Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, February 16, 2011

Perjumpaan terhebat


Selamat pagi semua :)

Hari ini aku mahu ceritakan tentang perjumpaan terhebat dengan para blogger yang aku join pada cuti chinese new year dan sabtu lepas yang lalu. Sebenarnya aku agak terlewat membuat entri ini. Alasan utama tiada mood menulis dan tiada idea mahu menulis. Aku rasa aku dah mula malas menulis agaknya. Dah cuba berazam nak rajin menulis tapi masih bermalas-malasan saja diri aku ini.

Ok mari aku ceritakan tentang perjumpaan dengan rakan-rakan blogger aku.


Semasa cuti chinese new year hari tu Na atau dikenali sebagai Nano telah datang ke KL. aku memang dari dulu teringin nak jumpa dengan si Na nie. Tapi disebabkan Na nie duduk jauh di Kuantan jadi impian untuk berjumpa Na macam dalam mimpi saja aku rasakan.

Aku mula baca blog Na dari mula-mula dia sibuk uruskan majlis kahwin abang dia tak silap aku. masa tu Na nie anak dara lagi. kiranya Na nie antara blogger terawal yang aku kenal dalam dunia berblogging. Sekarang nie Na dah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang comel iaitu Mika. Eh eh aku macam mengarang karangan bahasa melayu yang bertajuk 'Na blogger dari Kuantan' pulak ye. hehe :)

Alhamdulilah akhirnya dapat juga aku jumpa Na yang kebetulan dia turun KL semasa cuti chinese new year hari tu. Lokasi perjumpaan adalah di Megakidz, Mid Valley. Lokasi yang sama semasa 1st gathering hari tu.

aku juga dapat jumpa Jue, Evyn dan sekali lagi aku dapat berjumpa dengan Zuris. perjumpaan kali ini memang tak layak di panggil gathering sebenarnya. Sebab ini hanya perjumpaan kecil untuk meraikan kedatangan Na dari Kuantan saja. Lagipun hanya kami berlima saja yang join perjumpaan kali ini disebabkan para blogger yang lain masih bercuti di kampung masing-masing sempena cuti chinese new year hari tu.

W/pun perjumpaan kali ini agak singkat lebih-lebih lagi aku terlewat sampai, Alhamdulilah dapat juga aku berkongsi pelbagai cerita dengan mereka. Aku juga nak ucapkan terima kasih dekat Saiful sebab sudi ikut agenda isterinya ini w/pun kelihatan Saiful seperti kebosanan saja.



Perjumpaan kali ini memang singkat sebab aku pun kena bergegas ke Melaka pada petang itu. Memang agak penat sebenarnya. Tergesa-gesa dari Mid Valley dan terus balik ke Banting dan seterusnya ke Melaka. Tapi aku enjoy w/pun sedikit penat.

Ok mari kita beralih cerita tentang 2nd gathering pula. 2nd gathering ini kalau ikutkan agenda asal patutnya di postpone atas sebab cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini dan juga atas sebab ramai blogger yang tak dapat join untuk tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 13/02/2011 yang lalu.

Akan tetapi agenda ini diteruskan juga pada saat-saat akhir apabila Dayu menyatakan hasrat mahu juga ke Splash Park. dan secara tiba-tiba ramai pula yang mahu join. Jadi aku cadangkan kepada Dayu 2nd gathering ini patut diteruskan juga apabila mendapat feedback yang memberangsangkan.

Tapi aku sendiri tidak dapat join pada hari Ahad yang lalu disebabkan Saiful mempunyai agenda pada hari tersebut. Jadi aku harus patuh pada suami. Kebetulan darah tinggi ibu aku naik pada hari ahad tu. Jadi aku tak senang duduk di buatnya. Alhamdulilah keadaan ibu aku dah beransur pulih.



Kebetulan Sherena dan Ann bercadang mahu ke Splash Park pada hari sabtu. Dan memang rezeki aku yang kebetulan pada hari sabtu petang itu aku memang free. Jadi aku bolehlah join mereka. tup tup ramai pula yang mahu join pada hari sabtu tersebut. Jadi kiranya 2nd gathering ini dibuat dua hari berturut-turut iaitu aku handle untuk hari sabtu manakala Dayu handle untuk hari ahad.

Tapi aku tak sangka ramai yang join pada hari sabtu. aku sangkakan ramai yang join pada hari ahad. Jika digabungkan kedatangan bloggers untuk kedua-dua hari tersebut tentunya lebih meriah bukan? InsyaAllah next time kita boleh buat lagi perjumpaan seterusnya ye kawan-kawan.

