Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, February 18, 2011

Selekeh

Aku suka gambar nie. Masing-masing nampak cantik disebabkan mahu makan besar :)

Entah kenapa jika aku ke office aku tak suka mahu menampakkan diri aku ini seperti ala-ala vogue atau senang kata seperti nampak lebih bergaya dari rakan-rakan office yang lain. Secara jujurnya aku memang nampak agak selekeh bila ke office.

Bukan tak mahu bergaya seperti berpakaian ala-ala korporat tetapi dengan suasana dan situasi yang aku alami di tempat kerja ini cukuplah jika aku bersederhana saja. Siapa aku mahu melawan mereka yang cantik bergaya di office? Tapi rasanya kat office aku tak ada seorang pun yang aku betul-betul admire gaya pemakaian mereka. Rasanya kot. hehe :)

Dulu selepas aku habis belajar peringkat degree, aku berehat selama lebih kurang sebulan. Selepas itu baru aku bertungkus-lumus mencari kerja. Alhamdulilah rezeki aku yang tak lama tu aku dapat bekerja di sebuah institut pengajian. Tapi tak lama aku bekerja di situ sebab aku mahukan pekerjaan yang lebih mencabar diri aku. Tapi aku tetap bekerja di institut tersebut sebagai part time di hujung minggu. Tapi itu cerita lapuk ketika zaman anak dara aku dulu.

Bermula dari itu aku apply bermacam-macam kerja. Tup-tup aku dapat banyak tawaran bekerja dan aku telah menerima tawaran bekerja di tempat aku sekarang ini. Bayangkan aku pergi interview ditemani ibu aku. Disebabkan aku tak tahu sangat jalan-jalan area PJ jadi aku minta bantuan ibu aku. Dulu semasa di zaman muda ibuku itu dia bekerja di Sungai Way, PJ. Jadi ibu aku memang agak mahir jalan-jalan di area PJ ini.

Masa aku pergi interview itu aku berpakaian seperti ala-ala korporat yang tidak menjadi. Pada peringkat awal aku mula bekerja di office aku ini, aku memang suka nak bergaya. Iyalah dalam hati aku mestilah kita kena tunjukkan keserlahan dalam berpakaian juga di samping mutu kerja. Tapi lama-kelamaan aku jadi malas disebabkan aku lihat rakan-rakan di sekeliling aku berpakaian biasa-biasa saja ke office. Dalam hati aku kenapa mereka berpakaian seperti ini?

Mula-mula dulu aku rajin berkasut tumit tinggi. Sekarang kalau korang nak tahu aku pakai kasut flat biasa je ke office. Siap ada selipar buruk yang aku tinggalkan di bawah meja aku ini yang aku pakai ke hulu ke hilir semasa di dalam ruang office itu. Cuma pergi dan balik kerja saja aku tukar pakai kasut yang agak cantik sedikit.

Aku juga hanya bermake up nipis ke office. Tidaklah nampak keterlaluan. Tapi tak elok juga bukan jika langsung tak make up atau kusut masai berpakaian ke office? Aku cuma anggap aku sedikit selekeh dengan berpakaian yang tidak keterlaluan dan cukuplah secalit lipstik, pemerah di pipi dan kemaskan bahagian kening. itu saja jika aku ke tempat kerja. Selekeh bukan?

Dalam permasalahan ini, aku rasa situasi dan suasana sekeliling memainkan peranan penting dalam isu berpakaian. Macam aku, memang aku tak nafikan situasi di office yang aku hadapi sekarang adalah peranan utama kenapa aku selekeh di office.

Tapi bila aku di luar memang lain sedikit. Aku lebih suka ada rasa mahu nampak sedikit bergaya dengan belt yang besar gedabak itu, dengan kasut bertumit tinggi itu, bermake up bagai. Memang tak dinafikan di luar aku lebih suka mahu nampak cantik-cantik saja. Mungkin salah-satu sebabnya support dari Saiful. Sebab Saiful memang pantang sikit tengok aku berkasut flat atau muka kusut tak bermaya. Jadi aku turutkan saja apa yang Saiful sukakan itu.

Kadang-kadang aku terfikir agaknya bilalah aku mahu keluar dari kepompong ini dan dapat merasa situasi yang agak berbeza dan sedikit hebat dalam suasana bekerja bagi menaikkan mood aku dalam berpakaian ketika bekerja? Isu bilakan itu selalu berlegar-legar dalam kepala otak aku ini.

Sekarang aku dalam misi untuk cuba keluar dari kepompong kecil ini. Tapi belum ada rezeki aku agaknya. Aku selalu berdoa agar ada rezeki aku nanti. Aku amat rindukan cara dan situasi ketika aku bekerja di Putrajaya dulu. W/pun bekerja di site tapi suasana bekerja itu yang aku rindukan. Harap-harap tahun ini aku dimurahkan rezeki dalam apa-apa perkara sekalipun. InsyaAllah.

23 comments:

  1. insyallah ... saya doakan rezeki awak murah tahun ni ;) pemakaian tu pakai je apa2, as long kita selesa bergerak dan bekerja :) saya pun dalam kategori selekeh kt office :p

    ReplyDelete
  2. FarEast : tu lah rasanya inilah pakaian yg selesa bg saya bro w/pun agak selekeh :)

    ReplyDelete
  3. Fashya pergi kerja lebih selesa berbaju kurung saja. Nak pakai cantik-cantik macam tak seswai sebab nak masuk lab bagai. Nanti buat kerja pakai lab coat jugak. Kena singsing lengan baju, angkat kain semua (takut kene chemical) hihi.
    Mekap tetap mekap tapi ala-ala jela, bila petang mekap dah takde.

