Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, June 29, 2010

Budak baru belajar

Aku malas nak menulis panjang-panjang sekarang nie. maklumlah semangat piala dunia sedang melanda jiwa dan diri aku sekarang nie. mari senyum lebar sebab Belanda dan Argentina berjaya ke peringkat seterusnya. dan sila gelak kuat-kuat kepada pasukan England sebab sudah dimalukan oleh Jerman. haha. ok ok stop topik tentang piala dunia nie.

aku mahu cerita tentang adik bongsu aku - Bani Jamian (tiada link yang hendak aku beri sebab blog dia tidak aktif. dia hanya aktif di facebook saja). dia dah lama suruh aku letak gambar-gambar hasil kerja dia dalam blog aku. katanya mahu orang komen hasil kerja dia. so kepada kamu semua yang rajin komen silalah sudi-sudi untuk komen hasil kerja adik bongsu kesayangan aku ini.

dia budak baru belajar.masih belajar di UITM melaka. dan sangatlah suka segala-galanya yang berkaitan dengan art terutamanya dunia photography ini. maybe kakak-kakak dia ini yang mempengaruhi dia sebab otak kakak-kakak dia juga banyak dipengaruhi oleh art. haha. mari komen hasil kerja adik aku ini secara jujur dan ikhlas

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3

Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6

Monday, June 21, 2010

Untuk perempuan yang bernama Siti Salwa Abdul Karim

Family Siti Salwa Abdul Karim

Terima kasih. Ucapan pertama aku untuk perempuan yang bernama Siti Salwa Abdul Karim. Dia penyelamat aku dalam segala segi. Bila aku tidak pasti siapa photographer untuk pre-wedding aku, bila aku pening kepala memikirkan warna cadar katil yang mahu digunakan untuk majlis kahwin aku, bila aku tidak tahu barang hantaran apa yang mahu di beli dan sampai aku sakit nak bersalin pun aku pasti mencari wawa. Dia penyelamat dan pakar nasihat bagi diri aku. Paling aku ingat jasa wawa apabila wawa banyak memberi tips bagaimana mahu bersalin secara mudah. Haha.

Bila aku sudah ada anak sendiri ini pun, aku banyak minta pendapat dari wawa. Aku seorang yang kurang arif dalam perihal barang-barang keperluan anak. Naif sungguh. Paling ketara tentang stroller baby. Aku betul-betul keliru setelah sakit hati apabila terbeli stroller sweet cherry yang cepat jahanam itu. stroller sweet cherry yang raina pakai tidak sampai sebulan itu pun aku sudah let go di mudah.com.

Aku suka tengok stroller damia anak fizamior itu sejak aku pregnant lagi. Jadi wawa orang yang banyak mempengaruhi keputusan aku untuk membeli stroller quinny zapp itu. Terima kasih wawa. Maybe selepas ini engkau boleh tolong aku membuat keputusan untuk membeli stroller maclaren macam anak engkau pakai itu pulak. Aku berangan.

Baba, aisy dan mami :)

Semasa aku di dalam pantang, aku mempunyai masalah berkaitan botol susu. Raina seakan tidak selesa dengan design puting botol susu lamanya itu. Dengan bantuan wawa juga aku membuat keputusan mencuba botol susu MAM itu. Ohhh naif sungguh aku ketika itu. Hei wawa sebab pendapat engkau itu anak aku sudah kuat minum susu.

Bila aku keliru tentang pemilihan insuran anak, wawa juga orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada insuran PRU link prudential itu. Dia seperti ada magic tentang pendapat dan idea yang bagus bagi aku. Alangkah bagusnya jika kita kerja satu tempat. mungkin hari-hari kita boleh berjumpa, berkongsi dan bertukar pendapat. Wawa, sime darby ada kosong tak? Aku berangan lagi.


