Entri ini adalah luahan jujur dari aku seorang mama yang bekerja.Rutin harian aku boleh dikatakan sama pada setiap hari bekerja. Bangun awal pagi seawal pukul 5 pagi untuk masak makanan Raina yang perlu dibekalkan ke rumah babysitter atau aku bahasakan rumah babysitter tu kat Raina adalah 'school' atau 'sekolah'. Nampak lebih comel saja bunyinya kan?
Bangun seawal 5 pagi yang kadang-kala lebih awal dari itu dengan mata yang berpinau-pinau akibat blur baru bangun tidur terus ke dapur untuk memulakan aktiviti bersilat dengan sudip, pisau, penyenduk nasi dan sebagainya.
Pung pang pung pang.
Seperti bunyi orang mahu pergi berperang saja ketika itu. Tengok jam sudah mahu ke angka 6 pagi.Dalam masa yang sama aku akan bancuh susu untuk diberi kepada Raina juga menukar diaper Raina. Kadang-kadang diaper tak payah tukar sebab Saiful akan tolong tukarkan.Tengok keadaan.
Selalunya aku siap memasak dalam pukul 6.15 pagi ke atas. Bergantung kepada aku bangun cepat ke atau terlewat bangun. Begitu juga faktor menu di ambil kira.Kalau menu tu agak susah di masak maknanya agak lamalah aku di dapur. Dan sesekali aku akan steam atau rebus botol-botol Raina pada belah pagi juga sebelum pergi kerja.
Selepas settle hal-hal di dapur barulah aku iron baju. Hal berkaitan iron baju ni bergantung pada kerajinan aku sebenarnya.Kalau aku rajin aku akan iron baju untuk stok seminggu pada sebelah malam.Kalau aku malas jawabnya pagi-pagi tu juga aku baru terhegeh-hegeh iron baju.Orang cakap 'nak terberak baru nak gali lubang'.
Hah gitulah aku. Terhegeh-hegeh semua kerja. Al-maklumlah lebih suka besarkan hal tidur dan layan TV dari mahu iron baju pada sebelah malam. Selepas aku settle iron baju aku, Saiful dan Raina barulah aku pergi mandi.
Dalam pukul 7.30 pagi tu selalunya aku dah siap semuanya solat, pakai tudung dan bermake up bagai. Kejutkan Raina dan basuhkan muka Raina dan siapkan apa yang patut terus aku dan Raina keluar rumah. Memang kebiasaannya aku dan Raina keluar rumah lebih awal dari Saiful. Sebab Saiful masuk kerja pukul 9 pagi. So memang Saiful akan keluar rumah lewat sikit dari kami.
Memang selalunya aku sendiri yang hantar Raina ke rumah babysitter. Jarang Saiful yang hantar Raina ke rumah babysitter. Sebab sebagai seorang mama aku ada amalkan pembacaan selawat 7 kali ke atas ubun-ubun Raina pada setiap pagi. Ibu aku cakap lebih afdal kaum mak budak yang buat. Itu yang aku sendiri mahu hantar Raina ke rumah babysitter. Aku akan selawatkan ke ubun-ubun Raina sebelum di hantar ke rumah babysitter. Ok settle hantar Raina ke rumah babysitter.
Macam biasa aku pecut kereta untuk ke tempat kerja. Pecut dan cilok semasa memandu adalah perkara biasa bagi aku jika aku sudah terlewat.
Vrooooommmmm
Kadang-kadang aku sampai office awal dan kadang-kadang aku sampai office lewat. Tengok keadaanlah. Pukul 5.30 petang aku siap-siap mahu balik dan sampai rumah seawal yang mungkin. Paling cepat aku boleh sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Paling lewat kadang-kadang dah azan maghrib baru aku sampai rumah. Tengok keadaanlah.
Balik kerja dah penat. Badan letih. Sebenarnya badan tu letih sebab memandu dengan menempuh jalan yang sesak hari-hari. Itu yang buat aku paling letih sebenarnya berbanding kerja-kerja di office. Serius aku tak larat nak tempuh jalan sesak macam tu hari-hari. Main-main dengan Raina. Layan Raina sekejap. Pastu baru aku buat kerja apa yang patut seperti memasak ke mengemas rumah ke mandi ke.
Kiranya aku dapat luangkan masa dalam sejam dua saja bersama Raina sebelum aku pun tertidur sebab letih. Kadang-kadang tu kalau Saiful ada kat rumah, Saiful yang rajin tidurkan Raina. Sebab aku memang confirm selalu tidur cepat. Tak tahulah mata tu rasa berat je. dalam pukul 9.30 malam atau 10 malam aku dah bantai tidur.
