Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 28, 2010

Jadual pemakanan si kecil (part 1)

mari makan :)

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri tentang nie. tapi bila ada 2,3 rakan bloggers dah buat entri nie dan ada yang minta pendapat so aku hanya beri komen kat entri mereka dan hold dulu penulisan tentang ini. so masa ni kami share dan bertukar pendapat. aku rasa sangat beruntung kenal mereka nie w/pun ada yang belum aku pernah jumpa lagi setakat nie.

aku mula beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina 6 bulan. aku memang seorang mama yang agak skima dangan mengikut peraturan yang betul. aku tak peduli orang lain nak kata aku kuno, skima atau apa sekalipun. sebab apa-apa perkara itu aku refer dengan ibu aku dan juga doktor raina.

bayangkan betapa aku skima apabila memulakan memberi raina susu bercampur nestum yang di bancuh cair-cair kemudian dimasukkan ke dalam botol susu pada usia raina 5 bulan lebih. kebayakkan kawan-kawan, sedara-mara aku suggest kat aku suruh berbuat demikian pada usia raina 2 bulan. mustahil aku akan turuti. maaf.

aku punya berkeras hati tak mahu melakukan seperti apa yang dinasihatkan. sebab aku tahu saluran usus baby pada usia 2 bulan tidak matang lagi dan masih kecil. even baby sudah berusia 3,4 bulan sekali pun saluran usus baby masih tidak matang lagi. jadi aku nasihatkan janganlah teruja sangat nak beri anak solid food tanpa fikir akibat di kemudian hari nanti.

jangan risau baby lapar. jangan risau baby tak kenyang dengan hanya minum susu. itu semua mitos semata-mata. percayalah. aku beri raina solid food sepenuhnya pada usia raina genap 6 bulan tapi sebelum nie aku tengok raina ok saja tak ada pun kebuluran. Alhamdulilah.

aku pernah melihat beberapa contoh dalam pertumbesaran seorang budak kecil. semasa baby budak nie dah di beri susu bercampur nestum. masa tu mak budak tu baru jer habis pantang tak silap aku. dan dalam masa yang sama apabila budak tu meningkat besar sikit di beri makan solid food. tapi bukan dalam bentuk bubur tetapi nasi yang di kunyah-kunyah halus kemudian di suapkan kepada budak tu yang ketika itu masih baby. alasan penjaga, anak mereka tak suka makan bubur. sudah cuba banyak kali. alasan apakah ini?

terus-terang aku katakan memberi budak kecil makan memerlukan kesabaran ye. memang kadang-kala anak kita tak mahu makan. mungkin dia tidak serasi lagi dengan keadaan pemakanan itu. jadi kita sebagai orang dewasa kena slow-slow pujuk dengan sabar.

mula-mula dulu aku tak tahu tentang ini. apabila aku beri raina makan pada usia 6 bulan, raina tolak dan sembur-sembur makanan tersebut kat muka aku. tapi apabila ibu aku bagi raina makan dengan pelbagai teknik menarik perhatian raina, laju saja raina makan. pernah tok wan raina bagi bubur dekat raina habis sampai 9 ouz sukatan bubur tersebut ye. oh ye ibu aku ada mangkuk khas untuk bubur yang mempunyai sukatan. so aku boleh tahu berapa ouz raina makan ketika itu.

berbalik kepada budak kecil tadi, apabila budak tu sudah berusia setahun lebih berat dia tidak normal. bila doktor check puncanya adalah kerana memberi solid food pada masa yang belum sepatutnya dan tidak memberi makanan mengikut peraturan yang betul. serius aku tengok sendiri budak nie mula-mula masa baby memang tembam bam bam ye.

semua orang dok puji tembam bam bam. ialah pada usia seawal 2 bulan sudah diberikan nestum. mana tak tembam bam bam bukan? tapi apabila sampai satu peringkat badan budak nie susut dengan mendadaknya. sampai sekarang badan budak tu kecil. berat dia tak sepadan dengan umurnya.

