Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, August 23, 2010

Theme party

hello Cik Raina Evaqairina

Cik Raina Evaqairina kini sudah 9 bulan. jadi tak lama lagi genap umur cik raina setahun. aku plan nak buat besday party raina. cukup setakat party yang kecil, sederhana tetapi meriah. tak mungkin aku mahu buat party secara besar-besaran. raina pun masih kecik lagi bukan? dia masih tak berapa faham apa itu besday party. jadi yang penting party tu perlu sederhana.

sebelum party nie dibuat, tok wan raina plan mahu buat majlis aqiqah raina selepas raya nanti. disebabkan raina pun dah besar dan kenduri aqiqah raina baru nak dibuat lepas raya nanti, jadi aku taklah excited pun nak buat persiapan beriya-iya untuk kenduri aqiqah raina tu.

sedangkan sebelum nie aku punyalah beriya-iya nak buat mini pelamin dengan buaian raina untuk kenduri aqiqah nie. tapi bila kenduri nie asyik ditangguh dan raina pulak semakin membesar jadi niat tu aku batalkan saja. so buat kenduri aqiqah raina tu secara sederhana saja. InsyaAllah.

raina nie pantang nampak kamera

thema colorful macam lengging raina yang colorful nie macam menarik bukan?

ok tak gabungan color biru dan hijau nie?

jadi sekarang nie aku tengah kumpul idea untuk merealisasikan besday party raina nanti. aku plan nak design sendiri apa yang patut. seperti majlis kahwin aku dulu yang kebanyakannya semua hasil design aku jadi aku akan praktikkan kemahiran aku nie untuk merealisasikan besday party raina nanti. InsyaAllah.

aku nak minta pendapat korang tentang theme party. korang ada idea tak nak buat theme apa? aku ingat nak buat theme colorful jer. sebab aku percaya theme colorful sesuai untuk usia seperti raina dan aku juga percaya dalam gambar nanti pasti nampak menarik. dan jika bukan colorful pun aku ada tertarik dengan gabungan color biru dan hijau. sedia maklum aku memang suka sangat dengan color biru ye. tapi aku tak pasti gabungan color tu nampak sesuai dan meriah ke tak? jika korang ada idea mari berkongsi dengan aku ye.

Memaafkan itu lebih baik

Perkataan "MAAF" itu perlu ada dalam diri. macam mana marah sekalipun kita pada seseorang kita perlu juga memaafkan w/pun dalam hati ada sisa-sisa kemarahan, ada sisa-sisa kecik hati.

sampai bila kita mahu berdendam?
sampai bila kita mahu berkeras hati tidak mahu memaafkan?

jika tanya pada aku "nurul engkau seorang pemaaf atau bagaimana?"
jawapan aku : aku sukar memaafkan tetapi di akhir cerita aku pasti memaafkan. hati aku sebenarnya lembut. w/pun dari luar nampak aku seperti seorang yang agak tegas. yeah sampai bila kita mahu berdendam bukan? paling kuat pun aku cuba melupakan keadaan atau perkara yang buat aku kecik hati atau marah. mungkin aku cuba buat-buat lupa sebenarnya dan membiarkan ianya berlalu begitu saja.

mungkin kadang-kala kita akan terkenang juga bukan? contoh "eh dia pernah buat aku marah dulu. tak kan aku nak beriya-iya buat baik pada dia?" contohlah kan.

tak mengapa. biar kita buat baik pada orang. biar orang buat kita marah atau kecik hati. tapi jangan kita buat orang itu marah atau kecik hati. kita manusia. mungkin kita ada juga buat orang marah atau kecik hati tanpa kita sedar. tapi jangan kita buat dalam sedar dan buat dalam keadaan sengaja. itu tidak baik.

aku sudah beberapa kali kena macam tu. aku buat baik pada orang tapi orang selalunya tak hargai jasa aku. tak mengapa. biarkan. tapi bagaimana kalau orang tu buat kita seolah-olah macam sudah pijak kepala kita?

kalau akulah lama-kelamaan aku akan sound direct kot. apa yang aku pendam mungkin akan meletup macam gunung berapi meletup. mungkin. lepas aku dah keluarkan segala hujah-hujah aku baru aku rasa lega. dan terpulang kat orang tu nak terima atau tidak.

ok stop. di bulan ramadhan bulan yang baik nie aku rasa ada baiknya kita memaafkan bukan? memaafkan orang tidak rugi sebenarnya. yang penting hubungan baik sesama manusia.