Raina sejak melasak nie memang selalu lewat tidur. Dia suka main sampai penat baru dia tidur. Kadang-kadang tu Saiful yang rajin ajar dia mengenalkan buku-buku dan sebagainya kepada Raina. Aku dalam semiggu tu adalah sekali dua ajar Raina mewarna, membaca dan lain-lain. Yang selebihnya Saiful yang rajin buat. Sebabnya aku tidur awal beb. Mama apakah aku ini kan? Besarkan hal tidur je.
Aku sebenarnya tak suka keadaan ini. Kalau boleh aku nak luangkan masa lebih lama dengan anak. Iyelah kalau di fikir-fikirkan masa anak banyak di rumah babysitter dari bersama keluarga sendiri. Kecuali hari sabtu dan ahad masa anak bersama kita tu agak lebih sedikit. Tapi aku cuba juga pastikan dalam sejam, dua jam aku mesti luangkan masa bersama Raina semasa hari bekerja. Supaya Raina rasa kasih sayang aku nie.
Aku sebenarnya sedikit terkilan apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina kat aku tanpa aku ketahui terlebih dahulu. Nampak sangat masa aku bersama anak itu agak kurang berbanding dengan babysitter Raina. Aku sedih sangat. Aku sedih apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina. Antranya kakak tu kata Raina dah pandai letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja selepas minum susu. Maknanya Raina tak campak atau baling botol dia lepas minum. Kakak tu cakap, Raina akan terus letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja. Memanglah tak sampai sebab sinki dan meja tu agak tinggi. Tapi Raina akan menjengkit sedikit.
Selepas tu, Raina dah pandai bagitahu kalau dia nak 'pupu'. So kakak tu akan tahu kalau Raina nak 'pupu', Raina akan bagi hint. So senang kakak tu terus bawa Raina ke toilet. Tapi masalahnya bila di rumah sendiri, Raina tak buat pun semua tu. Atau Raina tak mahu tunjuk kebolehan semua tu depan papa dan mama dia. Entahlah. Itu yang buat aku pelik.
Kakak tu juga ada bagitahu yang Raina sebenarnya dah berjalan jatuh pada usia 10 bulan. Tapi aku baru perasan Raina berjalan jatuh pada usia 11 bulan. Kenapa aku tak tahu lebih awal semua nie? Kenapa? Babysitter Raina juga ada bagitahu Raina dah pandai menyanyi, dah pandai tunjuk anggota badan seperti perut, kaki, telinga, mulut jika kita tanya dia dan macam-macam lagi perkembangan Raina yang lain. Nampak sangat masa Raina banyak dihabiskan di rumah babysitter kan? Apa-apa perkembangan Raina selalunya babysitter Raina tahu dulu berbanding aku.
Secara jujurnya aku tak suka keadaan ini weiiiiiiiiiiii.
Aku mahu aku yang tahu terlebih dahulu perkembangan anak aku. Tapi apakan daya aku seorang wanita yang bekerja. Bayangkan 8 jam aku bekerja. Belum campur masa berada atas jalan menempuh jalan sesak tu semua. Ini bermakna lebih 8 jam masa Raina bersama babysitter sewaktu hari bekerja. Yang selebihnya hanya beberapa jam saja bersama aku dan Saiful. Selepas tu Raina akan tidur. Begitulah jadual rutin hari-hari.
Jadi korang boleh bayangkan macam mana jadual aku hari-hari sewaktu hari bekerja bukan? Aku rasa jadual aku ini lebih kurang sama saja dengan korang yang bekerja. Kan best kalau aku jutawan goyang kaki tak payah bekerja. Kalau boleh nak yang betul-betul jutawan. Senang duduk rumah menghadap anak 24 jam hari-hari.
Best kan?
Thursday, March 31, 2011
Luahan hati seorang mama
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 28, 2011
Surat balasan dari Raina Evaqairina untuk Muhammad Nurhaqq

Terima kasih Haqq dan Auntie Kid :)
Dari hati (5) : Mengeluh atau tidak bersyukur?
Thursday, March 24, 2011
Apabila nafsu tersasar
Masuk je ke kawasan rumah, dari jauh dah nampak kelibat kereta Saiful. Dalam hati :
'Awalnya dia sampai rumah'
Tapi memang kebiasaannya, Saiful yang sampai rumah lebih awal dari aku. Iye lah tempat kerja aku jauh nun di Kelana Jaya. Hari-hari menempuh jalan yang sesak macam tin sardin itu.