so kesimpulan di sini ikutlah peraturan yang betul. jangan kerana keterujaan mak bapak yang mahu anak makan solid food anak pulak yang jadi mangsa. dulu masa raina belum genap usia 6 bulan, memang aku kasihan bila tengok mulut raina terkulat-kulat seolah-olah dia pun nak rasa apa yang aku dan saiful makan. tapi aku memang keras hati tak akan bagi bila belum tiba masanya.

tapi terpulanglah kat mak bapak macam mana mendidik anak mereka. aku tak salahkan mereka. sebab masing-masing ada alasan dan cara tersendiri bukan? ok stop sini dulu nanti aku sambung lagi. aku nak share jadual pemakanan raina pulak. mana tahu nanti boleh kita bertukar pendapat dan share idea tentang pemakanan si kecil pula :)

Wednesday, October 27, 2010

UITM tetap di hati

Abaikan editing gambar aku yang buruk dan macam tak matang nie ok. ini gambar lama aku di friendster :D

Hari nie secara tiba-tiba ruby ex-classmate aku di UITM dulu inbox aku di facebook. baru aku tahu dia sekarang berada di taiping disebabkan suami dia bekerja di sana. serius aku tak tahu perkembangan dia tentang ini. aku jumpa dia yang paling latest pun masa wedding dia di shah alam. masa tu aku tengah sarat mengandungkan raina. selepas itu seolah-olah kami seperti lost contact dan tiada connection langsung.

nasib baik ada FACEBOOK!
w/pun aku sekarang macam ada perasaan muak terhadap FB tp ada kalanya FB ini ada kebaikannya. seperti boleh berhubung terus dengan kawan lama misalannya.

ruby kata sejak dia kahwin dan ikut suami duduk taiping dah macam duduk oversea pulak. langsung tak ada connection dengan kawan-kawan tak boleh nak jumpa macam dulu-dulu. iyelah kan takkan nak turun KL jer sepanjang masa kalau dah duduk negeri selain KL atau selangor bukan?


Muka aku semasa menjadi tunangan orang dan zaman anak dara :)

Alhamdulilah w/pun aku konvo dah lama pada 2008 tapi dalam hati aku tetap ingat kat ex-classmate aku dulu. aku tak pernah lupa. kami dah lalui macam-macam semasa zaman study dulu. design kena pijak dan kena campak dengan lecturer, kena maki-hamun dengan lecturer sebab design atau idea macam orang kampung, kena saman dengan pak guard (sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa pak guard baling batu kat kereta semasa aku tengah drive tanpa sticker pelajar. nasib baik cermin kereta tak pecah) dan macam-macam lagi okeh. kami lalui sama-sama.

bila masing-masing dah kahwin dah buat haluan masing-masing maka kami jadi jarang berhubung. bayangkan sahabat aku paling rapat, morlee nama dia itu pun aku dah jarang berhubung. serius aku sedih.

pada hal dulu masa aku dan dia tengah kemas-kemas barang nak balik rumah selepas habis final exam punyalah kami berperasaan sedih dan berjanji walau apapun terjadi jangan sampai lost contact. tapi sekarang apa cerita?

kadang-kadang bila aku lalu seksyen 7 tu, nak saja aku masuk UITM tu dan apabila pak guard tahan, aku akan jawab "saya rindu dengan UITM. saya nak masuk ronda-ronda boleh encik?" aku berangan. tapi selalu niat tu aku pendam dalam hati jer.

aku bencilah perasaan rindu macam nie. rindu kali ini memuncak dan makin menjadi-jadi sampai menggangu kerja aku.

RINDU sila pergi jauh-jauh.
tapi perasaan itu tetap datang dan tetap ada dalam hati aku ini.
so apa cer? layan sajalah.

