Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 17, 2011

Ini kisah bloggers gathering


Assalamualaikum :)

Ok hari nie entri aku semestinya mahu menceritakan tentang perjumpaan para blogger yang diadakan semalam di Mega Kidz, Mid Valley. Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan kerana sanggup menghabiskan masa cuti hari ahad anda untuk menyertai perjumpaan ini.

aku pun tak sangka sebenarnya ramai yang berminat untuk join gathering ini. memandangkan idea asal pertama sebenarnya datang dari aku hanyalah tujuan untuk berjumpa dayu dan juga reen ini bertukar menjadi perjumpaan para blogger akhirnya.

Disebabkan aku terlalu teruja untuk berjumpa para blogger ini, aku telah pun bangun seawal pukul 6.30 pagi. bayangkan ye. aku bangun pagi sebab nak masak bubur Raina. memang menjadi kebiasaan aku akan buat bubur Raina untuk dijadikan bekal untuk makanan tenghari Raina. iyelah kalau bawak anak keluar nie dari segi pemakanan pun kita kena pantau juga. so aku lebih selesa bawak bubur Raina dari rumah. rajin ke tak rajin aku? hehe :)

tapi disebabkan Raina nie teruja jumpa kawan-kawan dia dan selepas menghadiri gathering tersebut aku bergegas ke bangi untuk shoot satu event birthday party seorang anak client di Mc D Bangi, jadi bubur tersebut hanya tersimpan dalam beg. sebabnya? Raina lagi suka makan kentang Mc D je. sabau je lah aku ye. penat mama masak bubur untuk Raina tau.





aku lewat sampai lebih kurang setengah jam. sebab nak siapkan Raina. bagi dia makan for breakfast, mandikan Raina dan kebetulan aku bergerak dari rumah family aku di Banting dan terus ke Shah Alam untuk tukar kereta dan ambil Saiful.

Untuk Saiful, aku nak ucapkan terima kasih juga kat dia sebab sanggup ikut aktiviti aku ini w/pun dalam keadaan penat. bayangkan dia kena stayback kat site then balik rumah dalam pukul 4 atau 5 pagi then pagi-pagi dah miss called aku. agaknya nak kejutkan aku bangun tidurlah tu untuk bersiap-siap ke Mid Valley. Masa tu aku kat rumah family aku di Banting. Thanks Saiful :).

Apabila sampai di Mid Valley, aku dah nampak kelibat Yaya dan Hannah. yeah mereka sangat peramah. bila mula bertegur sapa terus macam dah lama kenal. dan tak lama tu aku ternampak kelibat Shahril. mula-mula aku tak perasan pun Zuris. Yang aku nampak Shahril suami Zuris. oh Shahril memang popular kan Zuris? hehe :). Sangat tak sangka sebab Zuris sanggup turun dari Perak ke KL untuk menyertai bloggers gathering ini. Thnaks Zuris.

tak lama tu Fad, Mishawads, Xeea Lylie, Azie dan Mawar pun sampai. bertambah meriah. suka dengan keadaan ini. Thanks korang ye. Tetapi Dayu dan Reen adalah orang paling lewat sampai. apa cerita? haha :D. next time sila datang lebih awal okeh. tak puas borak dengan korang semalam.

Tapi, di sini aku nak minta maaf kat Mawar, sebab aku tak cam langsung muka dia. dah lama aku dok perhatikan Mawar dan anaknya Hamzah tapi aku tak berapa nak cam. I'm so sorry Mawar. Jika Mawar ada FB sila add Nurul yeah.



Disebabkan petang tu aku kena bergegas ke Bangi sebab adik aku Bani ada job di Bangi jadi aku tak boleh lama di Mega Kidz tu. dalam pukul 12 lebih aku dah bergegas ke Bangi. dan sedang aku on the way ke Bangi, ramai pula yang sms dan call aku beritahu yang mereka dah sampai ke Mid Valley. tetapi sayangnya para bloggers semua dah bersurai. Antaranya Sherena dan Mai. tak ada rezeki ye aku nak jumpa korang. ada juga yang sms di saat-saat akhir tak dapat join sebab tak ada transport dan sebagainya. padahal aku nak sangat jumpa Sherena, Mai, Aan, Chempaka, Elly dan yang lain-lain

Tak apa InsyaAllah next time kita buat gathering lagi then kita boleh berjumpa yeah. dan InsyaAllah aku dalam perancangan nak buat satu lagi gathering yang akan diadakan di Alamanda, Putrajaya untuk berjumpa para blogger yang berada di area sana pula. Harap korang dapat join ye.

