Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, May 31, 2010

Model gemuk

semalam : model gemuk

Diet aku tak menjadi. naik 2kg ok. aku tension giler sekarang nie. aku rasa aku diet main-main. aku tak serius. sebab itu naik 2kg. apa kes nurul oiii? engkau memang diet hangat-hangat tahi ayam bukan?

minggu lepas aku ada kursus. bila Peter Padman (penceramah) tu tanya satu soalan kat aku terus laju jer aku beri jawapan "i'm fat after maternity leave". anyway, thanks to peter sebab banyak beri aku keyakinan diri lepas menghadiri kursus tersebut.

tengok gambar di atas. gambar tanpa di edit untuk menampakkan model tersebut kurus. cuma editing bahagian colour saja. model gemuk yang masih mahu meneruskan misi dietnya. ada apa-apa suggestion tak untuk kuruskan badan aku itu?

Thursday, May 27, 2010

Magic photoshop

Contoh pertama

Zaman di UITM dulu aku jenis malas nak explore lebih-lebih tentang adobe photoshop ke adobe illustrator ke mahu pun software yang seangkatan dengannya. Cukup malas. Pada aku, asal tahu basic untuk buat assigment juga final project untuk lulus subject itu sudah cukup bagi aku.

Itu keadaan diri aku ketika diploma. Memang pemalas. Semua kerja kalu boleh nak jalan mudah. Masih aku ingat lagi design aku kena kutuk dengan lecturer bernama en.zul. Ada ke patut en zul cakap design aku bengkang-bengkong macam jalan balik banting rumah family aku itu? Buat hati gua panas je time tu.

Terus aku tekad mahu explore semahu-mahunya tentang software-sofware ini. Guru terbaik aku ketika itu tentunya adik aku merangkap senior aku. Thanks ummie ngah raina sebab ajar aku sampai berpeluh-peluh ketiak. Yeah pelik bukan? adik aku dulu senior aku di UITM sebab dia dulu masuk UITM then baru aku. Beza dua semester.

Dan hasilnya aku pernah mendapat markah tertinggi untuk assigment aku. Padahal design aku tu simple, sangat buruk dan nampak kolot. Dan memori paling indah buat aku apabila design untuk job kerajaan negeri terengganu terpilih menjadi antara design terbaik ketika di peringkat degree. Thanks kepada ahli-ahli group aku. Aku rindu gila dengan korang okeh.

Contoh kedua

Mesti orang yang rapat dengan aku terfikir kenapa aku tidak kerja dalam bidang graphic? Kenapa perlu accounting? Aku ada jawapan tersendiri kenapa aku sekarang bekerja menghadap nombor hari-hari. Tapi percayalah aku terus mempraktikkan kemahiran yang aku ada hingga kini. Jika aku rajin aku ada juga membuat freelance. Tapi maklum sajalah sejak ada anak ini masa terlampau cemburukan aku. Ada faham apa yang aku tulis ini?

Gambar yang tidak cantik boleh dicantikkan. Itu prinsip aku. Kita boleh naikkan color dan edit gambar tersebut sampai nampak cantik. Tidak semestinya jika menggunakan kamera DSLR yang mahal hasilnya cantik dari segi color. Jadi jalan penyelesaiannya adalah membuat editing terhadap gambar tersebut. Aku lebih suka menggunakan adobe photoshop. tapi aku masih tahap belajar lagi. Belajar dan terus belajar. Bayangkan sekarang sudah ada version adobe photoshop CS 5. aku masih memakai version CS biasa. Aku ketinggalan rupanya.

Tidak semua gambar-gambar aku di ambil menggunakan kamera DSLR. Kadang-kadang saja. Ada juga di ambil menggunakan kamera digital biasa. Tetapi prinsip aku mudah. Aku tetap mahu membuat eksperimental terhadap gambar yang telah di ambil. Cuma hasilnya bergantung kepada mood aku ketika menghadap computer. Jika mood down hasilnya down juga. Jika mood superb hasilnya tentulah superb. bagi aku tidak tahulah bagi orang lain bagaimana. itulah magic photoshop.