Friday, October 22, 2010

Untuk Raina Evaqairina

Gambar lama tapi aku suka gambar nie : kami :)

Pagi tadi,
aku agak lambat bersiap ke tempat kerja. terkocoh-kocoh aku bersiap. kebetulan hari nie aku punyalah rajin nak pakai tudung yang jenis berlilit-lilit bagai. hah rasakan engkau nurul. aku nak make up dengan nak menglilit-lilit tudung pun dah dekat setengah jam.

dalam masa yang sama raina menangis. raina nie jenis tak boleh kita tinggalkan dia sendirian. dia jenis nak kita ada kat sebelah dia. aku tak pasti masa nie saiful tengah apa. dalam keadaan aku nak cepat bersiap-siap dan terkocoh-kocoh tu aku dengan lajunya bercakap dengan raina.

"diamlah raina. nak menangis je."
(selepas aku bercakap macam tu dekat raina aku sendiri terkedu. eh kenapa aku berkomunikasi dengan raina macam nie? sepatutnya aku tak boleh macam nie. raina bukan faham pun yang mama dia dah lewat nak pergi kerja kan?)

serius. aku menyesal cakap dengan raina macam tu. sudahnya masa nak hantar ke rumah babysitter pagi tadi semasa aku dukung raina aku bisikkan kat telinga raina. memang perangai aku macam tu. kalau aku dah tersalah berkomunikasi dengan raina atau rasa bersalah dengan raina aku akan minta maaf dengan bisikkan kat telinga raina.

"raina, mama minta maaf. mama bukan niat nak marah raina tau. raina kan good girl jangan menangis macam tu ye. mama papa sayang raina tau
" (lebih kurang macam tu lah ayat aku pagi tadi)

terus aku cium-cium pipi raina yang bau susu masam tu tapi wangi bagi aku. raina pandang aku terus senyum. lega sikit hati aku nie.

raina,
maafkan mama ye. malam nanti kita menyanyi dan sambung belajar buku animals tu lagi masa sesi belajar nanti ye. i love u Raina Evaqairina :)

Monday, October 18, 2010

Bahasa pelat : wajarkah?

Raina Evaqairina

Sejak aku mengandungkan raina selama 9 bulan lebih, memang aku rajin berkomunikasi dengan raina. w/pun ketika itu raina masih di dalam perut aku nie tapi aku memang rajin berbual-bual dengan raina.

jika hendak dibandingkan dengan saiful, memang jarang sekali saiful berkomunikasi dengan raina. aku tak salahkan saiful. disebabkan saiful selalu outstation jadi memang sukar untuk saiful berbuat demikian selalu.

cuma bila saiful tiada kerja luar selalunya dia akan mengambil kesempatan berbual-bual dengan raina. tapi yang peliknya saiful akan berbual-bual apabila aku sudah tidur. aku dah perasan banyak kali. ketika aku sudah mula tidur ketika inilah saiful akan berbual-bual dengan anak kami sambil urut kaki aku yang sedang membengkak seperti belon ketika itu.

jadi kebiasaan aku dan saiful, kami tidak membiasakan diri berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat. kami cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan betul. sehingga kini kami praktikkan perkara yang sama. mungkin ianya nampak kami tidak mesra dengan anak dan nampak agak tegas dalam mendidik anak bukan?

ini tidak bermaksud kami tidak mesra dengan anak kami. kemesraan antara anak-beranak itu tetap wujud. cuma kami praktikkan penggunaan bahasa yang betul dan mudah difahami dalam nada suara yang agak manja seperti keanak-anakkan bagi menarik dan memujuk si kecil. itu saja cara yang kami lakukan terhadap raina.

