Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, March 21, 2011

Bercerita pasal botol susu pilihan




Dulu masa aku mengandungkan Raina, aku tak amik kisah sangat hal-hal barang-barang baby nie. Aku bukan kategori orang yang teruja mahu beli itu ini untuk baby. Perkara yang paling teruja semasa aku mengandungkan Raina adalah mencari nama si kecil juga pergi scan perut hampir setiap bulan sebab nak jumpa si kecil dalam perut aku nie. Tak ke pelik namanya tu kan?

Sampai Saiful cakap aku ni teruja yang melampau sebab suka sangat nak membazir duit pergi scan perut hampir setiap bulan. Tapi dalam Saiful membebel-bebel kat aku tu dia ikutkan saja permintaan isteri dia nie. Tapi tak tahulah dalam hati tu menahan geram ke apa ke kan? Ah lantaklah Raina pun dah selamat dilahirkan. Hehe.

Berbalik cerita tadi, secara realitinya memang aku tak teruja sangat nak beli barang-barang baby ni. Sampailah ibu dan adik aku membebel kat aku dan selalu ingatkan aku bila nak beli barang baby? Bila? Bila?

Jawapan aku mesti akan cakap nanti-nantilah. Awal lagi. Padahal ketika itu kandungan dah mencecah 7 bulan. Itupun aku cakap awal lagi. Yang aku sibuknya cari nama anak pastu dok cerita pasal scan perut. Haha.

Yang aku paling ingat ketika puasa tahun 2009 kot barulah aku beli sikit demi sedikit barang-barang untuk baby. Aku beli tanpa mengambil tahu bab botol susu mana yang bagus? Diapers mana yang bagus? Baju jenis macam mana mahu beli? Semuanya aku tak ambil tahu sangat. Yang aku tahu beli je janji ok untuk baby oklah macam tu.

Masa pertama kali beli tu, aku beli kat satu kedai yang dikiranya taraf butik baby yang aku lupa entah apa nama kedai tu. Aku pergi dengan adik aku. Aku tak pergi dengan Saiful. Sedia maklum Saiful kerja tak tentu masa sibuk memanjang. Masa tu aku dah tahu gender baby aku adalah perempuan. Jadi aku main tibai je ambil baju, blanket dan barang-barang lain kemudian aku terus bayar. Kalau nak tahu baju yang pertama aku beli untuk Raina tu semunya bukan saiz newborn. Semuanya saiz 6 bulan ke atas.

Hah nampak sangat aku tak ambil kisah hal bab barangan baby nie kan? Pada aku janji kat mata aku cantik oklah. ambil dan bayar. Bila balik rumah belek satu-persatu baju baby yang aku beli tu baru tersedar yang semua baju tu bersaiz besar. Haha.

Masa tu aku tak beli lagi botol susu dan segala macam lagi barang. Cuma beli yang basic je dulu. Aku beli botol susu semua tu dengan ibu aku. Pasal ibu aku mesti tahu barang mana yang penting dan barang mana yang tak penting untuk dibelikan?




Ok kali kedua pergi beli barang baby bersama ibu aku nie, ibu ada tanya nak beli kat mana? Ibu aku nak sponser guna duit dia. Siapa tak nak kan? Tapi disebabkan aku tak ambil tahu sangat nak beli barang baby plus tempat mana yang best untuk shopping barang baby, jadi aku cakap kat ibu aku shopping kat Jusco je sudah. Teruk tak aku? Pada hal anak sulung nie. Patutnya terujalah sikit kan? Haha.

Masa kat Jusco tu macam-macamlah aku borong itu ini termasuk isu membeli botol susu. Aku dan ibu decided masa tu nak ambil botol susu dari brand Disney ke apa ke benda entah brand botol susu tu. Aku lupa. Tapi aku tengok botol susu tu comel okeh. Penutup botol tu bentuk mickey mouse. Macam budak-budak je aku punya citarasa kan?

Masa tu aku tak tahu pun bab isu botol susu BPA free nie. Cuma masa kat Jusco tu aku ada terpandang satu brand first year dan avent dan aku memang tahu botol ni bagus dan aku tahu yang botol ni ada ciri-ciri BPA free tapi masa tu macam blur dan sedikit keliru samada perlu ke tidak beli? Sebab masa tu terfikir mana tahu baby aku ni BF elok sempurna je ke? so tak ke rugi beli botol mahal-mahal untuk permulaan nie kan? So aku fikir kena tunggu baby keluar dulu baru boleh nak fikir perlu ke tak beli botol susu jenis besar gedabak nie.

