Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 29, 2010

Kehendak dan keinginan hati

Selamat petang.

sudah petang kah? ohhh rasanya masih tenghari lagi (aku blur sekejap). masih cuba merajinkan diri untuk menulis. wish me luck. tapi aku cuba lari sedikit dari bercerita tentang anak. tak mahu terlalu publish anak. mungkin ada orang jemu dan kata-kata di belakang aku. mana tahu. mungkin. tapi aku suka membaca cerita tentang anak-anak kecil sambil melayan gambar-gambar si kecil. percayalah.

ok berbalik pada tajuk di atas. cewahhh. macam nak mengarang surat jer gayanya bukan?

kadang-kadang kita sebagai manusia tak lari dengan kehendak dan keinginan yang datang secara tiba-tiba kan? macam kes aku ini, aku cuba control kehendak dan keinginan yang datang membuak-buak dalam diri. tapi akhirnya aku tewas. dan mulalah aku menyalahkan diri dan kadang-kala membebel seorang diri "hei nurul, kamu boleh. try dapatkan secepat mungkin. mesti boleh. jangan kata tidak dalam diri. u can do it nurul".

petang semalam sambil menunggu saiful mengambil aku ke tempat kerja, aku yang kebosanan menunggu sambil melihat orang yang lalu-lalang di depan aku ini, mulalah buat otak dan fikiran aku menerawang entah ke mana. sambil tangan tekan kuat-kuat button hp "kat mana tu? dah dekat satu jam tunggu" (nurul, sila salahkan diri-sendiri. lain kali sila drive sendiri ke tempat kerja). memang salah aku sebab sejak kebelakangan nie aku sangat malas mahu drive. haha.

aku selalu terfikir aku mahu itu mahu ini. kadang-kadang boleh jer aku dapatkan. tapi aku selalu fikir tak membazir ke? sekarang keinginan aku yang paling aku inginkan adalah aku mahu kurus. aku rasa malu menghadap cermin. aku mahu kurus plis plis.

dan aku perlukan purse baru. sebelum raya, aku dan saiful sudah puas sudah merata mencari purse aku itu sana sini. sedia maklum aku sangat cerewet kadang-kala. aku mahukan guess. jangan gelakkan aku. sebab aku memang peminat tegar jenama guess ini dari zaman muda remaja. purse guess lama aku tu dah macam tahap hajap bebenor menyakitkan mata aku jer tgk. (nurul, sila salahkan diri-sendiri. sebab engkau memang tidak pandai menjaga kebajikan purse tersebut). hati sedih.

dalam kereta semalam saiful pujuk aku. "iya nanti kita pergi cari lagi. jangan buat muka sombong monyok begini". aku pun tak faham kenapa saiful cakap aku sombong monyok. haha.

jadi kali ini aku terpaksa mengalah. aku tak boleh control kehendak dan keinginan aku. aku marah dengan diri aku sendiri.

why?

why?

why?

HATI BERKATA : nurul sila bersabar dalam mengawal kehendak dan keinginan kamu itu.
AKU MEMBERI JAWAPAN : maaf kali ini aku tidak boleh menahan lagi kehendak dan keinginan aku ini. sila maafkan aku jika aku membazir kali ini. haha :D

Monday, September 27, 2010

Displinkan diri anda

pagi-pagi dalam kereta menuju ke tempat kerja perkara utama yang menjadi satu kemestian aku adalah membuka radio. kalau aku tak layan radio memang boleh buat diri aku tension semacam dengan menempuh jalan yang sesak di federal highway tu.

ada satu topik di radio (aku tak pasti radio apa? boleh gitu? haha) mengutarakan tentang topik kesopanan dan kesusilaan perangai rakyat malaysia seperti berdisplinkah rakyat malaysia dalam mendisplinkan diri semasa membuang sampah? aku tak pasti tentang sikap rakyat malaysia. aku tak mahu komen lebih-lebih nanti ada pulak si anon-anon yang anggap diri aku macam bagus (tak bagus mana pun :D). so jalan selamat aku tak mahu komen di sini.

cuma aku tertarik dengan topik nie. dari mata aku kuyu mengantuk pagi tadi teruk terbuntang bijik mata aku apabila dengar topik ini sedang di bincangkan. sebab apa yang boleh buat aku tertarik? sebab aku adalah salah-seorang manusia yang agak berdisplin dalam membuang sampah (displinkah aku?). mungkin bagi diri aku dan orang sekeliling yang rapat dengan aku sedia maklum perangai aku.