Anak mat salleh (itu panggilan aku untuk budak kecik tu sebab muka dia mcm omputih). serius aku tak bodek engkau ye wawa :D


Wawa, hanya ucapan terima kasih untuk engkau sebab banyak membantu aku memberi idea yang hebat untuk aku selama ini. Aku berharap engkau tidak akan jemu melayan kerenah aku yang bertanya bermacam-macam soalan. semoga impian engkau yang mahu menguruskan badan itu akan tercapai. Hello, engkau tidak gemuk okeh. engkau kurus. Sila jangan perasan. Haha.


Sekian.

7 bulan Raina Evaqairina

Raina dengan dua kawan baiknya iaitu mr.beebird dan put put


Sabtu lepas genap umur raina 7 bulan. Serius aku rasa anak dara aku cepat sungguh membesar. Raina makin lasak. Raina buat hidup aku lebih bermakna dengan keletah-keletah dia. Terima kasih raina sebab buat hidup mama lebih bermakna.

Dalam masa umur raina menginjak 7 bulan iaitu lebih kurang umur raina 6 bulan lebih sudah banyak pembelajaran baru yang diperolehi oleh raina. Serius aku tidak sangka raina belajar cepat dari jangkaan yang aku jangkakan. mungkin setiap anak berbeza-beza proses pembelajarannya. Mungkin juga bergantung kepada usaha dan cara kita membesarkan anak. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu sedikit bersabar melihat step by step proses pembelajaran anak kita tanpa paksaan. Please jangan paksa anak. Biar anak explore dunianya secara natural.

Seperti aku dan saiful, kami akan membuat sesi latihan pembelajaran khas untuk raina selepas kami balik kerja. Setiap hari sebelum raina tidur. W/pun kadang-kala agak penat selepas berkerja tapi kami cuba juga meluangkan sedikit masa untuk raina.

Sebagai contoh, normally saiful akan mengajar raina menyebut beberapa perkataan. Contohnya perkataan “mama” dan “papa”. Mungkin orang akan cakap terlalu awal untuk belajar semua ini. Tapi itu yang akan dibuat oleh saiful setiap hari apabila dia balik kerja. Aku pula lebih suka memberi latihan untuk raina belajar mara dan seterusnya merangkak. Aku akan cuba meletakkan barang yang menarik pandangan raina untuk cuba mendapatkan barang tersebut. setiap hari aku akan berbuat begitu.

Raina suka duduk kat kerusi nie. rasa macam mahu beli jugak kerusi nie untuk raina

Raina wear tutu

Aku juga hanya membenarkan raina masuk dalam walker di rumah babysitter pada sebelah siang sahaja. Itu pun aku limitkan penggunaan walker tersebut. Aku berbuat begitu kerana memberi ruang untuk raina explore dunianya dengan berguling-guling, belajar mara dan seterusnya merangkak.

Begitu juga soothers. Normally raina hanya dibenarkan menghisap soothers pada sebelah malam sahaja. Kelonggaran menghisap soothers pada sebelah siang akan diberikan pada hujung minggu sahaja. Aku berbuat demikian disebabkan raina mula gatal gusi sejak berumur 4 bulan jadi aku memberi ruang untuk melancarkan pertumbuhan gigi raina.

gambar lama : raina, papa and mama

gambar lama lagi. location : garden


Perkembangan baru raina ketika ini :

1) Sudah mara ke depan dan merangkak menggunakan lutut

2) Sudah tumbuh dua batang gigi bahagian gusi bawah

3) Sudah agak kukuh dalam polisi duduk. Tetapi raina masih tetap dalam proses belajar duduk yang lebih kukuh

4) Sudah mula menyebut perkataan “mama” apabila menangis. Tetapi sampai sekarang raina tidak pandai menyebut perkataan “papa”. Apabila raina menyebut perkataan “papa” sebutannya akan menjadi “baba

5) Makin kuat merajuk. Jika merajuk raina akan menghadap dinding dan dia tidak akan pandang sesiapa pun (perangai ini sebijik macam perangai aku ketika pregnant)

6) Sudah pandai melambai tangan apabila kita menyebut “bye bye

7) Aku sudah mula menggosok gusi dan gigi raina menggunakan berus khas

8) Sudah tidak memakai barut apabila genap umur raina 7 bulan

9) Sudah pandai memanjat pada tahap yang rendah. Paling suka panjat badan aku ketika aku berbaring

