Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, March 31, 2010

Mitos keguguran rambut

Raina main belon air liur

Sekarang nie aku mengalami keguguran rambut. macam nampak kritikal. Kat rumah sana sini bersepah dengan rambut aku saja. Bila sikat rambut, mak aii berkumpul rambut kat sikat tu. risau okeh. Ibu aku kata memang normal bila anak kita mula bermain air liur. babysitter Raina pun cakap perkara yang sama juga. normal ye? Tapi ramai kawan-kawan aku yang anak mereka seusia dengan raina juga mengalami perkara yang sama. so memang normal lah kot. hidd cakap keguguran rambut ini terjadi sebab masa kita melalui proses berpantang kita bayak makan makanan panas. mungkin ada kebenaran. Sebab aku dulu masa pantang makan lada hitam dengan nasi.
tgk raina galak hisap tangan dia. (gmbr nie dark pulak. terlebih edit kot)

Sekarang nie Raina galak main air liur. Siap main sembur-sembur air liur dia. Bila kita larang buat macam tu, mula dia cakap "bluwekkk" kat kita. aduhai anak mama nie. Sudah pandai buat macam-macam. Paling buat aku risau hobi baru dia ialah hisap tangan. bila aku bagi soothers dia tak mahu okeh. Aku plan mahu beli soothers MAM. Sebab soothers Tommee Tippee yang aku beli dulu raina tolak terus. Maybe design soothers tommee tippee tu agak pelik tu yang Raina tolak terus kot. mana tahu dengan soothers MAM Raina serasi sebab aku tgk dia serasi minum susu guna botol susu MAM nie.

Harap sangat masalah nie dapat diselesaikan. Tapi tak tahulah sampai bila keguguran rambut ini akan berhenti. mungkin keguguran rambut ini akan berhenti bila anak kita sudah berhenti bermain air liur kot.

Raina,
jangan main air liur sayang. kasihan kat mama nie.

Monday, March 29, 2010

Aktiviti hujung minggu

Aktiviti semalam di hujung minggu : aisy geram sampai cuit pipi raina :D . qis jugak yg relaks time nie :)
Tiada mood menulis ketika ini. tunggu mood menulis datang dalam diri. selamat berhari isnin yang sangat membosankan ini. kamu bosan atau tidak?

Friday, March 26, 2010

Mr.beebird raina

hello beebird :)

hari ini hari yang paling bosan. aku jarang nak update blog tanpa hala tuju. tapi hari nie tergerak hati aku nak update blog dengan sesuka hati tanpa hala tuju yang aku sukar nak mengerti. perangai aku dari dulu kalau nak update blog mahupun facebook mesti menjadi satu kemestian gambar yang hendak di publish itu perlu di edit dahulu dari segi color. sudah terbiasa begitu. maybe ianya jadi satu kebiasaan kerana aku adalah ex-student school of art and design kot :D.

tapi hari ini berbeza sikit. pagi tadi aku publish gambar raina di FB tanpa di edit. ohhhh akukah itu? dan tak sangka pensyarah aku komen gambar tersebut. termalu-malu di situ. petang ini aku membuat entri tanpa hala tuju berserta gambar raina yang tanpa di edit pun.

gambar nie gambar raina bersama friend raina sejak usia raina 3 bulan. sebenarnya papa raina belikan friend raina ni hanya sekadar suka-suka. sebab papa raina kata dia mahu belikan toy sleepy bear raina di mothercare bila raina sudah besar sedikit. tapi semasa di JJ hari tu bila papa raina tunjukkan beebird nie kat raina terus raina senyum-senyum. sekarang sudah jadi kawan baik. nak tido ke nak minum susu ke mesti kena ada beebird. kebetulan raina memang tidak di ajar tidur dalam buaian. jadi paling senang mahu tidurkan raina adalah dengan mendendangkan music dari beebird ini sambil memeluk beebird. selalunya automatik raina akan tidur. normally begitulah keadaannya.

oklah aku tak mahu membebel di sini tanpa hala tuju. nanti aku cerita lagi pasal beebird raina nie yeah :)

Thursday, March 25, 2010

Best friend

kendut muka ko mmg mcm org jepun nanti anak ko mesti mcm ko kan tembam bam bam? sebenarnya nak letak gmbr lain. gmbr masa kita kat the curve dulu. tapi tak boleh appear pulak kat blog nie (pembaca, cuba teka kendut yang mana satu?) :D

selamat pagi :)

hari ni aku nak buat entri khas untuk my bff. yeah best friend sejak dari zaman tadika lagi. kami sudah berkawan lebih 20 tahun. nama dia pun lebih kurang sama dari segi pangkal nama iaitu 'nurul'. tapi aku panggil dia kendut. yeah nama glomour dia sangat unik huh? memang dari dulu panggilan itu yang aku gunakan.

