Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 24, 2011

Apabila nafsu tersasar

Semalam balik kerja seperti biasa, aku pergi ambil Raina dulu di rumah babysitter. Dekat saja dengan rumah aku. Taman sebelah saja. Bila dah ambil Raina dan borak-borak sekejap dengan babysitter Raina terus aku minta diri untuk pulang.

Masuk je ke kawasan rumah, dari jauh dah nampak kelibat kereta Saiful. Dalam hati :

'Awalnya dia sampai rumah'

Tapi memang kebiasaannya, Saiful yang sampai rumah lebih awal dari aku. Iye lah tempat kerja aku jauh nun di Kelana Jaya. Hari-hari menempuh jalan yang sesak macam tin sardin itu.

Sampai depan rumah, Raina macam biasa akan ketuk pintu. Dua kali je Raina ketuk pintu tersebut. Aku pula menyorok. Aku memang suka main sorok-sorok macam tu. Macam budak-budak kan? Bila Saiful buka pintu, terus Saiful kata :

"Raina, anak papa dah sampai"

Sambil muka terjojol ke luar pintu mencari kelibat aku. Saiful memang tahu aku suka sorok di sebalik dinding sebelah pintu tersebut so dengan riak muka yang sama Saiful suruh masuk. So tak dapatlah aku nak buat kejutan kat Saiful. Lepas ni kena cari helah lain pula.

Masuk saja ke dalam rumah, aku lihat Saiful sedang kopek kerang. Aku diamkan saja tanpa menegur pun. Terus aku ke ruang tamu baring di depan TV. Aku dah agak Saiful mesti nak masak.

Seperti entri aku sebelum nie, dalam seminggu tu aku akan masak untuk suami dalam 3 hari dan selebihnya tu kami selalu makan di luar atau bungkus makanan bawa balik atau Saiful yang masak. Memang minat Saiful memasak. Tak boleh nak halang. Tak sampai 10 minit aku baring di depan TV, mula kedengaran pung pang pung pang pung pang. Tak lama tu Saiful melaung dari arah dapur :

"Sayang, Saiful makan dulu ye? Atau sayang nak makan dulu?"

Biasalah ada anak ni makan mesti bergilir-gilir bukan? yang seorang makan dan yang seorang lagi tolong tengokkan anak. Aku tak menjawab pun pertanyaan Saiful tu. Berulang-ulang kali Saiful tanya aku. Last-last aku suruh Saiful makan dulu. Dalam hati aku,

'Laki aku ni tak tahu ke aku diet? Saja je nak suruh aku makan. hampeh betul.'

Selesai saja Saiful makan, dia suruh aku makan. Tapi aku tak bergerak pun dari tempat aku di depan TV. Sampailah aku nak pergi mandi, kaki melangkah ke toilet tapi terus tersasar sekejap ke ruang dapur. Nak juga intai apa Saiful masak. Aku intai sekali periuk nasi.

'Mak aiii laki aku ni masak macam 4,5 orang makan je. Membazir betul.'

Terus aku separuh menjerit :

Aku : Saiful, awak saja kan suruh orang makan masak banyak-banyak macam nie
Saiful : Mana ada. Sayang makan lah lauk tu dengan roti. Nasi tak payah makan (Sambil tergelak-gelak)
Aku : Ala... dah tahu orang diet saja je pengaruh orang macam nie
Saiful : Makan je lah

Aku yang terus tak sedar diri tu tengah diet terus capai pinggan dan ambil nasi. Tak boleh tahan okeh tengok lauk kerang tu. Sahlah diet aku musnah apabila nafsu makan aku tersasar. Selepas makan baru rasa menyesal. Aku selalu macam nie. Selalu aku mengeluh perkara yang sama.

Rezeki memang tak boleh di tolak. Tapi tabiat suami aku yang suka masak banyak-banyak macam nie plus agak sedap untuk di makan boleh membuatkan diet aku musnah macam tu je. Sebenarnya Saiful tak suka aku control makan nasi. Sebab itu kalau Saiful masak nasi macam 4,5 orang punya makan. Pembaziran di situ.

So how?
Macam mana aku nak kurus macam nie gayanya? Tension okeh.

27 comments:

  1. wowww.bagusnya encik suami yang sangat rajin.haha.

    yela.biasa suami suami ni mmg tak bagi sangat kita diet.dd dulu kan,time preggie ada diabetic,so kena la diet.si suami ni punya la marah sampai dia suruh makan.dah tu camne.nak dengar cakap doktor ke nak dengar cakap suami?

    hahah.

    ReplyDelete
  2. hahahaa...sajelah tue saiful masak sedap2....nanti nurul tgk mesti terliur punya..tue yang tersasar tue...
    takpe nurul sekali-sekala....

    ReplyDelete
  3. DD : haha mcm tu mesti tak tahu nak dengar ckp mana satu kan


    mun : tu lah saja je nak pekena kan org je :)

    ReplyDelete
  4. alaaaa..nurul mkn je la..xyah diet2..hihiih
    xpun mkn dlm kuantiti yg sikit..

