Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 10, 2011

Dari hati (2) : makin tidak relevan

Hari ini hari isnin yang agak bosan bagi aku. biasalah tiap-tiap hari isnin mesti macam tu. di tambah lagi aku dari semalam demam, dengan kepala berdenyut-denyut dan flu yang agak teruk. ter sok sek sok sek lah aku di depan PC nie sambil buat kerja.

aku bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. aku nak cerita pasal tengahari tadi semasa aku keluar lunch seorang diri. disebabkan kawan rapat aku cuti, maka aku keluar office seorang diri. aku tapau je.

aku : "makcik, nasi separuh" (aku dalam proses diet. sebenarnya aku jarang sangat makan nasi tapi disebabkan aku demam hari nie aku ambil keputusan untuk makan nasi).

bila makcik tu serahkan polystyrene berisi nasi separuh itu, (eh betul ke spealling polystyrene aku ni?) terus aku melihat lauk-pauk pelbagai jenis yang di jual. disebabkan aku pun bukannya ada selera nak makan jadi aku ambil lauk ala kadar saja.

aku cuma ambil ikan bilis bersaiz kecil yang di goreng bersalut sedikit sambal (sorry aku tak tahu apa nama masakan ini), telur masin juga 5,6 ketul sotong masak kunyit kot. sotong tu pun bersaiz kecil.

korang tahu berapa mereka letak harga untuk makanan yang aku ambil?

RM5 untuk makanan yang tidak seberapa tu. worth it tak pada pendapat korang? pada aku macam tak worth it langsung. tapi aku tetap hulurkan RM10 kepada bro yang kirakan makanan aku tu. aku tak buat reaksi muka terkejut pun depan dia. nanti takut dia terasa. tapi dalam hati aku, dah macam nak sumpah seranah bro tersebut.

aku rasa makin lama di persekitaran kita ini makin banyak benda dan perkara yang makin tak relevan. seperti makin tidak relevan dari segi meletakkan harga. contohnya seperti bab nak membeli makanan macam aku tadi. tup tup dah terbang RM5 untuk makanan yang tidak seberapa tu.

atau sebagai contoh semasa nak beli pakaian untuk raina. setakat baju T-shirt harga dah rm59. atau setakat jaket dan baju biasa harga dah RM139. dan kadang-kadang harga tersebut lebih dari itu.

atau sebagai contoh semasa nak belikan mainan untuk raina. setakat mainan yang biasa-biasa tu dah berpuluh-puluh ringgit harganya. sebab itu aku jarang belikan toys raina. aku lebih banyak belikan dia buku. aku mahu cuba secara manual seperti ibu dan ayah aku didik aku dulu semasa kecil. InsyaAllah aku akan cuba praktikkan.

pendapat aku nilai wang RM50 sekarang dah macam RM5. aku boleh habiskan RM50 tu hanya setakat isi minyak kereta, tol, makan breakfast, lunch tup tup tup boleh habis macam tu je dalam masa sehari. percaya atau tidak?

sebab itu sekarang aku cuba belajar untuk control diri aku. aku beli dan nak guna duit itu bila perlu saja. aku lebih sayangkan duit dari mahu membazir membeli benda yang aku tak perlukan. tetapi kadang-kadang kita terkeluar juga dari landasan bila fikir nafsu kehendak hati bukan?

so salah-satu azam aku ialah untuk lebih sayangkan duit :)

27 comments:

  1. kat sabah ni kos sara hidup tak tinggi sangat lg la...rm50 leh pakai 3 hari kalau saya...ahaha

    ReplyDelete
  2. mmg pn..duit skrg laju je..kalau setakat rm50 tu satu jari je angkat plastik tu..

    ReplyDelete
  3. sekarang semua duit je nurul nak makan pun kadang2 kita ambik tak la banyak mana tapi time membayar aduihhh mau tercekek dibuatnya kalau mcm nie hari2 mau gondol kepala ..

    ReplyDelete
  4. betul.. cekik darah je kan.. hisss.. kena hati2 sebelum membeli..

    ReplyDelete
  5. semuanya dah mahal skrg.
    klu kite yg pendapatan sederhana da terasa, inikan pulak yg pndptn kecik.

    cost of living makin meningkat. gaji naik ciput. camne nk balance?

    ReplyDelete
  6. as : bestkan kalau kos sara diri macam kat sabah :)


    maria : kan maria? mcm air je abis


    mai : betul tu mai semuanya duit je kentut je tak guna duit. hehe



    atiqah : tu la mcm cekik darah lah bro yg kira td tu


    sherena : tu la kan. nak saving monthly pun tak byk mana. semuanya nak guna duit je. hehe

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat...
    tu la kekadang saya keje sebagai akauntan pon xleh nak manage cash secara baik disebabkan perkara diluar dugaan...orang pandai ckp keje je akauntan tp saving??hampeh
    Pedih der...xboleh blah der..hehehehe Ayat AJL 25

    ReplyDelete
  8. suzie : yup betul tu selalu org ckp keja bahagian akaun dept mesti pandai saving right? nurul yg buat akaun pun saving tak lebat mana. tp ada lah saving untuk future. org mmg pandai berkata2 suzie. sabau je. hehe :)

    ReplyDelete
  9. btol..btol..skang pon mamak punya horlick ais dah RM 2.50, adui. Bayangkan dalam masa setahun jek bley naik 2 kali harga. Roti bakar+kaya 2 keping pon dah RM 1.20...isk3. Dulu fikir2 gaji sekian2dah cukup kot tapi x cukup2 gak lagik sbb harga barang seiring gak naik..

