Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 24, 2011

Apabila si kecil makin lasak


Dulu bila Raina belum boleh berjalan, aku sibuk-sibuk cakap dengan adik aku, ibu aku dan sesiapa saja bertanyakan :

"bilalah Raina nie nak pandai berjalan nie? dah pandai berdiri sendiri lepas-lepas tangan dari usia 8 bulan. nie bila kena demam campak je pada usia 9 bulan terus dah tak mahu bertatih lagi."

ibu, adik atau sesiapa saja mesti nasihatkan aku supaya bersabar. tiba masa Raina akan berjalan juga. jadi aku menunggu dengan sabar. dalam menahan kesabaran tu masih terselit perasaan risau. sebab target aku mahu melihat Raina berjalan sebelum umurnya menginjak setahun. itu memang cita-cita dan impian aku sejak Raina selamat dilahirkan.

ketika Raina 8 bulan, Raina dah mula berdiri sendiri dan belajar lepas kedua-dua tangan dan seterunya belajar berjalan setapak dua ketika itu, aku target mesti anak dara aku akan laju berjalan pada usia 9 bulan.

tapi rupa-rupanya tidak. sebab pada usia 9 bulan, tiba-tiba saja Raina kena demam campak. dua kali dia kena. mungkin demam campak tu tak habis keluar. itu yang Raina kena dua kali demam campak tersebut.

sejak itu aku risau sangat. aku takut impian aku mahu melihat Raina berjalan sebelum usia setahun tak tercapai. tapi aku tak pernah paksa Raina. sebab mana elok paksa si kecil bukan? biar dia secara natural.

cuma tiap-tiap hari apabila aku balik kerja aku mesti ajar dia bertatih. bersungguh-sungguh aku ajar dia. mula-mula aku ajar Raina bertatih berjalan hanya pegang satu tangan sahaja. selepas itu aku umpan dia dengan kunci kereta, remote control dan macam-macam. hari-hari aku buat sambil bagi Raina support. aku selalu cakap dekat Raina :

"Raina bijak. mama tahu Raina boleh. sebab masa Raina 8 bulan Raina dah boleh buat. sekarang Raina mesti boleh buat juga. up's Raina. go Raina go Raina"

lebih kurang macam tu lah aku cakap kat Raina. Hampir setiap hari aku cakap macam tu. Raina dengan tersengih-sengih dia mesti dengan sedaya-upaya bangun sendiri cuba untuk jalan sendiri. mula-mula setapak dua lama-lama bertapak-tapak. kejadian nie banyak berlaku di rumah family aku. mungkin dia nak tunjuk kat atok dan tok wan dia. hehe :)

dan paling terharu bila satu hari tu ketika Raina berusia 11 bulan, ada iklan TV 3 dan iklan cat colourland kat TV sedang bersiaran. tup-tup Raina berjalan bertapak-tapak ke arah TV tersebut. apa lagi kami semua terkejut. aku adalah orang yang paling gembira saat itu. sampai hampir menitis air mata aku.

Terus aku menjerit sekuat hati :

"yeahhh anak mama dah pandai jalan. anak mama dah pandai berjalan pada usia 11 bulan. mama tahu Raina boleh buat"

ayat aku lebih kurang macam tu lah. kalau ikut hati aku nak berjoget-joget tapi aku cover sebab Saiful dah menjeling tajam kat aku. haha.



tapi sekarang situasi berbeza. sebab aku dah makin tak boleh nak kawal Raina. sejak Raina dapat kaki nie macam-macam akal dia dapat. dia joget-joget lah, dia berlari-lari anak lah, dia pi dapur tolong sepahkan pinggan mangkuk lah, dia pi kat baldi atau bakul yang di penuhi longgokan baju kotor then dia sepahkanlah dan macam-macam lagi.

kalau aku dan Saiful bawa dia keluar, Raina dah pandai buat mulut muncung tanda protes tak mahu duduk dalam stroller. sebabnya? dia nak kebebasan ke sana sini. kadang-kadang tak larat aku dan Saiful nak kejar Raina nie.

aku rasa semasa membesarkan Raina ini, keadaan yang betul-betul menguji kesabaran aku adalah ketika Raina mula dapat kaki. selalu sangat aku bersabar dengan kerenah Raina. tapi dah nama anak kan? budak kecil apa yang mereka tahu sangat. nak tak nak bersabarlah.