Raina dan mama :)

Raina dan papa :)


aku pernah terbaca dalam satu artikel di mana ibu bapa tidak digalakkan berkomunikasi dengan anak dalam bahasa pelat dalam sistem perkembangan dan pertumbuhan si kecil. jadi aku sangat bersetuju dengan artikel tersebut. jadi aku dan saiful cuba sedaya-upaya menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh raina.

tapi di sini tidaklah bermaksud kami langsung tidak menggunakan bahasa pelat dalam menarik perhatian raina cuma kami hadkan penggunaannya. tapi dalam masa yang sama kami cuba zero kan penggunaan bahasa pelat ini apabila raina semakin membesar kini. sebab si kecil akan lebih cepat menangkap dan faham apa yang kita cuba sampaikan dengannya.

sebagai contoh jika aku mahu memberi raina susu aku akan bercakap dalam bahasa yang mudah " raina nak susu ye?" dan kadang-kala aku akan bercakap begini "raina nak air ye?" kadang-kala aku terpaksa menggunakan perkataan 'AIR' bagi menggatikan perkataan 'SUSU'. ini disebabkan raina masih mengganggap 'AIR' itu adalah 'SUSU'. selalunya raina akan cakap 'AIR...AIR...AIR...'. maksud di sini raina mahukan susu bukannya air. jadi dalam masa yang sama kami cuba memperbetulkan tanggapan raina yang salah terhadap bahasa yang digunakan itu.

tapi agak mustahil dalam masa terdekat kami dapat memperbetulkan bahasa fahaman raina itu. oleh kerana raina baru berusia 11 bulan jadi pendekatan yang kami gunakan cuba sebaik mungkin memperbetulkan bahasa raina tanpa cuba tidak menggunakan bahasa pelat dalam komunikasi seharian kami.


Hello Raina :)

PENDAPAT AKU : tidak wajar menggunakan bahasa pelat sebagai bahasa seharian. kita sebagai ibu bapa perlu cuba zero kan penggunaan bahasa pelat tersebut demi kebaikan pertumbesaran dan pembelajaran si kecil. jadi aku tidak tahu kenapa ramai ibu bapa di luar sana sangat teruja dalam menggunakan bahasa pelat terhadap si anak. tapi aku tidak boleh menghalang. kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mengajar anak masing-masing. jadi jangan salah anggap terhadap pendapat aku. ini hanyalah pendapat aku saja :).

oh ye hari ini genap umur Raina 11 bulan.
HAPPY 11 MONTHS RAINA EVAQAIRINA

Wednesday, October 13, 2010

Shah Alam - Kelana Jaya

Setiap hari aku menempuh jalan jam di federal highway. semakin lama aku menempuh situasi ini semakin buat diri aku tension yang amat. mahu saja aku menjerit kuat-kuat dalam kereta. situasi ini juga buat aku bosan. tahap bosan yang boleh menjengkelkan jiwa aku kadang-kala.

sampai bila? selalu soalan yang sama berlegar-legar di otak fikiran aku.

punch card aku selalunya akan berwarna merah berbanding berwarna hitam. sekarang ini di office aku menggunakan sistem thumb print. tidak lagi sistem menggunakan card. jadi aku selalu terkejar-kejar masa supaya bacaan thumb print aku itu kurang dari jam 8.30 pagi. tapi kadang-kala aku tewas bila sistem menunjukkan jam sudah mahu berganjak ke angka 9 pagi. tension okeh!

aku bangun seawal jam 5 pagi. seperti biasa aku bagi raina susu, tukarkan pampers raina, siap-siapkan raina, iron baju aku, saiful dan raina (iye memang tabiat aku iron baju raina sebab aku tak suka anak aku nampak selekeh w/pun di rumah babysitter), dan kadang-kala aku masakkan bubur raina. selalunya saiful yang masak bubur untuk raina. tapi apabila datang mood rajin aku, memang aku yang akan buat sendiri bubur untuk raina.

jadi aku terkejar-kejar masa.
PUNG PANG PUNG PANG...
jam sudah ke angka 6.30 pagi. barulah aku terhengeh-hengeh untuk mandi dan bersiap segala untuk ke tempat kerja.

dulu masa aku duduk di kelana jaya, jam 8.20 pagi pun aku masih boleh relaks. sebab dari rumah sewa aku di kelana jaya itu sangat dekat ke tempat kerja. jalan kaki pun boleh.

bila aku berpindah ke shah alam, semua situasi itu bertukar. kita bukan saja mahu berfikir untuk diri-sendiri tetapi kena fikir untuk suami dan anak. dulu bujang sekarang dah ada suami. dulu tak ada anak. sekarang dah ada anak.

kalaulah tempat kerja dekat dengan rumah aku, alangkah bagusnya bukan?

balik kerja pun tentunya awal. boleh luangkan masa lebih sedikit untuk raina. solat maghrib dengan tenang. boleh masak tanpa tergesa-gesa. boleh kemas rumah segala. aku dah naik muak bila hari-hari sampai rumah apabila matahari dah terbenam.

