Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, April 29, 2010

Aku mahu versi kurus itu

ini lah aku yang mengalami fasa kegemukan yang berlindung di sebalik raina. haih

Sejak akhir-akhir nie aku rasa aku berada dalam versi kegemukan. aku berada dalam versi tersebut sejak proses melahirkan raina. aku benci versi tersebut. dulu aku ada alasan kenapa badan aku mengembang kerana proses mengandungkan raina. tapi kini? alasan apa yang aku mahu guna pakai? aku mahukan versi kurus itu semula. aku mahukan diri aku yang dulu. tapi bagaimana? yup aku dalam proses berdiet. tetapi kadang-kala aku tewas juga.

lebih-lebih bila berada di rumah. jika saiful rajin, dia akan masakkan segala macam lauk. dia paksa aku makan. yeah saiful sangat rajin memasak berbanding aku. tapi itu semua permintaan dia bukan aku. mungkin hobi baru saiful adalah memasak. mungkin.

jika aku protes tak mahu makan nasi atau hasil masakannya maka dia akan tarik muka dan merajuk. wahai sang suami tolonglah memahami diri sang isteri ini yang sedang bertungkus-lumus untuk mengecilkan badannya. alahai.

gambar ulangan : masa ni ibu aku cakap aku dah macam hantu jerangkung. sila tangok tulang leher aku itu. huh

walaupun ada yang kata "hei nurul mana ada ko gemuk. ko jer yang perasan. ko cuma sedikit besar selepas proses bersalin. tapi badan ko tetap maintain jer aku tgk".

oohhh please...
jangan nak sembunyikan segala fakta yang benar. aku dapat rasakan aku berada dalam fasa kegemukan itu. bayangkan beberapa jeans aku tak dapat aku sarungkan selepas proses berpantang ok. sedikit ketat dan tidak selesa di pakai.

so?
selamat tinggal jeans biru itu. aku rindu mahu memakainya. nasib aku baik ada lagi beberapa helai jeans yang masih boleh aku pakai.

selepas ini harus aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalani proses berdiet. yup aku bukan peminat tegar nasi. aku adalah peminat tegar segala jenis mee dan mihun. aku juga tak mengambil segala jenis air sejuk kini. cuma kadang-kadang sang suami menggoda aku dengan air sirap limaunya itu. ooohhh aku tertewas lagi. haih.

ini hasilnya ketika aku tidak mengambil nasi hampir setahun itu. aku rindu versi kurus itu okeh

lepas ni fasa proses berdiet secara bersungguh-sungguh akan dilancarkan. aku akan mengembalikan zaman gemilang aku ketika di zaman UITM dulu iaitu aku pernah hampir setahun tidak mengambil nasi. hasilnya muka aku kurus macam hantu jerangkung bak kata ibu aku. hihihi :D. tak kisahlah yang penting aku mahukan versi kurus itu.

Tuesday, April 27, 2010

Raina with tudung :)

raina tengok apa tu?
morning...
hari nie baru ada mood nak update blog aku ni. tak ada cerita yang best pun. just nak cerita aktiviti weekend yang lepas saja.

ummie ngah raina tgh mencuba mengikat tudung

mula2 raina ok je masa pakai tudung ni lama2 dia mengamuk :D

aku dan adik aku (ummie ngah raina) telah membuat percubaan memakaikan tudung terhadap raina. kami dengan jayanya telah memakaikan raina tudung. inilah namanya tak ada keja cari keja. ahaks :D. sian kat raina sampai mengamuk raina dibuatnya sebab kepanasan dan dia rasa macam rimas je sebab ada something kat atas kepala dia. sorry ye raina. nanti dah besar raina nak pakai tudung tak? mama tak akan paksa raina. mama nak bila raina dah besar nanti raina pakai tudung bila hati dah bersedia ke arah itu nanti. mudah-mudahan :).

nie ikatan tudung mcm nak pergi mengaji je :)

yang nie ikatan tudung mcm mama dia di zaman dahulu kala :)

p/s : credit kat pak usu raina yang amik gambar raina guna kamera canggih dia tu. kami gelarkan dia photographer pemalu bangat. nama jer amik coure fotography tp nak amik gambar malu2 kucing :D

Friday, April 23, 2010

Pertukaran susu formula

cuba korang tgk raina dah makin tak tembam sejak baik dari demam hari tu. aku risau okeh