aku tak pernah pukul anak aku. cubit pun aku tak pernah. aku sayang anak wei. paling kuat pun mulut aku je bising. dan aku berharap kesabaran aku ini makin menebal ketika membesarkan Raina. InsyaAllah :)

33 comments:

  1. adehhh..
    bg na, ni entry yg mnyeramkan,
    huhuhu na dah takot2 nk tggu hero tu dpt kaki sok,
    x teruja dahh...huhuhuh :p

    ReplyDelete
  2. aqil belum boleh jalan tp mmg rajin explore rumah..panjat sana panjat sini..p dapur kemas dapur..p depan 'kemas' depan..masuk bilik kemas lagi..so rumah maria sgt 'kemas' skrg ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. sama
    tak sabar nak cha jalan
    skrg tgh asyik bertatih
    tp bila selalu baca org kata bila anak dah bleh jalan
    tak larat nak mengejar
    ehehehe..biar lah dia merangkaka puas2 :)

    ReplyDelete
  4. na : tu la dah dpt kaki lagi cabaran tu kuat na jaga2


    maria : samalah rumah nurul makin 'kemas' skrg. 'kemas' versi raina hehe


    dayu : bagi cha merangkak puas2 kang tak larat nak kejar dayu

    ReplyDelete
  5. lepas ni raina berlari pula...good raina ..

    ReplyDelete
  6. nurul, itu raina yg dah berjalan...marissa yg belum berjalan sepenuhnya pun jue dah terkawal...aishhhhhh :D

    ReplyDelete
  7. sedangkan naurah merangkak pon da x larat nk kejar, inikan pulak dah dpt kaki sok..kompem bertambah pusing =p

    ReplyDelete
  8. huhuhu.....ramai yang cakap bile anak dah mula jalan mulalah dah tak terkejar....takot2....sekarang nie pon mirza dah lasak semacam....bile dah berjalan tak tahulah camne....

    ReplyDelete
  9. hikhik (angkat dr sdr plak).Qayyum pn sama lpas dpt kaki, x nak naik stroller atau troli,klu naik pun cepat mulut dia bising atau jerit x tentu pasal..pasalnyer nk bejalan sdr...mmg leteh nak kejar lebih2 lg dgn perut camni tecabar gak dibuatnyer...penah gak zura pi pukul tangan dia tp ala2 manje dia bleh senyum..nk marah pun x jd nk marah..

    ReplyDelete
  10. as : dah pandai lari tp lari-lari anak je as. ni pun tak larat nak kejar


    julia : tu lah sebelum ni pun raina lasak gak tp sejak dpt kaki ni lagi lasak lah jue hehe

    ReplyDelete
  11. ni yg rasa nak suruh Kaisya hold dulu berjalan sampai Raihan start cuti nt. kalau tidak, dok risau dia kemas dapur time dengan bbsitter kat umah..


    la ni pun dah pandai ke dapur kemas pinggan mangkok. kalau dh pandai jalan nt lagi luas langkah dia agaknya.

    ReplyDelete
  12. mun : boleh kurus kejar anak nanti mun hehe


    zura : akak ni jenis mulut bising je zura membebel2 mcm tu hehe


    ann : tu la kena tumpukan perhatian betul2 kat anak bila dah pandai jalan ni ann dia expolore satu rumah hehe

    sherena : tuggu naurah dpt kaki nanti sherena :)

    ReplyDelete
  13. ummi ngah pengsan kejar raina. SERRUNDER WOO...

    ReplyDelete
  14. raina nmpk mkin tembam la! comeelll!!

    azi dpt bayang kan muka nurul ckp ngn raina masa ajar dia tu. :)you are a good mama. raina is so lucky to have u :))

    ReplyDelete
  15. seronok tengok raina jalan.sebab raina kecil,terkedek2 aje.comel!
    tak sabar nak tgu kysha leh jln gak
    tp...kysha penggayat.baru lepas sebelah tgn,jerit punya sakan.adoiii...