Wednesday, May 26, 2010

Mood down

Kenapa time nie kereta aku rosak?
kenapa time nie kawan aku dapat kerja baru?
kenapa time nie aku mahu merajuk dengan saiful?
kenapa time nie aku terkenangkan kisah lama?
kenapa? kenapa? kenapa?

bermula dari last week mood aku betul-betul down. tapi aku boleh relaks , gelak besar-besar dan yang pasti aku boleh layan makan macam-macam ikut hati. aku tahu aku sedang cuba berdiet. tapi perangai aku kalau mood betul-betul down sekalipun aku akan layan makan tanpa rasa bersalah pun. aku rasa aku nak lari jauh-jauh. sejauh mungkin.

gila engkau nurul. engkau nak berlari ke mana?
kalau boleh aku mahu terbang ke awan biru. duduk situ diam-diam tenangkan kepala otak yang sedang sarat macam-macam. bolehkah? mustahil bukan? aku berangan.

perangai aku yang paling kelakar bila mood aku down, aku akan layan lagu dan bermulalah episod aku melalak sorang-sorang dalam kereta. sambil drive aku melalak. dah seminggu kot aku layan lagu KRU. entah. dulu aku suka group nie bagai nak rak. bila aku mula melalak aku anggap diri aku sedang berada di atas pentas menyanyi dengan penuh emosi di depan ribuan peminat. aku berangan lagi.

serius.
mood aku down gila.
lemah tiada berjiwa.
jiwa hilang hati mati mulut masih tersenyum. mari senyum lebar :D

Tuesday, May 25, 2010

Kalaulah aku seperti Kimora

mata engkau tetap cantik w/pun sedikit sepet :)

aku suka gila dengan perempuan nie. aku suka dengan life dia yang kaya-raya bersama anak-anak yang bijak dan comel. aku rasa life dia dah cukup perfect. bukan hanya sebab dia kaya tapi dia juga bijak. lihat sajalah bagaimana dia manage busines dia. bagaimana dia urus staff-staff dia. w/pun dia nampak sedikit garang seperti mahu terkeluar biji mata bila marahkan staff-staffnya tetapi aku tahu hati dia ada terselit sedikit perasaan bertimbang rasa. engkau tetap perempuan kimora punyai naluri keibuan yang lembut itu.

pada aku, dia taklah secantik tyra banks pun. tapi aku suka tgk dia senyum. w/pun mata dia sedikit sepet tapi bila dia senyum boleh buat orang cair okeh. dia tidaklah kurus mana. lagi-lagi semenjak dia melahirkan kenzo. aku tengok dia sudah sedikit berisi. tapi dia pandai gayakan pelbagai baju untuk memperlihatkan diri dia tetap superb. ko memang superb pun kimora. kalau aku kimora, mungkin badan aku gemuk mana pun tetap nampak cantik sebab semestinya aku akan sembunyikan bentuk badan aku di sebalik baju yang cantik-cantik bukan? aku berangan.

berambut pendek pun engkau tetap nampak superb

hot mama

kalau aku seperti kimora lee simmons pasti aku tak payahlah bersusah payah bangun seawal pagi kerana dek risaukan punch card kerja aku merah okeh. aku boleh belikan raina katil design seperti istana macam aoki lee dan ming lee dapat tuh kan? aku akan gajikan orang untuk designkan baju-baju raina. berangan lagi. cukup-cukuplah tu nurul berangan. hakikatnya engkau ialah nurul aini jamian bukan kimora lee simmons.

ok realitinya aku tetap nurul bukan kimora.
ok stop berangan.
mari siapkan kerja yang melambak nie.


sekian

Wednesday, May 19, 2010

Enam bulan Raina Evaqairina

si anak dara dengan mamanya

Hari ini genap umur anak dara aku itu enam bulan. Tup tup tup sudah enam bulan. bermakna sudah setengah tahun. sekejap bukan?

sepanjang enam bulan bermacam-macam ragam aku hadapi dalam membesarkan anak dara aku itu. w/pun boleh dikatakan hampir 70% kehidupan aku berubah sejak ada anak ini tetapi aku rasa gembira dengan kehidupan aku semenjak bergelar mama. 'wei nurul engkau dah jadi mak budak'. yehaaa aku dah jadi mak budak yang kadang-kala sangat cengeng. bunyinya sangat kelakar tapi itu realitinya.

anak dara nie baru 6.35kg. kecik bukan? ada petua tak nak bagi bam bam lagi?

realitinya raina sudah makin lasak, makin nakal, tidak takut pada air lagi, pandai merajuk, kuat membebel, dah mula kenal orang dan yang pastinya dia sudah senang tidur pada waktu malam. say no pada buaian. sebab raina hanya berguling-guling dan membebel-bebel hingga penat then dia akan tertidur sendiri.

raina juga sudah mula belajar untuk duduk. sekarang nie dia tak berapa suka duduk dalam stroller. if duduk dalam stroller selalunya dia mesti nak duduk. dah tak mahu baring lagi. konon-kononnya dia nak tunjuk yang diri dia tu dah kukuhlah bila duduk. sedangkan dia masih tahap belajar untuk duduk. bila tanya doctor rupanya memang normal budak nak belajar untuk duduk. tak pelah raina belajarlah step by step ok.

