Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 30, 2010

Wajib baca : mandi wajib

Artikel ini aku hanya copy dan paste dari seseorang di FB. sebelum publish, aku telah meminta izin darinya yang menggelarkan namanya umi. cukup manis namanya. kepada umi, terima kasih kerana memberi persetujuan keizinan kepada akak.

NOTA AWALAN ENTRI : entri ini telah diringkaskan tetapi masih memelihara isi penting yang di tulis penulis asal. entri ini wajib di baca. ada ilmu yang hendak di kongsi bersama. selamat membaca.

info dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, di dapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh di pandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu di tocang atau di sanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah di buka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah di basuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak iaitu mandi wiladah.

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

aku harap ada ilmu yang dapat di pelajari dari artikel ini. bila aku baca artikel nie, aku jadi macam takut. aku takut kalau-kalau mandi wajib aku selama nie tak sah. ialah kita nak solat mesti dalam keadaan suci kan? jadi mandi wajib tu sangat penting.

paling aku terkilan sampai ke hari ni aku lupa nak mandi wiladah. serius aku terkilan sangat. sedangkan masa aku tengah pregnant dulu aku banyak kali ingatkan diri aku supaya mandi wiladah apabila selesai proses melahirkan anak. selepas habis pantang tak silap aku, baru aku ingat akan mandi wiladah nie. rasa nak tampar jer diri-sendiri. cit! macam mana aku boleh lupa.

sebenarnya mandi wiladah dan mandi nifas berbeza. ramai perempuan yang tak tahu akan hal nie. perasaan terkilan aku nie sampai membuatkan aku berkali-kali bertanyakan hal ini kepada ibu aku. jadi aku terpaksa juga buat w/pun selepas habis pantang. maksudnya, aku buat dan aku hanya redha je amalan aku nie kepada Allah S.W.T.

kita hanya manusia biasa. masih tahap belajar untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Monday, November 29, 2010

Cakap kosong

Aku sebenarnya paling tak selesa dan kalau boleh nak hindar terus dengan orang yang jenis suka cakap lebih-lebih tetapi apa yang dicakapkan tu hanya cakap-cakap kosong saja. Cerita bagai nak rak ada itu ini, nak buat itu ini tapi sebenarnya tiada satu point pun cakap-cakap itu boleh digunapakai. Senang cerita tak perlu ambil pusing semua cerita yang diceritakan oleh orang jenis macam nie.

Tapi selalunya jika aku tak mahu kecilkan hati sesiapa aku akan jawab seperti “oh ye ke?” atau “ohhh” ataupun paling simple aku akan diam tanpa bercakap apa-apa, angguk-angguk sikit dan senyum saja.

Aku banyak kali jumpa orang yang suka cakap-cakap kosong macam nie. Dia cakap dia banyak kawan dengan golongan orang yang berada dan berharta dan boleh tolong dia untuk buka bisnes itu ini dan kalau nak duit tu anytime seperti petik jari saja dah boleh dapat. Nak beli kereta besar, nak buat rumah besar dan paling kelakar sekali nak tolong aku dapatkan kerja dalam sektor government. Katanya dengan pengaruh yang dia ada aku akan senang dapat keja government. Pengaruh apa yang dia ada sedangkan diri-sendiri pun tak bekerja. Kenapa tak dia sendiri yang kerja government tu? Aku pelik bila dia mula memperkatakan tentang ini. Tapi aku selalunya sekadar senyum saja.

Nak ‘kencing’ tu agak-agak lah bro.

Ada juga orang yang jenis suka mengangung-agungkan suami. Bagitahu suami kerja bagus gaji mencecah RM5000 ke atas. Ada 3,4 biji kereta. Tiap-tiap bulan suami bagi duit sekian sekian amount, bla bla bla. Tapi bila psycho sikit baru tahu dia cakap kosong rupa-rupanya. Nak tak nak senyum dan layan sajalah dia bercerita.