10) Sudah mula kenal orang. Dia akan menangis apabila orang yang dia jarang tengok cuba untuk dukung atau dekati dia. Pasti dia menangis.


atas lantai. haha

Raina with mama

Syukur Alhamdulilah. Semoga raina menjadi anak yang solehah. Mudah-mudahan. raina, kami semua sayang raina. jangan noty-noty :)

Thursday, June 17, 2010

Kisah pisang

Mr.banana

Zaman sekolah dulu, ibu aku selalu pesan suruh aku dan adik-beradik aku makan pisang. sampailah aku di UITM pun pesanan ibu aku tetap sama. Aku jenis orang bila tiba musim exam aku akan sms atau call ibu aku “ibu esok along ada exam. Doakan along.” Jadi ibu aku akan berpesan bermacam-macam.

Jadi bila sudah ada anak sendiri, aku try praktikkan apa yang ibu aku ajar dulu pada raina. Menu pisang adalah menu wajib raina. Setiap hari isnin aku akan membeli pisang. Kelakar sungguh. Tapi itulah diri aku sejak raina mula makan solid food. Menu pisang di campur dengan kismis. Aku beri pada raina sebelum raina tidur pada sebelah malam. aku memang suka apa-apa makanan berkaitan pisang. Tidak kiralah kerepek pisang ke, kek pisang ke. Haha. Jadi anak aku pun aku mahu sumbat pisang jugak. Ada aku kisah? Haha.

Wednesday, June 16, 2010

Watermark

Contoh 1

Sebanarnya dah lama aku bercita-cita mahu letak watermark pada setiap gambar-gambar aku di laman blog aku yang hodoh nie. kalau boleh gambar-gambar kat facebook pun aku nak letak watermark. tapi sebab aku memang sedar diri aku ini jenis seorang yang agak pemalas dan masa yang ada sibuk buat kerja-kerja yang ada so cita-cita aku mahu letak watermark pada setiap gambar itu tenggelam begitu saja.

dulu semasa zaman anak dara semasa zaman friendster sedang menggila memang aku rajin sedikit meletak watermark pada gambar-gambar aku. w/pun ketika itu aku sibuk dengan freelance dan kerja part time, tapi aku tetap ada masa nak tatap satu-persatu setiap gambar aku sebelum ianya di upload di friendster. tapi sekarang perasaan itu semacam tiada dalam diri aku.




Contoh 2

so ada satu malam, aku cuba membuat watermark pada gambar-gambar aku ini. tapi aku rasa percubaan ini sangat kelakar pada pandangan mata aku. apa pendapat kamu semua? memang perlu ke watermark? aku rasa kalau aku rajin je aku letak benda alah nie kot.

P/s : tiba-tiba teringat satu kisah di mana design aku semasa final year di UITM telah di ciplak sebuah butik pengantin. cittt! sampai bila-bila pun aku tak halalkan sebab butik tu telah mengciplak hasil kerja aku tanpa izin. penat aku wei tak tidur malam sebab nak siapkan final project aku tu. sabar je lah.

Monday, June 14, 2010

Tanpa kita sedar

Perangai dan sikap manusia ada macam-macam bukan?
Ada yang baik, jahat, separuh baik, separuh jahat, nakal, degil, hati batu, hati lembik, berpura-pura, batu api, jiwa kasar, jiwa lembut, jiwa rapuh, kepochi bla…bla…bla…

Banyak sangat jika mahu di tulis satu-persatu. Di mana-mana kita akan jumpa macam-macam jenis manusia ini. Tak payah ambil contoh jauh-jauh. Cukup kalau aku ambil contoh di tempat keja aku atau di kawasan rumah family aku. Di dunia cyber juga kita boleh tahu orang itu macam mana. Kadang-kadang. Mungkin.