Sejak akhir-akhir ini, aku banyak membuat penyelidikan tentang susu formula. banyak forum, bahan bacaan yang aku dah baca. yeah memang tak dinafikan susu ibu tetap yang terbaik. tapi aku ada cerita kan kat entri sebelum ini kenapa aku dah tak BF raina lagi. so disebabkan aku sudah tak BF raina haruslah aku mahu memberikan raina susu formula terbaik untuk anak aku itu.

kalaulah ada cara aku boleh BF raina semula akan aku usahakan. tapi rasanya dah tak ada jalan penyelesaian lain lagi selain memberikan raina susu formula. raina pun dah 5 bulan umurnya. orang yang senasib dengan aku saja faham situasi aku.

ok, sekarang nie raina minum susu anmum infacare langkal 1. itulah susu pertama yang saiful suggestkan kat aku atas alasan aku juga pernah minum susu ini sepanjang proses mengandungkan raina. sedia maklum susu anmum juga harganya diketogarikan mahal. satu tin saja sudah rm55. ikut tempat juga sebab lain tempat lain harga.

aku bercadang mahu bertukar susu lain. baru semalam aku berbincang dengan saiful. jadi semalam aku balik kerja saja saiful ajak aku servey susu. aku rasa aku mahu bertukar kepada susu enfalac A+ atau pediasure. kerana melalui pembacaan aku, susu-susu ini adalah antara yang terbaik. yeah harga memang agak mahal sikit. satu tin saja sudah rm80 lebih. tapi aku rasa ianya sangat berbaloi dengan isi kandungannya.

alasan utama aku mahu tukar susu adalah :
1) raina sekarang macam susah pupu. 2,3 ari sekali baru pupu
2) mahu menambahkan berat badan raina
3) raina sekarang kurang selera menyusu
4) untuk perkembangan otak dan tumbesaran raina
5) aku agak raina selalu kena sembelit sebab susah pupu

so agak2 kamu semua bagaimana? sebab aku dah lama membuat pemerhatian dan penyelidikan tentang susu formula ini. buat masa ini aku rasa enfalac A+ dan pediasure agak ok. kalau kamu semua ada pendapat tolong berkongsi pendapat dengan aku.

Monday, April 19, 2010

Kawan-kawan raina

selepas pupu pun raina still nak kan mr.beebird dia nie

Entri yang lepas aku ada citer tentang mr.beebird raina. Dan berjanji mahu menceritakan lagi tentang ini. ok kini aku tunaikan apa yang telah aku janjikan itu. Hingga kini mr.beebird tersebut tetap menjadi kawan paling setia buat raina.

Sedia maklum raina tidak di ajar tidur dalam buaian jadi mr.beebird itulah menjadi ubat paling mujarab untuk membuatkan raina terlelap. Mungkin mr.beebird itu toys pertama saiful belikan jadi sehingga kini ianya menjadi toys utama pilihan raina. Jadi ke mana-mana pun pasti mr.beebird itu akan di bawa.

waktu tidur

waktu bangun tidur

Kini raina ada kawan baru. Kawan baru raina itu diberi nama bear put put. Sebenarnya sebelum ini ummie ngah raina suka memanggil raina dengan panggilan raina put put. Jadi timbul idea untuk memberi nama untuk kawan baru raina ini dengan panggilan bear put put. Tetapi papa raina telah ringkaskan menjadi put put. Jadi sehingga kini nama put put itu digunakan.

waktu outting with ummie ngah raina

selepas mengamuk kepanasan di luar pun raina tetap nak kan mr.beebird dia ni

Terima kasih kepada ummie ngah raina sebab belikan kawan baru raina itu. Kebetulan hari tu pergi IKEA kerana mahu membeli sedikit barang dan tak sangka ummie ngah raina mahu belikan toys tersebut. Kebetulan raina sekarang tengah gatal gusi kerana mahu tumbuh gigi. Jadi put put itulah menjadi mangsa gigitan raina sekarang.

nie put put kawan baru raina :)

Harap kawan-kawan raina ini akan memjadi peneman raina paling setia. Hello mr.beebird dan put put :)

Thursday, April 15, 2010

Susu ibu atau susu formula?