Tapi bagi aku kisah hal dalaman dan celah-celah kain rumahtangga tak perlu kot nak cerita kat orang lain. Rasanya memang tanggungjawab suami pun nak bagi duit tiap-tiap bulan tu tapi tak perlulah kot nak dedahkan berapa amount duit yang di beri suami. Itu not nice. alamak dah terlari sikit dari topik asal. Maaf ye.

Ok berbalik pada cerita asal,

Kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa ada orang jenis ini. Dan aku buat kesimpulan sendiri, mungkin orang jenis macam nie dia teringin nak jadi seperti orang lain yang hidupnya lebih baik dari dia tapi nasib dia tidak sehebat mana. Jadi jalan terbaik untuk puaskan hati sendiri adalah dengan cara bercakap kosong seperti angin yang berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan pun.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, lebih baik orang yang suka cakap kosong dari orang yang suka cakap putar-belit dan menipu orang. Lagi pening kot nak layan orang jenis cakap putar-belit kan?

Apa-apa pun apa yang penting orang tu tak kacau dan ambil tahu tentang hidup kita, itu sudah cukup baik bagi aku.

So layan sajalah cerita-cerita mereka. Bukan luak pun :).

Friday, November 26, 2010

Isu kurus gemuk

alangkah bestnya jika jadi seorang perempuan yang kurus? semua jenis baju dan fesyen boleh sarung. beruntung sekali.

baru-baru nie adik aku ada shoot untuk model yang cantik, kurus bla bla bla. memang cantik okeh model nie. make up simple-simple pun nampak cantik. kenapa kebanyakan model mesti ada pakej dia kena kurus? jarang sekali orang nak shoot model yang gemuk dan tak mempunyai bentuk badan yang menarik. contohnya macam aku nie. hehe.



kalau nak tahu, ibu aku baik hati meminjamkan semua koleksi baju-baju dia semasa zaman muda dan anak dara dulu. cuba tengok model tu pakai baju tu? macam longgar sikit kan? tapi hakikatnya baju tu memang kecik yang amat. ini bermakna model itu sangat kurus.

bayangkan aku sendiri pun tak boleh sarung baju-baju koleksi ibu aku tu. dulu sebelum aku kahwin adalah sehelai dua yang aku boleh sarung tapi itupun macam sendat dan susah aku nak bernafas. seksa siot. kasihan betul kat aku.

ibu aku cakap, dia lebih kurus dari aku semasa zaman anak dara dulu. aku dengar pun macam tak boleh terima kenyataan. ibu aku cakap zaman dulu dia mana ada nak amalkan makan KFC ke MC D ke. ibu aku amalkan makan ulam-ulam, sayur yang pahit-pahit dan entah apa-apa lagi. sampai sekarang ni pun ibu aku masih amalkan.

aku?
jangan harap aku nak makan sayur yang pahit-pahit tu.

aku rasa dah macam putus asa nak diet. aku macam redha je. tapi bila aku pandang saiful aku jadi risau semacam. aku risau dan terfikir-fikir apalah agaknya dalam hati dan otak saiful kutuk bentuk badan aku nie. ke aku sorang je berperasaan macam tu? entahlah.

tapi suami kena jaga jugak kan? tak kan nak selekeh jer memanjang.
tak pe lah aku cuba juga mencantikkan diri aku nie.
InsyaAllah aku cuba yang terbaik.

P/s : aku makin galak belajar make up. terutamanya belajar bagaimana nak bagi mata nampak cantik. wahhh cantik sangat ke? nurul, jangan perasan.

Tuesday, November 23, 2010

Setahun Raina Evaqairina


Sepatutnya entri ini aku nak buat pada 19/11/2010 hari tu sempena genap umur raina setahun. Tapi dari pagi raya aidiladha tu selepas saiful selesai solat raya terus kami balik banting. Kebetulan aku memang cuti panjang. Saja nak habiskan masa bersama family. So niat nak menulis kat blog nie aku tangguhkan disebabkan servis broadband pun lembab.