aku paling pantang buang sampah merata-rata. w/pun ketika sedang drive aku bukan seorang yang sesuka hati buang cebisan tisu atau bungkusan makanan. entah. memang perangai aku dari dulu macam tu. aku akan jadi marah secara tiba-tiba. kecewa bila di depan mata aku sendiri ada orang lain sesuka hati mencampak sampah di tepi jalan.

perangai pelik aku ini pernah di tegur oleh saiful. sebab aku pernah mengutip sampah orang lain dan aku tolong buangkan di tempat yang sesuai. pelik bukan? kadang-kadang aku naik segan sebab takut orang salah tafsir. sebab itu sejak aku kahwin aku lebih berpada-pada takut orang salah tafsir. itupun sebab aku dah kena tegur dengan saiful.

jadi aku berharap kita dapat displinkan diri kita dalam menjaga bumi kita nie. besar harapan aku nie wei. eh tapi jangan bajet aku bagus pulak ye? aku cuma berharap kita boleh displinkan sedikit diri kita. ok mari siapkan kerja di hari isnin yang bosan ini.

Thursday, September 23, 2010

Terima kasih umar arjuna

umar arjuna

Sekarang hobi baru aku suka beli dan kumpul baju pyjamas baby GAP nie banyak-banyak. masa mula-mula dulu aku tak berapa yakin nak beli sebab aku takut nak beli tapi kualiti baju tak berapa nak best.

mula-mula aku try beli dua helai then dalam masa yang sama raina menang tempat ke 2 satu contest nie then dapat hadiah berupa baju pyjamas. bila tengok kualiti kain pun ok, sejak itu aku jatuh cinta mahu membeli banyak-banyak. Alhamdulilah sekarang raina ada lebih kurang 10 helai baju pyjamas terdiri dari bermacam-macam color. cuma tips dari aku baju kain jenis nie tak boleh basuh guna mesin ye. kena basuh guna tangan jer. dan aku beli baju nie saiz 12-18 month dan raina yang berumur 10 bulan nie boleh sarung baju saiz nie. so bermakna baju nie taklah besar mana jika kita beli saiz besar sedikit.

dan hari tu aku pos sehelai baju pyjamas nie kat umar arjuna. sebab memang aku dah niat nak bagi kat umar something sejak lahir lagi. kebetulan umar dengan raina lahir dalam bulan november. beza beberapa hari jer tarikh lahir diaorang nie. (iyelah kan time tu berangan teringin nak jenguk hidd time berpantang tup-tup aku pun tengah berpantang sama kan?).

harap-harap ada rezeki aku berjumpa dengan umar arjuna tu. bukan umar arjuna saja aku teringin nak jumpa tapi teringin jugak nak jumpa dariya anak zaza, sabrina anak ladynoe, kysha anak zuris, khalish anak intan, zarif anak nano, eisya anak dayu, aqil anak maria , mya anak azie, raisya anak mishaward, naurah anak sherena bla bla bla... (eh eh ramai kan aku teringin nak jumpa? ada lagi yang aku tak sebut kat sini. sebab terlalu ramai). maklumlah sejak jadi mak budak nie ramai kenalan pun dari golongan mak budak. haha.

Alhamdulilah dunia tanpa sempadan nie buat aku bertambah kawan w/pun tak pernah berjumpa. haha. aku cuma pernah jumpa damia anak fiza mior. Ohhh fiza mata anak kamu sangat cantik ye.

Raina evaqairina, kamu fikir apa tu ye?

Anyway thanks yeah hidd dan adi sebab sudi terima pemberian nurul yang tak seberapa tu dan pakaikan baju tu kat umar. siap request kat adi di FB nak tengok gambar umar pakai baju pyjamas tu. tup-tup semalam bukak FB ada tag dari adi. siap minta kebenaran nak gambar nie masuk blog aku. aku kan tengah rajin update blog. haha.

ok stop gelak. mari layan twitter :)

Wednesday, September 22, 2010

Duit : bayar hutang atau saving?

Jangan terkejut kalau ada di antara kamu semua terfikir dalam hati (eh kenapa nurul sekarang rajin update blog? selalunya payah nak tengok dia update blog dia kan? dalam seminggu tu adalah sekali itupun kadang-kadang)

yeahhh

sekarang aku cuba untuk merajinkan diri aku menulis di laman blog aku nie. wish me luck. eh eh kalau mood rajin aku datang laju jer kan aku taip kat sini. cuba kang mood malas datang. hah time tu berhabuk-habuklah blog aku nie. haha.