    P/S para ibu, jaga2 ada orang ckp barangan tenusu/susu akan naek...

    ReplyDelete
  10. hmm...duitmacam air skrg nih...seminggu bleh habis beratus2 ringgit sebenarnyer...

    ReplyDelete
  11. ye nurul..ni pun kira azam kite tuk 2011 lebih b'jimat cermat, bwk bekal ke ofis sebab harga makanan pun tak releven kat sini. Huh..

    ReplyDelete
  12. entry esok pn berkisar tentang perkara ni

    ;)

    biasalah
    zaman sekarang bukan macam dulu

    so kita kena lah pandai2 sesuaikan diri ;)

    ReplyDelete
  13. jeilita : betul tu. susu formula mmg mahal kan awak. tp demi anak sanguup tak kisah pun duit habis


    nads : kan? mcm air je duit keluar. gaji naik tp barang pun sekali naik. huhu

    ReplyDelete
  14. betul tu nurul, time anak2 kita nnt camne la agaknya. hopefully kita ni boleh bekerja keras utk menjamin masa depan anak kita. hehe

    azie keje kat midvalley ni pasrah je, lunch on average is RM10-RM15. Food court ada, tapi kalau hari2 mkn muak jugak. keputusannya: jom masak sendiri and tapau. cewah, iye2 je azi ni

    ReplyDelete
  15. ye betul.kt opis ainul ni sekali mkn 10hinggit.walhal ambik nasi,ikan,sayur & air.baik mkn mekdi.hehehehe

    ReplyDelete
  16. huhu, yelah Nurul. macam Fie mula² nak jimat tapi bila dapat duit je time tu lah macam² nak bli pulak.

    ReplyDelete
  17. Nurul, yang paling terasa bila tiap2 bulan pergi belanja barang dapur. 300 tak nampak apa. itu belum campur dengan harga susu formula yg mencanak2 naiknya. :(

    ReplyDelete
  18. kid rasa pun mahal harga lunch nurul tu..
    sebab bukan ada sayur pun..
    isk..macam ni boleh naik haji 2 3 kali ni..

    langkah berjimat,nurul puasa la..
    hiks :P

    ReplyDelete
  19. hurm..betul tue nurul...semua nye makin mahal sekarang nie....

    ReplyDelete
  20. kt sini nasik + ayam goreng seketul saje harga nya RM7

    ReplyDelete
  21. memanglah nurul kan.sejak akhir2 nie kebanyakan harga semua naik pun.
    cam kat ipoh nie konon2 kos sara hidup rendah.tp gaji je lah rendah.barang2 mostly sama je harga kat tempat lain.huhuu

    ReplyDelete
  22. memanglah nurul kan.sejak akhir2 nie kebanyakan harga semua naik pun.
    cam kat ipoh nie konon2 kos sara hidup rendah.tp gaji je lah rendah.barang2 mostly sama je harga kat tempat lain.huhuu

    ReplyDelete
  23. mmg betul..50 rgt sat jer..

    nilai wang dah jadi kecik kan..

    ReplyDelete
  24. yats : kan yats? nurul mcm nak bwk bekal tp pagi2 tu pun dah kelang kabut masak bubur raina mcm mana tu


    ween : ye ke ween. bestnya. tak sabau nk baca entri ween tu :)


    azie : oh mid valley lagi la kan kalau mkn kat food court je jemu la pulak kan


    ainul : kalu mkn mekdi hari2 nanti badan naik pulak ainul heheh


    wardah @fie : tu la fie kdg2 kita ni ikut nafsu membeli kan. pantang nampak benda cantik mesti nak beli. huhu

    ReplyDelete
  25. aan eh mmg betul tu aan rm300 beli brg dapur apa je dpt. belum cmpur pampers nsusu formula lagi tu kan



    kid ; tu la kena puasa ni tp kang tgk org lain mkn nak mkn pulak kid. hehe


    mun : mari lah kita berjimat mun hehe


    yun : wow lagi mahal tu yun


    zuris : nurul rasa mana2 pun skrg kos tggi zuris. nurul pernah pi ikut rombongan under uitm ke terengganu utk buat project under gomen terengganu selama dlm lbh kurang seminggu nak tahu kos kat sana mak ai mahal. makanan dia lbh mahal rasanya kot. tp puas hati sbb sedap. hehe


    fikaryna : tu lah rm 50 dah mcm rm5 kan awak

    ReplyDelete
  26. betul laa nurul kalau gi pasar, kejap jek abis 100-150..pasar pun boleh abis byk tu eh..perbelanjaan makin meningkat..mslhnye gaji naik sekadar dgn perbelanjaan ke? adehhh..tadek org nak kontrol ke sume ni..huhu

    ReplyDelete
  27. ini la sistem kapitalis yg melanda negara kita...betul sgt nilai RM50 tu isi minyak dah abis tu pun tak penuh

    sy pun bersabar dgn apa yg ada,keperluan baby pun byk yg ikut bajet...beli yg btl2 perlu sbb sy pun syg nak belanjakan duit pd benda yg bkn keperluan

    ReplyDelete