dah lama aku nak buat entri tentang dia tapi bila duduk depan computer aku jadi malas menaip. hari ini cuba rajinkan diri juga untuk menulis. sebabnya? sebabnya aku sudah termimpi-mimpikan dia. mungkin aku rindukan dia. sebab kami dah lama tak berjumpa. "kendut, aku rindu ko. aku mimpi kita pi holiday dengan wawa. ko ingat wawa tak?"

sejak masing-masing dah berkawin terus perhubungan kami jadi semakin jauh. sorang duduk di shah alam sorang duduk di ampang. jumpa pun bila masing-masing balik rumah family di banting. sedangkan shah alam dengan ampang bukan jauh sangat jika mahu berjumpa. mungkin kesibukan aktiviti masing-masing menjadi punca.

kendut,

untuk pengetahuan ko aku sayangkan hubungan kita ini. aku sayangkan kawan-kawan kita yang lain yana, yan, norliah. aku ada kawan baik baru sekarang. dia tak asing bagi kita. kawan satu sekolah dengan kita dulu. cuma selepas 10 tahun baru aku terjumpa dengan dia. dia adalah siti salwa abdul karim @ wawa. ko ingat kan? dia duduk satu baris meja dengan kita masa sekolah agama dulu. anyway aku sayangkan korang semua. korang sayangkan aku tak? :)

p/s : kendut ko ingat tak nama poyo aku zaman sekolah dulu? i'm MEGAT :D.

Monday, March 22, 2010

4 bulan Cik Raina

Selamat pagi Cik Raina Evaqairina :)

Alhamdulilah raina sudah 4 bulan usianya. tup-tup sudah membesar anak dara seorang nie. rasanya baru semalam mama berhempas-pulas melahirkan raina. seronok melihat tumbesaran raina sejak awal kelahiran sehingga kini.

skrg raina kemaruk meniarap


pantang baring mesti raina nak meniarap

banyak perkara yang raina sudah belajar sekarang. antaranya :

1) raina sudah pandai senyum dan ketawa
2) raina sudah pandai pegang botol susu
3) raina sudah pandai menyemburkan air liur
4) raina sudah senang tidur malam
5) raina sudah pandai meniarap dan mara ke depan guna kaki
6) raina sudah pandai mengejek seperti ini "bluwekkk"
7) raina sudah pandai merajuk kalau kita marah dia. dia tidak akan pandang muka orang yang marahkan dia gara-gara kenakalannya
8) raina sudah mula belajar duduk. pernah sekali tu dengan secara tiba2 saja dia cuba duduk di atas car seat
9) raina mula menunjukkan ransangan yang memberangsangkan setiap kali sesi pembelajarannya dengan buku, flash card dan sesi menyanyi
10) raina sudah mula kenal siapa itu RAINA EVAQAIRINA setiap kali kita memanggil namanya
11) raina sudah tidak takutkan air setiap kali mandi
12) raina sudah mempunyai rambut yang boleh di ikat dengan fesyen 'ikat ala2 pokok kelapa'

hello raina goku harajuku :P

mama, kenapa jam raina nie asyik pukul 12.30 jer? :P

apa-apa pun aku bersyukur sebab raina membesar dengan sihat. semoga raina menjadi anak yang bijak, solehah dan menghargai pengorbanan mama dan papa yang membesarkannya. mudah-mudahan.

Thursday, March 18, 2010

Realiti tentang aku

bila jiwa kacau bilau semua boleh jadi. salah-satunya adalah aksi poyo kami ini


Sekarang ini dunia penulisan aku di blog agak terhad. tidak seperti dulu. yeah, dulu tiada siapa kenal siapa nurul aini jamian di dunia bloggers ini. tetapi setelah hampir dua tahun aku berblogging di sini sudah bermacam-macam orang yang aku kenal. orang keliling yang ada hubungan kekeluargaan juga orang keliling di tempat kerja dengan aku sudah jumpa laman blog aku ini.

tak mengapa. aku suka berkawan dan berkongsi pendapat dengan kamu semua. percayalah. jangan segan-silu dengan aku. cuma kadang2 aku ini yang segan-silu dengan orang keliling. tetapi cuba kamu tegur aku dulu. baru kamu kenal siapa aku ini. bila bercakap tak akan berhenti seperti keretapi yang sedang bergerak itu.

dunia penulisan aku sekarang tak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. kerana banyak hati dan jiwa manusia yang aku mahu jaga. kalau dulu aku dengan selamba sumpah seranah jika aku tak berpuas hati dengan seseorang. tapi sekarang aku tak boleh berbuat demikian sesuka hati. tak boleh buat sesuka hati ikut jiwa degil aku ini. kebebasan menulis tidak seronok sebelumnya. tapi aku tetap akan menulis kerana menulis dan membaca adalah sebahagian jiwa aku.

kepada pembaca setia, silent readers yang rajin hantar email kat aku terima kasih. kepada pembaca yang baru menjengah ke dunia penulisan aku silakan. aku akan sedia memberi feedback komen ke blog kamu nanti. itulah salah-satu cara aku hargai mereka. dan tidak lupa juga kepada yang add aku di facebook dan tanya macam2. terima kasih semua. nurul tetap satu jiwa yang tak pernah berubah pendiriannya. itulah perempuan yang bernama nurul aini jamian. aku tidak kisah apa orang lain mahu kata. ada aku kisah?