ok stop. mari cerita secara serius. tapi jangan serius sangat. sila baca sambil tersenyum. eh apa jadah engkau nurul melalut. ok ok aku nak kongsi sikit tentang apa yang aku baca semalam dari majalah PA&MA. sumber penulisan aku nie semua aku dapat dari majalah PA&MA ye (al-maklumlah dah jadi mak budak majalah PA&MA nie dah jadi satu kemestian aku membelinya setiap bulan. haha.)

kadang-kadang kita selalu mendengar keluhan kawan-kawan yang tak cukup duit nak bayar itu ini kan? dan kadang-kadang kita selalu juga dengar keluhan mereka yang teringin nak itu ini tapi tak cukup duit. kadang-kadang tu duit memang ada tapi terfikir nak beli atau tidak? adakah kehendak yang kita inginkan itu membazir atau sebaliknya? betul tak apa yang aku tulis nie?

aku pun kadang-kadang tergolong dalam golongan tersebut. sebagai contoh aku baru dapat bonus yang amountnya buat aku teruja dan jakun sekejap. tapi bila aku teringin nak beli itu ini aku kadang-kadang terfikir "eh tak membazir ke beli nie?" dan jawapannya kadang-kadang tu kita terkeluar dari landasan fikiran yang stabil so kita TERbeli jugak. dan kadang-kadang tu kita sedar diri terus tak mahu beli dan fikir dalam hati adalah elok kita simpan duit tu.

Alhamdulilah duit bonus aku dapat sebelum raya tu masih selamat lagi dalam saving aku w/pun amount dia terluak sikit. aku jenis orang tak suka heboh kat family ke baik suami aku sekalipun berapa aku saving dalam account rahsia aku (cewahhh ada akaun rahsia ke? macam hebat jer engkau nurul. haha). gurau saja.

iye tapi sebenarnya itulah perangai aku. sebab itu ibu aku selalu cakap kat aku "engkau nie along ibu tak percaya engkau tak ada duit sebab engkau beli itu ini ada pulak engkau duitnya. membazirlah" yeah itu adalah statement ibu aku baru-baru ini. aku senyum kambing :D. tapi aku suka cara ibu aku urus duit dia. caiyoklah ibu :).

tapi aku rasa aku masih naif dalam menguruskan kewangan aku. serius aku cakap nie. sebab kadang-kadang aku ada jugak terkeluar dari landasan kewarasan dalam menguruskan kewangan aku. contohnya aku pantang nampak benda cantik aku nak beli. kang kalu tak beli sampai termimpi-mimpi. contohlah. dan semalam apabila aku layan baca majalah PA&MA sambil di kacau oleh anak dara aku si raina tu buat aku tersedar seketika. mari aku manfaatkan apa yang aku baca tu.

Langkah-langlah yang perlu kita ambil untuk keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang adalah dengan cara begini :

1) wujudkan dana kecemasan : MESTI saving sebanyak 3-6 bulan daripada perbelanjaan bulanan sebagai dana kecemasan

2)
Langsaikan hutang anda : wang yang digunakan untuk dana kecemasan digunakan untuk membayar hutang

3)
utama dan bayar dahulu hutang yang mempunyai faedah yang tinggi. contoh hutang kad kreadit. kemudian barulah langsaikan hutang-hutang yang baik. contoh hutang perumahan dan pendidikan

4)
fokus untuk masa depan. saving untuk diri-sendiri setiap bulan dan buat pelaburan.

PALING PENTING DI SINI : cuba minimumkan kehendak atau keinginan diri yang boleh mendatangkan pembaziran. ini pendapat aku. mari kita set di minda minimumkan semua kehendak dan keinginan yang melampau apabila keluar bershopping :).

Tuesday, September 21, 2010

Tentang raya sebelum basi



kami :)


Assalamualaikum

Rata-rata bila aku blog walking masing-masing membuat entri tentang raya. seronok jugak layan baca sambil tengok gambar raya kawan-kawan. aku pun nak jugak buat entri tentang raya. (poyo kan engkau nurul? haha) sebenarnya aku tak ada idea pun nak menulis tentang raya aku kali nie. sebab aku rasa raya aku biasa-biasa jer. cuma yang bestnyer raya aku kali nie ada raina. best sangat raya dah ada anak nie. serius aku cakap nie.

w/pun penat melayan raina yang makin lasak sampaikan kuih raya dia sepahkan bila datang beraya kat rumah orang...

w/pun raina kadang-kadang dia boleh pulak "pupu" bila aku datang beraya kat rumah orang...

w/pun kadang-kadang raina menangis keletihan ikut kami beraya...