Kadang-kadang tanpa sedar kita telah membuat kesilapan
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersikap pendengki
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat cemburu
Kadang-kadang tanpa sedar kita kuat sensitif
Kadang-kadang tanpa sedar kita cuba mengambil tahu hal orang
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersikap ego
Kadang-kadang tanpa sedar kita emosi tidak tentu pasal
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat berpura-pura
Kadang-kadang tanpa sedar kita bersifat tidak matang
Kadang-kadang tanpa sedar kita telah sakitkan hati seseorang
Kadang-kadang dan berapa banyak kadang-kadang tanpa henti!

Aku paling takut kalau aku tanpa sedar telah sakitkan hati orang. Paling takut. Lagi-lagi kalau tanpa sedar aku telah sakitkan hati orang tua aku. Jadi aku cuba lebih berhati-hati.

Bila aku ada anak aku telah set otak aku bahawa aku perlu matang dan aku mahu kurangkan semua KADANG-KADANG seperti di atas itu. Aku cuba set otak aku sejak aku pregnant. Jadi bila sudah ada anak ianya jadi terbiasa. Yeah aku mengaku aku bukan jenis manusia yang baik sangat. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini w/pun engkau anak puteri raja sekalipun.

Pernah ada rakan office aku yang suka sangat meng’anjing’kan budak office yang lain. Dari situ aku sudah tahu hati dia macam mana. w/pun solat tunjang-terbalik dekat office tapi sifat yang satu itu sudah cukup untuk aku membuat kesimpulan tentang dia. so don’t simply-simply meng’anjing’kan atau menggunakan bahasa yang lain sekalipun. Itu tidak baik.

Aku paling tidak suka orang cakap kasar, guna bahasa kasar tidak tentu pasal. mungkin dalam keadaan tertentu kita perlu juga bercakap kasar dengan menggunakan bahasa yang kasar. Sebab bahasa menunjukkan peribadi kita. Cukup.

Aku juga paling tidak suka ambil tahu hal orang. Contoh di office, aku jenis manuasia pergi kerja dan balik kerja. Jika ada keadaan yang memerlukan aku senyum aku akan senyum. Jika keadaan memerlukan aku berbual-bual sedikit dengan rakan office aku akan berbual-bual. Tapi untuk mengambil tahu hal orang dan memburuk-burukkan hal orang bukan aku orangnya.

Lagipun aku sudah jadi mak budak. Umur juga sudah tua. Bukan muda mana. Cukup-cukuplah zaman aku huhahuha zaman belasan tahun itu. Jadi boleh ke kita kurangkan KADANG-KADANG itu? Tanya pada diri kita.

Mari sambung buat kerja.
Hari ini hari isnin tentu-tentunya keja aku melambak-lambak.
Hello pagi isnin :)
Sekian kawan-kawan.

Wednesday, June 9, 2010

Jumaat lepas


My sibling and baby raina :)

Bermula minggu-minggu yang lepas aku lebih banyak menulis tentang cerita-cerita yang agak tidak berat untuk di baca. memang aku bercadang begitu. salah-satu sebabnya mood menulis aku makin down. banyak berfikir dari mahu menaip di sini. InsyaAllah aku akan terus menulis sebab banyak cerita dan pendapat aku mahu berkongsi bersama kamu semua.

ok ini cerita biasa-biasa saja
tentang jumaat lepas

plan menggelitis bak kata adik aku. tak pastilah korang faham ke tak maksud menggelitis ini. ibu aku cakap bahasa orang banting. eh eh banting terletak dalam area selangor so orang sekitarnya mesti faham bukan?

nanti ada mood lebih aku buat entri tentang ini. thanks kak KC sebab sudi shoot gambar kami :). sebenarnya aku nak buat entri lain tapi idea tak datang-datang. idea tolong datang. kawan aku dah bising sebab tertunggu-tunggu penulisan tentang dia. sabar ye puan wawa.