    Tapi xdela sampai selekeh sangat ye tak, imej perlu jaga kan.:)

    ReplyDelete
  4. fashya : oh fashya kerja lab ye? kerja lab tu mencabar jugak kan so kena pakai baju yg sesuai

    ReplyDelete
  5. kt sini pakai uniform..so baju uniform seluar plk suar jeans..itula pemakaian sy hari2..make up?lgsg tak sbb kat sini takdak pn yg mak up rsnya..hhehe..

    ReplyDelete
  6. fashya : oh fashya kerja lab ye? kerja lab tu mencabar jugak kan so kena pakai baju yg sesuai

    ReplyDelete
  7. maria: ohh maria pakai uniform ye? kira senang mcm tu tak payah fikir pi kerja hari2 nak pakai apa kan

    ReplyDelete
  8. Try jadik pensyarah meh. ai pakai vogue sket, shawl lilit2 sket, habis terbeliak mata student takleh nak belajar.

    Pasrah je lah pakai baju kurung tiap2 hari. Baju korporat? Berani kena sound dgn ketua jabatan, cuba lah :p

    ReplyDelete
  9. xeea : wahhh ada kosong kah? hehe

    ReplyDelete
  10. Memang btol suasana kt opis memainkan peranan, klu dl kt opis lame tu ade gak pki baju kurung n b'gaya cket... tp sejak move new job nie.. semua nyer pki sempoi2 jer.. la nie sy p keje pki jeans n long t-shirt jer memang x ade kategori la..

    ReplyDelete
  11. nurul, kita adalah sama. kat ofis i mmg xde dress code unless utk org2 sales je. hihi so i kalau malas mmg pakai jeans je pegi keja. mmg tak ada lgsg style corporate unless masa ada big presentation or meeting. hihihihi

    ReplyDelete
  12. woit.. ko bkn seorg yg selekeh... selekeh mana pun ko.. tetap voge jgk..
    aku pi kje.. elexs jer... bju kurung or kebaya bagai..make up? erm..pg2 sapu krim, bedak muka n lipstik.. tu je.. usah kan sampai ptg, lps break1st lipstik dah ilang.. hahaha..
    bile kne kje luar je pkai bju koporat..
    aku sbnrnya suka uniform la.. brangan nak jd inspetor polis @ pegawai kastam ke..

    ReplyDelete
  13. mana ada selekeh..kalau nurul kata tu selekeh..kita lagi lah selekeh je..berbaju kurung sahaja...sob..sob..sob..kita pun rasa benda yg sama..faktor sekeliling di pejabat buat kita pun macam ala kadar je pergi office..

    ReplyDelete
  14. saya pegi keje pakai t-shirt and suar jeans.sbb keje dlm warehouse...pakai kasut sama ari2 walaupun selalu beli kasut..hehehe..the best part is, sbb sy pakai selekeh pegi keje, selalu org xhulur pamphlet kat sy bile nak kuar dr stesen lrt..mgkin sbb xnmpak mcm nak gi keje..nmpak cm nak gi kelas..

    ReplyDelete
  15. sy pon situasi keje x mengizinkn nak berbju cntik bagai..tp kat luar nak gak cntik2

    ReplyDelete
  16. pink : ye ke tu lah kan suasana main peranan kan


    ederq : tmpt kerja nurul tak boleh pakai jeans kalau tak dah laam nurul pakai jeans


    ojel : ohh ko nak jadi polis ke ojel cita2 ko baru aku tahu. aku mana ada vogue ojel. selekeh adalah

    ReplyDelete
  17. shinnaz : kalau boleh pakai jeans dah lama nurul pakai jeans shinnaz dgn t-shirt je. nurul kdg2 pakai juga baju kurung shinnaz


    hepiunited : oh kalau pakaian mcm nak pi kelas tu akak rindu sgt dik


    farhana : hah kat luar tu penting nak bergaya kan hehe

    ReplyDelete
  18. sebelum ni kid jadi kerani di sebuah kilang..
    punyalah pakai cantik-cantik masa 1st day masuk kerja..
    bila masuk office je..

    "sila pakai selipar ini ketika bekerja" kata pegawai HR sambil hulurkan selipar jepun..
    ermmmm..
    potong betullah..!!

    ReplyDelete
  19. saya mcm awak nurul..selekeh gi keje tapi suka nak melawa kalau gi luar *tapi tak lawo jugak saya*..hahahha

    ReplyDelete
  20. kid : nurul kat dlm opis pun selesa pakai selipar je. cuma pi balik keja je pakai kasut. hehe


    maya : wow kita serupalah maya

    ReplyDelete
  21. mun pegi keje hanya pakai t`shirt dengan seluar jeans dan kasut flat jek..sbbnya ade uniform...lgpon malas nak bergaya sgt...orang sekeliling pk asal boleh jee..so kite pon pk asal boleh jelah..lgpon nanti nak kene pegi site lah....pakai cantik2 pon tak guna...makeup pon ala kadar jee..janji muka tak nampak pucat

    ReplyDelete
  22. yaya pon sama. Pakai tshirt & jeans hari2. So, jeans kena beli yg tahan lama sebab nak pakai hari2 bekerje dgn hari2 biasa. :P

    p/s: nurul cantik, pandai pakai shawl. :)

    ReplyDelete
  23. mun : tmpt keja nurul tak boleh pakai jeans mun


    yaya : syok nya kalau tmpt kerja boleh pakai jeans kan yaya

    ReplyDelete