Klik belanja Raina ais krim :)

Wednesday, March 2, 2011

Kisah susu formula dan DHA. Pentingkah?

Ini budak yang sensitif banyak segi. Hehe :)

Semalam kan aku ada buat satu entri tentang aku tak ada mood nak menulis kan? Rupa-rupanya aku di datangi 'bendera merah' pada petang semalam. Patutlah mood nak marah orang saja sejak 2,3 hari lalu.

So tepat pukul 5.30 petang tu aku dah siap-siap nak balik terus menuju ke arah keretaku yang berwarna biru itu. sungguh tak selesa tau. Otak dah set awal-awal nak balik secepat mungkin dan mahu mandi dengan kadar segera. Apa lagi aku drive memang tahap kelajuan yang agak laju bagi aku seorang perempuan ini. Dan aku sms Saiful minta tolong ambilkan Raina di rumah babysitter. Sebab selalunya Saiful akan sampai rumah lebih awal dari aku jika dia tiada kerja luar.

Sampai di rumah, terus aku mandi dan terasa oh segarnya badan. Serius. Rasa mood nak marah orang tu terus hilang macam tu je. Siapa perempuan tentu tahu macam mana mood jika di datangi 'bendera merah' bukan?

Selepas maghrib ajak Saiful pergi Econsave untuk beli stok susu untuk Raina. Aku memang suka pergi Econsave sebab barang-barang di sana lebih murah. Dalam kereta Saiful tanya :

Saiful : Nak pergi mana sebenarnya?
Aku : Econsave sajalah
Saiful : Bukan selalu pergi kedai sengsei ke? Nak beli susu kan?
Aku : Dah malam ni. Macam jauh pulak nak ke Sri Muda tu
Saiful : Tahu tak pe. Econsave pun murah jugak. Econsave sajalah ye
Aku : A'ah ye lah

Sampai di Econsave mesin ATM buat hal. So aku dan Saiful tukar plan terus ke Carrefour sebab di sana pun ada mesin ATM. Selepas selesai segala urusan, kami ambil keputusan untuk beli stok susu di Carrefour saja. Masuk-masuk je ke dalam terus kami pergi ke bahagian susu.

Sampai di bahagian tersebut ada dua orang jurujual. Mula-mula aku ingatkan mereka ialah pembeli seperti kami. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Masa aku mencapai kotak susu Enfagrow itu terus jurujual tersebut tahan aku dan Saiful.

Jurujual : Puan tak nak cuba susu ini ke? (Sambil menunjukkan susu Mamil Gold)
Aku : Eh tak apalah. Anak saya dari kecil memang minum susu nie
Jurujual : Susu ni lebih banyak kandungan DHA. 5x ganda dari susu yang puan pilih ni.
Aku : Eh tak apalah. Anak saya nie sensitif sikit. Dah cuba macam-macam brand dah.
Jurujual : Bagus puan 5x DHA anak akan lebih kuat
Saiful : (Terus Saiful menyampuk) Tak pe anak saya memang dah kuat pun. Minum susu apa-apa pun boleh jadi kuat.
Aku : Tak pe lah terima kasih
Jurujual : (Sambil kejar kami untuk cuba memujuk kami) Nanti kami akan ajar macam mana nak tukar susu formula ini ikut jadual. Cubalah. Bagus susu ni untuk anak.
Saiful : Takpe anak saya dah kuat dah besar pun. Tak mahu tukar-tukar lagi.

Selepas itu terus Saiful tolak troli laju-laju. Aku pun ikut saja langkah Saiful. Sebabnya Raina yang duduk dalam troli sudah menjerit-jerit kecil.

Aku sebenarnya bukanlah memilih sangat pasal brand susu yang nak diberi kepada Raina. Sebab kalau ikut plan asal aku dan Saiful, kami mahukan anak kami minum susu brand Anmum. Dulu Saiful yang bersungguh-sungguh cakap kat aku.

Saiful : Kalau boleh Saiful nak anak kita minum susu Anmum.
Aku : Kenapa Anmum?
Saiful : Sebab sayang kan minum Anmum masa pregnant ni. Mestilah anak dalam perut ni minum Anmum juga
Aku : Tengoklah baby dalam perut ni serasi ke tidak dengan susu tu
Saiful : Tak kira Saiful nak belikan stok Anmum jugak
Aku : (Terdiam)

Tapi kita hanya merancang bukan? Aku cuma dapat BF kan Raina dalam lebih kurang 2 bulan saja. Nak ceritakan pun panjang sejarah cerita aku itu. Tapi memang kisah sedihlah kalau aku nak ceritakan pasal penyusuan susu badan Raina nie. Kalau boleh tak mahu ingat-ingat lagi. Aku mahu jadikan pengalaman aku itu satu pengajaran untuk jadi lebih baik dalam ilmu penyusuan ibu bagi anak-anak aku yang seterusnya. Apapun, aku bersyukur dapat juga Raina merasa susu badan mama dia nie.

