitan tajuk di atas nie bila membaca blog rakan bloggers aku iaitu intan. bila membaca entri intan mengenai pengalaman dia bersalinkan Khalish secara c-sect hati aku terdetik " oohhh bersalin c-sect itu sakit juga rupa-rupanya ye".
Pendapat aku mengenai bersalin normal atau c-sect adalah berbeza-beza. Aku hanya mempunyai pengalaman bersalin normal tidak c-sect. jadi aku mahu memberi sedikit pendapat tentang bersalin normal.

kalau orang bertanya kat aku "Nurul kalau kau di beri pilihan kau mahu bersalin normal atau c-sect?" Aku akan jawab "bersalin normal". jawapan itu yang aku akan bagi. tentu korang semua nak tahu kenapa aku pilih bersalin normal yang tentu-tentunya sakit yang amat berbanding c-sect? jawapan aku simple dan mudah "Aku mahu merasa sendiri betapa peritnya perjuangan golongan wanita melahirkan anaknya dan aku mahu cepat sembuh".

Aku rasa semua golongan wanita di luar sana yang belum merasa pengalaman sakit bersalin akan rasa berdebar-debar, takut dan segala macam perasaan menghantui jiwa. Aku dulu pun macam tu. Bayangkan aku dah keluar tanda sakit bersalin awal beberapa minggu dari tarikh jangkaan yang doktor bagi. Masa tu persiapan dari segi mental dan fizikal belum cukup kuat bagi diri aku. Tup-tup dah keluar tanda nak bersalin. berdebar-debar bukan?

Jadi untuk beberapa jam sebelum aku ke hospital aku cuba kumpul segala kekuatan untuk proses bersalin. Aku berdoa kepada Allah S.W.T minta diri aku nie di beri peluang bersalin secara normal. Alhamdulilah Allah S.W.T memberi peluang itu kepada aku.

Aku ambil half day pada hari tersebut. bayangkan ketika sakit contraction mula menyerang aku seawal subuh aku cuba juga untuk kerja half day dan ke klinik buat montly medical check up. Aku drive sendirian kerana kebetulan pada hari tersebut Saiful kerja luar. Aku boleh gelak-gelak, ketawa-ketawa dan relaks kat office. Sedangkan dalam hati hanya Allah S.W.T saja yang tahu betapa sakitnya sakit contraction tu.

Tapi aku tekad bila sakit contraction benar-benar menyerang baru aku mahu ke hospital. Bayangkan ibu dan adik aku sudah bising bila mahu ke hospital. Jawapan aku "nantilah jap-jap lagi". Sampailah ibu aku membebel suruh bersiap-siap. aku boleh cakap dekat ibu aku " kejap along nak mandi dulu". Dalam bilik air berjam-jam. Sedangkan ketika itu sakit contraction dah mula menyerang setiap 15 minit.
Sampai di hospital hati makin berdebar-debar. makin berdebar bila check bukaan. Alhamdulilah masa check bukaan aku langsung tak rasa sakit seperti yang orang lain bagitahu aku. pelik bukan? Masa doktor nak pecahkan air ketuban pun aku tak rasa sakit langsung. walaupun dalam hati takut tengok alat untuk pecahkan air ketuban tu. alat tu berbentuk panjang mcm ala2 kayu lidi dan tajam.

Tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak tunggu lama untuk tunggu bukaan sampai 10sm. Sampai hospital bukaan aku dah 6sm dan tak sampai satu jam bukaan aku dah capai 10sm. Syukur.

Semasa proses bertarung nyawa berhempas pulas push untuk keluarkan baby tu sakitnya sampai sekarang aku tak boleh lupakan. Plus sakit contraction pastu di suruh push dan kita rasa macam ada benda nak keluar tapi tak keluar-keluar. Itu yang penyebab sakit yang amat. Aku ibaratkan macam kita mahu ke medan perang berjuang habis-habisan.

Peluh satu badan. Kalau korang tengok rupa aku masa tu pun dah macam hantu rambut mengerbang kot. Hahaha. Dah tak rupa aku. Aku sendiri malu tengok rupa aku masa tu. Berseribai dan selekeh yang amat sebab masa tu dalam hati nak keluarkan baby dalam perut tu cepat sebab dah tak tahan menanggung kesakitan.

Tapi aku bersyukur sangat sebab menurut Saiful, semasa aku melalui proses melahirkan Raina aku tak mengalami proses di gunting dan sebagainya. Saiful sendiri melihat proses tu. Itu menurut kata suami aku sendiri.

Cuma semasa proses menjahit aku siap request "nurse...saya nak minta bius boleh? Nurse jawab "saya memang bagi awak bius sebab tadi awak dah terangkat sedikit punggung awak tu, jadi koyak agak besar di situ". Terkulat-kulat aku dengar nurse tu ckp begitu. tapi...Alhamdulilah semasa proses menjahit aku tak rasa sakit pun sebab di bius. Apabila penangan bius tu habis pun aku tak rasa sakit sangat cuma rasa sedikit ngilu dan berdenyut-denyut saja. Kesannya sampai sekarang aku membuang air besar secara berdiri. sebabnya aku sendiri rasa sakit bila cuba untuk mencangkuk atau duduk.

Walaupun kesakitan bersalin normal nie yang amat tp ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Kita akan cepat sembuh. bayangkan hari kedua Raina dilahirkan aku dah di tegur oleh Saiful "lajunya berjalan. tak sakit ke?" aku senyum jer. aku nie memang sedikit degil. Jalan punya laju walaupun pakai bengkung.