Sampai depan rumah, Raina macam biasa akan ketuk pintu. Dua kali je Raina ketuk pintu tersebut. Aku pula menyorok. Aku memang suka main sorok-sorok macam tu. Macam budak-budak kan? Bila Saiful buka pintu, terus Saiful kata :
"Raina, anak papa dah sampai"
Sambil muka terjojol ke luar pintu mencari kelibat aku. Saiful memang tahu aku suka sorok di sebalik dinding sebelah pintu tersebut so dengan riak muka yang sama Saiful suruh masuk. So tak dapatlah aku nak buat kejutan kat Saiful. Lepas ni kena cari helah lain pula.
Masuk saja ke dalam rumah, aku lihat Saiful sedang kopek kerang. Aku diamkan saja tanpa menegur pun. Terus aku ke ruang tamu baring di depan TV. Aku dah agak Saiful mesti nak masak.
Seperti entri aku sebelum nie, dalam seminggu tu aku akan masak untuk suami dalam 3 hari dan selebihnya tu kami selalu makan di luar atau bungkus makanan bawa balik atau Saiful yang masak. Memang minat Saiful memasak. Tak boleh nak halang. Tak sampai 10 minit aku baring di depan TV, mula kedengaran pung pang pung pang pung pang. Tak lama tu Saiful melaung dari arah dapur :
"Sayang, Saiful makan dulu ye? Atau sayang nak makan dulu?"
Biasalah ada anak ni makan mesti bergilir-gilir bukan? yang seorang makan dan yang seorang lagi tolong tengokkan anak. Aku tak menjawab pun pertanyaan Saiful tu. Berulang-ulang kali Saiful tanya aku. Last-last aku suruh Saiful makan dulu. Dalam hati aku,
'Laki aku ni tak tahu ke aku diet? Saja je nak suruh aku makan. hampeh betul.'
Selesai saja Saiful makan, dia suruh aku makan. Tapi aku tak bergerak pun dari tempat aku di depan TV. Sampailah aku nak pergi mandi, kaki melangkah ke toilet tapi terus tersasar sekejap ke ruang dapur. Nak juga intai apa Saiful masak. Aku intai sekali periuk nasi.
'Mak aiii laki aku ni masak macam 4,5 orang makan je. Membazir betul.'
Terus aku separuh menjerit :
Aku : Saiful, awak saja kan suruh orang makan masak banyak-banyak macam nie
Saiful : Mana ada. Sayang makan lah lauk tu dengan roti. Nasi tak payah makan (Sambil tergelak-gelak)
Aku : Ala... dah tahu orang diet saja je pengaruh orang macam nie
Saiful : Makan je lah
Aku yang terus tak sedar diri tu tengah diet terus capai pinggan dan ambil nasi. Tak boleh tahan okeh tengok lauk kerang tu. Sahlah diet aku musnah apabila nafsu makan aku tersasar. Selepas makan baru rasa menyesal. Aku selalu macam nie. Selalu aku mengeluh perkara yang sama.
Rezeki memang tak boleh di tolak. Tapi tabiat suami aku yang suka masak banyak-banyak macam nie plus agak sedap untuk di makan boleh membuatkan diet aku musnah macam tu je. Sebenarnya Saiful tak suka aku control makan nasi. Sebab itu kalau Saiful masak nasi macam 4,5 orang punya makan. Pembaziran di situ.
Wednesday, March 23, 2011
Monday, March 21, 2011
Perubahan kecil
Aku seorang yang tidak hebat dalam bab memasak. Senang kata, aku tidak pandai memasak dan benci bila membincangkan topik berkaitan memasak. Dari zaman anak dara sehinggalah aku menjadi seorang isteri, sikap aku yang satu ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Bagi aku, memasak ini adalah perkara yang merumitkan, memenatkan dan susah untuk dipelajari setiap menu masakan tersebut. Alasan-alasan inilah yang membuatkan aku patah semangat untuk belajar memasak. Dulu, sebelum aku berkahwin, salah-satu soalan yang selalu aku bertanya kepada Saiful adalah soalan berkaitan memasak.
"Nurul tak reti masak dan tak suka masak. Masih mahukah berkahwin dengan Nurul? "
Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku bertanya soalan yang sama tanpa rasa jemu. Saiful selalu cakap yang dia tidak kisah jika isterinya tidak pandai memasak sebab dia kata dia pandai memasak dan akan masakkan untuk aku. Jadi aku sedikit lega mendengar jawapan itu tanpa ada rasa usaha mahu belajar memasak pun.
