Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, July 26, 2010

Aku tidak berbohong

Teknik bergambar cara aku menampakkan diri ini sedikit kurus :D

Aku tidak berbohong tentang bentuk badan aku. bila aku mengatakan aku telah gemuk itu bermakna memang aku gemuk. mungkin tidak gemuk mana. tapi pada pandangan mata kasar dan pemikiran aku ini aku tetap merasakan aku seorang perempuan yang sudah gemuk.

ramai yang mengatakan aku tidak gemuk mana. tapi mungkin ada segelintir mereka hanya mahu sedapkan hati aku saja. mungkin. tapi mungkin juga mereka bercakap secara jujur. tidak mengapa. aku tahu hakikat sebenar tentang diri aku.

jangan tertipu bila melihat gambar-gambar aku. ini kerana aku suka bergambar dengan posisi mengiring, posisi bercekak pinggang bla bla bla bagi menampakkan aku kurus. itu semua hanyalah teknik bergambar saja.

sejak akhir-akhir ini aku asyik memikirkan bagaimana cara untuk menguruskan badan secara cepat. bagus bukan jika ada jalan pintas dan selamat untuk menguruskan badan? jangan berikan pendapat untuk aku ke pusat-pusat kecantikan yang menawarkan pelbagai plan menguruskan badan. aku sudah serik. stop. jangan tanya aku mengapa. aku ada cerita tersendiri di zaman student dulu.

aku sudah muak mahu memakai belt besar-besar itu bagi menampakkan bentuk pinggang aku yang tidak ramping mana. aku mahu seperti dulu. segala jenis fesyen pun masih boleh aku bantai pakai. rindu sungguh.

tetapi persoalannya bagaimana? ada ke jalan pintas dan selamat untuk aku mendapatkan bentuk badan juga berat badan ideal? jika ada aku mahu. wei, tak lama lagi raya. aku pun nak melawa jugak. idea please jika ada.

Thursday, July 22, 2010

8 bulan Raina Evaqairina

Anak dara aku :)

Sekali lagi aku lama tidak update blog bukan? serius. sejak akhir-akhir nie macam tiada mood langsung mahu update blog. idea tu memang ada tapi malas mahu menulis di campur dengan penat segala. balik kerja luangkan masa untuk raina, beri susu dan tidurkan raina last-last aku sekali ikut tidur sebelah dia. haha.

aku kurang sihat dari semalam. ini pun aku telan penadol berselubung dengan comforter tebal-tebal. bangun jer tidur dalam pukul 12 pagi aku terus mandi. yup aku tahu mandi tengah malam tidak elok untuk kesihatan. tapi badan aku dah berpeluh-peluh dek kena selubung dengan comforter.

lepas mandi baru badan aku rasa segar sedikit. aku terus bukak laptop then aku terasa mahu update blog aku nie. ok aku nak bagitahu isnin lepas umur anak dara aku genap 8 bulan. sekejap kan? rasanya baru jer hari tu aku tulis entri tentang 7 bulan raina evaqairina.

untuk pengetahuan, anak dara aku tu makin lasak. lasaknya bukan main sungguh. tapi aku lebih suka dia lasak, aktif sebegitu. oh yeah anak dara aku makin kuat membebel juga. dia membebel guna bahasa dialah. keletah dia boleh menghiburkan hati aku. sungguh.


perkembangan terbaru raina evaqairina (ketika umur dia menginjak 8 bulan) :


1) sudah tumbuh gigi lagi 2 batang di bahagian gusi atas. so total gigi cik raina sekarang ada 4 batang iaitu 2 batang bahagian bawah dan 2 batang lagi bahagian atas

2) membuat aksi menonggeng. aksi ini dia buat ketika usia dia berusia 7 bulan lebih sehingga sekarang

3) makin laju merangkak. selalu raina suka masuk bahagian ruang dapur untuk cuba kacau papa dia memasak di dapur

4) sudah pandai berdiri sendiri. dari posisi merangkak dia akan cuba berpaut pada sofa atau meja dan terus berdiri. jadi sekarang nie raina sibuk mengemas rumah. aksi ini sebenarnya dia sudah mula lakukan pada usia 7 bulan 3 minggu

5) sudah boleh duduk sendiri tanpa bantuan. dari posisi baring atau merangkak raina akan terus duduk

6) akan mengamuk bila kita ambil barang dari tangan dia

7) sudah pandai sebut perkataan "dah". ini perkataan baru yang dia belajar. papa raina yang rajin ajar

8) sudah makin kukuh memegang botol susu sendiri. boleh memegang botol susu dan minum dalam posisi biasa atau mengiring. terima kasih kepada babysitter raina kerana mengajar raina memegang botol susu sendiri seawal usia 3 bulan dengan pemantauan. alhamdulilah hasilnya memberangsangkan.