Saturday, March 13, 2010

Raina, mari belajar membaca




Cloth book from Lamaze

Sejak umur raina 3 bulan lebih ini, hati aku bagai melonjak-lonjak tinggi mahu mencarikan raina bahan bacaan. ini memang target aku dari dulu lagi mahu mendedahkan raina dengan bahan bacaan bila umur raina melebihi 3 bulan. sekarang aku banyak membuat pemerhatian bagaimana mahu mendidik anak melalui early education ini hanya di rumah.

memang teruja apabila aku pernah membaca satu artikel di newspaper di mana seorang ibu mendidik anak-anaknya hanya di rumah dari awal kelahiran sehingga dewasa tanpa menghantar ke sekolah. anak-anak beliau hanya mendapat pendidikan di rumah dan cuma mengambil peperiksaan secara persendirian. teruja dengan kegigihan ibu ini mengajar anak bermain piano, computer, kelas agama, kelas aktiviti riadah segala.



Flash card

aku melihat sekarang ini raina sudah menunjukkan minat terhadap imej2 bergambar yang mempunyai warna yang menarik. jadi aku decide membelikan raina bahan bacaan juga flash card for baby. start last week aku sudah mula mendedahkan raina dgn flash card dan buku yang mempunyai imej menarik dan berwarna-warni. Alhamdulilah raina memberi reaksi yang memberangsangkan. sekarang ini aku berminat dengan cloth book dari lamaze juga simple dimple. jadi jika sesiapa yang ada info tentang bahan bacaan juga flash card yang bagus isi kandungannya untuk baby sila berkongsi dengan aku ye jika sudi.

cerita lain dari tajuk

pagi isnin ini aku sudah tersenyum walaupun realitinya hati tak keruan sebab raina sedang flu dan batuk yang agak teruk. tapi perkara ini cudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum2 di pagi isnin ini apabila memdapat beautiful blogger award dari fiza. thanks tapi sorry fiza sebab nurul dari dulu agak malas menjawab tag tapi diri ini tetap mahu award ini. boleh fiza? tapi percayalah nurul hargainya. thanks yeah.


award from fiza mama damia :)

first time dapat award. ada sapa2 lagi nak bagi award? :P

Thursday, March 11, 2010

Education

Kamu semua pernah terfikir tak tentang early education untuk anak-anak kamu? Bagi aku, sejak aku mengandungkan raina aku mula pandang serius hal ini.

Alasannya?
Aku mahu zuriat aku lebih baik dari aku. Kalau sekarang ini aku hanya pemegang B.A Hons under UITM harapnya suatu masa nanti anak-anak aku lebih baik dari itu.

Dari kecik aku memasang impian mahu belajar setinggi mungkin. Memasang impian hingga ke PHD. Tapi impian itu seperti sukar untuk aku capai kini. Setelah habis peringkat degree jiwa aku seakan malap. Pernah satu hari jiwa aku tergerak mahu cuba tingkatkan taraf pendidikan ke master. Sudah melangkah ke satu ikatan kukuh ketika itu. Cuba meminta persetujuan saiful sebagai suami. Tapi jawapan itu agak hampa. Saiful suruh tangguhkan niat itu. Akhirnya hingga kini jiwa aku makin malap bagi menyempurnakan impian itu.

Cukup. Aku mengalah.
Mungkin anak-anak aku boleh cuba mencapai lebih baik dari aku nanti. Malah lebih sempurna.

Kini tumpuan untuk raina. Membesarkan raina dengan memberikan pendidikan semampu mungkin. Aku sudah mula mendedahkan early education kepada raina. Dari raina dalam perut aku cuba merangsang sehingga kini. Aku mahu cuba memberikan pendidikan tidak formal juga formal dengan cara aku sendiri.

Raina mula belajar memegang botol susu seawal usia 3 bulan tetapi tetap di dalam pemantauan ketika menyusu


Peringkat awal ini aku hadkan pembelian mainan atau toys untuk raina. Hanya yang terpilih saja aku dedahkan untuk raina. Aku dan saiful lebih bersikap hati-hati dalam membeli sesuatu untuk raina. Aku tak mahu dia dimanjakan dengan pelbagai mainan atau toys yang tidak mempunyai sebarang concept yang boleh mempengaruhi minda.

