Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, February 11, 2011

Apabila si kecil belajar mewarna dan menulis

Raina sekarang dah pandai ambil kasut sendiri kat rak almari kasut dan tunjuk kasut dia nak pakai. sebab itu dalam gambar nie dia berkasut ala-ala Micheal Jackson. itu kasut kesukaan dia. entah apa specialnya kasut tu, aku tak tahulah


Sebenarnya kalau ikut plan asal aku nak mula ajar Raina mewarna dan menulis apabila genap umur Raina setahun. tapi aku terlewat sebulan. aku mula ajar Raina pegang pen, pensil dan pensil warna apabila umurnya setahun 1 bulan tak silap aku.

aku tak pasti jika ada anak-anak orang lain yang lebih awal mendedahkan anak mereka memegang pen, pen dan pensil warna. mungkin aku sedikit terlewat. mungkin.

memang aku lewatkan sedikit sebab aku rasa umur baby yang belum mencapai setahun rasanya belum sesuai memegang pen, pensil dan pensil warna tersebut. sebabnya aku pernah cuba sebelum Raina mencapai usia setahun dulu tapi Raina masuk mulut dan gigit-gigit. jadi jalan penyelesaian aku plan tunggu umur Raina mencapai setahun baru aku ajar Raina pengang pensil warna contohnya.

percubaan pertama aku adalah mengajar Raina pegang pen dan mengajar dia menulis nama dia sendiri. tetapi percubaan pertama itu bolehlah dikatakan gagal. sebabnya Raina nak conteng muka dia sendiri dan dia lebih suka masuk pen tersebut dalam mulut. aku pun silap ketika itu. patutnya aku bagi pegang pensil dulu bukannya pen. hehe :)

percubaan kedua aku bagi Raina pegang pensil warna. sebelum tu aku pesan dengan Raina. macam-macam aku terangkan kat Raina. antara dia faham ke tidak faham ke aku tolak ke tepi dulu. tapi rasanya anak dara aku tu dah boleh faham sikit demi sedikit apa yang kita cuba sampaikan. sebab dia elok je duduk bersimpuh atau bersila depan aku mendengar aku ceramah kat dia sebelum sesi mewarna tu. hehe :)


Aku rasa Raina bukan seorang yang kidal seperti Papa dan Mama dia. sebab Raina pengang pensil warna guna tangan kanan

then aku bagi satu pensil warna dan buku mewarna. oh ye aku memang dari dulu suka beli buku-buku mewarna. dari umur Raina belum mencecah 7 bulan kot aku dah belikan tapi baru sekarang aku berani bagi Raina teroka buku-buku mewarna Raina tu.

mula-mula sebelum sesi mewarna aku akan perkenalkan gambar yang hendak diwarnakan oleh Raina. masih aku ingat lagi masa Raina mahu mewarnakan gambar epal. sampai sekarang aku teringat-ingat bagaimana Raina tidak tahu menyebut perkataan EPAL itu. Raina menyebut perkataan 'ATOS' yang bermaksud epal bagi dirinya. sudah banyak kali aku betulkan kesilapan tersebut tetap juga dia panggil epal itu 'ATOS'. haha :D

tak pe lah. maybe tunggu Raina besar sedikit mungkin masa tu dia dah boleh sebut perkataan epal. InsyaAllah.

tips dari aku apabila mahu mengajar anak mewarna atau menulis jangan tunjuk semua kotak pensil atau kotak pensil warna tersebut. hanya bagi satu pensil warna untuk satu-satu masa saja sehingga mereka selesai mewarna gambar tersebut baru bagi pensil warna yang lain.

sesi mewarna juga tidak boleh di adakan dalam jangka masa yang panjang. sebabnya si kecil mudah jemu dengan sesuatu perkara itu. untuk aku, sesi mewarna ini aku limitkan antara 15 minit hingga 30 minit saja untuk Raina. Percayalah umur si kecil yang baru setahun ini mudah jemu dengan sesuatu barang atau perkara. jadi perlu limitkan masa tersebut.

selain itu, kita juga kena turun sama mewarna. konon-konon saja. sebab si kecil akan tengok apa yang kita buat then dia pun akan ikut apa yang kita buat. tapi jangan kita pula yang lebih -lebih mewarna. biar si anak tersebut saja yang teroka buku mewarna tersebut ikut kemampuan ereka. biarkan mereka nak conteng bagaimana sekalipun. sebab percayalah langkah-langkah ini juga membantu membimbing perkembangan otak si kecil. InsyaAllah.

selamat mencuba :)

27 comments:

  1. amboii meriah kasut raina,
    tp budak2 mmg ske yg bling2 kan??
    hehe

    ReplyDelete
  2. kak long: kite tibe2 teringat zmn sekolah rendah. suke sgt beli pensil warna yg kadang2 sampai 36 batang tu. hehehehe. :)

    ReplyDelete
  3. na : tu lah budak2 suka baling tp bila kita terangkan slow2 nanti dia faham Alhamdulilah skrg raina dahfhm dan tahu pensil itu apa


    atikah : betul2 tu atiqah. suka nak beli pensil warna kotak yg besar sekali tu

    ReplyDelete
  4. lepas ni bersedialah dinding rumah menjadi canvas mural...ehehehe

    ReplyDelete
  5. tips yg bagus nurul
    leh cuba kat kysha nanti :)

    ReplyDelete
  6. thanks nurul untuk pengajaran yang berguna ni...
    kid tak sabar rasanya nak ajar haqq mewarna macam raina..
    selama ni haqq cuma conteng dalam kertas dan buku dia je..
    sambil tu kid melukislah benda-benda yang simple.. :P

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat didik anak seawal ni. suke dgr

    ReplyDelete
  8. Auf pon dah pandai kasut suruh kite pakaikan.