Shah Alam - Kelana Jaya
jika naik kereta memang dekat. tapi apabila sudah terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas terasa mahu keluar kereta pastu naik basikal. mungkin lebih laju naik basikal dari naik kereta.
mungkin :D

Monday, October 11, 2010

Berdoalah kamu

Aku percaya Allah S.W.T itu maha mendengar setiap doa yang hamba-hambaNya pohonkan. sebagai hambaNya kita perlu berdoa jika kita mahukan sesuatu. tetapi jangan pula hanya berdoa tanpa berusaha. semua perkara atau benda yang kita mahu perlukan usaha. bukannya boleh datang bergolek atau jatuh ke riba. itu sangat mustahil kecualilah engkau bermimpi atau berada di dalam alam fantasi seperti ala-ala filem magika itu mungkin.

jika kamu mahukan sesuatu atau kamu di timpa kesusahan atau kamu rasa gelisah gundah-gulana atau dalam apa-apa situasi pun yang memerlukan kamu berdoa kepadaNya berdoalah.

tidak kira ketika kamu berada di depan komputer
tidak kira ketika kamu sedang makan
tidak kira ketika kamu sedang menonton cerita kegemaran kamu
tidak kira ketika kamu tengah memasak
tidak kira ketika kamu sedang drive
tidak kira ketika kamu sedang lepak di kedai mamak
BERDOALAH

dan semestinya BERDOALAH selepas setiap kali kamu selesai menunaikan solat. InsyaAllah setiap doa-doa kita itu pasti di dengar oleh Allah S.W.T dan akan dimakbulkan. tidak kisah lambat mahupun cepat. Allah S.W.T itu maha mendengar.

jangan berputus asa jika doa kamu lambat dimakbulkan. itu bermakna Allah S.W.T mahu menguji kamu dan sayang kepada kamu. kita perlu melaluinya dengan sabar. jika doa kita cepat dimakbulkan kita perlu panjatkan dengan penuh kesyukuran.

Alhamdulilah aku dapat rasakan Allah S.W.T itu sangat dekat dengan diri aku setiap kali aku menunaikan solat dan berdoa selalu kepadaNya. aku rasa tenang bila aku berdoa kepadaNya. Dia adalah pendengar yang paling terbaik buat kita. oleh itu jangan putus asa dalam BERDOA. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya.

Thursday, October 7, 2010

Emosi marah

Nota awalan entri : ini hanya penulisan aku saja. jiwa aku tidak marah ketika ini. hanya penulisan semata-mata. bukan emosi aku ketika ini :).

bagaimana kamu mengawal emosi marah kamu?

Untuk diri aku,
JAWAPAN : aku akan mendiamkan diri sampai aku cool. engkau menbebel-bebel macam mana sekalipun aku akan kunci mulut aku dari berkata apa-apa sekalipun.

sebab apa?

jika aku betul-betul marah dan tak dapat mengawal emosi kemarahan aku jawapannya akan ada telinga yang berdesing dengan kata-kata aku yang pedas. mungkin. sebab itu langkah pertama aku better mendiamkan diri sampai aku betul-betul cool. selagi aku boleh mengawal emosi kemarahan aku selagi itu aku cuba kawal sebaik mungkin.

cool is better bukan? dari api yang panas membara tapi hasilnya makin marak tanpa ada jalan keluar.

cool babe :)