Untuk bloggers yang berada di luar kawasan KL dan Selangor janganlah bersedih hati sebab tak dapat join gathering kali ini ye. yeah aku mengaku ramai antara rakan bloggers yang aku kenal berada di Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan lain-lain negeri. Terlalu ramai yang aku kenal di dunia blogging ini. maybe next time kita boleh berjumpa. InsyaAllah.

ada dengar ura-ura Aishah nak buat gathering untuk bloggers yang berada di sekitar Johor. adakah plan ini menjadi? kepada Aishah, sila jangan jeles ye. Haha. ok gurau dan saja nak usik Aishah. Jangan merajuk. sila senyum sampai ke telinga :).

ok semoga hubungan antara kita ini berkekalan. dan aku berharap lepas nie akan ada lagi perjumpaan-perjumpaan seterusnya. InsyaAllah.

36 comments:

  1. oh seronoknya Nurul. mmg dah rasa nak pergi tapi tiba² ada kematian. tu yang tak dapat join. nnt buat lagi pls pls pls..

    ReplyDelete
  2. memang seronok dpt jumpa kawan2 blogger..

    ReplyDelete
  3. cantik lah nurul...
    ni apasal tak mention org sabah nak join gathering jg ni??? eekekke gurau je...

    ReplyDelete
  4. mishawads la nurul. salah eja tau. hukhuk.

    ReplyDelete
  5. yelah..yelah
    lain kali tak lambat lagi
    mintak maaf ye

    *suami guwe mana reti nk bgn awal pagi2 ahad

    ReplyDelete
  6. hihi kali pertama as jumpe zuris pon as kenal cm hubby die dulu

    pames oo mr.sharil tu.
    :D

    ReplyDelete
  7. hihi kali pertama as jumpe zuris pon as kenal cm hubby die dulu

    pames oo mr.sharil tu.
    :D

    ReplyDelete
  8. hehe nurul buat tour 1 msia nak??

    ReplyDelete
  9. semalam tak sempat nak msg..

    bergaduh2 ngan hasben nak g zoo atau midvalley.. ana nk g mv. hasben nk g zoo.. lst2 2-2 tak pegi sebab bangun lambat. hasben balik mancing sesudah subuh.. ate.. camne nak g.. sah-sah dia nk qada' tdo jap..hanginn je.. tgk dia tdo, ana pun tido gak.. ngan dani..

    dah kul 1, baru dia cakap, jomlah ma.. siap-siap g mid valley... adoiii.. takpayahla..mesti ramai dah balik.. kan gathering kul 10.00 pagi kan..huhu..

    tang alamanda tu best... insyallah kalau takde apa2 ana join.. bila tu nurul?

    ReplyDelete
  10. wahh..bestnya..patot ade ibu & naurah kt sebelah nurul tue..huk huk =I

    alamanda..i'm waiting =D

    ReplyDelete
  11. ingatkan sempat nk join. rupenya xsempat langsung sbb sistem masa register problem + slowwww sgt~

    ReplyDelete
  12. wardah : ingat nak buat kat alamanda lepas ni. InsyaAllah

    kak atty : tu la best kak

    as : thanks as :) tiba2 senyum sengih depan computer. sabah jauh lah pulak as


    sha : ok nanti tukar :)

    ReplyDelete
  13. dayu : maaf mu di terima :)



    as : tu la shharil dan zuris tu dua kira popular :) tp mmg smlm nurul cam sgt muka shahril tu


    nano : wow kalau ada bajet nak sgt buat satu Malaysia tour satu Mlaysia


    ana : tak pe next time kita jumpa ye

    sherena : hrp next time kita jumpa ye


    asna : tu la dah lah ari sabtu tu tak jumpa kan. pastu ahad asna tak join pulak. tak pe next time hrp dpt jumpa asna

    ReplyDelete
  14. Nurul, kalau jadi, jomlah join yang kat JB. Dapat jalan-jalan. Jomlah.

