Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 17, 2011

Kisah basi : Hello pantai dan pasir

Assalamualaikum

Sejak seminggu nie mood berblogging aku boleh tahan rajinnya. Sejak aku perasan akaun nuffnang aku dah merundum dan macam suam-suam kuku saja sejak aku cash out hari tu, terus aku cuba rajinkan diri aku nie. Memang tak dinafikan sejak cash out nuffnang hari tu aku semacam malas saja mahu berblogging. Nak blog walking pun malas. Tapi aku gagahkan juga update yang kadang-kala entri yang agak merapu juga. Haha.

Hah minggu nie aku rajin sikit berblogging. Siap rajin blog walking lagi. Terus tersedar dari lamunan yang panjang bila tengok akaun nuffnang merundum. So cepat-cepat ambil tindakan sewajarnya.

Ayuh Nurul,
Sila rajinkan diri anda.

Ok entri kali nie cerita biasa saja. Bolehlah dikatakan kisah yang sudah basi.



Sebenarnya dah lama aku nak bawa Raina pergi pantai dan perkenalkan Raina dengan keindahan air pantai dan pasir pantai nie. Cuma Saiful selalu sibuk. Jadi kena tunggu Saiful betul-betul free baru boleh pergi pantai.

Kalau tak silap aku masa Raina umur 2 bulan aku ada bawa Raina pergi pantai tapi masa tu Raina tidur. Maklumlah Raina kecil lagi. Dan selepas tu pernah ikut adik aku Bani photoshoot bersama client dia di pantai juga. Masa tu aku bawak Raina. Tapi sekejap saja sebab Raina meragam. So jawapannya duduk dalam kereta saja.

Dan sempena cuti panjang semasa chinese new year hari tu, aku dan Saiful telah bawak Raina pergi pantai. Ala dekat saja dengan rumah Atok dan Tok Wan Raina. Masa tu tak terfikir nak pergi holiday sebab aku sibuk nak siapkan kerja-kerja mendesign di rumah.

Siapa orang jati Selangor mesti tahu Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Hari tu aku dan Saiful bawak Raina pergi Pantai Kelanang. Pantai nie kiranya masih baru lagi di buka. Agak menarik jugak. So sesiapa yang tak pernah jejak tu bolehlah cuba pergi ke pantai nie.



Mula-mula sampai ke sini, Raina macam nampak sedikit keliru. Mungkin Raina macam pelik tengok air pantai dan pasir pantai. Lama-kelamaan tu Raina nampak sangat seronok. Aku siap excited belikan set permainan untuk bermain pasir di Carrefour. Punya excited kan?

Tapi aku rasa macam aku dan Saiful pula yang terlebih excited berbanding Raina. Sebab kami yang berlebih-lebihan bermain pasir. Raina cuma cuit-cuit je. Mungkin Saiful ada sebelah so Raina cover lah hanya cuit-cuit je pasir tu. Sebab Saiful memang tak bagi Raina mandi atau main air pantai sebab Raina kan mempunyai kulit yang agak sensitif. Itu pun Saiful macam kawal anak dara dia main pasir. Katanya takut kulit Raina allergic pasir. Elok pulak tu Raina patuh kata-kata papa dia. Sebab itu yang Raina cuit sikit-sikit je pasir pantai tu.




Tapi apabila Saiful sibuk mencari kepah kat tepian pantai tu dan makin lama makin jauh lokasi Saiful mencari kepah dan tinggal aku dan Raina kat tepi pantai tu, apalagi elok je Raina main pasir pantai tu kaw-kaw. Pandai tak anak dara aku berlakon baik dan sopan santun depan papa dia? Belakang papa dia elok je dia main pasir. Siap duduk lagi. Habis baju dan seluar Raina kena pasir. Haha.

Sebenarnya aku ke Pantai Kelanang bersama ibu dan adik aku juga. Tapi ibu dan adik aku banyak duduk kat area pokok-pokok yang berada berdekatan pantai tersebut. Cuma aku, Saiful dan Raina je yang agak excited ketika itu.

Next time, bolehlah plan bawak Raina pergi pulau pula. Kami dah lama tak pergi holiday. Saiful asyik sibuk je. Tension pun ada. Nak tunggu trip pergi Sabah lama lagi. Oh Wawa kenapa kau booking tiket pilih tarikh tu wei? Lama sangat nak tunggu. Tak pe aku menunggu dengan sabar. Memang kena pujuk Saiful nie. Entah kenapa dia sayang sangat nak ambil cuti.