Monday, October 4, 2010

Dunia si kecil

Gambar dari Ladynoe : Raina dan Sabrina

Dunia si kecil sangat indah bukan? bermain, minum susu dan tidur. bila ada yang tak kena dia pasti menangis. so bila si kecil menangis tu mesti ada benda yang tak kena. bila sudah besar sedikit dunia si kecil makin luas. si kecil akan memanjat, mengigit apa-apa barang yang berada di depan mata w/pun habuk bersaiz kecil atau sehelai rambut sekalipun pasti jawapannya masuk mulut. haha.

macam raina jumpa semut pun dia nak kutip masuk mulut. nasib baik tak jumpa taik cicak. sah-sah masuk mulut jugak kot. yes. sebab dulu aku masa kecik-kecik ibu aku cakap aku pernah makan taik cicak. sila jangan gelakkan aku. buat masa nie raina belum jumpa lagi taik cicak. harap-harap di jauhkan. nanti jenuh aku nak bersihkan mulut dia pulak.

itu belum lagi bila si kecil dapat kaki. bila dia dah pandai jalan lagilah luas dunia si kecil. aku tak sabar nak tengok raina berjalan terkedek-kedek sambil aku berlari-lari anak mengejar raina. indah bukan? sekarang nie pun aku dah nampak keindahan tu apabila raina mula merangkak pada usia 6 bulan lebih dia dah pandai main kejar-kejar dengan aku okeh. cuma situasinya berbeza. dia yang akan kejar aku. kadang-kadang raina suka kejar atok dia. disebabkan kaki atok raina sakit bila memijak lantai so atok raina akan pakai selipar di dalam rumah. masa nie lah raina akan kejar atok dia dengan merangkak laju-laju untuk dapatkan selipar atok dia tu.

sekarang nie raina dah pandai marah. kalau dia marah dia akan cakap "huh". aku dengan saiful pasti bantai gelak bila raina cakap "huh". sebab kami tahu dia tengah marah. Indahnya jadi si kecil. dia marah pun nampak sweet. cuba kalau orang tua marah buruk rupa dengan muka masam mencuka tu. haha.

Sejak aku pergi rumah ladynoe hari tu aku tertarik hati dengan pool pink sabrina. aku rasa pool tu sangat bagus untuk si kecil bermain-main di situ. jadi last week aku dan saiful pergi ke tesco mencari pool tersebut. Alhamdulilah raina suka bermain-main di dalam pool pink tu. aku longgokkan semua permainan raina di dalam pool tu then raina dengan sendirinya akan masuk dalam pool tu untuk bermain. hah time nie kalau dia leka bermain kita panggil dia pun dia tak sedar. punya kusyuk dia main. thanks noe.

oklah stop sini dulu. tiba-tiba aku jadi rindu dengan raina. time kusyuk menaip pun boleh ingat anak. indahkan bila dah jadi mama nie? tengah apalah anak dara aku nie sekarang? tengah main-main kot :)

Hello Raina Evaqairina,
anak mama tengah apa tu?
:)

Friday, October 1, 2010

Kisah driver lori otak cerdik

AMARAN : entri ini agak panjang. sila baca dengan ikhlas dan sabar . anda akan dapat manfaat dari entri ini. InsyaAllah.

dari semalam aku terfikir-fikir perlukah aku membuat entri ini? tapi aku rasa perlu sebab ada sesuatu yang perlu aku kongsi di sini tentang kisah seorang driver lori yang mempunyai otak yang sangat cerdik pandai menguruskan kehidupan dia sebagai seorang suami dan anak-anak dia. aku teruja betul dengan engkau bro. gua salute sama lu.

semalam,
aku ada kerja luar di hutan melintang. sudah lama tidak ke sana. last aku ke sana time aku disahkan pregnant 5 minggu. sejak itu aku tak ke sana atas sebab-sebab aku pregnant. jadi semalam aku pergi lagi ke sana selepas sekian lama tidak jejakkan kaki ke sana.

seperti biasa akan ada orang yang menghantar aku ke sana. sorry beb aku tak suka nak drive ke tempat jauh-jauh. semasa dalam perjalanan ke sana aku berborak panjang dengan bro nie. sedia maklum aku bila sudah mula bercerita seperti keretapi bergerak laju itu. haha.