Thursday, August 19, 2010

9 bulan anak dara Raina Evaqairina

gambar terbaru anak dara yang dibuli ummie ngah dan pak usu :)

Hari ini genap umur anak dara aku 9 bulan. anak dara nie dilahirkan 9 bulan lalu pada 19/11/2009 pada pukul 9.59 malam. wahhh banyak nombor 9 kan? kejap jer anak dara aku tu dah besar kan? 9 bulan lalu aku dok bawak perut ke hulur ke hilir dan raina dilahirkan awal beberapa minggu dari tarikh due yang doktor berikan. tup-tup hari nie anak aku tu dah 9 bulan umurnya. cepat sungguh masa berlalu.

sejak raina dah besar nie aku rasa senang nak jaga dia nak tidurkan dia berbanding masa dia umur sebulan dua dulu. cuma raina nie agak lasak sikit. hobi dia sekarang mengemas rumah, bertatih berdiri dan memanjat. tapi biasalah budak-budak kan? memang itulah hobi dia.

perkembangan terbaru raina :

1) gigi ke 5 dia sudah keluar pada gusi bahagian atas. totally ada 5 batang gigi dia sekarang. dan aku perasan macam ada lagi sebatang nak tumbuh tapi putih-putih gigi tu baru nampak samar-samar.

2) sudah mula berdiri sendiri melepaskan kedua-dua belah tangan dia. aksi nie memang favourite dia sekarang nie. kalau tiba-tiba jatuh kadang-kadang dia boleh bantai sengih.

3) perkataan baru yang raina belajar adalah "air". kalau raina sebut "air" maknanya dia nak susu. perkataan inilah yang dia dok selalu sebut masa dia demam hari tu.

4) keadaan raina sekarang sudah sedikit kurus sejak dia demam hari tu. sekarang nie aku akan bagi dia dua jenis vitamin tiap-tiap hari. harap badan raina kembali seperti dulu.

5) raina sudah pandai sebut "papa". dulu bila dia sebut "papa" akan jadi "baba" kan? sekarang nie dia dah pandai sebut perkataan "papa" tu. so aku dan saiful dah boleh senang hati sebab raina dah pandai sebut "papa" dan "mama". hepi tau bila anak panggil kita dengan panggilan tu. rasa sungguh teruja.

tak banyak perkembangan raina buat masa nie. sebab raina pun baru sembuh dari demam kan? tapi Alhamdulilah raina dah mula aktif seperti selalu :)

Wednesday, August 18, 2010

Apabila kita tersedar

Jika kamu perasan putaran masa itu cepat sungguh berlalu. aku dapat rasakan ini. pernah satu malam aku tak boleh nak lelapkan mata. entah macam mana aku terpandang satu kotak. kotak tu kepunyaan saiful sebenarnya. tergerak hati aku nak bukak kotak tu. aku memang sedia maklum akan isi kandungan kotak tu. cuma sebelum nie aku macam tak hiraukan langsung kehadiran kotak tu.

tapi malam tu aku punya beriya-iya nak selongkar habis kotak tersebut. bila selongkar punya selongkar terjumpalah segala surat-surat dan gambar-gambar kami masa dok bercintan-cintun dulu. dan paling kelakar aku terjumpa beberapa cebisan kertas hasil tulisan tangan saiful yang meluahkan isi hati dia. memang kelakar bila seorang lelaki yang meminati kumpulan wings dan seacrh cuba mengarang ayat dalam bentuk bermadah sebenarnya. lintang-pukang ayat dia bila kita dok belek baca satu-persatu.

masa nie aku mulalah ingat balik peristiwa-peristiwa dari aku kenal saiful tahun 2002 sampai sekarang. yeah aku mengaku ianya indah bila di ingat semula. automatik perasaan marah atau perasaan merajuk kita akan hilang bila kita ingat semua memori yang pernah terjadi. jadi aku percaya kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan marah. kita kena cool dan relaks then baru kita boleh buat keputusan dalam keadaan yang tenang bukan?

kalaulah boleh diputarkan semula aku ingin sekali memutarkan peristiwa aku berkenalan dengan saiful 8 tahun lalu di putrajaya dulu. aku rasa peristiwa itu sampai bila-bila akan terpahat dalam hati aku. dan aku rasa tak ada seorang lelaki yang boleh bertahan dan bersabar dengan perangai kedegilan dan hati batu aku ini kecuali lelaki yang bernama saiful bahtiar salleh itu saja yang memang sudah faham akan perangai buruk aku itu. terima kasih saiful.

P/s : peristiwa aku menyelongkar kotak di tengah malam betul-betul buat aku tersedar akan kesabaran seorang lelaki. terima kasih.

Tuesday, August 10, 2010

Hati runtun


gambar sehari sebelum demam panas. doakan raina cepat sembuh ye

Assalamualaikum

Sejak pagi semalam raina demam panas. aku rasa demam kali nie agak teruk berbanding demam-demam yang pernah di alami oleh raina sebelum nie. demam panas raina kali ini juga betul-betul buat hati aku tersentuh sehingga air mata aku tak henti-henti keluar. serius. sebelum nie aku tak pernah rasa macam nie.

bayangkan raina yang sebelum ini aktif merangkak, memanjat dan mula melepaskan kedua-dua tangannya dan berdiri statik untuk beberapa saat kini hanya berbaring dan melentukkan kepalanya ke atas dada aku. dia tidak aktif seperti selalu. hati mama mana yang tak sedih melihat anaknya begitu kan? hati aku betul-betul runtun kali nie.

pagi tadi badan raina masih panas. malah bertambah panas. keadaan dia cukup buat hati aku risau. doakan kesihatan raina bertambah baik ye. semoga anak dara aku tu aktif seperti selalu. mudah-mudahan.

