Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, March 14, 2011

Kisah melodrama pagi ini


Pagi tadi, macam biasa dalam kereta on the way nak pergi kerja, mesti aku nak buka radio. Selalunya aku main pilih-pilih je stesen radio mana-mana. Asalkan stesen radio tersebut tak membosankan aku. Kalau banyak sangat iklan atau bebelan dari DJ radio pun boleh buat aku bosan sebenarnya.

Tapi entah macam mana, pagi tadi aku rasa semua stesen radio membosankan aku. Asyik-asyik lagu yang sama. Aku rasa macam nak tidur pun ada bila dengar lagu yang entah apa-apa tu. Terus aku ambil koleksi CD lagu aku. Tangan aku main pilih saja satu CD yang aku lihat tajuk CD tersebut bertulis 'english'. Dalam hati,

'Eh ini lagu apa ye? ermmm sah-sah ini CD angah ni. Dia dulu memang rajin burn lagu' .

Tanpa memikirkan macam mana CD lagu tersebut berada di dalam kereta terus aku masukkan CD tersebut ke dalam CD player. Tunggu agak lama. Tapi lagu tak kedengaran pun. Dalam hati,

'Eh rosak ke CD ni?'.

Sambil tangan sibuk tekan button itu ini. Hai Nurul macam mana tak jahanam radio kereta kau kan? Tibai sajalah. Aku nak dengar lagu dalam CD ni. Hello CD sila kasihankan aku. Hati aku mula membebel-bebel sendirian.




Tak lama tu kedengaran lagu pertama. Memang sah lagu english. Baru rangkap pertama, aku dah agak ini lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Aku dah mula cergas. Mata yang tadinya hampir kuyu terus segar. Aku memang fanatik giler dengan group nie dari zaman sekolah lagi.

Selepas lagu pertama habis, lagu kedua pula kedengaran dan seterusnya. Semuanya lagu-lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Mulalah aku terkinja-kinja dalam kereta sendiri. Memang tabiat aku dari dulu suka layan radio dengan volume yang agak kuat sambil menggoyangkan badan w/pun tengah drive. Kalau Saiful ada kat sebelah ampun aku tak akan buat perangai macam nie ok. Ini tabiat aku bila aku drive bersendirian.

Yang peliknya, w/pun lebih 10 tahun lagu-lagu kumpulan Backstreet Boys ni, aku boleh ingat sampai sekarang. Setiap bait-bait seni kata lagu mereka aku boleh ingat. Macam tak percaya pun ada.

Sampailah ada satu lagu ni aku tak ingat lagu yang ke berapa dan lupa apa tajuk lagu ni yang tiba-tiba buat aku keluar air mata. Alamak aku menangis wei. Lagu tu dulu ex-BF aku bagi kat aku. Dia suka sms aku bait-bait seni kata lagu tersebut. Hah, tak ke buruk perangai aku boleh pulak menangis bila ingat kisah silam.

Cepat-cepat aku cakap :

"bodoh"

dalam hati aku nasib baik Raina tak ada kat sebelah aku. Kalau dia ada kat sebelah aku memang aku tak sebut perkataan 'bodoh' tu depan anak. Aku terfikir buat apa aku nak menangis ingat kisah lama. tu yang terkeluar dari mulut aku perkataan 'bodoh' tu. Haha. pagi-pagi aku dah emo. Buruk perangaikan?

Dalam kumpulan Backsteet Boys ini, aku paling suka Kevin Richarson. Mamat ni macho giler kan? Dulu semasa zaman bertunang, aku selalu bagitahu Saiful aku suka mamat ni. Aku suka teongok kening mamat ni yang lebat, mata dia yang super menggoda itu.

Tapi selalu Saiful cakap dia lagi macho dari mamat ni. Tapi dalam hati aku selalu cakap :

'Alah, mata awak tu tak super menggoda macam mamat ni. Mata mamat ni lagi berganda-ganda super menggoda ok.'

Tapi Saiful dah jadi suami aku pun sekarang ni. So tak payahlah aku nak komen lebih-lebih kan? Salah satu sebab aku terima Saiful dulu pun sebab mata dia. W/pun mata dia tak macam si Kevin nie tapi sebab mata dia aku tergoda. Orang kata dari mata jatuh ke hati kan?

Lagu kesukaan aku dari dulu hingga kini. Lagu ini aku dedikasikan buat semua pembaca :)

Show Me The Meaning Of Being Lonely

So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me

( chorus )
Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They ever say forever gaze
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

( repeat chorus )

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
The things you ever show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

( repeat chorus )

Ok selamat pagi isnin :)

29 comments:

  1. bsb best..haha..teringat zaman muda2 dulu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Mawar pun sgt suka bsb zaman remaja dulu.lagu2 diaorg sekarang lagi matured kn :)

    ReplyDelete
  3. maria : kan dulu zaman sekolah suka bsb ni


    mawar : a'ah skrg ni makin matured lagu dan style mereka. dulu2 tu agak kebudak-budakan sikit kan