mula-mula borak biasa-biasa saja. sampai satu time kami bercerita tentang aset. aku terkejut beruk ye sebab bro nie mempunyai aset yang aku sendiri pun belum ada. gila ke apa ni? mimpi ke apa ni? "nurul masih muda jangan fikir nak beli kereta baru, tukar kereta baru yang penting rumah. rumah ada nilai yang sangat tinggi". aku telan air liur sebab aku dan saiful sekarang dalam proses berkaitan kereta. tiba-tiba malu kat bro tu dan malu kat diri-sendiri. eh eh bro nie macam tahu-tahu lah pulak.

pot pet pot pet pot pet (aku jakun dan teruja dengar dia bercerita)

bro ini mulalah menceritakan bagaimana dia berusaha membeli rumah dengan kerja hanya sebagai driver lori itu. dan selepas 5 thn dia menjual semula rumah tersebut dengan harga yang berlipat ganda dan dia membeli lagi rumah yang harganya lebih mahal dari harga rumah yang di jual itu. bijak sungguh bro nie bukan?

bro nie ada 3 orang anak dengan isteri tidak bekerja. tapi dia mengaku dia mampu sara keluarga dia. dia ada tanggungan lain tetapi dia masih mampu. baguskan? aku teruja sangat sebab aku pernah tengok macam mana dia kerja berat sebagai driver lori tu tapi dia diam-diam berisi. itu yang buat aku salute sangat dengan dia.

bro nie juga menceritakan pengalaman dia sebelum kahwin dulu yang dia pernah membuat 3 kerja dalam satu masa dan dia membuat saving setiap bulan sebanyak rm1000. setiap bulan amount itu yang dia akan simpan di bank. baguskan?

sebelum raya hari tu, dia boleh ronovate rumah, cat kereta dengan color baru, dia buat itu ini. cuma ada satu jalan mahu melembutkan hati isteri dia dari mahu bershopping sakan apabila tiba waktu raya. jalan terbaik adalah pysco si isteri. "yang... abang ada duit yang di simpan. kita nak ronovate rumah atau shopping? kalau ronovate rumah nanti rumah nampak cantik ada faedahnya dari pergi shopping tak ada faedahnya." dan isteri bro nie lebih rela hati memilih ronovate rumah. baguskan?

kesimpulan dari apa yang bro nie cerita kat aku supaya rezeki sentiasa bertambah adalah :

1) ikhlas menolong orang tua terutama ibu bapa kita. beri duit kepada ibu bapa kita w/pun sedikit. InsyaAllah ibu bapa kita akan mendoakan rezeki untuk anak-anak mereka.

2) solat. jangan tinggal solat.

3) jangan berkira tentang duit. patutlah bro ni selalu belanja aku makan setiap kali aku outstation sebab dia tak pernah berkira tentang duit. aku nak bayar pun dia tak mahu. dia tetap nak belanja aku. bro ni kata jika kita ikhlas InsyaAllah ada rezeki kita nanti.

4) buat baik dengan sesama manusia. biar orang kenakan kita tapi kita jangan kenakan orang.

5) jangan mengikut kehidupan orang yang nampak mewah yang sebenarnya dikelilingi hutang yang kita sendiri tidak tahu. ikut cara kemampuan kita dan apa yang penting aset jangka panjang bukannya aset jangka pendek seperti HP baru, kereta baru, pakaian baru bla bla bla...

aku hargai nasihat bro tu. sebenarnya dah lama aku dalam usaha mencari rumah dengan harga yang berpatutan. aku target selepas beberapa plan aku nie selesai terus aku ON dengan pembelian rumah itu. dan aku sudah lama dalam usaha saving dan mempunyai rekod sendiri yang aku tulis dalam buku peribadi aku. wish me luck. InsyaAllah.

terima kasih driver lori. kamu driver lori yang cerdik pandai.
gua salute sama lu lah bro.