Aku sampai sekarang macam tak percaya anak aku tu dah setahun umurnya. Aku rasa macam aku baru saja melahirkan dia dan baru saja mengalami proses berpantang. Cepat betul masa berlalu.

Aku dah lama nak buat entri nie. Sebelum umur raina setahun pun aku dah ada niat nak buat entri khas untuk raina sempena umur raina setahun. Sebab selalunya aku selalu berbual-bual dengan raina ceritakan detik macam mana aku mengandungkan dia, macam mana aku melahirkan dia dulu. w/pun aku tahu raina tak faham lagi apa yang aku ceritakan.

Pernah beberapa kali tu masa aku tengah syok sangat cerita dengan raina aku tak perasan yang air mata aku keluar. Nak tahu apa respon raina? Dia akan tepuk-tepuk pipi aku dengan tangan dia. Kadang-kadang dia lagakan pipi dan muka dia kat muka aku. Mungkin dia nak pujuk aku kot.


Untuk Raina Evaqairina,

Kalau raina nak tahu mama mengandungkan raina selama 9 bulan lebih. Masa mama mengadungkan raina, macam-macam dugaan yang mama tempuh. Dulu papa selalu outstation. Mama jarang jumpa papa. Kadang-kadang seminggu cuma sehari je mama jumpa papa. Tapi mama tak kisah sangat sebab masa tu mama dah ada raina. w/pun raina masih dalam perut tapi mama rasa raina sentiasa ada dekat dengan mama.

Bila mama rindu papa ke, bila mama tengah tension ke, bila mama tengah hepi ke semuanya mama akan ceritakan kat raina sambil usap perut mama. raina ingat lagi tak mama selalu buka CD Al-Quran bagi raina dengar? Raina ingat lagi tak mama nyanyi lagi ABC, 123, selawat semua tu? Raina selalu akan bergerak-gerak dalam perut mama bila mama nyanyi atau bercakap dengan raina. Raina suka ye?

Kalau tak silap mama pada usia 7 bulan mama mengandungkan raina, mama jatuh teruk depan opis mama Masa tu mama rindukan papa. Fikiran mama melayang entah ke mana sampai mama tak sedar mama terjatuh. Mama menangis risaukan raina.

Malam tu lepas berbuka puasa, terus tok wan raina bawa mama pergi klinik. Doctor lakukan full detail scan 3D/4D. nasib baik raina tak apa-apa. Tapi sampai sekarang mama ingat lagi raina jelirkan lidah masa doctor sedang imbas perut mama. doctor pun tergelak tengok aksi raina. Nakal betul raina ye. Marahkan mama ye sebab mama jatuh. Maafkan mama ye raina.



pada minggu ke 37 pagi khamis tu, mama dah dapat rasakan yang mama akan bersalinkan raina. Sebab pagi tu mama tengok ada keluar tanda berupa darah. Tapi mama gagahkan juga pergi opis. Kalau raina nak tahu mama drive sendiri pagi tu. Sebab papa ada keja luar. mama pun tak kisah sangat masa tu sebab papa kerja pun cari rezeki untuk kita.

Papa cakap dia tak tahu pun kalau keluar tanda darah tu bermaksud mama akan bersalin dalam waktu terdekat. itu pun kawan papa yang bagitahu papa. Maklumlah anak sulung. Mana papa tahu kan?

Petang tu mama pergi ke hospital dengan papa, tok wan dan pak usu. masa tu mama dapat rasakan kerisauan semua orang. Tapi semasa dalam kereta on the way ke hospital, mama berlagak cool dan relaks saja. Sedangkan masa tu mama dah sakit sangat. Rasa macam nak menjerit sekuat hati saja.

Ketika di hospital, mama dah rasa seram sejuk. Mama takut sangat. Tapi mama rasa sakit contraction tu mengatasi segala ketakutan mama ketika itu. Mama redha saja. Kalau raina nak tahu mama tak pandai push nak keluarkan raina. Puas doctor dan nurse ajar mama. nasib baik papa raina ada kat sebelah mama bagi semangat.