aku suka blue color. jadi aku belikan raina blue color seperti ini :D


Susu ibu atau susu formula?
kalau aku diberi pilihan, jawapan aku mestilah SUSU IBU.

sebabnya susu ibu itu sendiri banyak khasiatnya dan sangat bagus untuk bayi kita. dan semestinya bayi kita akan lebih rapat dengan kita jika kita memberikan susu badan kita. baguskan?

sejak aku mula mengandungkan raina aku sudah memasang impian dengan apa cara sekalipun aku akan cuba bagi anak aku dengan susu aku sendiri. bayangkan di hari pertama kelahiran raina di hospital lagi aku dah berusaha cuba mengeluarkan susu aku. malangnya tiada. sedih. bengang.

hampir seminggu barulah aku dapat menyusukan raina. itupun setelah berurut dengan mak bidan juga makan makanan yang disarankan. tetapi penghasilan susu badan aku taklah seperti orang lain. sangat sedikit.

oleh kerana raina sendiri tidak berapa suka menyusu badan direct dari badan aku jadi jalan penyelesaiannya aku terpaksa menggunakan cara dengan mengepam. bukan aku tak paksa dan ajar raina untuk menyusu secara direct tapi sudah puas aku paksa dan ajar dan jawapannya adalah hampa. raina akan membuat reaksi dengan cuba memuntahkan balik apa yg dia minum.

mungkin cara dan waktu aku mengepam tidak konsisten, akhirnya penghasilan susu aku semakin hari semakin berkurangan. dan yang paling aku terkilan apabila susu aku mula kering dengan sendirinya. masa tu rasa nak menangis. aku tak berputus asa aku paksa raina untuk hisap secara semulajadi. tetapi jawapannya hampa sebab susu langsung tidak keluar.

cuma aku bersyukur sebab aku dapat juga menyusukan raina walaupun sekejap. rasanya hampir dua bulan juga aku dapat menyusukan raina. sekarang nie raina hanya minum susu formula.

pendapat aku, susu formula ini banyak juga khasiatnya. cuma dari segi kandungan khasiat susu ibu itu lebih baik. walaupun raina hanya minum susu formula, alhamdulilah berat badannya naik dengan konsisten.


senang dicuci

sejak raina bertukar botol susu kepada botol susu MAM sejak usianya dua bulan lagi, alhamdulilah raina makin kuat menyusu. cuma selepas raina mengalami demam yang agak teruk sebulan yang lalu raina agak kurang menyusu. tapi tok encek raina cakap mungkin sebab raina sudah mula mahu tumbuh gigi. gusi dia sudah mula gatal akibat pertumbuhan gigi maka sebab itu raina kurang menyusu dan dia lebih suka menggigit puting botol susu tersebut.

pendapat aku tentang botol susu MAM ini adalah sangat sesuai untuk bayi. aku dapat rasakan perbezaannya apabila raina menggunakan botol susu MAM ini. raina sudah ada 3 botol susu dari MAM ini. sekarang nie raina juga sudah mula serasi dengan soothers dari MAM. so agak senang mahu tidurkan raina. dia akan hisap soothers tersebut sampai tertidur. sebabnya aku memang tidak mengajar anak aku tidur menggunakan buaian.

soothers : design puting yang agak leper

ramai yang tanya kenapa tak pilih botol susu dari avent atau tommee tippiee? jawapan aku simple saja. aku tertarik dengan design botol juga puting yang memang direka khas untuk baby. dan aku juga suka dengan brand MAM ini kerana ianya adalah botol susu anti-colic, free bpa dan sebagainya.

kenapa tidak botol susu avent?
aku kurang menggemari avent sebab aku rasa dah ramai sangat orang pakai botol susu nie. dari hasil pemerhatian aku bila aku pergi mana-mana 7/10 bayi menggunakan botol susu avent ini. jadi aku lebih suka menggunakan lain sedikit dari orang lain.

kenapa tidak botol susu tommee tippiee?
sebabnya aku tidak tertarik dengan design botol susu dari brand ini. jawapan aku simple bukan?

tetapi terpulang kepada setiap individu tersebut. sebabnya setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. aku plan mahu mencuba botol susu dari 1st years juga dr.brown. ada sesiapa yang pernah guna botol susu tersebut? ok tak? jika ada sesiapa yang pernah menggunakan botol susu tersebut boleh berkongsi pendapat dengan aku.