Tapi, bak kata orang tua-tua, sampai bila kita tak mahu belajar memasak. Lambat-laun suami akan memperkatakan juga kelemahan diri yang satu ini. Dulu aku buat tak tahu je bila adik dan ibu aku membebel-bebel kat aku sebab aku malas memasak dan tiada usaha mahu belajar memasak.
Bayangkan semasa awal perkahwinan aku dengan Saiful, kami masih duduk berasingan. Seorang duduk di Kelana Jaya dan seorang lagi duduk di Shah Alam. Kami akan berjumpa bila rasa nak jumpa dan selalunya berjumpa di hujung minggu saja. Itu pun kalau Saiful tak busy lah. Jadi, aku selamat sikit sebab aku tak perlu bersusah-payah memasak untuk suami.
Sampailah aku disahkan pregnant, baru kami decided untuk duduk bersama. Bila dah duduk bersama satu bumbung dengan suami dengan keadaan aku yang sedang pregnant itu, jadi aku ada alasan utama untuk malas memasak. Jadi Saiful dengan usaha yang gigih masakkan untuk aku. Cakap saja aku mahu makan apa mesti dia masakkan. Aku goyang kaki tengok TV tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kononnya tengah pregnant. Patutnya aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan pun. Kasihan Saiful.
Aku selalu cakap kat Saiful, kalau tak larat masak beli saja di luar ataupun makan saja di luar. Memang itulah yang kami buat. Kalau Saiful penat dia selalu beli saja di luar atau bawa aku makan di luar saja. Lagipun Saiful jenis jarang ada rumah. Selalu saja ada kerja luar. Aku memang selalu duduk di rumah keseorangan saja semasa zaman mengandungkan Raina dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun jadual kerja Saiful tak menentu w/pun sudah ada anak. Itu juga menjadi alasan utama aku malas memasak.
Sampai satu tahap Raina mula makan solid food ketika Raina berumur 6 bulan. Saiful juga yang bangun pagi untuk masakkan bubur Raina. Kalau Saiful outstation memang aku kelang-kabut okeh mahu masakkan bubur Raina. Sejak itu Saiful cuba memujuk aku untuk belajar memasak. Ada ayat-ayat Saiful yang buat aku tersedar sebenarnya. Betul-betul menyedarkan aku.
Aku berharap perubahan ini akan sentiasa tersemat di dalam diri aku. Mudah-mudahan. InsyaAllah.
Bercerita pasal botol susu pilihan

Dulu masa aku mengandungkan Raina, aku tak amik kisah sangat hal-hal barang-barang baby nie. Aku bukan kategori orang yang teruja mahu beli itu ini untuk baby. Perkara yang paling teruja semasa aku mengandungkan Raina adalah mencari nama si kecil juga pergi scan perut hampir setiap bulan sebab nak jumpa si kecil dalam perut aku nie. Tak ke pelik namanya tu kan?
Jawapan aku mesti akan cakap nanti-nantilah. Awal lagi. Padahal ketika itu kandungan dah mencecah 7 bulan. Itupun aku cakap awal lagi. Yang aku sibuknya cari nama anak pastu dok cerita pasal scan perut. Haha.
Yang aku paling ingat ketika puasa tahun 2009 kot barulah aku beli sikit demi sedikit barang-barang untuk baby. Aku beli tanpa mengambil tahu bab botol susu mana yang bagus? Diapers mana yang bagus? Baju jenis macam mana mahu beli? Semuanya aku tak ambil tahu sangat. Yang aku tahu beli je janji ok untuk baby oklah macam tu.
Masa pertama kali beli tu, aku beli kat satu kedai yang dikiranya taraf butik baby yang aku lupa entah apa nama kedai tu. Aku pergi dengan adik aku. Aku tak pergi dengan Saiful. Sedia maklum Saiful kerja tak tentu masa sibuk memanjang. Masa tu aku dah tahu gender baby aku adalah perempuan. Jadi aku main tibai je ambil baju, blanket dan barang-barang lain kemudian aku terus bayar. Kalau nak tahu baju yang pertama aku beli untuk Raina tu semunya bukan saiz newborn. Semuanya saiz 6 bulan ke atas.
Hah nampak sangat aku tak ambil kisah hal bab barangan baby nie kan? Pada aku janji kat mata aku cantik oklah. ambil dan bayar. Bila balik rumah belek satu-persatu baju baby yang aku beli tu baru tersedar yang semua baju tu bersaiz besar. Haha.
Masa tu aku tak beli lagi botol susu dan segala macam lagi barang. Cuma beli yang basic je dulu. Aku beli botol susu semua tu dengan ibu aku. Pasal ibu aku mesti tahu barang mana yang penting dan barang mana yang tak penting untuk dibelikan?