Disebabkan mama tak pandai curi nafas ketika push nak keluarkan raina kepala raina yang dah keluar separuh itu termasuk balik entah berapa kali mama tak pasti. Sebab itu bahagian belakang kepala raina sampai sekarang ada sedikit lekuk. Maafkan mama ye raina.

Alhamdulilah raina dilahirkan sempurna. Mama bersyukur sangat. Masa tu semua orang termasuk doctor dan nurse yang sambut raina cakap kat mama raina dilahirkan dengan rambut lebat, hidung mancung tapi mata raina sepet sikit. Hehe. Raina banyak ikut muka papa. Sampai sekarang pun muka raina sebijik macam papa.


Bermula saat itu mama dan papa belajar menjaga raina. Banyak yang mama dan papa belajar. Memang mencabar nak jaga raina semasa mama dalam pantang dulu. Raina susah nak tido malam. Tapi raina suka tido pada sebelah siang.

Mama dan papa juga melihat perkembangan raina dari raina tak pandai apa-apa sampai raina dah pandai dan belajar macam-macam sekarang. Alhamdulilah. Mama nak tuliskan semua perkembangan raina dalam entri ini. Supaya nanti bila raina dah besar nanti bolehlah raina baca apa yang raina belajar semasa kecil dulu tau.



Usia 3 bulan : raina dah pandai meniarap. Masa ni mama risau sebab mama tengok ada anak kawan mama pada usia 2 bulan lebih dah pandai meniarap. Alhamdulilah pada usia 3 bulan akhirnya raina pandai meniarap. Raina juga dah pandai pegang botol susu sendiri w/pun masih tidak kukuh.

Usia 4 bulan : raina dah pandai berguling-guling. Sampai sekarang kalau mama tengok video raina belajar berguling tu mama akan gelak. Sebab aksi raina tu betul-betul mencuit hati mama.

Usia 6 bulan : raina dah pandai duduk sendiri. Raina juga dah belajar mengengsot, mara dan merangkak. Raina juga dah mula tumbuh gigi dan mama ajar raina berus gigi. Raina juga dah pandai sebut perkataan “mama”. mama rasa ketika umur raina 6 bulan ini banyak sangat yang raina belajar.

Usia 7 bulan : raina makin laju merangkak. Raina juga dah pandai berpaut dekat mana-mana untuk berdiri.

Usia 8 bulan : raina dah mula berdiri dan lepaskan kedua-dua tangan raina dan mula nak belajar bertatih. Masa ni mama yakin yang raina akan berjalan pada usia 9 bulan atau 10 bulan. tetapi semasa raina kemaruk nak belajar bertatih raina kena demam panas dan juga demam campak. Terus raina tak mahu bertatih lagi. Puas mama pujuk dan ajar raina. Masa tu mama redha saja jika impian mama nak tengok raina berjalan awal tidak kesampaian.

Usia 10 bulan : masa nie raina kembali kemaruk nak bertatih semula. Masa nie mama hepi sangat sebab raina nak buat bertatih semula.



Usia 11 bulan : raina dah pandai berdiri sendiri. Bila mama cakap “up raina” terus raina berdiri sendiri dan berjalan. Masa nie mama, papa, atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu semua tak percaya secara- tiba-tiba raina berjalan bertapak-tapak di rumah atok dan tok wan. mama pelik kenapa raina tak selalu buat bertatih di rumah sendiri. Tok wan raina cakap mungkin rumah atok luas jadi raina lebih selesa berjalan bertapak-tapak tu di rumah atok. Alhamdulilah sekarang mama tengok raina makin laju berjalan w/pun kadang-kadang raina terjatuh ketika berjalan.

Impian mama tetap tercapai mahu lihat raina berjalan sebelum umur raina setahun. Jadi mama tak percayakan cakap-cakap orang atau mitos yang mengatakan kalau baby tumbuh gigi dulu kemungkinan lambat berjalan. Sebab raina tumbuh gigi pada usia 6 bulan tapi raina juga dapat berjalan awal pada usia 11 bulan. mama yakin semuanya bergantung pada tahap kecergasan setiap baby itu sendiri dan pendedahan yang dilakukan untuk support setiap baby itu. Apa-apa pun mama bersyukur sangat. Alhamdulilah.