Wednesday, April 7, 2010

Lelaki bangsa asing lebih romantik?

Fuyooo
Blog aku ini sudah mula berhabuk bukan?

Ok aku mengaku sekarang ini aku sangat teruja bersidai di laman facebook, twitter juga formspring. Cari aku di sana. Taip saja nama Nurul Jamian atau NURULmamaRAINA. Pasti kamu berjumpa aku di sana. Jadi atas kebatakkan dan kejakunan aku mengodek itu ini akhirnya laman blog ini agak terbiar.

Ohhh aku masih sayangkan laman blog ini. Penulisan sudah sebati dalam diri aku. Ok lap-lap sikit. Aku mahu menulis sekarang.

Tiba-tiba aku mahu menulis tentang hal ini. Perihal golongan lelaki bangsa asing yang lebih romantik dari golongan lelaki bangsa melayu. Aku rasa fakta ini ada kebenarannya. Aku setuju tentang ini. Aku tidak katakan yang aku pro golongan lelaki bangsa asing. Tapi dari pemerhatian aku, fakta ini boleh digunapakai kebenarannya.

Melalui pemerhatian aku,
Lelaki melayu akan bersikap romantik terhadap pasangannya apabila mahu cuba mendapatkan perempuan tersebut saja. Apabila sudah dapat, sikap itu sikit demi sedikit akan hilang.

Sikap ini bertambah ketara apabila melalui fasa perkahwinan. Aku tak cakap semua lelaki melayu begini. Mungkin segelintir. Melalui fasa perkahwinan memang indah. Tetapi jika tidak disiram dengan air selalu, maka fasa perkahwinan itu akan berjalan seperti pokok bunga yang sedang layu tidak bermaya. Aku paling takut hal ini.

Sebabnya?
Aku pernah alami. Aku akui saiful bukan seorang yang romantik macam watak romeo yang dipuja-puja itu. Tapi dia cukup prihatin tentang aku dari zaman aku kenal dia dari dulu hingga kini. Tetapi, apabila aku memasuki fasa perkahwinan isu prihatin ini mula timbul.

Selalu aku cakap kat saiful tolong prihatin tantang isteri seperti selalu sekalipun sudah ada anak. isteri amat memerlukan pemerhatian lebih dari suami. Yeah, kadang2 lelaki sedikit ego. Begitu juga dengan saiful. Tapi bila kami di rumah sendiri saiful akan menjadi seorang lelaki yang paling prihatin pada pemerhatian aku. Contohnya isu memasak, isu membuat susu anak dan macam2 isu lain. Alhamdulilah.

Tapi…
Pandangan aku tentang lelaki bangsa asing cukup berbeza. Aku rasa mereka cukup arif hal isu romantik ini. Aku pernah ternampak pasangan suami isteri bangsa asing ini di mana si suami memimpin tangan si isteri yang sedang mengandung ke tempat kerja. Sedangkan jarak tempat kerja dengan rumah mereka tidak jauh mana pun jika berjalan kaki. Sungguh terharu bukan?

Berbeza dengan suasana di mana aku pernah ternampak pasangan suami isteri dari golongan melayu di mana si suami berjalan jauh ke hadapan sedangkan si isteri yang sedang mengandung termengah-mengah membawa perut seakan-akan cuba berjalan bersaing dengan si suami. Berbeza sekali situasi ini bukan?

Nasib aku baik kerana saiful tidak berkelakuan begitu semasa aku mengandungkan raina dulu. Sebab aku terlebih mengada-ngada mungkin. mahukan perhatian si suami. Maafkan nurul atas sikap mengada-ngada itu. Nurul akan cuba perbaiki.

Jadi pandangan kamu semua bagaimana?
Setuju atau tidak dengan fakta yang aku huraikan ini?
Jika tidak setuju abaikan saja penulisan aku ini.
ok sekian :D

memori semasa aku mengandungkan raina ( 5 bulan ke 6 bulan ketika ini. tak bape ingat) : aksi ini aksi romantik ke aksi kepoyoaan, kejakunan atau kebatakkan? kenapa saiful agak selekeh ketika ini? oohhh masa nie rambut dia agak panjang so dia cover pakai topi itu dan membuat pose bermulut muncung itu :D