9) sudah pandai buang soothers then dia akan ambil semula soothers tu masuk semula ke dalam mulut

10)
sudah pandai menguyah makanan. aku telah berikan solid food yang agak kasar sedikit sejak raina tumbuh gigi. alhamdulilah raina sudah boleh menguyah makanan tersebut


Alhamdulilah kerana Alah S.W.T telah makbulkan doa-doa aku lebih-lebih lagi doa-doa aku ketika aku mengandungkan raina. aku bersyukur dengan perkembangan raina yang memberangsangkan ini. alhamdulilah.

Monday, July 12, 2010

Why I love you?

Manusia kalau tengah angau dilamun cinta mesti akan cakap "I LOVE YOU". why I love you? tak ada ayat lain ke selain word ini untuk memikat? ayat baik punya bila mahu memikat. terutama golongan lelaki yang mahu memikat perempuan kan? mungkin ayat nie nampak lebih cool dan lebih sesuai digunakan. mungkin.

aku teringat satu kisah semasa di zaman sekolah dulu ada seorang kawan aku nak memikat seorang lelaki. haha. jangan terkejut bila perempuan nak memikat lelaki. kawan aku tu siap beli sekeping kad dan dia tulis ayat lebih kurang macam nie "aku suka engkau. engkau suka aku tak? kalau engkau suka aku engkau balas kad aku nie selagai stok masih ada ok" cantik tak ayat dia? haha.

kawan aku nie memang jenis selamba. tapi kadang-kadang dia berlakon control ayu jugak. tapi ayat dia memang superb sungguh nak memikat sang lelaki tu. korang rasa dia dapat tak pikat lelaki tu? jawapannya tidak dapat sepenuhnya ok. aku rasa lelaki tu kurang suka perempuan yang terlalu selamba macam tu. mungkin.

so kalau sudah dilamun cinta dan mahu memikat orang kenalah cakap ayat yang lebih sesuai okeh. jangan guna ayat macam kawan aku tu. contohnya straight to the point "I love u", "saya suka awak" "saya rasa saya dah sayang dekat awak" bla bla bla. InsyaAllah hasilnya mesti buat hati melonjak tinggi.

Thursday, July 8, 2010

Ego seorang lelaki

Lama aku tidak menulis kat sini. idea untuk menulis banyak berlegar-legar dalam otak aku nie. tapi cuma malas jer mahu menulis. tak kan mahu cerita tentang hal anak anak anak saja dan letak gambar anak saja bukan? orang mesti kata aku terlebih over publish cerita tentang anak.

kalau ada yang sms atau email aku cakap mahu tengok gambar raina yang terbaru aku akan cakap sila tengok di facebook (FB). itu pun tidaklah banyak mana gambar anak dara aku tu. terima kasih kepada silent readers aku yang rajin sms aku.

mari kita bercerita tentang ego seorang lelaki. aku akan pilih lelaki lebih egonya berbanding perempuan. itu ikut pendapat akulah. melalui pemerhatian aku. susah bukan mahu tengok lelaki menangis tanpa sebab? w/pun hati golongan ini sedih macam mana sekali pun mereka tetap ego mahu menangis lebih-lebih lagi di depan seorang jantina yang bernama perempuan!

tapi suami aku saiful itu pernah menangis di depan aku hanya sebab aku tidak mahu pakai sandal nike yang dia belikan untuk aku. itu cerita beberapa tahun yang lepas. zaman bertunang dahulu-kala. yup! aku mengaku aku jenis cerewet. engkau belikanlah barang apa pun w/pun harga barang tu mahal mana tapi kalau bukan citarasa aku memang aku susah mahu relakan hati untuk pakai. kasihan saiful. sandal nike tersebut aku cuma pakai beberapa kali saja di depan dia. itupun hanya untuk tidak mahu kecilkan hati dia.

sampai sekarang aku terfikir-fikir kenapa lelaki sangat ego bila berdepan dengan perempuan? ego meminta maaf contohnya. w/pun secara terang-terangan dia buat salah. susah sangat ke mahu minta maaf?

ataupun ego tidak mahu bertegur sapa w/pun hakikatnya dia cuba mahu menegur tetapi disebabkan sifat ego dia akan buat selamba jer w/pun berselisih bahu. kat office aku banyak golongan lelaki jenis ini. tapi aku jenis tak ambil port langsung.

tapi aku paling benci dengan orang lelaki jenis berlagak sombong yang anggap dirinya bagus sangat berbanding perempuan. sedangkan tahap kemampuannya tidaklah hebat mana. siap cakap besar pulak tu. tapi hasilnya habuk pun tak ada.

aku minta maaf kepada golongan lelaki sebab terpaksa menulis tentang kenyataan ini. aku menulis berdasarkan pemerhatian aku yang terjadi di sekeliling aku. maaf.

jadi silalah kurangkan sedikit sifat ego itu untuk kebaikan semua. tidak salah bukan? bukan tidak boleh ego langsung. aku pun mengaku yang aku ada sedikit sifat ego. cuma perlu berpada-pada mengikut tempat dan keadaan.