Ok kali kedua pergi beli barang baby bersama ibu aku nie, ibu ada tanya nak beli kat mana? Ibu aku nak sponser guna duit dia. Siapa tak nak kan? Tapi disebabkan aku tak ambil tahu sangat nak beli barang baby plus tempat mana yang best untuk shopping barang baby, jadi aku cakap kat ibu aku shopping kat Jusco je sudah. Teruk tak aku? Pada hal anak sulung nie. Patutnya terujalah sikit kan? Haha.
Masa kat Jusco tu macam-macamlah aku borong itu ini termasuk isu membeli botol susu. Aku dan ibu decided masa tu nak ambil botol susu dari brand Disney ke apa ke benda entah brand botol susu tu. Aku lupa. Tapi aku tengok botol susu tu comel okeh. Penutup botol tu bentuk mickey mouse. Macam budak-budak je aku punya citarasa kan?
Masa tu aku tak tahu pun bab isu botol susu BPA free nie. Cuma masa kat Jusco tu aku ada terpandang satu brand first year dan avent dan aku memang tahu botol ni bagus dan aku tahu yang botol ni ada ciri-ciri BPA free tapi masa tu macam blur dan sedikit keliru samada perlu ke tidak beli? Sebab masa tu terfikir mana tahu baby aku ni BF elok sempurna je ke? so tak ke rugi beli botol mahal-mahal untuk permulaan nie kan? So aku fikir kena tunggu baby keluar dulu baru boleh nak fikir perlu ke tak beli botol susu jenis besar gedabak nie.
Sampailah kali ketiga aku shopping barang baby. Kali nie shopping dengan Saiful. Masa nie terfikir-fikir lagi samada perlu ke tak aku beli botol susu besar gedabak tu? Masa tu Saiful jenis nak cepat. Suruh ambil je mana nak beli. Jenis Saiful kalau nak ambil je jangan nak belek-belek. Itu memang kepantangan dia. Jadi terbantutlah aku nak beli botol susu besar gedabak tu disebabkan memang perangai aku suka membelek dulu.
Apabila Raina selamat dilahirkan, bermulalah episod aku BF kan Raina. Nak dijadikan cerita Raina jenis budak yang tak mahu sangat direct menyusu kat badan aku. Dia akan cepat mengamuk bila susu badan aku keluar tak banyak. Punyalah dia teriak sakan. Ikut mood dia kalau pun dia nak direct menyusu kat badan aku.
Jadi bila aku tengok anak aku tu terkulat-kulat nak menyusu sedangkan air susu aku tak banyak mana, jadi aku ambil langkah lain seperti pam manual masuk botol. Aku buat siap-siap pam dan seterusnya masuk dalam botol susu. Selalunya aku buat ketika Raina nyenyak tidur.
Dan apa yang aku tak jangkakan, Raina macam menolak silk teat jenis bulat. Dia akan minum dengan laju kalau terdesak saja. Aku pun terfikir-fikir apa yang tak kena dengan botol susu Disney yang comel gambar mickey mouse nie?
Pastu aku cuba beli botol susu brand kiko. Comel juga botol susu kiko nie. Aku suka sebab penutup botol nie nampak unik. Aku pun tak tahu kenapa aku lebih tertarik tengok penutup botol susu berbanding body botol susu tersebut. Hehe. Tapi yang penting brand Kiko ni BPA free juga ye. So aku cuba bagi kat Raina. Jawapannya sama saja. Raina tak berapa suka juga.
Sampailah aku sms kawan baik aku Wawa. Aku tanya pendapat dia. Sebabnya masa dia melawat aku ketika pantang bersama suami dan anak dia dulu, dia bawak satu jenis botol susu yang sangat unik bentuknya di mata aku. Penutup botol susu Aisy anak Wawa tu menarik sungguh. Dan Wawa cadangkan aku supaya aku mencuba brand dari MAM. Katanya banyak ciri-ciri yang bagus yang ada di botol susu MAM. Yang penting BPA free dan anti colic dan yang paling utama adalah silk teat MAM adalah jenis leper dan bukannya berbentuk bulat.
Bila aku cuba beli botol susu MAM yang dicadangkan oleh Wawa tu di Mothercare, kat Mid Valley tu juga aku pergi cari air panas basuh dan cuba bagi kat Raina. Kira nie kes tak sabarlah nak cuba botol baru. Hehe. Dan paling aku terkejut elok je Raina minum. Tak tolak langsung seperti selalu. Dan laju je dia hisap. Dan dari situ aku sudah tahu anak aku jenis nak botol susu yang silk teat berbentuk leper dan bukannya bulat.