si comot yang nak tidur mesti pegang kain lampin. pelik bukan?

ohhh ekor rambutnya juga sudah makin panjang. yeah raina ada ekor di bahagian belakang rambutnya semenjak lahir. orang tua-tua cakap itu petanda raina seorang yang kedekut. ohhh no no no. raina jangan jadi kedekut ye. harap itu hanya mitos belaka.

untuk anak mama,
selamat ulangtahun yang ke setengah tahun. malam nie kalau mama tak penat kita pi jalan-jalan tengok lampu dengan papa ok. semoga raina jadi orang yang berguna bila besar nanti. mudah-mudahan.

Monday, May 17, 2010

Kasih sayang

semalam. tengok orang berjongging

Ketika pregnant dulu, idea menulis hampir 70% tentang pengalaman aku mengandungkan raina ketika itu. Disebabkan mengandungkan anak pertama jadi excited menulis blog lebih berkisar tentang itu. Kini bila sudah ada anak, hampir 70% idea menulis beralih kepada cerita tentang anak pula. Terus-terang aku tak berniat mahu terlebih publish atau expose anak aku di dalam dunia cyber ini. Sebenarnya aku tidak gemar langsung. Jadi jika aku menulis tentang kisah anak, aku anggap seperti aku sedang menulis diari kehidupan aku saja.

Tapi kenyataannya adalah otak aku sentiasa ingat anak anak anak. Jadi inilah kesannya. Penulisan juga dipengaruhi dengan kisah anak. Kadang-kala aku cuba lari dari bercerita tentang ini. Banyak idea sebenarnya. Cuma mood menulis itu kadang-kala tiada. sebenarnya aku lebih suka menulis tentang keadaan di sekeliling aku.

Terus-terang dulu aku tidak suka budak kecik. Dulu aku anggap budak kecil ni melecehkan. Mahu jaga dia, mahu pujuk dia bila menangis, mahu mandikan, mahu layan kerenah si kecil dan macam-macam. Aku tidak suka semua tu. Aku rasa ianya macam satu komitmen yang maha besar.

aku rasa cepat benar anak dara aku nie membesar

Bila melawat kawan atau saudara selepas bersalin, aku hanya tengok ala kadar saja. Nama nak dukung baby tu maaf aku tolak mentah-mentah. Alasan aku guna pakai takut nak dukung sebab kepala baby tu lembik lagi. Alasan mudah aku ketika itu. Bunyinya kelakar bukan?

Tapi itu dulu. Sekarang ini aku pantang sekali melihat budak kecik. Mesti aku rasa mahu dukung dan cium saja si kecil itu. Ajaib bukan? Semuanya berubah apabila aku mempunyai anak sendiri. Itulah kuasa kasih sayang sebenarnya.

Pantang nampak orang tolak stroller aku mesti akan toleh dan mahu intai budak kecik di dalam stroller tu. Kadang-kala semasa tgh drive pun, mata aku mesti curi-curi mahu melihat kereta sebelah. Mana tahu jika ada budak kecik. Aku rasa macam ada magic kasih sayang terhadap budak kecik sejak aku bergelar mama.

Pak usu raina


Sejak raina lahir, aku gila amik gambar anak. Yang jadi mangsa pastinya pak usu raina. Dia dah semacam photographer official raina saja. Kebetulan dia adalah student bidang tersebut. Aku tak mahu terlepas sedikit pun setiap detik membesarkan raina. Jadi aku cuba mengumpul sebanyak mungkin gambar-gambar raina. Terus-terang aku rasa raina adalah ubat paling mujarab untuk buat hati aku lebih cool bila aku tension. Sifat kasih sayang sesama insan juga makin bertambah dalam diri aku sejak raina lahir. Terima kasih raina. Mama sayang raina lebih hebat dari romeo sayangkan kekasih hatinya si Juliet itu. I love u raina.

mama, banyak serangga atas rumput nie

Friday, May 14, 2010

Pengantin basi

Disebabkan aku banyak mendapat email dan sms, so akan aku usaha tunaikan entri yang aku janjikan semasa aku pregnant dulu. mak ai punya pemalas diri aku nie kan? umur raina dah hampir 6 bulan baru aku serius cari bahan-bahan yang dijanjikan.