Oklah raina, mama harap raina menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Mama harap raina menjadi manusia yang berguna kelak. Raina jangan lupa pengorbanan mama melahirkan raina. jangan lupa juga pengorbanan papa juga yang bekerja keras mencari rezeki untuk kita. Lagi satu jangan lupa juga jasa atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu. kami semua sayang kat raina.

I love u Raina Evaqairina :)

Friday, November 12, 2010

Tentang gambar dan video





Selamat petang :)

berkaitan flyers di atas, ini adalah bisnes adik-adik aku sebenarnya. ayat macam ramai sangat adik aku kan? adik aku cuma dua orang je :). aku yang sulung. sebagai kakak yang sulung aku secara sukarela membuat entri nie. harap adik-adik aku hargai kakak diaorang nie okeh.

untuk photographer tu dikendalikan oleh adik bongsu aku. dia nie dulu lebih kurang anak murid aku dalam hal editing gambar. tapi sekarang nie dia dah melawan sifu nampak gayanya sejak sambung belajar nie :). Alhamdulilah berkat kesunggahan dia pergi outting dengan bro kukubesi dan seangkatan dengannya dalam bidang nie nampaknya makin membuahkan hasil. Alhamdulilah. masih tahap budak baru belajar. InsyaAllah aku sebagai kakak doakan yang baik-baik saja.

untuk videography, dikendalikan oleh adik prempuan aku bersama suaminya. rasanya tak perlu risau bab kualiti sebab adik ipar aku tu memang berpengalaman dalam bidang penyiaran dulu. aku pun dah tengok beberapa contoh video client mereka. memang superb dan sesuai dengan harganya.

kepada sesiapa yang mahukan gambar atau video pada harga berpatutan, bolehlah mencuba perkhidmatan adik-adik aku nie. InsyaAllah kami akan cuba berikan yang terbaik untuk anda :)

Thursday, November 11, 2010

Entri pendek (1) : sms

Semalam saiful sms aku bertanyakan sesuatu.

saiful : "sayang dah sampai ke?" (maksud sms saiful nie bertanyakan samada aku dah sampai office atau belum).

dalam hati aku berkata 'laki aku nie bodek ke?' sebab malam sebelum tu aku merajuk tak mahu bercakap dengan saiful. dia masakkan mee tapi aku tak mahu makan malam tu. alasan aku adalah diet. padahal perut aku dah berbunyi. segala macam bunyi ada.

aku : "amboi" (aku tertekan button hp aku tulis perkataan AMBOI bukan perkataan BODEK)

itulah dalam hati nak tulis lain tapi tangan laju jer tekan tulis lain. entri ini tiada apa-apa motif sebenarnya. cuma kesimpulannya jika mahu menulis otak, hati dan anggota badan kena sama berhubung supaya hasil yang dikeluarkan sama dengan apa yang berada di dalam otak pemikiran kita.

ok itu saja.
selamat petang :)

Wednesday, November 10, 2010

Saling memerlukan tapi ada batasan

Kebiasaannya setiap pasangan memerlukan antara satu sama lain. tidak kiralah pasangan suami isteri atau pasangan yang tengah kemaruk bercinta. memerlukan dari segi bantuan pertolongan contohnya.

jika pasangan suami isteri, selalunya isteri yang banyak bergantung dengan suami. aku memberi pandangan ini atas pemerhatian aku. aku tak cakap semua macam tu. segelintir saja. tapi kebanyakan macam tu kan?

nak bayar bil seperti bil api, bil air mesti berharap suami yang uruskan.
nak pergi ke kedai beli santan kelapa pun minta tolong suami.
nak beli lipstik yang dah habis pun minta suami temankan.
ini sebagai contoh saja.