Sejak dari itulah aku fanatik dengan product dari MAM ini. Pacifier Raina pun semuanya dari MAM. Bermulalah episod menggunakan product dari MAM dari dulu hingga kini. Nak buat macam mana, anak aku nie memilih juga orangnya. Umur sudah setahun nie pun dia macam tahu saja botol susu dia yang mana satu. Sebab pernah cuba botol lain cuma bab puting botol susu tu je aku tukar jenis MAM, dibalingnya botol susu tu.
Tapi aku tak tahan okeh tengok botol susu brand lain yang comel-comel belaka. Nak je aku borong. Ingat nak cuba sekali lagi kat Raina beli botol tapi bab puting tu tukar dari MAM punya. Tapi tak sure lah dia nak ke tak nak? Aku rasa Raina dah set kat otak dia yang botol susu dia bentuknya besar gedabak dan berputing leper kot. Entahlah.
Tak pe orang tua-tua kata jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi. Janji botol susu ada ciri BPA free kan?
P/s : Tapi yang peliknya aku tak berapa minat botol susu dari Tommie Tippiee atau Avent. Tapi terasa nak mencuba tapi tak minat. Eh macam mana tu ye? Agaknya aku kena stick dengan MAM product kot. Haha.
Thursday, March 17, 2011
Kisah basi : Hello pantai dan pasir
Hah minggu nie aku rajin sikit berblogging. Siap rajin blog walking lagi. Terus tersedar dari lamunan yang panjang bila tengok akaun nuffnang merundum. So cepat-cepat ambil tindakan sewajarnya.
Ayuh Nurul,
Sila rajinkan diri anda.
Sebenarnya dah lama aku nak bawa Raina pergi pantai dan perkenalkan Raina dengan keindahan air pantai dan pasir pantai nie. Cuma Saiful selalu sibuk. Jadi kena tunggu Saiful betul-betul free baru boleh pergi pantai.
Kalau tak silap aku masa Raina umur 2 bulan aku ada bawa Raina pergi pantai tapi masa tu Raina tidur. Maklumlah Raina kecil lagi. Dan selepas tu pernah ikut adik aku Bani photoshoot bersama client dia di pantai juga. Masa tu aku bawak Raina. Tapi sekejap saja sebab Raina meragam. So jawapannya duduk dalam kereta saja.
Dan sempena cuti panjang semasa chinese new year hari tu, aku dan Saiful telah bawak Raina pergi pantai. Ala dekat saja dengan rumah Atok dan Tok Wan Raina. Masa tu tak terfikir nak pergi holiday sebab aku sibuk nak siapkan kerja-kerja mendesign di rumah.
Siapa orang jati Selangor mesti tahu Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Hari tu aku dan Saiful bawak Raina pergi Pantai Kelanang. Pantai nie kiranya masih baru lagi di buka. Agak menarik jugak. So sesiapa yang tak pernah jejak tu bolehlah cuba pergi ke pantai nie.
Mula-mula sampai ke sini, Raina macam nampak sedikit keliru. Mungkin Raina macam pelik tengok air pantai dan pasir pantai. Lama-kelamaan tu Raina nampak sangat seronok. Aku siap excited belikan set permainan untuk bermain pasir di Carrefour. Punya excited kan?
Tapi aku rasa macam aku dan Saiful pula yang terlebih excited berbanding Raina. Sebab kami yang berlebih-lebihan bermain pasir. Raina cuma cuit-cuit je. Mungkin Saiful ada sebelah so Raina cover lah hanya cuit-cuit je pasir tu. Sebab Saiful memang tak bagi Raina mandi atau main air pantai sebab Raina kan mempunyai kulit yang agak sensitif. Itu pun Saiful macam kawal anak dara dia main pasir. Katanya takut kulit Raina allergic pasir. Elok pulak tu Raina patuh kata-kata papa dia. Sebab itu yang Raina cuit sikit-sikit je pasir pantai tu.
Tapi apabila Saiful sibuk mencari kepah kat tepian pantai tu dan makin lama makin jauh lokasi Saiful mencari kepah dan tinggal aku dan Raina kat tepi pantai tu, apalagi elok je Raina main pasir pantai tu kaw-kaw. Pandai tak anak dara aku berlakon baik dan sopan santun depan papa dia? Belakang papa dia elok je dia main pasir. Siap duduk lagi. Habis baju dan seluar Raina kena pasir. Haha.