JAWAPAN RAYA KALI INI : aku teruja beraya bersama anak aku :)

raina, kamu pandang mana tu?

ummie ngah kata gambar nie nmpak aku macam mak orang. eh eh memang aku dah jadi mak budak kan? nurul, sila jangan nak perasan engkau tu muda remaja


terima kasih ummie ngah sebab jahitkan manik spa Q kat baju kurung raina


raya aku kali nie di sekinchan kampung saiful. dari malam raya lepas berbuka puasa kami bertolak ke sekinchan sambil dengar lagu raya. macam best pulak kan dengar lagu raya dalam kereta masa on d way balik kampung. (macam kampung suami aku tu jauh sangat kan? sedangkan kat area selangor jugak. haha)

mula-mula tu aku rasa kekok jugak sebab ini raya pertama aku beraya pada hari raya pertama di kampung saiful. mulalah teringatkan family kat banting kan? sampaikan aku lupa nak mandi sunat pagi raya tu. sedangkan kalau kat rumah sendiri tu mesti ibu aku dah pesan awal-awal pagi suruh anak-anak dia bangun pagi untuk mandi sunat raya. perkara nie memang buat aku sedikit terkilan sebab terlupa nak mandi sunat raya. maaf ibu, along betul-betul lupa.


senyum sampai nampak gigi



raina dan papa

anak dara cik raina evaqairina


raya di sekinchan agak berbeza sedikit. beraya dengan dikelilingi sawah padi memang buat perasaan beraya tu lain sikit. memang feeling betul-betul beraya suasana kampung. ianya buat aku sedikit jakun. sebab aku dari kecik dibesarkan di kawasan perumahan. so bila beraya dikelilingi dengan sawah padi tu bolehlah buat hati aku nie rasa raya di sekinchan sedikit best w/pun pada hakikatnya tak berapa best sebab teringat family sendiri kan.


pak usu minta kuih sikit boleh?


atok dengan pak usu makan kuih tak bagi pun kat raina. so raina tengok jer lah ye

gambar raya aku kali nie pun tak berapa nak best. sebab gambar raya di ambil pada hari raya ke 3. sebab masa di sekinchan aku tak bawak pun kamera. tapi oklah kan daripada tak ada langsung gambar raya. oklah aku dah tak ada idea nak menulis. selamat hari raya semua :)

Monday, September 20, 2010

Raina, mari menabung

Mari menabung kawan-kawan di amanah saham didik (ASD)

Alhamdulilah tahun nie ada rezeki raina dapat duit raya. ada jugak sedara-mara yang beraya rumah atok dengan tok wan raina di banting yang teringin nak jumpa raina tetapi tak dapat jumpa disebabkan kami beraya di sekinchan untuk hari raya pertama sampai raya ketiga hari tu yang kirim duit raya untuk raina. tak lupa juga buat kawan-kawan yang kirim duit raya untuk raina. ada yang sampai dari johor dan negeri sembilan kirim duit raya untuk raina. terima kasih banyak-banyak ye.

Dan hari tu aku dan saiful telah decide untuk buka akaun amanah saham didik (ASD) untuk raina. sebenarnya niat di hati dah lama nak buka akaun raina. sejak raina umur sebulan lagi dah ada niat tu. tapi biasalah aku selalu menangguh-nangguhkan niat tu. dengan alasan nak kena amik cuti pergi bank lah, sibuk lah, bla bla bla... (banyak alasan kan? haha)

jadi kebetulan hari tu aku dengan saiful memang cuti. jadi kami decide untuk terus buatkan akaun raina. tapi kalu ikut niat asal aku nak buka akaun ASB tapi hari tu pihak bank bagitahu untuk umur seperti raina ASB sangat tidak sesuai. so pihak bank suggest kan kat kami untuk buka akaun ASD.

ASD nie layak untuk baby yang berumur 6 bulan ke atas. so kepada sesiapa yang mempunyai anak yang berumur 6 bulan ke atas marilah menabung dengan membuka akaun di ASD. dividen ASD pun tinggi sikit berbanding ASB. aku pun tak sure lah kebenarannya. tapi ini pihak bank yang bagitahu aku. so mari kita menabung untuk anak kita di amanah saham :)

Tuesday, September 7, 2010

Penulisan edisi raya

rambut raina yang jadi senget bahagian depan

tengok lebih dekat pun nampak kan rambut raina nie senget tak sekata

Assalamualaikum

Mesti sekarang nie masing-masing dah mood raya kan? tapi bagi aku raya nie yang paling seronoknya adalah budak-budak kecik. kalau kita yang dah besar panjang nie raya sederhana jer. tapi bila sudah ada anak sendiri nie perasaan raya nie lain sikit. bagi aku lah.