Untuk hari sabtu itu ramai blogger yang join aku kenal. ada juga yang aku tak kenal tetapi mereka kenal aku. jadi aku rasa keseganan dan rasa serba-salah. Minta maaf kepada mereka yang aku kurang cam. Harap lepas ini kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. Dan harapnya mereka tidaklah lagi menjadi silent reader. Mari rajinkan diri tinggalkan jejak supaya aku boleh lebih cam korang ye.



Antara blogger yang join untuk hari sabtu itu ialah Ann, Sherena, Chempaka, Hannah, Julia, Mai, Ojel, Jue, Yun, Raihan. oh ye Ojel nie kawan sekolah aku. dia juga mempunyai blog tetapi tidak berapa aktif. Tak sangka Ojel nak join gathering kali ini. Untuk Raihan (betul ke nama ni?), aku baru kenal kat Splash Park hari tu. Rasanya aku pernah terjah blog dia dulu kot. Siapa lagi ye yang aku tak sebutkan nama kat sini? Sila bagitahu aku jika ada yang tertinggal nama yang aku tak tulis di sini.

Anyway aku enjoy berjumpa korang kali ini. W/pun aku agak lewat sampai sebab aku tergesa-gesa balik kerja bersiap-siap then ambil rakan aku yang namanya juga adalah Jue. Wahhh ramai sungguh yang namanya Jue yeah?

Apakan daya aku nie bekerja pada hari sabtu. itu yang aku terlewat. maaf kawan-kawan. Dan kebetulan Saiful kerja luar pada hari tersebut. So Saiful tak join agenda kali ini. Nasib baik Jue yang merupakan rakan serumah aku di Kelana Jaya dulu mahu temankan aku. Alhamdulilah Raina sangat suka dengan Jue. Thanks untuk Jue sebab temankan Kak Nurul dan tolong kejarkan Raina yeah :).


Alhamdulilah dapat juga aku berjumpa dengan Sherena dan anaknya Naurah bermulut muncung itu, Ann dan Kaisya yang sangat tinggi lampai itu, Mai dan anaknya Hayfa yang juga sangat tinggi lampai, Chempaka yang peramah dan anaknya Aishah yang tembam itu, Julia dengan anaknya Marissa yang putih gebu itu, Yun dengan anaknya Mya yang bermata bulat itu. Aku memang pantang tengok si kecil bermata bulat ye sebab Raina bermata sedikit sepet.

Oh ye dapat berjumpa sekali lagi dengan Hannah dan Myiesha. Kali ini aku dapat gomol puas-puas Myiesha. geram ok tengok mata bulat Myiesha. Oh ye Hannah daku hari tu terpegun dengan Hannah berkomunikasi dengan Mett. Nurul terdengar Hannah panggil Mett "Sayang tolong ambilkan gambar ai". daku terpegun dengan kelembutan suara kamu Hannah.

Dapat juga berjumpa dengan Jue dan anaknya Alif sekali lagi. Kali ini Aliff sangat ok dan tak moody seperti di Megakidz sebelum ini. maybe Alif seronok main air. hehe :). Dan thanks kat Jue sebab tolong ambilkan gambar yang cantik-cantik semuanya. Daku tak bawa kamera semasa di 2nd gathering hari tu. So tumpang kemera Jue je. Thanks Jue.

Ok rasanya dah panjang lebar aku menulis. Harap tiada orang bosan membacanya. Aku harap lepas ini akan ada lagi gathering seterusnya. Kalau ikut agenda seterusnya dengan Dayu lokasi seterusnya adalah Genting Highland. InsyaAllah masih dalam perbincangan. Apa-apa nanti aku war-warkan kepada korang semua ye.

P/s : semua gambar-gambar di atas adalah ihsan dari kamera Jue. Thanks Jue atas gambar-gambar yang cantik ini :)

31 comments:

  1. kalau tak ada baby boleh join x kak? hehe. :D

    ReplyDelete
  2. yup x sangka dpt jumpa na..dan kamu2 semua..huhuhu..
    so daku tunggu saja next gathering,,huhuh

    ReplyDelete
  3. afeeqah : sure boleh dik. jom lah nanti join next gath yeah


    evyn : akhirnya dpt jumpa evyn :)

    ReplyDelete
  4. camera mahal msti gmbar cantek2, hehe credit tuk jue :p

    eh na prasan nurul ske pkai dress cmtu ehh..
    lawa2 ahhh corak..
    sesuai sgt ngn nurul si tggi lampai,
    jelessss..
    tp na xsesuai kot pkai gtu? huhuhu

    btw, i wish dpt join yg ramai2 plak lepas ni..insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. gatal hati nak join rasanya...ahahaha.. apakan daya daku di sabah..sob sob T__T