    ReplyDelete
  4. haha..nurul nurul..yeay setuju kevin super macho <3

    ReplyDelete
  5. eh mun pon SUKA GILER ngn bdk2 nie tau..masa zaman skolah dulu siap cari lirik lagu..pastu buat satu buku khas yang ada gambar dan lirik2 lagu diorang tau....minat lah katakan..sampaikan pakcik mun ckp kt mun..nape nak suka diorang nie...diorang nie kan ke tak sunat...huh....+__+

    ReplyDelete
  6. afni : macho kan? suka tgk kening n mata kevin tu



    mun : haha statement pakcik mun tu kelakar lah

    ReplyDelete
  7. haritu kita tgk bsb kat oprah show. gila hensem tak hingat si kevin ni. tapi dia dah kuar dari BSB kan.

    ReplyDelete
  8. ingat kisah cinta lama pon boleh menangis yer nurul? hehehe...

    kite klu ingat kisah cinta lama rasa mcm org bodoh. marah pd diri sndiri. tak suka ingat kisah cinta lama. its a really waste of time, money etc.

    ReplyDelete
  9. nurul :hehhehe, bsb!zaman mudo den!
    waktu kat skolah dulu mmg asik bsb, 911...dressup pun ala2 dorang..kih kih

    ReplyDelete
  10. hehehe
    saya pn suke kevin

    auwwww

    ensem bangat

    ReplyDelete
  11. alah,teringat jugak zaman skolah dulu.saya pun minta kevin.sebab dia sasa!..haha.

    ReplyDelete
  12. suke2 jugak heheh, kite dulu suke brian sebab suara die sedap =)

    ReplyDelete
  13. sy siap conteng katil asrama dgn lirik2 lg BSB nih.hahahha.pastu dlm group BSB sy minat HowieD.sbb kekawan semua berebut minat yg lain.xde sapa2 minat HowieD.so sy pilih dia.hahahhaa buleh gitu

    ReplyDelete
  14. intan : a'ah kevin dah keluar dr bsb :(


    ena : daku ni emo sgt ena. kdg2 boleh nangis. tp mcm bodoh je ingat balik. ok buang jauh2 kisah silam tu


    sha : betul2 dressup pun ala2 derang org kan? seluar labuh2 gitu


    ween : kan? ensem bangat tau


    dd hasnidar : sasa pun iya kan? tapi mata dia menggoda tau


    yats : yeah suara brian mmg paling best dlm bsb kan


    yun : oh ada jugak minat howie d. tp howie d pun ecem gak. hehe

    ReplyDelete
  15. adui...dulu poster dalam bilik taw nurul tapi saya minat giler kat Howie D, teramatlah sangat sampai terbawa dalam mimpi gitu.

    ReplyDelete
  16. aww..BSB...shima minat howie d

    ReplyDelete
  17. jeilita dan shima : oh korang dua orang suka howie d. ramai gak peminat howie d ye

    ReplyDelete
  18. yeah nurul..saya pun peminat BSB gak..:) oh howie D...:P

    ReplyDelete
  19. bestt...BSB mmg best sgt. Sampai sekarang yaya suka lagu2 diaorang. :) btw, i like AJ. sebab suara dia best gilak.

    ReplyDelete
  20. OMG! My feveret song zaman-zaman jiwa kacau dulu. Punyalah suka lagu sampai ringtone, caller ringtones sume nak lagu nie..hehehheh suka part 'there's something missing in my heart'

    peh, memang menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  21. melayan lagu lame2 adalah bagus kan.. rase kalau buleh nak putarkan masa kan bagus..

    ReplyDelete
  22. sama la kak..sy pun suke kevin.sbb dia macho giler.tp dulu masa sekolah sy suke westlife..

    ReplyDelete
  23. cinta masa zaman sekolah nie..hehehe!!!!

    ReplyDelete
  24. huhu...teringat zaman muda2 dulu...hehe

    ReplyDelete
  25. evyn : yeahhh sorang lagi minat howie d


    yaya : aj? suara dia mmg best kan


    cujen : boleh geng macam ni


    wawa : macho kan. auwww


    julia : zaman selepas sekolah sebenarnya jue :)


    nads : tu lah teringat kisah lama2

    ReplyDelete
  26. hahha sy pun suka AJ plak..sbb dia nmpak macho..wow..hahahahahahha jahat sungguh aku..yg penting sore dia..fuhh :)) ai ni peminat BSB tau!tp ramai ska nick..tp daku mcm x heran sgt ngan nick..kenapa ntah...

    ReplyDelete
  27. evyn : mu mana satu kejap howie d kejap aj. ohhh semua nak ye. samalah nurul pun mcm tak heran sgt dgn nick tu. kevin tetap di hatiku lah evyn. auwww

    ReplyDelete
  28. awwww....
    majoriti yang lahir tahun 80'an mesti minat BSB..!!!!!

    ReplyDelete
  29. kid : yeahhhhh mesti punya kan? cuba tnya mereka mesti minat kumpulan yang sama kot :)

    ReplyDelete