lagi-lagi anak aku perempuan. macam-macam yang aku nak beli. benda yang remeh-temeh pun aku nak beli. bab rambut pun aku dah fikir awal-awal. dalam hati nak potong rambut raina sempena raya nie macam ala-ala pelakon kanak-kanak si mia tu lah. kononlah kan? berangan lebih jer aku nie. sekali bila potong jadi senget. sebab raina tak mahu duduk diam. hehe. itulah yang seronoknya anak perempuan nie. bab rambut raya pun siap masuk senarai perparation raya nie. hehe :)

try lepaskan rambut raina tanpa di ikat baru nampak ok sikit

bahagian belakang rambut tanpa di ikat

macam nie lah rupa rambut raina kalau di ikat

kalau dari segi persiapan untuk aku dan saiful pun biasa-biasa saja. sederhana itu penting kan? tapi untuk anak tu memang tak dinafikan memang meriah. macam-macam untuk anak. itu nak beli ini nak beli. boleh dikatakan selagi tak rayalah ada jer barang untuk anak yang nak dibelikan.

disebabkan ikut nafsu membeli nielah aku terbeli kasut raya raina sampai 6 pasang. kebanyakan kasut-kasut raina tu aku dah beli sebelum puasa lagi. dan baru-baru nie aku try pakaikan kasut tu kat raina. nak tahu apa jadi? kasut tu semua longgar. hah ambik engkau nurul. kononnya masa beli tu terus beli saiz besar. tak sangka dah nak raya nie bila raina test pakai masih longgar. nak tak nak aku terpaksa belikan kasut raya raina yang baru ikut saiz kaki dia. percaya tak kaki raina yang umur 9 bulan masih kena pakai kasut saiz 0-6 bulan? kalau tengok kaki dia memang panjang tapi realitinya dia masih kena pakai kasut saiz 0-6 bulan lagi.

jadi pengajaran kat sini bershopping tu kena berhemah. jangan ikut nafsu. kena set kat otak tu jangan membazir. cewahhh. aku menulis nie macam aku nie bagus sangat kan? tapi lepas nie memang aku nak cuba set kat otak aku tak mahu membazir. beli apa yang penting saja. InsyaAllah.

di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan aku memohon maaf kepada sesiapa yang terasa ke atau aku ada sakitkan hati sesiapa secara sedar dan tidak aku sedari ke kan. kepada pembaca blog aku terutamanya sebabnya mana aku tahu selama aku menulis nie ada yang tidak senangi cara aku menulis. selamat hari raya dari aku, saiful dan raina :)

Wednesday, September 1, 2010

Percaya pada rezeki anak

Rezeki Raina. Alhamdulilah :)

Dulu masa aku mengandung, selalu orang yang berada di sekeliling aku cakap kat aku "takpe ada rezeki anak nanti". masa tu bila orang di sekeliling aku cakap macam tu, jiwa aku entah melayang kat mana-mana. sungguh. maknanya aku tak set dan simpan langsung dalam otak aku apa yang mereka cakapkan.

tapi masih aku ingat lagi di mana ketika aku tengah sarat mengandung, aku ada mendapat saguhati. tak pernah terlintas dalam otak aku ketika itu yang aku akan mendapat rezeki tu. masa tu baru aku percaya akan rezeki anak yang aku kandungkan itu. sungguh. aku percaya akan rezeki anak.

Alhamdulilah rezeki ini berterusan. ketika aku mula berkerja selepas maternity leave aku mendapat bonus dan kenaikan gaji. bayangkan lepas berpantang cuti dua bulan tup-tup bila masuk kerja semula ada berita gembira. tak ke buat hati nie melonjak-lonjak. aku tak pernah menyangka akan mendapat rezeki sebegini. dan kini selepas 6 bulan aku mendapat lagi bonus untuk kali kedua pada tahun ini. Ya Allah aku bersyukur kerana diriku dapat menikmati semua nie. syukur Alhamdulilah.

Ini semua rezeki untuk anak aku Raina Evaqairina. jadi hingga kini aku masih percaya akan rezeki anak. w/pun dalam masa yang sama aku mengeluh kerana aku terfikir bila diri aku nie akan dapat bekerja di sektor kerajaan. tapi mungkin Allah S.W.T mahu memberi petunjuk kepada aku bahawa bidang kerja aku ini juga membawa rezeki yang besar dalam hidup aku. Aku patut bersyukur. Syukur Alhamdulilah.

jadi kita perlu percaya akan rezeki anak. InsyaAllah anak itu pembawa rezeki kepada kita. mudah-mudahan.