Sampailah kali ketiga aku shopping barang baby. Kali nie shopping dengan Saiful. Masa nie terfikir-fikir lagi samada perlu ke tak aku beli botol susu besar gedabak tu? Masa tu Saiful jenis nak cepat. Suruh ambil je mana nak beli. Jenis Saiful kalau nak ambil je jangan nak belek-belek. Itu memang kepantangan dia. Jadi terbantutlah aku nak beli botol susu besar gedabak tu disebabkan memang perangai aku suka membelek dulu.

Apabila Raina selamat dilahirkan, bermulalah episod aku BF kan Raina. Nak dijadikan cerita Raina jenis budak yang tak mahu sangat direct menyusu kat badan aku. Dia akan cepat mengamuk bila susu badan aku keluar tak banyak. Punyalah dia teriak sakan. Ikut mood dia kalau pun dia nak direct menyusu kat badan aku.

Jadi bila aku tengok anak aku tu terkulat-kulat nak menyusu sedangkan air susu aku tak banyak mana, jadi aku ambil langkah lain seperti pam manual masuk botol. Aku buat siap-siap pam dan seterusnya masuk dalam botol susu. Selalunya aku buat ketika Raina nyenyak tidur.

Dan apa yang aku tak jangkakan, Raina macam menolak silk teat jenis bulat. Dia akan minum dengan laju kalau terdesak saja. Aku pun terfikir-fikir apa yang tak kena dengan botol susu Disney yang comel gambar mickey mouse nie?

Pastu aku cuba beli botol susu brand kiko. Comel juga botol susu kiko nie. Aku suka sebab penutup botol nie nampak unik. Aku pun tak tahu kenapa aku lebih tertarik tengok penutup botol susu berbanding body botol susu tersebut. Hehe. Tapi yang penting brand Kiko ni BPA free juga ye. So aku cuba bagi kat Raina. Jawapannya sama saja. Raina tak berapa suka juga.

Sampailah aku sms kawan baik aku Wawa. Aku tanya pendapat dia. Sebabnya masa dia melawat aku ketika pantang bersama suami dan anak dia dulu, dia bawak satu jenis botol susu yang sangat unik bentuknya di mata aku. Penutup botol susu Aisy anak Wawa tu menarik sungguh. Dan Wawa cadangkan aku supaya aku mencuba brand dari MAM. Katanya banyak ciri-ciri yang bagus yang ada di botol susu MAM. Yang penting BPA free dan anti colic dan yang paling utama adalah silk teat MAM adalah jenis leper dan bukannya berbentuk bulat.

Bila aku cuba beli botol susu MAM yang dicadangkan oleh Wawa tu di Mothercare, kat Mid Valley tu juga aku pergi cari air panas basuh dan cuba bagi kat Raina. Kira nie kes tak sabarlah nak cuba botol baru. Hehe. Dan paling aku terkejut elok je Raina minum. Tak tolak langsung seperti selalu. Dan laju je dia hisap. Dan dari situ aku sudah tahu anak aku jenis nak botol susu yang silk teat berbentuk leper dan bukannya bulat.

Sejak dari itulah aku fanatik dengan product dari MAM ini. Pacifier Raina pun semuanya dari MAM. Bermulalah episod menggunakan product dari MAM dari dulu hingga kini. Nak buat macam mana, anak aku nie memilih juga orangnya. Umur sudah setahun nie pun dia macam tahu saja botol susu dia yang mana satu. Sebab pernah cuba botol lain cuma bab puting botol susu tu je aku tukar jenis MAM, dibalingnya botol susu tu.

Tapi aku tak tahan okeh tengok botol susu brand lain yang comel-comel belaka. Nak je aku borong. Ingat nak cuba sekali lagi kat Raina beli botol tapi bab puting tu tukar dari MAM punya. Tapi tak sure lah dia nak ke tak nak? Aku rasa Raina dah set kat otak dia yang botol susu dia bentuknya besar gedabak dan berputing leper kot. Entahlah.

Tak pe orang tua-tua kata jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi. Janji botol susu ada ciri BPA free kan?

P/s : Tapi yang peliknya aku tak berapa minat botol susu dari Tommie Tippiee atau Avent. Tapi terasa nak mencuba tapi tak minat. Eh macam mana tu ye? Agaknya aku kena stick dengan MAM product kot. Haha.