Bila tahu masalah aku ketika menyusukan Raina, Saiful awal-awal lagi dah belikan stok susu Anmum. So bermulalah Raina minum susu Anmum ini. Tapi yang aku perasan taik Raina agak keras dan Raina seperti susah untuk membuang. Tapi aku tetap teruskan beri susu Anmum ini.

Sampaikan satu tahap tiba-tiba tanpa pengetahuan Saiful yang ketika itu bekerja luar kot, aku telah beli susu Lactogen dan cuba berikan kepada Raina. Tiba-tiba aku nak try susu Lactogen dengan harapan Raina senang membuang. Tapi jangkaan aku meleset sebab kulit Raina jadi kemerah-merahan dan Raina di tumbuhi seperti ruam yamg amat merah. Terus aku kelang-kabut. Ibu dan mak saudara aku suruh aku stop beri susu Lactogen itu. Kata mak saudara aku susu Lactogen, Dumex dan beberapa susu lain agak panas. Jadi kena tengok baby tu tahan dan serasi atau tidak dengan susu tersebut.

Ibu aku minta aku teruskan beri Raina susu Anmum. Ibu aku cakap lebihkan air masak supaya Raina senang membuang. Tapi bila Raina makin membesar dan semasa Raina berumur antara 4 dan 5 bulan, aku lihat makin sukar Raina mahu membuang. Kadang-kadang Raina tak membuang hampir seminggu. Raina kena sembelit yang agak teruk ketika itu. Ibu bapa mana yang tak risau kan tengok anak macam tu.

Aku minta pendapat kawan-kawan. Ramai yang minta aku try susu dari kumpulan ENFA. bukan sebab aku ni nak memilih brand susu yang mahal. Tapi disebabkan aku dah pernah try beberapa brand dari yang mahal hingga ke murah Raina tak serasi jadi aku dan Saiful ambil keputusan untuk cuba susu dari kumpulan ENFA ini.

Dan Alhamdulilah, Raina serasi dengan susu ini. Aku selalu tanya babysitter Raina macam mana Raina membuang. Adakah kena sembelit lagi? Dan maklum balas dari babysitter Raina memuaskan aku. Aku bertanya kepada Saiful adakah mahu meneruskan beri Raina susu Enfalac ini? Saiful yang agak berat hati dan kecewa sebab impian dia mahu tengok anak dia minum susu anmum tak tercapai terpaksa bersetuju apabila melihat Raina paling serasi dengan susu ini.

Alhamdulilah Raina serasi dengan susu Enfalac dan bertukar ke step 2 Enfapro dan sekarang bertukar ke step 3 Enfagrow. Aku tak tahu kenapa anak aku serasi sangat dengan susu ini. Aku pernah tukar susu Raina baru-baru ini dalam mengambil langkah untuk berjimat-cermat. Aku try susu brand Dutch Lady. Tapi aku agak Raina tak berapa suka sebab dia banyak semburkan dan muntahkan balik susu tersebut. Kadang-kadang dia minum kadang-kadang dia tak mahu langsung.

Aku membayangkan kalau Raina dah umur setahun ini bolehlah kot tukar susu yang lebih murah. Tapi penerimaan Raina terhadap susu tersebut agak kurang memuaskan. Cuma sekarang ni aku try selang-selikan antara susu Dutch Lady dan susu Enfagrow. Tapi aku selalu kena marah dengan Saiful sebab buat eksperimen pemberian susu berlainan macam tu kat Raina. Jadi jalan penyelesaiannya aku beri sajalah Raina minum susu Enfagrow itu.

Pada aku bukan sebab isu susu tersebut banyak kandungan DHA atau tidak. Sebab kalau mahu bercerita tentang DHA, susu Dutch Lady pun kandungan DHA lebih 5x. So siapa cakap susu murah tak ada kandungan DHA. Semua tu bohong belaka.

Aku dulu dibesarkan hanya dengan susu Dumex. Tapi Alhamdulilah aku dapat juga jejakkan kaki ke universiti. Ibu dan Ayah aku cakap dulu mereka hanya mampu bagi anak-anak mereka susu Dumex saja. Tapi aku selalu cakap kat ibu aku it's ok w/pun kami adik-beradik diberi susu Dumex tapi kami telah memenuhi impian ibu dan ayah untuk melihat anak-anak mereka jejakkan kaki ke menara gading.

Pada pendapat aku isu susu murah dan mahal ini bukanlah persoalan utama bagi mendidik anak supaya menjadi cerdik pandai. Bukanlah isu sebab susu murah kurang DHA atau sebagainya. Pendapat jujur aku yang penting penerimaan si anak. Tengok si anak samada dia serasi atau tidak? Itu yang paling penting sebenarnya. Contohnya macam aku, Raina ini aku agak dia seorang budak yang agak sensitif dalam banyak segi. Jadi punca utama aku memilih susu dari kumpulan ENFA bukan sebab kandungan DHA tersebut alasan utama aku tetapi penerimaan si anak adalah alasan kukuh aku di sini. Anak aku ni memilih dan sensitif sangat kot.

Untuk Raina,
Mama dan Papa masih berharap Raina boleh minum susu Anmum. Kami selalu berangan kot-kot dah besar sikit nanti Raina boleh serasi dengan susu Anmum ini.