ok thanks kepada yang ingatkan aku tentang ini. sekarang aku tengah cuba cari mood untuk menulis tentang ini. tunggu ye. in progress :D

pengantin basi

Wednesday, May 12, 2010

Hangat-hangat taik ayam

Aku mahu kurus seperti dulu. berazam dan berangan-angan bukan main lagi. tapi, aku rasa aku tidak sekuat dulu. aku rasa aku kurang displin diri sekarang. baru seminggu melancarkan diet secara besar-besaran terus aku tewas.

yup tewas lagi.

semalam aku telah tibai nasi. ini semua gara-gara saiful. dia masak sedap. yup dia lebih hebat dalam bab memasak berbanding aku yang masak mee pun terkial-kial. saiful tolang jangan masak nasi lagi. please.

sekarang kat rumah aku akan buat skipping. baru skipping 50 kali terus stop. tak larat ok. huh! apakah? apa kena dengan diri aku ini? kalau tengok diri aku memang macam dulu-dulu tapi aku masih tak puas hati dengan berat badan aku.

nurul please...
displinkan diri anda. 7kg lagi nak dapatkan berat badan asal.
inilah namanya hangat-hangat taik ayam. haih. no! no! no! tetap akan cuba melancarkan program diet aku ini. alamak perut aku rasa senak pulak pakai benda alah nie. takpe mahu cuba yang terbaik demi kurangkan 7kg itu lagi. nurul u can do it ok. yehaaaa :D

Monday, May 10, 2010

My superwoman

ibu :)

Sempena mother day ini aku mahu buat entri khas untuk ibu aku. W/pun ibu aku tidak baca blog aku ini, tetapi dia tahu anak-anak dia mempunyai blog. Selalu dia nasihatkan aku supaya kawal cara penulisan di blog.

Aku panggil emak aku dengan panggilan ibu. semasa zaman sekolah dulu semua pelik sebab aku seorang je panggil emak aku ibu. Kawan-kawan aku yang lain panggil emak diaorang dengan panggilan mak atau mama.

Satu hari aku tanya ibu aku.

Aku : ibu kenapa ibu? kenapa tidak emak? tidak mama? Semua kawan-kawan along panggil emak diaorang mak atau mama?”
Ibu : "sebab ibu suka bunyinya lembut. Masa korang kecik-kecik dulu automatik ibu bahasakan diri dengan panggilan ibu."


wanita paling cantik dalam hidup aku :)

Aku anggap ibu aku sebagai superwoman dalam hidup aku. Dia mempunyai hasrat yang besar dalam membesarkan anak-anaknya. Pernah satu hari ibu cerita bagaimana dia di kutuk oleh jiran-jirannya kerana mengajar anak-anaknya mengaji pada ketika kami masih kecil lagi dan dia juga di kutuk kerana menghantar kami ke sekolah tadika pada usia yang masih kecil. Yup kami adik-beradik bersekolah tadika selama dua tahun berturut-turut. Alasan ibu mahu anak-anaknya mendapat pendidikan sebaik mungkin.

Ibu sendiri mengajar aku mengaji, membaca dan mengira. Ibu sangat garang. Aku pernah kena cili gara-gara salah sebutan semasa mengaji. Aku tahu ibu punya alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu. Hasilnya aku khatam al-quran sebanyak 3 kali tidak silap aku.

Ibu sangat kuat bekerja. Ibu tidak suka duduk di rumah tanpa membuat sebarang keja. Penat macam mana sekalipun dia tetap mahu pergi kerja. Hasilnya gaji ibu dua kali ganda dari gaji anak-anaknya. Macammana tu ye? Haih.

Ibu juga mengajar aku memandu hari-hari semasa aku gian nak memandu. Sampai sekarang aku pegang prinsip ibu semasa memandu. “jangan takut bila tersesat jalan teruskan perjalanan selagi minyak kereta masih ada”. Itu sebab bila aku sesat jalan aku bantai teruskan perjalanan. Haha.

Ibu pandai masak. Aku selalu tewas dengan masakan ibu. Aku diet macammana sekali pun bila masakan ibu di depan mata mesti aku belasah juga makan nasi w/pun sebenarnya aku tak suka makan nasi. Sebabnya ibu masak sedap ok. Anak sulung dia ini jer yang tak reti masak. Teruk kan aku? Haih.

Sebagai balasan ibu termasuk ayah membesarkan anak-anaknya yang degil ini kami tunaikan hasrat ibu dan ayah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Hasrat ibu dan ayah untuk melihat ketiga-tiga anaknya belajar di univesiti telah kami tunaikan.

ibu dan ayah :)

Ibu,
Percayalah along, angah dan bani sayang ibu. Kami sayang ayah juga.
Selamat hari ibu. I love u so much :)

Friday, May 7, 2010

Penulisan mood marah - nama anak

Hello baby dalam perut? Cik Raina tengah berenang ke?