Tuesday, June 8, 2010

Penulisan biasa untuk suami

Hi Saiful,

hari nie genap umur awak 30 tahun kan? kejap jer kan? saya kenal awak masa umur awak 22 tahun. masa awak berambut panjang lagi. tiba-tiba saya jadi rindu dengan rambut panjang itu. tengok hari ini sekejap saja masa berlalu. tup-tup umur awak sudah menginjak 30 tahun. awak dah tua. lagi tua dari saya. hehehe :)

maafkan nurul sebab malam tadi leka depan mac sampai lupa nak wish besday awak. saya tengok awak dah tidur sebelah raina. maaf juga sebab semalam saya membebel teruk dengan awak. tapi awak diam jer bila saya membebel. saya tahu dalam hati awak mesti cakap "kenapa bini aku nie kuat membebel sekarang?" saya tak tahu kenapa saya kuat membebel sekarang.

terima kasih sebab hari-hari masakkan untuk saya. hari-hari masakkan bubur raina. awak sendiri yang nak buat bukan? saya tak paksa pun. terima kasih ye. saya sangat menghargainya. malam nie tak payah masak. makan luar saja okeh. atau awak nak makan ketam macam besday saya tu? tapi saya tak reti masak ketam. so jawapannya kita makan saja di luar. boleh?

maaf nurul tak bahasakan diri awak comel dalam penulisan nie. takut orang salah anggap. di rumah saja nurul panggil awak dengan panggilan itu okeh.

anyway saya nak wish kat awak,
Selamat hari lahir comel :)

Monday, June 7, 2010

Different

Memek muka raina agak berbeza sedikit antara memek muka ketika sengih, ketawa, masam monyok dan sedih. ramai yang cakap bila raina tengah badmood memek muka dia sebijik macam muka aku ketika aku badmood. dan memek muka ini akan berubah menjadi muka saiful bila dia tengah senyum, ketawa atau gelak besar.

memang agak diffirent sedikit. sekarang nie pergi mana-mana mostly mereka panggil raina dengan panggilan junior saiful. memang benar raina fotostat hampir 90% muka papa dia. nak buat macam mana masa aku pregnant dulu hari-hari sebelum tidur aku akan tenung muka saiful tu sampai aku tertidur. entahlah. memang tabiat aku macam tu ketika aku pregnant dulu.

apa-apa pun kenyataannya raina tetap anak aku jugak. whateverlah muka siapa pun. ayat nak sedapkan hati sebenarnya :D

gelak besar nampak gusi



muka monyok selepas mengamuk

P/s : malam tadi aku tak boleh tidur. puas aku tenung gambar raina nie sampai mata aku berat semacam baru aku tidur. aku rasa bila aku tengok muka dia boleh buat hati aku tenang beb. serius.

Tuesday, June 1, 2010

Sempena hari lahir gua

Sempena hari lahir gua hari ini.

video raina semasa aku di dalam proses berpantang. serius aku dah menangis banyak kali kalau layan video nie sorang-sorang. bayangkan video nie di rakam semasa raina masih lembik dengan kepala dia tak tegap lagi. kulit raina masih merah lagi. segala-galanya masih baru bagi aku ketika itu.

aku rindu moment itu. rindu bila raina menangis semasa aku di bulan berpantang. sebabnya? tone raina menangis sekarang lain okeh. sekarang dia menangis macam dibuat-buat sebab nak minta perhatian dan di layan. lepas di dukung terus dia sengih-sengih. hahaha. autta namanya tu :D.

Thanks kepada adik aku sebab sudi buat vedio free ini. kepada sesiapa mahu hasilkan vedio atau masih tercari-cari vediography untuk wedding mahupun sebarang majlis bolehlah contact adik aku dan suami beliau. aku gerenti hasilnya memuaskan. sebab adik ipar aku ini mempunyai pengalaman bekerja dengan TV3 dan NTV7.

Vedio ini boleh di lihat pada 5 minit selepas slide picture. thanks kepada Kacang Pixtures



Credit to Kacang Pixtures

Sekarang ini, beginilah rupa raina tersengih atau tergelak. semua gusi nampak. berbeza bukan?

sengih tgk salji klon :D


Selamat ulangtahun untuk diri gua.
Yeah gua sudah tua. sudah 28 tahun ini hari 1st June 2010.
muka gua nampak tua tak? :D