32 comments:

  1. maria plk guna tommee tippee..aqil pulak agaknya dah set mind dia botol dia mst besau..so die suka minum guna wide neck je..huhuhu..maria penah nak try mam tp sbb bentuk puting die leper tak jadi nak try..takut aqil refuse..hehe..apepun yg penting bpa free kan nurul..

    ReplyDelete
  2. hahaha, mak² biasa begitu lah Nurul. fie teringin nak beli MAM sbb dia berkaler-kaler. tapi takut Kakal tak mahu puting leper gitu. tapi nak beli! cane tu?

    ReplyDelete
  3. maria : dr kecik guna botol yang sama brand yang sama so dia takut keliru lah kan maria? so better stick one brand kalau aqil dah suka. tp kalau nak cuba lain apa salahnya :)


    fie : hah apa kata fie try kat kakal mam lepas ni mana tahu kakal suka

    ReplyDelete
  4. kite suke Avent sbb dia simple & the quality of kosh. klu x xdelah mahal kan botol2 dia =.=

    breast pump manual pon Avent. mmg terbaek!!=)

    Naurah xnk botol kaler2 tu semua. nak Avent yg kaler putih & honey tu sajo. xde chance da nk tuka botol murah2. tsk tsk

    ReplyDelete
  5. same kes la dengan aryan..

    dari kecik dah kasi botol avent..pastu dah besau sikit..nak try la kasi botol lain..
    nak buat koleksi la konon..
    ana pn beli botol first year,momma..last2 hampeh xnak..
    dia tak nak sbb puting nyer..nasib botol momma tu boleh masuk puting avent..
    eemm..dia dah set kt mind dia puting botol dia mesti la bla..blaa..
    Pe yang penting....kerjasama..hahah
    pe yg penting BFA free..

    ReplyDelete
  6. ena : hah naurah dah suka avent kenalah ko teruskan avent ena. si raina dah suka product dr mam so agaknya kena stick one product je kot


    ana : yeah betul tu apa yang penting bpa free :)

    ReplyDelete
  7. oh Aydan so far tommi dgn first year ok kalau tukar2..dulu tukar susu pun die ngamuk xnak minum..now dah ok..teat leper belum cuba takut membazir kalau die xnak so beli tommi je skang nie..first yr leceh nak bukak dua lapis nak basuh2..utk newborn bagusla sbb xtersedak..huhu

    ReplyDelete
  8. Anak i yang hero 2 orang tu..
    dari baby bottle avent jelah...tapi bagi (ASI)
    melalui milk bottle tak mau diorang...nasib baik kita..FTH jee..

    Sarra nie belum lg...
    guna milk bottle lagi
    nak try yang lain ingat...
    memang banyak sangat milk bottle
    yang cun n bagus2 sekarang

    ReplyDelete
  9. haha sama la dgn kes asna nie kak. dah masuk 6 bulan pun still blur lg nak beli brg ape utk baby nie ha. keke pasal botol susu mmg dah aim nak beli yg Avent punye.. tp xsure lak ada perlbgi jenis N bentuk puting dia tue.. nak kena google la dr skrg.

    owh brand MAM nie kat mane ada jual kak?

    ReplyDelete
  10. nadya : first year cantik gak kan design? nurul mula2 jatuh cinta dgn first year punya botol lah :)


    eila : budak2 sekarang pandai memilih kan?

    ReplyDelete
  11. asna : avent dah ramai sgt yg pakai. kalau pi klinik tu bwk raina check up tu kan tgk ramai sgt yg pakai. yg pakai MAM, tommie tippiee tak ramai. mungkin sebab itu akak prefer MAM nampak unik pun iya. lagi tu kelebihan MAM yang avent tak ada adalah anti colic ada lapisan getan bahagian bawah botol harga dia pun sedang2 je asna . akak beli selalunya di mothercare. harga dalam rm37++ saiz besar untuk saiz kecik rm33++. kalau beli satu set tu dalam rm119++ rasanya. lupa dah akak

    ReplyDelete
  12. berkenan dgn mam ni..kaler dia cantik kan..bak kata nurul penutup dia cantik la..hehehe

    avent n tomitipie tu bsr kan..ku pn x berapa berkenan..