Marah?
 
Perasaan tu ada sedikit tapi tak mahu membiarkan perasaan tu menular dalam diri. Cuma rasa geram. Sampai sekarang perasaan geram tu masih ada. Huh?

Nurul calm down please
 
Ok aku masih boleh kawal perasaan-perasaan yang tidak elok dalam diri aku. Jangan risau. Aku mahu membuat penjelasan tentang nama anak dara aku tu. Sebenarnya sebelum ni ada seorang dua hamba Allah telah bertanya di inbox facebook aku tentang nama anak aku ni. Dan baru- baru ni ada seorang hamba Allah lagi yang bertanya di inbox formspring aku. Semuanya sudah aku jelaskan kepada mereka yang masih fikir kenapa peliknya nama anak aku itu.

Pelik?

Mungkin sedikit pelik dari segi ejaan tapi percayalah nama tersebut ada maksud tersendiri. Kepada pengikut blog aku yang membaca entri penulisan aku sebelum ni maybe mereka sudah tahu apa maksud di sebalik nama RAINA EVAQAIRINA itu. rujuk entri ini

Jadi tolong jangan tuduh aku dan saiful memberi nama anak tanpa usul periksa apa maksud di sebalik nama tersebut. Semasa aku mengandungkan Raina lagi memang aku rajin google website nama-nama arab dan nama-nama yang unik tak kiralah dalam bahasa apa sekali pun. Setiap ibu bapa mesti mahukan nama anak mereka mempunyai maksud yang baik-baik saja bukan? Begitu juga aku dan saiful.


tadaaa...cik Raina Evaqairina :)


RAINA EVAQAIRINA : bermaksud puteri kebaikanku
RAINA : puteri
EVA+QAIRINA : kebaikanku (aku gabungkan EVA dan QAIRINA itu supaya nama tidak nampak panjang)
Jelas dan faham?
Ok good :)
sekian

Wednesday, May 5, 2010

Perempuan itu kuno

mengamalkan fasa kuno dalam membesarkan anak kecil ada kebaikannya tersendiri. hello raina :D

Perempuan itu aku.
Yup. Akulah perempuan yang kuno itu.

Kadang-kala. mungkin.
Aku bersifat ala-ala kuno menolak pemikiran dan pendapat yang konon-kononnya moden itu. Semuanya berkaitan dengan anak dara aku si raina itu. Ok, aku mahu cerita sikit tentang bagaimana aku membesarkan peneman paling setia aku si raina evaqairina ini.

mungkin orang keliling nampak aku seperti perempuan yang moden. Konon-kononlah. (ye aku mengaku masih jahil bab berkain batik). Tapi aku masih di fasa kuno dalam membesarkan raina. Banyak sebab. Antaranya :

1) aku masih memakaikan raina barut untuk menutup dada pada belah malam w/pun raina sudah berumur 5 bulan (elok untuk menjaga bahagian dada baby)
2) aku masih memandikan raina dengan air panas
3) aku masih menggunakan minyak telon setiap hari (aku tak suka minyak yuyi yang agak panas itu)
4) aku masih tidak memberikan raina solid food w/pun ramai yang memberikan cadangan begitu (tidak mungkin aku ikut cadangan gila ini selagi raina belum berumur 6 bulan)
5) aku akan menukar pampers raina setiap 3 atau 4 jam w/pun pampers masih elok dan tidak penuh
6) aku masih memberi raina susu setiap 2 atau 3 jam sekali.kadang-kala jika raina sedang tidur pun akan aku paksa raina untuk minum bila tiba masa untuk minum
7) aku masih melakukan sesi berzikir,belajar dan menyanyi setiap hari sama seperti apa yang aku lakukan semasa aku mengandungkan raina dulu
8) aku masih memandikan raina 3 atau 4 kali sehari (orang tua-tua kata elok untuk tumbesaran baby)

kalau mahu senaraikan mungkin banyak. Tapi cukup-cukuplah yang ini saja. Takut ada orang cakap aku lebih kuno lagi dalam membesarkan anak. Yup. Aku mengaku aku kuno dalam membesarkan anak aku itu.

tapi aku puas. Sebab aku tahu itu semua untuk kebaikan raina dalam tumbesarannya. Aku mahukan yang terbaik selagi aku mampu melakukannya. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik bukan? Jadi kadang-kala petua dan kata-kata orang tua itu ada kebaikannya.

Tak percaya?
Cubalah :)