    ReplyDelete
  6. na : aah nurul suka pakai gaun kembang mcm tu na. ada dkt 10 helai dalam simpanan nurul. tp kdg2 nmpk mcm org pregnant lah pulak sbb perut buncit. eh na kalau nak pakai pun boleh sesuai je


    as : kalau as turun KL meh lah jumpa as

    ReplyDelete
  7. sedey tak dapat pi splash park.
    last minute event. iskkk

    ReplyDelete
  8. xeea : tu lah nurul tak ada no xeea tertggu2 kamu dan alfiy. nak sms tak ada no

    ReplyDelete
  9. wahhh.. harap2 nanti leh jumpa ngan Nurul kat Genting..:)

    ReplyDelete
  10. besh kalo jumpa geng2 blogger kan..

    ReplyDelete
  11. bestnyerrr...buat la lagi.ainul kena food poisoning plk sabtu ahad tu.huhuhu

    ReplyDelete
  12. Teringin jugak nak g jumpe semua orang.. tapi macam kak nak join yer...

    ReplyDelete
  13. hr tu km semua kena sound ngan guard coz pkai kasut/selipar kt situ.tp nurul terselamat coz baju dia yg labuh tu menutup kaki nya.hihii

    ReplyDelete
  14. ana : hrp2 leh jumpa ana next gaht ye


    ainul : oh ye ke ainul tak pe ada rezeki kita jumpa lagi ye


    pink princess : ada fb add Nurul Jamian selalu nurul diskus kat fb. jom :)


    kak atty : tu lah seronok kak. jom jumpa :)


    yun : tu lah rupanya tak boleh pakai kasut. hehe :)


    zuris : yeah next gath kita jumpa lagi jika ada rezeki yeah


    shima : best shima. jom shima next gath join yeah

    ReplyDelete
  15. Yeah.. Thanx jgk sbb nurul sudi jumpe jue.. Kekeke..gambar2 nie x brapa cantik sbnrnye..almaklumlah tak terror amik gambor..neway sgt sonok dpt kawan2 baru cam korang sume.. :)

    ReplyDelete
  16. jue : daku pun seronok jumpa uolls

    ReplyDelete
  17. wah bestnye...tapi sedikit jeles sbb tak dpt join 2nd gath nie...selalu jek ade hal yang timbul tau..jeles..jeles sgt...
    nurul nie link untuk towel tue
    http://elzababy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. mun : thanks atas linknya ye mun. lain kali mun join yeah

    ReplyDelete
  19. aku pun leh terjebak join gathering bloggers nih hahah.. walhal blog aku pun jrg hupdate.. pape pun aku cuba tuk update slalu dgn entry yg best2 mcm blog ko k...
    sesape pun dialu-alukn tuk jenguk blog aku k..
    tq nurul..
    http://zielaojel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. bila la dapat nak join geng2 blogger dukung baby yg comey2 ni heheh

    (^^,)

    ReplyDelete
  21. rugi tak dpt join..lenkali maria turun KL kita jumpa k..mn tau time tu dah ada gps yg boleh membantu maria yg buta jalan ni..huhu..

    ReplyDelete
  22. bestnya kak sume ade baby..kena tggu ade baby la baru boleh join..

    ReplyDelete
  23. Wahh malunya Nurul tulis dialog 'Sayang tolong ambilkan gambar ai' tu!

    *blushing*

    By the way, gathering ini pun best. :D Cuma rasa macam kejap sangatlah kan, sebab nak hujan.

    ReplyDelete
  24. wahh bestnye nurul dpt jumpe reramai gitu.. mehlaa turun ke selatan pulak:))

    ReplyDelete
  25. wa... best-best...
    so sad xdapat join
    hurmmm :(

    ReplyDelete
  26. ojel : rajin2 update blog ye


    yanie : jom lah yanie join next time yeah



    maria : aah kan maria guna gprs


    hepiunited : eh adik pun boleh join dik jonm lah lain kali join lah ye



    hannah : hehe daku terdengar dialog mu itu hannah. yeah seronok cuma sekejap kan sbb nak hujan



    maya : hari tu mereka buat gath kat area johor maya


    suzie : lain kali suzie join lah ye

    ReplyDelete
  27. beshnyer korang bersplash sana sini yer...

    ReplyDelete
  28. nads : best sgt nads


    siti : boleh2 nanti join ok

    ReplyDelete