Sebenarnya aku ke Pantai Kelanang bersama ibu dan adik aku juga. Tapi ibu dan adik aku banyak duduk kat area pokok-pokok yang berada berdekatan pantai tersebut. Cuma aku, Saiful dan Raina je yang agak excited ketika itu.
Next time, bolehlah plan bawak Raina pergi pulau pula. Kami dah lama tak pergi holiday. Saiful asyik sibuk je. Tension pun ada. Nak tunggu trip pergi Sabah lama lagi. Oh Wawa kenapa kau booking tiket pilih tarikh tu wei? Lama sangat nak tunggu. Tak pe aku menunggu dengan sabar. Memang kena pujuk Saiful nie. Entah kenapa dia sayang sangat nak ambil cuti.
InsyaAllah kalau ada rezeki nanti bolehlah pergi pulau yang berdekatan. Raina pun dah besar so senang sikit kan nak bawak pergi berjalan.
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Potongan rambut idaman seperti Natalie Imbruglia

Eh tak juga. Aku minat juga lagu-lagu inggeris versi lama seperti Modern Talking. Aku peminat fanatik kumpulan ini dulu. Kalau tak percaya boleh tanya Saiful. Sebab aku ada simpan hampir semua koleksi lagu dari kumpulan ini dulu. Semua lagu mereka pun hot pada pandangan aku.

Ok berbalik kepada tajuk entri kali ini, disebabkan potongan rambut pendek seperti Natalie Imbruglia ini jadi igauan aku sampai terbawa-bawa di dalam mimpi aku jadi, aku pernah mencuba memotong rambut panjang aku dulu untuk di potong pendek seperti penyanyi pujaan aku ini. Kiranya aku mengambil risiko memotong pendek rambut aku ini.
Kalau di ingat balik rasanya lebih 3 kali aku potong rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Ada di antaranya tak menjadi pun. Rasa nak menangis pun ada okeh. Dalam banyak-banyak percubaan aku ini, aku rasa cuma ada satu je yang betul-betul menjadi sepertti rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Masa tu aku berada di semester 2 peringkat diploma di UiTM. Kalau tak silap akulah. Masa tu aku rasa aku sangat hot.
Ada banyak gambar yang aku ambil ketika itu. Tapi sayangnya semua gambar-gambar tu ada di rumah family aku di Banting dan hanyalah dalam bentuk hardcopy dan bukannya softcopy. So, kalau nak tengok gambar-gambar tu memang kena balik Banting dan selongkar almari dan kena scan jawabnya.

Semasa aku tengah sarat mengandungkan Raina pun, aku telah memotong rambut aku seperti Natalie Imbruglia ini. Tapi tak menjadi okeh. So redha sajalah. Masih aku ingat aku kena marah dengan ibu aku. Katanya kenapa tak dibiarkan saja rambut tu panjang.
Paling terbaru aku potong rambut seperti ini adalah pada raya tahun lepas. Ketika itu pun tak berapa nak menjadi rambut idaman aku itu. Redha lagilah jawabnya.
Aku tak tahu sampai bila aku fanatik dengan potongan rambut seperti ini. Tapi aku rasa potongan rambut seperti ini memang akan menjadi potongan kegemaran aku sampai ke tua kot. So mari bayangkan macam mana rupa seorang nenek berambut seperti Natlie Imbruglia.
Hot tak? :D
Monday, March 14, 2011
Kisah melodrama pagi ini

Pagi tadi, macam biasa dalam kereta on the way nak pergi kerja, mesti aku nak buka radio. Selalunya aku main pilih-pilih je stesen radio mana-mana. Asalkan stesen radio tersebut tak membosankan aku. Kalau banyak sangat iklan atau bebelan dari DJ radio pun boleh buat aku bosan sebenarnya.
'Eh rosak ke CD ni?'.

Tak lama tu kedengaran lagu pertama. Memang sah lagu english. Baru rangkap pertama, aku dah agak ini lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Aku dah mula cergas. Mata yang tadinya hampir kuyu terus segar. Aku memang fanatik giler dengan group nie dari zaman sekolah lagi.
Selepas lagu pertama habis, lagu kedua pula kedengaran dan seterusnya. Semuanya lagu-lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Mulalah aku terkinja-kinja dalam kereta sendiri. Memang tabiat aku dari dulu suka layan radio dengan volume yang agak kuat sambil menggoyangkan badan w/pun tengah drive. Kalau Saiful ada kat sebelah ampun aku tak akan buat perangai macam nie ok. Ini tabiat aku bila aku drive bersendirian.
Yang peliknya, w/pun lebih 10 tahun lagu-lagu kumpulan Backstreet Boys ni, aku boleh ingat sampai sekarang. Setiap bait-bait seni kata lagu mereka aku boleh ingat. Macam tak percaya pun ada.