alasan isteri?
tak reti nak bayar bil-bil tu sendiri. malu.
tak pandai drive. macam mana nak pergi ke kedai?
siapa nak uruskan anak jika keluar berdua saja dengan anak?

itu semua jawapan yang sangat tipikal bagi aku.

lainlah kalau suami free dan ada masa yang sangat banyak untuk bersama isteri dan anak. kalau situasi macam ni oklah. boleh di terima dek akal. boleh keluar bersama-sama dengan suami. dan suami juga boleh uruskan segala urusan yang berkaitan hal rumahtangga.

tapi kalau suami yang selalu pergi outstatsion atau ada hal lain yang lebih penting bagaimana? isteri pula keras hati tak mahu uruskan semuanya sendirian. nak tunggu suami jugak uruskan. suami pun bebel-bebel minta berdikari sendiri tanpa bergantung sangat dengan suami. tapi isteri tetap keraskan hati. alasan isteri, dia perempuan dan suami pulak lelaki. jadi suami yang harus uruskan semuanya.

huh! alasan yang tak boleh digunapakai okeh.

bagi aku, kita sebagai isteri memang memerlukan suami kita tapi ada batasannya. kita sebagai isteri perlu juga belajar berdikari. maksud aku di sini, kita tak perlu terlalu nak bergantung dengan suami. isteri perlu belajar drive untuk keperluan diri sebenarnya. isteri perlu belajar buat sesuatu itu sendiri seperti pergi ke kedai sendiri sebagai contohnya.

macam aku pulak, memang aku dah biasa berdikari sendiri. sebab saiful pun memang jenis kerja luar. dulu dia selalu tak ada di rumah. sejak ada anak ni saja dia banyak habiskan masa kat rumah. jadi aku macam dah terbiasa uruskan sendiri jika saiful kerja luar atau ada hal yang lebih penting.

sudah jadi kebiasaan aku, jika saiful tak ada kat rumah dan memerlukan aku keluar untuk membeli barang dapur contohnya, aku dan raina akan keluar berdua saja. memang mencabar jugaklah. tapi aku bagi raina duduk dalam troli dan aku tolak jer troli tu. senang bukan? hehe.

pernah sekali tu aku terpaksa drive berdua saja bersama raina dari rumah family di banting untuk pergi ke PJ tak silap aku. aku memang dah terbiasa drive sendirian bawak raina. maklumlah saiful kadang-kadang kerja tak tentu masa. Alhamdulilah raina jenis senang nak duduk dalam kereta jika kita pasangkan radio atau CD Al-Quran. dia memang layan habis radio dan CD Al-Quran tu. kadang-kadang sampai tertidur. so senang sikit kalau aku nak drive.

so pada pendapat aku, isteri perlu juga belajar berdikari. jangan terlalu bergantung dengan suami. cuba jadi seorang perempuan yang boleh buat apa saja tanpa bantuan suami. jangan tunjuk sangat yang perempuan ni lemah dan tak kuat. sebenarnya lelaki lebih suka dan lebih sayang dengan perempuan yang pandai berdikari tanpa banyak bergantung denganya.

perempuan kan hebat? :)

Tuesday, November 9, 2010

Continue : jadual pemakanan si kecil (part 2)

Assalamualaikum :)

Dapat aku rasakan yang aku dah mula malas nak update blog. aku selalu tersidai kat twitter. Sampai nak jenguk blog sendiri pun macam ada satu perasaan malas jer. Ok hari nie aku cuba rajinkan diri aku untuk menulis.

Di entri yang lepas aku berjanji nak share jadual pemakanan Raina kan? ok hari nie aku cuba share apa yang patut. jika ada menu yang lebih bagus dan lain dari menu aku nie bolehlah share dengan aku ye.

Sebenarnya aku tidaklah hebat mana dalam memasak. semasa mula-mula nak sediakan bubur Raina pun aku terkial-kial belajar dari ibu aku. Selepas tu, untuk mahirkan skill memasak aku tu, aku belajar dengan Saiful. Segan sebenarnya nak tulis kat sini. tapi terpaksa mengaku.