    ReplyDelete
  16. angah : ko pun surrender angah? huhuhu


    azie : thanks azie. nurul rasa raina dah susut sikit sejak lasak nie azie. huhu

    ReplyDelete
  17. kakal merangkak blom lagi tapi dah gigih nak panjat2. tu pun dh hilang kesabarang mak dia ni kadang². haha

    ReplyDelete
  18. zuris : tak pe zuris kysha pasti akan jalan nanti


    yanie : thanks auntie yanie




    fie : agaknya kakal skip merangkak kot terus panjat2 then jalan. jgn risau ye fie

    ReplyDelete
  19. mujur raina girl.if ank lelaki lagi dia melasak berganda2 kan

    ReplyDelete
  20. comelnyer raina..
    nk mmbasrkn ank mmg kna tinggi thp ksbran kan..nk tunggu die bsar tu mcm2 karenah
    tp itu la precious moment pd yg brglar mak ayh..walau perit tp sernok

    ReplyDelete
  21. :) kan nurul....

    Yaya pon rasa macam tu. penat sesgt. rumah jgn ckp la sepah kat serata sudut. nak kemas kena tggu dia tidur. :P dan budak2 dah dpt kaki ni memang tak nak dukung. dia meronta2 nak lepas. haih. sabar je la demi anak. :)

    ReplyDelete
  22. aku skang tiap tiap hari plak terpikir..

    kan best masa affan baby baby telentang dulu..hahah!

    penat laa mengejar dia..

    ReplyDelete
  23. Raina nampak cerdik..biarlah lambat ke asal kan anak kita sihat kan...?
    mmbasarkn ank mmg kna tinggi tahap kesabarannya kerana layan kerenahnya setiap masa walaupun kita ini cepat saja barannya...tetapi anak..tengok muka dia pun dah rasa sayu..anggap saja dia tidak tahu apa-apa..
    haihh x sabarnya xtgk ammar jalan..hahhaha mesti lasak..ni pun duk gian nak meniarap bila pakai baju..kadang2 tertinggi juga sore..hihiihi...aiyak..dia tinggi2 sore pun duk senyum jek..hilang marah..hiihi

    oopss..lupa nak perkenalkan..(evyn)

    ReplyDelete
  24. kak nurul dear,

    walaupun nini belum jadi ibu,dan teringin sangat nak jadi ibu tapi belum ade rezeki,tapi nini selalu dengar pengalaman ibu² pasal perkembangan anak² diorang.

    yang selalu nini dengar,ini mak nini pun cakap,anak² kite samada akan cepat jalan atau cepat bercakap.kalau die cepat berjalan, mesti lambat sikit dapat cakap.tak semua kes macam ni kan,tapi kalau ikut pengalaman org dan pemerhatian nini, masih boleh dikatakan valid hipotesis ni.:)

    smga terus sabar besarkan raina dengan penuh kasih syg.tak dinafikan,umur macamtu, memang paling menguji kesabaran.:)

    ReplyDelete
  25. owh..awal raina pandai jalan
    Haraz baru dapat kaki bulan ni.13 bulan baru dapat jalan.huhuhuhu time ni kite boleh kuruskan badan bersama anak.berlari dan mengejar...letih der...

    ReplyDelete
  26. follow & BW..

    kalo free meh la jenguk belog ai..

    salam kenal!(^_^)

    p/s:ur baby so cutee..

    ReplyDelete
  27. Sama la perasaan tu ngan sy dulu... time nk tgg ank sy b'jln tu mcm2 perasaan ade dlm diri sorang ibu.. tp bile dia dh pandai jln tu mcm br dpt first prize from celcom lak...
    Horey2.. 8 bulan dh dpt kaki.. :)

    ReplyDelete
  28. nurul sgt sabar ye..emill dah merasa dah cubitan mama nye nih..

    ReplyDelete
  29. cepat lari raina..
    then sembunyi dalam bilik tu..
    biar mama penat kejar..
    heheheheh...

    terkedek-kedek lari..
    geget muntot tu kang :P

    ReplyDelete
  30. budak mcm tu lah makin besar makin banyak akal. skang pun xmenang tgn nak perhatikan imaan. dah jalan nanti mcm manelah.

    sabarnye nurul xpernah sentuh anak. fad dah terlajak cubit babab semua. sian imaan ibu dia xcukup sabar. :(

    ReplyDelete
  31. lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

    ReplyDelete