    ReplyDelete
  15. iye2.memang sharil lagi glamor dari i.huhuu...
    lagi pun sebab die lebih 'menonjol' so..senang ar kenal kan ;P

    zuris mmg dah perasan ada orang kat depan tu.tp sebab mata nie kelabu sket,makanya menonong je ke depan megakidz tu trus.nsb baik nurul perasan sharil.

    btw...gathering tu memang bestlah!seronok ok.mak2 yg lebih excited dari anak2.hehehee...
    pas nie leh wat lagi,buat aktiviti2 menarik sama.mesti lagi best.dan...orang2 yg lewat tu sila dtg awal ye ;P

    ReplyDelete
  16. aishah : tu la ari tu ada gak ckp dgn saiful bila nak pi ohor lagi tp saiful ckp tak tahu lagi. hehe


    zuris : hehe shahril pun turut popular ye dlm dunia blogging.


    umie : tu la umie tak join smlm. lain kali join ye

    ReplyDelete
  17. ok Nurul, alamanda pon ok juga :)

    ReplyDelete
  18. sonotnyer..anak2 ngn mak2..comel
    raina tembam..

    ReplyDelete
  19. salam,

    url blog saya dah bertukar kepada http://farrafaris.blogspot.com/

    ada contest,marilah join :)

    ReplyDelete
  20. nurul...besh2.. nurul & lil yaya disini rasa kiciwa tidak dapat join..sob..sob..
    boleh buat 2nd gathering....:-)

    ReplyDelete
  21. wahhh! ramainya..rata-rata semuang bawa 'handbag; ni..hehe.

    p.s: Nurul!! tak gemok pun? ;p

    ReplyDelete
  22. comelnya baby. hehe. nak join boleh? tapi takde baby. :D

    ReplyDelete
  23. nanti boleh join lg. banyak-banyak kali. yay!

    ReplyDelete
  24. nurul...jles ni...nak join jugak...sdeynye tak dapat join...
    nurul if pasni nak wat kat alamnda inform mar yerk...tak mo ketinggalan...sgt bes lah...rugi tak pegi ritu

    ReplyDelete
  25. nurul, lepas ni, nak kena buat name tag la. plus, nama blog sekali. baru senang! heeee

    ReplyDelete
  26. slm.

    4 ur info mamafaris dah tukar url nih

    http://farrafaris.blogspot.com/

    meh join GA...just suka suki

    ReplyDelete
  27. fie : mereka nak tukar kat mines pulak fie. apa2 nanti nurul war-warkan ye



    aziyana : kalau aziyana dan husna ada lagi best tau


    mama farra : thanks jenguk blog nurul ye :)


    nurul ; tu la ingatkan dtg hari tu tak pe next time kita berjumpa ok



    shinnaz : nurul gemuk tau. itu teknik bergambar



    khairul antasha : nape tak nak join?

    cik epal : sudi ke cik epal dtg? kalau sudi akak lagi berbesar hati invite cik epal. lepas ni cik epal join yeah


    yanie ; hrp yanie join next gathering nanti


    fad : yeah fad. kena join ok . join byk kali

    yun : kali ni sure dtg yeah



    mar : kena dtg tau mar lepas ni


    xeea : tu lah buat tag dan nama blog juga URL kan ? good idea tu



    mama farra : thanks sebab sudi invite nurul join GA

    ReplyDelete
  28. nurul..yg next gath tu kan.. kalau leh la... update gak kat blog eh..elly tak leh bkak fb time opis hour..kene block..lunch time je pun..hihih tau tau tau..nanti byk yg tertinggal

    ReplyDelete
  29. wow, mcam syok je! hahaha berpeluang tak nak join gather kali ni,.. huhuhu

    ReplyDelete
  30. sorry ye nurul xdpt nk join gath nurul ni. agak mengejut jugak dpt tahu. hehehe.... lps tu mmg dh ade plan. sory! next time maybe :D

    ReplyDelete
  31. bestnyee...kalau saya pegi, saya sorang jek ade anak beso teruna..maluuuuu...heheheh...

    ReplyDelete