    ReplyDelete
  13. shima : tu lah ada kaler2 tu yang cantik. nurul suka MAM ni sebab bentuk dia unik sikit shima

    ReplyDelete
  14. airell guna avent sbb kite breastfeed die dulu.. avent tu mmg sesuai utk budak2 yg breastfeed sbb putingnya lebar:)

    ReplyDelete
  15. saya pulak, tak reti pkai botol mam..hehe..saba je lah kan!

    ReplyDelete
  16. hehehehe..
    botol susu haqq yang disney punya..
    ada pooh juga tau.. :P

    kid ada buat pengasingan..
    kalau kat rumah botol lain..
    rumah bbysitter pun lain..
    kalau nak travel pun ada botol lain jugak.. :P

    ReplyDelete
  17. nurul...kite dah try cari awak kat twitter, tapi tak dpt..huhu..sedih... nanti awak try add saya msapphire7... nanti saya follow awak k:)

    ReplyDelete
  18. Salaam..
    I tengah surf info ttg botol MAM, terjumpa blog u ni Nurul..sbb i tgk ramai mommies kt Msia yg mtk i tlg belikn botol mam kt sini..
    kot-kot Nurul nak kirim dgn i ,MAM 15 pieces Anti-colic Bottle Starter Set (BPA Free) - RM175, boleh le bgtau i ye.. i ni dari UK :)

    Anyway salam perkenalan :)



    Aisya
    http://www.facebook.com/jombeli.uk

    ReplyDelete
  19. maya : oh ye ke maya? raina suka puting yang lepar pulak. eh maya tak jumpa twitter nurul. pelik juga ye


    farra : really farra? senang je farra


    kid : nurul semuanya sama je kid. rumah babysitter ke, kat rumah ke atau travel semua sama tapi memang semunya dari MAM sbb itu je yang Raina serasi


    Aisya : Oh jual ye? Thanks info tersebut. Nurul selalu beli di Mothercare je awak kalau cari stok botol susu Raina. Beli pun satu-persatu tak pernah beli set

    ReplyDelete
  20. same like me la yunk...tak berape suke brand avent ngan tommie tippie tuh..tp cam nak try..ekekekeek

    dan dadif pon tak suke teat bulat..dia suke yg leper..dan dr new born sampai la nih masih teger gunekan botol susu mam..dan sekang pacifier pulak....

    =)

    ReplyDelete
  21. bonda dadif : boleh geng lah kita :)

    ReplyDelete
  22. peminat tegar
    sama la kita
    nurul ngan MAM, kita ngan NUK

    ReplyDelete
  23. nad pun pengguna setia MAM...berkenan sebab dia botol anti colic....hazim dulu selalu kembung perut...dari avent nad bertukar ke MAM...heeheh

    ReplyDelete
  24. haha..tu la afni dulu pun x perna kesah BPA free ke x. tau pasal avent pun sebab botol tu common, ramai pakai. beli botol ni memang masalah, sebab takut beli mahal2, anak kita x nak. sayang duit wooo

    ReplyDelete
  25. adik aisyah sudah ada botol MAM nih...hahaha!!

    ReplyDelete
  26. saya mmg set nk guna avent sbb igt x nk kelirukan budak dgn BF tapi cita2 nak BF lelame tak kesampaian la pulak sbb bb demand sangat. Sampai skang tak pernah pakai boto brand kecuali avent sbb Aus prnah tolak botol lain dulu skali..

    ReplyDelete
  27. dayu : oh NUK nurul tak pernah cuba lagi


    nads : boleh geng ni :)



    afni : avent ramai sgt pakai jemu tgk. suka MAM sbb design dia unik :)



    jeilita : oh peminat avent gak ye

    ReplyDelete
  28. Mar pun suke sangat ngan MAM ni..aritu beli AVENT..'Aish tak suke..tak tau npe..maybe puting dia rse yer..belikan MAM..laju je dia isap..

    ReplyDelete
  29. Bby kite pakai tommee tippee je mybe sbb puting dea kot.lgi stu puting tommee tippee lbih kurang susu bdn kita senang untk bby minum 😍😁

    ReplyDelete
  30. Bby kite pakai tommee tippee je mybe sbb puting dea kot.lgi stu puting tommee tippee lbih kurang susu bdn kita senang untk bby minum 😍😁

    ReplyDelete
  31. Mam xpnh try tp tommee tippee puting ye cpt rosak asyik nk beli bru

    ReplyDelete
  32. Mam xpnh try tp tommee tippee puting cpt rosak asyik nk tkar bru je

    ReplyDelete