Alhamdulilah sekarang aku dah mahir buat bubur dan macam-macam menu untuk Raina. Berkat belajar dari orang yang lebih tahu. Syukur Alhamdulilah.

Aku tak pasti jadual pemakanan anak orang lain macam mana tapi untuk anak aku nie memang kadang-kadang lebih 3 kali makan dalam sehari. Raina memang kuat makan walaupun badan dia kecik jer sebenarnya. Cuma nak bagi Raina makan tu kena bersikat sikit. Sebab Raina suka menepis-nepis dengan tangan. Tapi dia memang suka makan. Tengok pada mood Raina. Berat badan dia pun yang terbaru cuma 8.4kg. Alhamdulilah doctor kata normal dengan berat Raina semasa lahir dulu yang sememangnya kecik jer 2.37kg. Apa-apa pun yang penting anak sihat kan?





Jadual pemakanan raina
pagi :
- sarapan dengan nestum. kadang-kadang di beri buah macam pisang. Ikutkan tak elok kita amalkan nestum ni. Terpulang pada masing-masing
- area pukul 11 pagi Raina wajib minum glukose dalam 2 hingga 3 ouz
- selepas tu jika Raina masih lapar, Raina di beri biskut. jenis biskut antaranya farley's rusks dan biskut tiger.

tengahari :
- menu biasa adalah bubur. Ok bahan-bahan untuk bubur Raina yang wajib mestilah kentang, lobak merah, sayur bayam atau brokoli juga kismis. empat bahan-bahan ini mesti ada dalam bubur Raina.
- untuk tambahan, aku letak ayam dan udang. aku jarang letak ikan sebab untuk bubur lebih tahan lama tanpa berbau agak kuat semasa dibekalkan kepada babysitter Raina. menu ikan selalunya aku letak semasa aku cuti di hujung minggu saja.
- untuk tambahan lagi, kadang-kadang aku letak kurma dan kacang soya di dalam bubur raina.
- ikan bilis yang goreng tanpa minyak dan di kisar untuk di letakkan di dalam bubur.
- selepas makan, raina wajib minum air ribena. selalunya time aku cuti air ribena wajib di minum pada sebelah siang. jika time aku bekerja air ribena di minum pada sebelah malam.

petang :
-masih menu bubur. bahan-bahan sama seperti bubur untuk tengahari.

malam :
- pisang di campur kismis. kadang-kadang aku gantikan dengan buah lain seperti betik.
- biskut jika raina masih lapar.
- sosej yang di rebus. di beri seminggu 2 atau 3 kali.
- Raina wajib makan yogurt seminggu 2 atau 3 kali.
- di beri juga buah prune seminggu 2 atau 3 kali.
-air ribena diberi minum. selepas minum air ribena baru raina minum susu sebelum tidur.

(P/s : beri makan pada waktu malam area pukul 7.00 atau 7.30 malam. tidak boleh lewat sebab untuk memudahkan baby tidur ikut masa yang di tetapkan. sosej, yogurt dan buah prune selalunya diberi mengikut giliran dan hari tertentu dalam seminggu bukan diberi sekaligus.)

vitamin, makanan dan minuman tambahan yang lain
- appenton yang jenis cecair di campur ke dalam susu. susu yang di campur appenton ini di beri pada Raina sebelum tidur.
- scott's emulsion di beri kepada Raina sebelum tidur jugak.
- sesekali Raina di beri air buah seperti air tembikai atau oren.

susu
walaupun umur Raina hampir setahun, raina masih tetap kuat menyusu. Raina cuma minum 5 ouz susu tetapi minum berulang-ulang kali dalam sehari.

air kosong
secara jujurnya, Raina tak suka minum air kosong. perkara nie pernah buat aku bimbang. jadi jalan penyelesaian, aku berikan raina minum air kosong ini dengan banyak apabila tiba waktu makan utamanya dan selepas makan vitamin.


tips untuk di kongsi :

1) secara jujurnya aku tak gunakan blender untuk kisar bubur. aku lenyek secara manual menggunakan penapis untuk dapatkan hasil yang lebih halus. dan sekarang Raina sudah ada 8 batang gigi jadi aku buat bubur sedikit kasar bersesuaian dengan Raina.