Sampailah ada satu lagu ni aku tak ingat lagu yang ke berapa dan lupa apa tajuk lagu ni yang tiba-tiba buat aku keluar air mata. Alamak aku menangis wei. Lagu tu dulu ex-BF aku bagi kat aku. Dia suka sms aku bait-bait seni kata lagu tersebut. Hah, tak ke buruk perangai aku boleh pulak menangis bila ingat kisah silam.
Cepat-cepat aku cakap :
"bodoh"
dalam hati aku nasib baik Raina tak ada kat sebelah aku. Kalau dia ada kat sebelah aku memang aku tak sebut perkataan 'bodoh' tu depan anak. Aku terfikir buat apa aku nak menangis ingat kisah lama. tu yang terkeluar dari mulut aku perkataan 'bodoh' tu. Haha. pagi-pagi aku dah emo. Buruk perangaikan?
Dalam kumpulan Backsteet Boys ini, aku paling suka Kevin Richarson. Mamat ni macho giler kan? Dulu semasa zaman bertunang, aku selalu bagitahu Saiful aku suka mamat ni. Aku suka teongok kening mamat ni yang lebat, mata dia yang super menggoda itu.
Tapi selalu Saiful cakap dia lagi macho dari mamat ni. Tapi dalam hati aku selalu cakap :
'Alah, mata awak tu tak super menggoda macam mamat ni. Mata mamat ni lagi berganda-ganda super menggoda ok.'
Tapi Saiful dah jadi suami aku pun sekarang ni. So tak payahlah aku nak komen lebih-lebih kan? Salah satu sebab aku terima Saiful dulu pun sebab mata dia. W/pun mata dia tak macam si Kevin nie tapi sebab mata dia aku tergoda. Orang kata dari mata jatuh ke hati kan?
Lagu kesukaan aku dari dulu hingga kini. Lagu ini aku dedikasikan buat semua pembaca :)
Show Me The Meaning Of Being Lonely
So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me
( chorus )
Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart
Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They ever say forever gaze
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me
( repeat chorus )
There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
The things you ever show
You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are
( repeat chorus )
Ok selamat pagi isnin :)
Thursday, March 10, 2011
Kisah di klinik
Melangkah masuk klinik, tak payah tunggu 5 minit lah, Raina terus memulakan hobi dia iaitu mengukur jalan. Ke hulu ke hilir. Bila aku dukung Raina, dia meronta-ronta nak turun. Bila dengar Raina mula keluarkan suara nyaring terpaksalah aku turunkan jugak Raina dan layankan saja dia ke hulu ke hilir.
Orang kata anak lelaki lagi lasak dari anak perempuan. Tapi kalau sesiapa yang dah pernah jumpa Raina tahulah kot macam mana lasaknya Raina yang sama lasaknya seperti anak lelaki. Percayalah cakap aku. Sebab doktor pun cakap macam tu.
Tapi aku memang dah agak Raina akan lasak macam ni sebabnya semasa aku mengandungkan Raina dulu pun dia memang aktif sangat tendang sana sini. Perut aku pun selalu je senget sebelah dulu. Aku pun dulu memang jenis aktif semasa mengandung. Jenis tak suka duduk diam. Hah bila anak dah keluar rasakanlah ye Nurul.
P/s : Kejar anak hari-hari tapi aku tak kurus-kurus pun :D
Wednesday, March 9, 2011
Entri untuk Muhammad Rabbani Jamian


Untuk Bani,
P/s : Raina pesan : Pak Usu nanti balik Banting ambil gambar Raina banyak-banyak dan cantik-cantik ye. Ambil gambar Raina tolak stroller mainan cinonet yang Tok Wan belikan tu ye :)
Wednesday, March 2, 2011
Kisah susu formula dan DHA. Pentingkah?

So tepat pukul 5.30 petang tu aku dah siap-siap nak balik terus menuju ke arah keretaku yang berwarna biru itu. sungguh tak selesa tau. Otak dah set awal-awal nak balik secepat mungkin dan mahu mandi dengan kadar segera. Apa lagi aku drive memang tahap kelajuan yang agak laju bagi aku seorang perempuan ini. Dan aku sms Saiful minta tolong ambilkan Raina di rumah babysitter. Sebab selalunya Saiful akan sampai rumah lebih awal dari aku jika dia tiada kerja luar.
Tuesday, March 1, 2011
Tangan gatal kembali ke zaman friendster

Terjah-terjahlah dalam diri aku nie wahai mood.