Cuba mahu jadi seperti ibu aku yang mendedahkan anak-anaknya ini dengan pendidikan tidak formal dari hasil tangan beliau. Ibu sanggup menggunting serpihan kain perca untuk membuat huruf ABC dengan imej gambar menarik bagi merangsang minda kami semasa kami belum menjejakkan kaki ke peringkat tadika lagi. Ibu dan ayah terima kasih kerana mendidik aku sehingga peringkat ini.

Tuesday, March 9, 2010

Main masak-masak

comel mok mok jom main masak-masa

Aku tak suka memasak. walaupun bermain masak-masak sekalipun. Segala proses yang berkaitan memasak aku benci. Walaupun hanya memotong bawang, menyiang ikan tidak sama sekali aku suka.

Dulu mungkin aku suka main masak-masak. Tapi itu dulu. berpuluh-puluh tahun yang lepas. Zaman kanak-kanak. tapi bukan sekarang walaupun aku akui sekarang aku sdah menjadi seorang isteri kepada Saiful malah mama kepada Raina Evaqairina. Aku terharu sebab Saiful faham benar dengan perangai degil aku yang satu ini. Mungkin disebabkan dari zaman aku berkawan dengan Saiful dulu lagi aku sudah berterus-terang dengan dia yang aku tak suka memasak.

Dalam hati terima kasih sebab mamat nie tetap nak kawin dengan aku juga. Jangan lepas kawin nanti dia komplen. Hahaha.

Alhamdulilah sampai sekarang Saiful masih faham dengan perangai aku. Tergerak hati nak buat entri ini sebab malam tadi Saiful kejutkan aku dari tido hanya semata-mata menyuruh aku makan. Terpinga-pinga aku sebab aku kepenatan balik kerja menempuh jalan jem, melayan Raina berborak, jaga Raina dan hampir tak sedar aku tertido.

"Sayang, bangun pergi makan Saiful dah masak nie".

Aku melihat jam hampir pukul 11 malam. terima kasih suami.

Aku akui sudah hampir setahun aku tak memasak. sejak aku pregnant dulu dan semasa proses berpantang aku tak pernah memasak. Semasa pregnant dulu hampir setiap hari Saiful masakkan. Jika Saiful penat dia akan tapau kan saja atau kami makan di luar. Bahagia sungguh sebab tak payah memasak.

Cuma baru-baru ini sahaja selepas habis berpantang tergerak hati untuk memasak. Itu pun hanya masak kuey tiaw goreng. Sejak ada anak nie aku memang jarang memasak. Bukan tak mahu tetapi Saiful sendiri yang mahu memasak dan aku disuruhnya menjaga raina. terima kasih saiful. Lepas nie aku akan cuba kerap main masak-masak di rumah walaupun Saiful melarang aku berbuat demikian. Saiful, Nurul akan cuba belajar masak ketam pulak lepas nie.

Jom main masak-masak

Tuesday, March 2, 2010

Hello "I you aku kau"

Maaf jika entri kali ini agak keras penulisannya.

Hello my friend. You know me?
Si Nurul yang degil, sensetif, gila novel, gila bola (oohhh tak sabar mahu tunggu piala dunia), fanatik color biru, i love guess too (ada sesiapa mahu belanja handbeg satu?) bla bla bla bla bla

Aku juga suka berkawan. Sesiapa yang tak kenal aku mesti kata aku sombong. Jangan buat andaian pertama tanpa menegur. Cuba tegur. Masa tu baru tahu siapa aku. Dulu masa pertama kali saiful ‘usha’ aku pun kata aku sombong. Hello sila tegur dulu okeh.

Cuma satu perangai aku nie dalam berkawan lebih selesa membahasakan diri dengan panggilan nama atau saya. aku juga lebih selesa membahasakan kawan-kawan aku nie dgn panggilan nama, awak atau kamu berbanding "I you aku kau". Aku hanya akan membahasakan diri dengan panggilan "aku kau" dengan kawan-kawan yang dah lama kenal dengan diri aku atau mereka sendiri yang selesa menggunakan panggilan tersebut. Kalau boleh dielakkan memang aku akan elak. Pelik bukan?

Tapi sekiranya ada di antara kawan-kawan aku itu yang lebih selesa membahasakan diri dgn "I you aku kau" silakan. Kamu tetap kawan-kawan aku. Kerana aku nie jenisnya suka berkawan. Jadi biar apapun bahasa yang digunakan, kamu itu tetap kawan-kawan aku biarpun kawan-kawan di facebook, bloggers bla bla bla bla bla.
p/s : Aku ada hutang entri tentang conopy. Nanti aku free gua buat ok. Thanks kepada sesiapa yang email, message aku.


Hello friend :)