Pendapat aku tentang c-sect nie kesakitan dia sepanjang zaman bukan? Kenapa aku kata begitu? Sebabnya aku dah jumpa ramai orang yg berbelas-belas tahun mengalami proses ini, anak mereka pun dah besar tapi tetap terasa ngilu di bahagian perut. mereka tak boleh buat kerja berat segala.

Kesimpulannya bersalin normal atau c-sect kedua-duanya sama sakit. Yang penting hargailah pengorbanan golongan wanita yang memberi zuriat kepada sebuah keluarga. harap anak mama Raina Evaqairina hargai pengorbanan mamanya ini berhempas-pulas melahirkannya. Mudah-mudahan.

Thursday, February 18, 2010

Hello Raina :)

Raina kepanasan sbb itu dia tak pakai baju :)

Entri ini khas untuk anak mama sempena genap umur raina 3 bulan esok. disebabkan mama malas nak taip panjang2, kali ini mama just buat entri ringkas untuk raina ye.

Raina...
mama tak sangka anak mama nie dah cpt membesar hanya minum susu annum saja. w/pun pada peringkat awal mama agak terkilan sebab tak dapat bagi sepenuhnya susu dari badan mama sendiri (cuma merasa selama sebulan lebih) tetapi skrg mama tetap berpuas hati kerana raina cepat membesar w/pun hanya minum susu formula.

mama sedih setiap kali tgk anak mama nie kena injection. tapi mama tahu raina anak yg kuat sbb skrg raina tak menangis sekuat hati seperti dulu bila kena injection. raina memang good girl dan strong right? kenapa mama kata begitu? sbb masa mama terjatuh teruk dulu raina ok jer dalam perut mama. masa tu raina dah berusia 7 bulan dalam perut mama nie. sekarang raina tetap kuat bukan?

terima kasih sbb suka senyum dengan semua orang. mama suka senyuman itu. nanti balik rumah kita borak-borak lagi ye?


Love u Raina Evaqairina.

Friday, February 5, 2010

Which one ?

Quinny zapp

Quinny zapp with maxi cosi


Aku plan mahu belikan raina stroller baru. sebenarnya raina dah ada stroller dari sweet cherry. masa membeli stroller tersebut tidak berfikir panjang. kiranya main redah jer membeli. last-last menyesal. sebabnya? stroller yang ada itu berat bila di tolak, roda stroller tak berapa nak center bila ditolak dan paling aku menyesal sebab stroller tu bukan color merah seperti yang aku mahukan. salah siapa? salah diri-sendiri.
Halford


Halford hummer H3 travel system

sekarang nie bila aku ceritakan dekat saiful tentang nak beli stroller baru dia akan membebel kat aku sebab masa beli stroller yang ada tu aku tak tunggu dia untuk beli sama-sama. maklumlah saiful nie jenis keja tak tentu masa. selalu jer busy. hati nie mana tahan nak pergi shopping nak tunggu dia ada masa pulak. last-last pergi shopping sendiri. bila dah menyesal telinga nie kena tahan jer bebelan dari dia. tp alhamdulilah akhirnya saiful setuju juga nak belikan stroller baru untuk raina.

Maclaren


Peg perego

ikut plan minggu nie nak pi survey stroller baru di OU. tapi hati nie tak tahu nak buat pilihan mana satu? aku ada beberapa stroller yang dalam perhatian aku iaitu stroller dari quinny zapp include maxi cosi, halford, maclaren, juga peg-perego. tapi hati ini berat untuk memilih quinny zapp include maxi cosi sebab aku suka dari segi design dan sesuai untuk travel sebab stroller quinny nie boleh dilipat2 sehingga menjadi kepada saiz yang lebih kecil. kalu boleh aku nak beli stroller yang tahan lama. nanti boleh di pakai oleh adik-adik raina akan datang :). agak2 ok ke pilihan aku ini?

Tuesday, February 2, 2010

Mood menulis sedikit menurun

kini fanatik dgn benda ini jadi mood untuk menulis agak menurun untuk seketika

Mood menulis dalam diri sedikit menurun. kesibukan melayan kerenah raina juga dengan urusan beberapa perkara yang perlu dilakukan menyebabkan laman blog aku ini tiada entri baru.

sejak kebelakangan ini ramai sangat yang sms, email bertanyakan tentang entri perkahwinan. sebelum aku bersalin aku ada membuat beberapa entri tentang perkahwinan aku itu untuk panduan kepada sesiapa yang bertanya tentang hal ini. akan tetapi aku telah stop seketika kerana melalui proses bertarung nyawa melahirkan raina juga melalui fasa berpantang. jadi mood untuk menyambung membuat entri perkahwinan itu sedikit menurun kerana entri tentang raina yang melonjak-lonjak dalam otak ketika ini. maaf kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu terutamanya info tentang conopy.

ramai sangat yang bertanyakan tentang conopy perkahwinan aku itu kerana harganya yang sangat berpatutan. ada yang tak dapat aku balas emailnya kerana kesibukan diri ini. laman sosial facebook aku juga tiba-tiba menjadi tumpuan ramai hanya kerana mahu bertanyakan tentang ini. maaf kepada sesiapa yang request mahu menjadi rakan facebook aku itu belum berkesempatan aku accept permintaannya. bukan tidak sudi tetapi sibuk sedikit. aku akan cuba menyambung membuat entri yang dijanjikan. InsyaAllah.