Friday, August 6, 2010

Tentang seorang mama

di ikano bersama auntie ina

Assalamualaikum

Sekali lagi blog aku bersawang. Aku rasa sejak kebelakangan nie seperti tiada nafsu langsung untuk menjenguk blog aku nie. Sedangkan dulu setiap hari aku pasti menjenguk blog aku nie w/pun sekejap. Idea menulis tu masih ada cuma agak malas menaip. Tapi percayalah jika mempunyai kelapangan aku masih melawat blog kawan-kawan yang lain.

Jadual aku makin padat sejak mempunyai anak. Jadual seharian aku tak seperti dulu. Jika dulu balik kerja boleh bersenang-lenang duduk depan tv sambil membelek magazine kegemaran. Sekarang tidak lagi. Balik kerja hal utama yang perlu di uruskan adalah raina. Perlu meluangkan masa bermain-main dan mengajar raina, beri makan, layan dia berborak, beri susu dan seterusnya tidurkan dia. Sejak raina makin lasak nie jadual tidur dia agak lewat. Jika dulu raina tidur area 8.30 malam tapi sekarang nie pukul 9 malam pun belum tentu dia mahu tidur. Tapi aku cuba jugak displinkan dia untuk tidur awal takut dia terbiasa hingga besar.

Bila ada anak automatik pemikiran pun tentang anak. Tengah drive pun fikir anak, tengah kerja pun fikir anak. senang kata semuanya tentang anak. Begitulah hidup aku apabila memegang status mama nie. Pernah sekali tu aku dan saiful keluar tanpa membawa raina hanya kerana mahu tengok wayang. Tak kan nak bawak raina bukan? Tapi apa jadi? Otak ingat anak je. Dan rasa bersalah sangat tak bawak raina. Teringin jugak nak bawak sama tapi disebabkan dah tahu perangai raina yang jenis cepat jemu dengan satu-satu keadaan terus kami tinggalkan raina di rumah babysitter. Masa tu terasa bersalah sangat .

mothercare : misi mencari botol susu

Aku mempunyai perangai yang pelik sikit. Aku akan bawak apa-apa barang yang mempunyai kaitan dengan raina ke tempat kerja. Contohnya aku akan bawak soothers raina ke, toys raina ke dan simpan dalam beg. jika rasa rindu datang secara tiba-tiba time kerja mulalah aku dok membelek barang raina tu. Normally aku bawak soothers raina. Kebetulan aku memang tak ajar raina hisap soothers pada sebelah siang untuk hari isnin hingga jumaat. So soothers tu lah yang aku bawak hari-hari ke tempat kerja. Bunyinya macam kelakar kan? Hakikatnya itulah aku. Haha.

Sejak ada anak juga aku rasa sikap aku yang suka bershopping nie makin menjadi-jadi. Yang pastinya shopping barang-barang raina. Aku jarang beli barang untuk diri-sendiri sekarang. Pernah satu bulan aku beli baju raina hampir 15 pasang. Tak ke macam membazir bunyinya tu? Tapi serius aku pantang nampak barang baby mesti nak singgah dan beli. Contohnya aku punya perangai aku akan bantai beli baju tu jika nampak cantik, jenis kain berkualiti dan design tak berserabut. Tak kisahlah baju tu murah ke mahal ke. Semuanya aku tibai beli.

bersama kawan baik mama dan ummie ngah : cik kendut

Jadi sila jangan buat statement yang aku hanya beli baju raina yang branded saja. branded ke tak branded ke semua aku bantai beli. Cuma mungkin baju raina untuk outting ke mana-mana tu memang tak dinafikan aku akan beli yang mahal sikit berbanding baju basahan untuk di rumah. Aku pun tak tahu macam mana nak sekat nafsu bershopping barang anak tanpa had nie. Dah cuba untuk kawal diri tapi tak boleh. Aku risau jugak sebenarnya sebab banyak sangat baju raina yang aku beli masih belum berpakai. Bukan setakat baju tapi apa-apa baranglah yang berkaitan dengan raina. Jika ada tips sila berkongsi dengan aku ye.

call me Raina :)

Sekarang nie kalau nak pergi mana-mana dan berhasrat nak bawak raina sama mesti aku akan fikirkan dulu adakah tempat tu sesuai atau tak untuk raina. Sebab raina nie jenis cepat jemu dengan satu-satu keadaan tu dan dia macam jenis cepat rimas dengan orang ramai. So aku memang cuba elakkan bawak raina ke tempat yang ramai orang. Mungkin perangai raina nie macam aku yang tak berapa suka dan tidak selesa dengan keadaan yang ramai orang. Aku jenis cepat rimas. Perangai sama kan?

Itulah hakikatnya apabila kita sudah memegang status seorang mama. Tidak kiralah mama,ibu,mak,mummy,bonda kerana semua gelaran tu tetap mempunyai satu makna yang sama. Ia juga sama jika memegang satus sebagai papa,ayah,abah,babah. Sebab aku juga banyak melihat perubahan jadual harian saiful. Semoga aku dan saiful dapat mendidik anak-anak kami dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.