2) kismis : untuk menarik minat si kecil makan permulaan sampai hari ini aku akan campurkan kismis dalam setiap menu raina.

3) ikan bilis : di goreng tanpa minyak dan di kisar halus untuk menggantikan garam. permulaan boleh digunakan untuk menggantikan garam. jika dah besar sikit bolehlah letak sedikit perisa garam.

4) selain kismis boleh juga gantikan dengan kacang soya atau kurma untuk pelbagaikan rasa.

5) vitamin : diberi untuk menaikkan selera makan dan mengelakkan dari sebarang kesakitan. InsyaAllah.

6) Air ribena mestilah yang jenis jus yang perlu dibancuh dengan air kosong tanpa gula. bukan air ribena yang di beli dalam kotak. sebab ribena yang jenis dalam kotak itu sudah mengandungi gula.

Oklah itu saja jadual pemakanan anak aku. kalau tak faham tanyalah. jangan segan-segan dan cuba buat andaian sendiri. aku pun masih belajar lagi. selalunya aku tanya kat nurse, doctor atau orang yang berpengalaman. kalau korang ada menu yang lebih best bolehlah berkongsi dengan aku ye :)

Tuesday, November 2, 2010

Ulangtahun perkahwinan kedua kami

Cak :)

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

sepatutnya entri nie aku buat semalam. seperti tahun lepas, aku lewat lagi membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan aku dan saiful.

semalam 1/11/2010 genap usia perkahwinan aku dan saiful 2 tahun. dah 2 tahun aku jadi isteri kepada saiful. Alhamdulilah kami bersyukur dengan perhubungan ini dan Alhamdulilah aku dan saiful di beri rezeki menimbang zuriat sendiri sekarang. raina evaqairina adalah harta paling penting dalam hidup kami sekeluarga sekarang.


Yuhuuu :)

Kami :)

bagi aku usia perkahwinan aku yang 2 tahun ini masih baru lagi. aku masih mentah lagi dalam bab selok-belok menjaga sebuah perkahwinan itu. aku masih tahap belajar lagi. aku berharap aku dapat belajar lagi dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Aku juga berharap aku dapat menjadi isteri yang lebih baik seperti rajin memasak, mendengar kata suami, tidak merajuk tak tentu pasal sebagai contohnya. Alhamdulilah sekarang aku dah pandai sedikit memasak. dan bila mood rajin datang aku sendiri yang akan masak untuk saiful w/pun saiful melarang aku dari berbuat demikian. aku tak tahulah maybe hobi dan minat saiful adalah memasak kot.

aku juga dah pandai kawal perasaan merajuk aku. aku tak seperti zaman bercinta dulu mahu selalu merajuk. aku rasa aku patut lebih matang mungkin bila sudah bergelar mak budak bukan? satu perkembangan yang baik untuk diri aku.

cuma aku nak sangat perangai degil aku nie dapat dikurangkan. aku memang degil sikit. ibu aku cakap aku keras kepala dan tak mudah mengalah. hehe. aku rasa saiful pun dah faham sangat perangai aku yang itu.

mudah-mudahan aku dan saiful dipermudahkan dalam urusan hubungan suami isteri ini. InsyaAllah :)

P/s : aku tahu masih ada orang menunggu entri tentang majlis kahwin keseluruhan aku. tapi aku rasa masa tak best nak buat entri tentang ini bila majlis aku tu pun dah tahap basi. masih ramai yang tak henti-henti email aku tanya macam-macam. terima kasih ye. aku rasa better aku menjawab segala pertanyaan di email atau dengan cara yang lain. InsyaAllah aku akan menjawab segala pertanyaan tersebut :)