    ReplyDelete
  5. wah bestnya ada lauk kerang..hehe..em tersasar la diet mcm ni kan..hehe..mcm maria klu maria masak confirm maria tak mkn..andry pn kesian tgk..msak tp tak mkn..kenyang..hehe..

    ReplyDelete
  6. mudah je nk elak drpd saiful masak byk2 nasik tu.nurul lah masak hehe

    ReplyDelete
  7. ana : smlm tu nurul mkn dlm kuantiti yg sikit lah ana tp patutnya tak boleh mkn nasi nak diet kaw2 ni. hehe


    maria : mcm mana tu masak tak makan tp kenyang maria? kenyang hidu bau ye?

    ReplyDelete
  8. yun : nurul selalu masak 3,4 kali seminggu. pastu bergilir2 dengan saiful sebab dia suka masak yun tak boleh nak halang

    ReplyDelete
  9. hahahah...biasa la tu nurul bila lauk best susah nk tolak.. :)

    ReplyDelete
  10. xyah diet la nurul. heheh..

    kite pon dok runsing2 badan gemok. tp makan tetap jugak. selera aje..hehehe..

    habi kite cam saiful jugak. asek suruh makan pdhal tau kite diet. dia kata sbb kesian tgk kite ..hehehe =p

    ReplyDelete
  11. LIP : TU LA PASAL LAGI2 KERANG MMG SUKA TU


    ENA : HAHA SAMA DGN AKU NI KEADAAN KO ENA. BOLEH GENG

    ReplyDelete
  12. nurul..
    kid rasalah kan..
    lelaki ni kalau masak..
    mesti banyak macam ramai je yang nak makan..
    padahal kita berdua je..

    macam gitulah juga si abah haqq ni..
    kalau dia dah start masak..
    kus semangat...
    sudahnya kid yang kena habiskan semua..
    so jangan salahkan kita kalau kita terlebih berat ya.. :P

    ReplyDelete
  13. memang kot suami2 perangai camni..tp dalam masa sama suka gak kalau isteri dia slim mlim..hehehe..cabaran btol..makan takpe nurul,yang penting kena balance ngan exercise

    ReplyDelete
  14. sedapnye lauk kerang...huhu!!

    pas mkn amik ubt kasi buang2 lemak la :)

    ReplyDelete
  15. best betul dapat suami yang pandai masak. alang bolehla masak. tapi tak boleh dikategorikan sebagai chef lagi. hehe.

    yang, saiful macam kita. kalau ada org dalam rumah tu nak diet2 tak makan nasi, sengaja kita masak nasi banyak2 supaya diorang rasa bersalah dan terpaksa makan nasi jugak. hehe.

    ReplyDelete
  16. Sronoknye ade org masakkan heheh, berisi sikit pn takpe nurul, asal masih cantik dan tak selekeh + suami pn tak kisah sgt kan.

    ReplyDelete
  17. kid : abah haqq pun mcm tu ye?


    hana : tu lah mencabar tau nak diet ni


    farhana : sedap sgt tp kena jaga juga lemak byk ni


    intan : wahhh intan pun mcm tu gak ke


    yats : wahhhh setuju2 statement itu daku setuju sgt yats

    ReplyDelete
  18. so kesimpulannye?
    Bukan saiful yg slh
    tp nafsu kita sdiri kn?
    Na yg xda org msk pun
    kdang2 time nk bli mknn,
    eh ckup ke sbungkus? Bli dua ar. Hahaha doh guane?

    ReplyDelete
  19. suami as pon ske spoil mood diet isteri die. kekdg tengah2 malam ajak supper bagai.

    geram !

    grr !

    ReplyDelete
  20. bila baca tang kerang tu...teringat mak dulu selalu masak sambal kerang


    (^^,)❤..

    ReplyDelete
  21. haha :p..dah kalo nafsu kita ni senipis kulit bawang je...maunyer tak tersasar..hahaha :p

    yang ayu ni..makin la gajah pun tak besa-besa jugak...cmner??? hahaha..

    ReplyDelete
  22. heheh..takpe.. sehari jek ponteng diet.. hsbnd masak tuh, mane leh resist:)

    ReplyDelete
  23. na : ye lah na nafsu sendiri lah tu hehe


    as : wahh tgh mlm ajak mkn as? huhu


    yanie : yummy kan kerang :)


    ayu : ayu untung slim je



    maya : selalu gak ponteng diet maya. haha

    ReplyDelete
  24. bestnya si suami balik keje terus masak..jeles ah..hehehetp kan kalo laki masak mmg sedapppp...bile dah sedap takkan tak makan kan? rugi..diet pun melepas..=)

    ReplyDelete
  25. ain : betul betul betul. diet terus tersasar tgk makanan. hehe

    ReplyDelete
  26. haha beshnya! betul ckp saiful tu. mkn ajeee.hihi.

    ReplyDelete
  27. ederq : wahhh ederq pengaruh nurul ni hehe

    ReplyDelete