InsyaAllah kalau ada rezeki nanti bolehlah pergi pulau yang berdekatan. Raina pun dah besar so senang sikit kan nak bawak pergi berjalan.

20 comments:

  1. xkan main pasir je raina?
    buat istana pasir skali la..
    pastu bdn dha berlengas,
    ape lg..terjum lam air la..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. nurul : raina sgt chomel dan seksi (chomel sgt kotttt)
    hehhehe...seronok nyeeee...lama dah tak gie pantai..(yeke?)

    ReplyDelete
  3. aqil takut pantai..em nanti ada masa nak bawa dia g main lagi..nak ajar die..rasanya die takut bunyi ombak kot..

    ReplyDelete
  4. na : idea yg bagus tu :)



    sya : hah apa lagi sila pergi pantai sya. Thanks sya. tp raina mcm amoi mata sepet :)


    maria : kan? kdg2 budak2 takut tgk ombak maria

    ReplyDelete
  5. nape mamanye x join sekali? macam takut2 je main pasir. haha

    ReplyDelete
  6. ala2 comelmyer raina....
    geram tengok nih...main pasir belakang papa yer...

    ReplyDelete
  7. wah pandai ye raina berlakon yee dpn papa..pttle muka saiful mcm berkerut jee nurul..hehehee...kalau mun ....mun yang tak ok kot kalau mirza men pasir..coz tkt kene kudis...

    ReplyDelete
  8. my doter tak sempat diperkenalkan dgn pantai.terus bwk masok air laut hihihi

    ReplyDelete
  9. bestnye main dekt pantai.
    adif lom pernah jejak pantai lg
    :D

    ReplyDelete
  10. ena : bulan january tahun depan ena. lama lagi kan


    isabella : nurul yg lebih2 main pasir awak sebenarnya. hehe :)


    nads : a'ah main pasir kat belakang pap dia baru dia nak main betul2


    mun : tu yg papa dia tak bagi main lebih2 mun. raina kulit sensitif. tu yg blkg papa dia main iya2 tu. hehe :)


    yun : oh laut lagi best kan yun


    as : hah nanti bwk adif main air pantai n pasir pantai ye as

    ReplyDelete
  11. Wahh..pandai yee Raina...
    sarra pun..konon ikut cakap kite...
    bila mama die tkder jee..nak masuk pasir dalam mulut..

    boleh tahan debab juga Raina...
    suka tengok budak debab..comel..

    ReplyDelete
  12. kisah kita bersama : hehe thanks awak. raina dia cuma main je tak lagi dia masuk mulut selalunya mcm kertas ke dia suka masuk mulut gak awak

    ReplyDelete
  13. arghhh!! reamat comel raina dgn rambu jalinjalin cam tuh...erm, raina brani main ombak x? anak teruna sy takot betol tengok ombak :P

    ReplyDelete
  14. raina ni mmg potogenik la..pic die seme comel2

    ReplyDelete
  15. bestnye boleh bwk anak main pasir pantai dan air pantai..kalo sofea hurmm langsung tak boleh..doc larang..dia kan ekzima..sgt alergik pd pasir & air masin..huhu
    sian sofea..jeles tgk raina ! comel sesangat!

    ReplyDelete
  16. jeilita : raina pun takut ombak dia main kat tepi2 pantai2 tu je jeilita


    aziyana : thanks aziyana. tapi raina mata dia tak bulat mata dia sepit mcm amoi aziyana


    ain : oh sofea ekzima ke? baru nurul tahu. mcm tu mandi kat swimming pool mesti boleh kan

    ReplyDelete
  17. pandainya raina pakai selipar kapit jari tu..
    haqq tak pandai lagi la..
    kalau dia pakai yang macam tu..
    nanti tertanggal je..

    nak pergi ke pulau ke?
    seronoknya...!!!!
    selamat bermandi manda tau

    ReplyDelete
  18. Kid : Tu lah teringin nak pergi pulau dah lama tak ke pulau. hehe. selipar kepit tu belakang dia ada getah kid. so kalau Raina pakai tak tertanggal pasal ada getah bhgn belakang selipar tersebut

    ReplyDelete
  19. slm, nurul, sy nk bercuti kat morib..sje rileks kan minda. tapi xjupe tmpat menginap yg seswai. ada cadangan tak?? aidanordin@yahoo.com. 0133797331

    ReplyDelete