    Good job raina. pandai mewarna. Nanti nak cuba jugalah. :)

    ReplyDelete
  9. comel kasur raina....beli katne?

    dariya pun suke menconteng...tp dia suke conteng tgn dia...kalu ks buku mmg sekejap jek...kalu kt tgn dia leka...

    =D

    ReplyDelete
  10. as : hehe tu lah sepupu ku pun ada kata begitu as

    zuris : selamat mencuba zuris



    kid : lepas ni kid try bg haqq mewarna pula ye kid


    aj : thanks aj. along cuba semampu along je aj


    yaya : auf pun sama ye? tu lah raina pun dah pandai amik kasut sendiri tunjuk kat kita suruh pakaikan kasut dia hehe



    zaza : ni url link blog u ye babe? nurul beli kota kemuning shah alam je babe. kasut tu murah je babe tapi nurul tgk jenis kasut tu mcm tahan je. tak pe za u try slow2 kat dariya nanti

    ReplyDelete
  11. yups..nie blog i...beginner jek babe...baru nk berbelog....gatal jek...

    ReplyDelete
  12. nak start ahh bg naurah mengaler. soh dia kaler noddy huhuh. ptg nie beli pencil kaler kt giant sekali ngn bikini..kekeke

    ReplyDelete
  13. Nurul..tips yg bagus. Chem belum lagi ajar Aisyah mewarna atau menconteng di kertas. Tapi apabila dia nampak pen dia akan masukkan ke dlm mulut..

    Terima kasih kerana berkongsi bersama2 situasi mcm ni. Balik karang nak try dedahkan kat Aisyah pulak... apa la yg akan terjadi. hahahah

    ReplyDelete
  14. nnt nak jaar aqil gak mewarna..kena beli kaler dgn buku dulu..kasut raina tu lawa la..berkenan i..;)

    ReplyDelete
  15. zaza : tak pe babae blog u best byk info lah babe



    sherena : wow bikini utk pi spalash park yeah. ok nanti naurah mula warna amik gmbr ye



    chem : haha nantu try kat aishah ye :)



    maria : hah suruh aqil try jugak. kasut murah je tu maria hehe

    ReplyDelete
  16. bgs entry nie...
    kasut raina comel..ade bling-bling
    takutnya nak bagi mirza pegang pensil atau pen...
    takut die conteng dinding rumah
    huhuuhh

    ReplyDelete
  17. minggu lepas haraz da mkn crayon dengan bersahaja. bile die mkn keropok lekor pelik kenapa keropok tu jadi biru,pas tu br tau die da mkn crayon biru sebatang....pen die conteng kat seluruh betis, maker habis jari jemari. memang menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  18. atos = epal (camne la leh kelaut pegi nya.jauh bebeno hehe).
    thanx ye nurul coz bg tips yg menarik nih.akan ku praktikkan pd ank dara ku satu hr nanti

    ReplyDelete
  19. amni pegang pensil..pastu dia conteng lantai.arrrrh..ehhehe

    ReplyDelete
  20. mun : slow2 mun ajar mirza InsyaAllah mirza boleh


    suzie : kdg2 mmg menguji kesabaran suzie kita kena sabar dgn kerenah anak kita kan suzie. nasib baik haraz tak apa2 ye suzie


    yun : tu lah jauh bebenor epal=atos. hehe


    shima : nurul pun risau mcm tu tp nurul perhatikan duduk sebelah raina tgk apa dia buat ketika dia pegang pensil warna tu

    ReplyDelete
  21. good girl:) dah beso dah die ek nurul..:)

    ReplyDelete
  22. haiqal pun pantang nampak pensil atau pen kak..habis semua dicontengnya. :)

    ReplyDelete
  23. lylie x penah lg ajar alya mewarna atau menulis..coz sume benda dier masuk dlm mulut...sume nk isap2 n gigit n telan...takut pulak nk bagi..hihi...

    ReplyDelete
  24. Hari tu kitorang bagi Azra freestyle coloring guna pastel dan art block sekali terhasil gambar kambing daa...hehehe....goat kaler merah...somel lalu I paste kat fridge....Azra's first masterpiece tu diaa...

    ReplyDelete
  25. comel ok raina...hazim pun still sebut lori tu bas...walaupun dah banyak kali ajar sebut lori...hehehe

    ReplyDelete
  26. mya : tu lah beso dah si raina ni mya


    kasih ibu @zura : try bg haiqal kaler2 buku zura



    sheyla : hehe thanks :)


    lylie : tak pe ajar alya slow2 lylie


    amp azra : alahai comelnya awak budak2 kalau kaler mcm mana pun nmpk comel kan hasilnya


    nads : oh ye ke nads jauh jugak bunyinya lori dgn bas tu nads comelnya

    ReplyDelete