Berangan sajalah kamu Nurul. Ok stop sini dulu. Dah panjang sangat entri ni.

39 comments:

  1. bz2 pun sempat taip pjg lebar yer nurul?
    good job demi 12k tu yer..hahhaha
    ehh mmg ade sesetangah susu yg bley buat budak2 ni sembelit kan?
    mika dlu cmtu la ms minum dumex,
    ksiannye la..
    bile tukar ducht lady bru ok,
    tp ade jugak budak yg ok
    so kesimpulannye
    atas keserasian mereka la..
    mahal murah tu xpenting,
    if mampu beli je yg mahal

    ReplyDelete
  2. ala propaganda org yg jual susu tepung je tu..susu ibu tetap terbaik..em pd maria susu tepung ni kena ikut serasi tak dgn anak..mcm aqil skrg maria bg mamil gold die ok..berak pn ok..bagi anmum langsung die tak minum..pas ni mgkn nk bg die try susu murah skit..tgk penerimaan die ok ke tak..dutch lady pun ada 5x dha gak skrg..sumer berlumba2 nak promote psl dha..kan nurul..

    ReplyDelete
  3. tu dia kak nurul sekali keluar idea melimpah-limpah...gud..gud..

    betul juga kata kak nurul, dulu sy minum susu tepung biasa je, alhamdulillah masuk u juga.

    biaslah,bila dah jd ibu ni klu boleh nak bg yg terbaik untuk anak...

    ReplyDelete
  4. hehe..suke sgt saiful dgn susu anmum tu yer nurul? hihih...

    kami pulak bg naurah susu anmum sbb masa kt spital susu bdn x kuar lagi. pastu spital bg se pek susu anmum. so terus guna anmum sampai skrg. ohh tp masa masih bg susu badan pd naurah smpi 10bln+ aritu jarang bg susu tepung. mostly mmg susu yg di pump =)

    cuba try skrg anmum kt raina nurul. mane tau dia dah ok.

    ReplyDelete
  5. Mcm Liya enfa,enmum dia akan sembelit..then tuka ke dumex mmg panas...die kuat berpeluh...then tuka ke lactogen..alhamdulilah..

    betul!!cerdik ke x anak dr didikan ibu bapa..xsemestinya susu..Liya minom susu murah alhamdulilah debob & jarang sakit berbanding yg minom susu mahal..pd ony asalkan susu 2 serasi ngn anak ckop...mahal murah lain crite..:)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat10x..

    cuma nak cakap..

    xsemesti nyer anak anda minum susu mahal...anak anda akan jadi pandai..

    dan minum susu murah..anda anda kurang pandai..

    *kadang2 tension dgr anak mnum susu mahal..anak dia pandai..lol..
    aryan munum susu biasa je S26..

    ReplyDelete
  7. takper lah nurul, yg penting anak kita sihat. Amin...

    ReplyDelete
  8. memang panjang tp best. zura plak dh kurang sgt2 nk m'entri lebih banyak membaca blog2 org lain.

    zura dulu pun mcm2 jenis jg susu yg zura tyr pada Qayyum dr snow ke isomil tu pun tukar sbb Qayyum ceret berit nk teruskan isomil Qayyum menolak mungkin sebb bau dia mmng memuakkan lg 1 mungkin susu soya yg x dpt dia terima..kemudian kami tukar dgn lactogen de lah dekat 3 blan di minum..gatal plak nk jimat2 pakai duth lady tp meleset dr jimat ke membazir, fariff buat pilihan untuk bagi Qayyum Anmum sbb dia punye pendapat same dgn a. saiful yg Qayyum dr dlm perut dh minum Anmum. Alhamdullah Qayyum xde masalah dgn Anmum sampai sekarang..yg kecik ni nnt nk ready awl2 susu anmum nk bf susu zura mmng sikit sgt seharian pump sekadar sekali minum je..x penah nk rase bengkak susu n basah..

    ReplyDelete
  9. ye la..yg penting ank2 kita serasi dgn susu tue..
    Enfa nie mmg ponpon senang..affique pun hr2 dia ponpon..okla..
    aqeef pun minum susu enfa ok je..minum lain dia muntah..
    alhamdulillah la dia serasi cuma lately dia xnk menyusu sgt..

    ReplyDelete
  10. na : tu la nurul taip dr pagi tadi tu na sambung2 sampai lepas mkn

    maria : a'ah nurul tgk ducth lady pun ada 5x DHA mana2 susu pun ada DHA skrg ni yg penting anak tu serasi ke tak kan



    zura : ye kdg2 ada ibu bapa mahu yg terbaik kan terpulang pd ibu bapa


    ena : tu la saiful tu suka sgt dgn anmum baik dia saja minum anmum tu


    oni : kan? ada baby sembelit kalu minum anmum. raina mcm tu lah

    ReplyDelete
  11. hum siape je xnk yg terbaik untuk anak kan ?

    cm anak as, ss pertama yg die minom pon anmum juga,sebelit,lepas tuh isomil pon sembelit, dumex plak cirit birit.

    ikot keserasian lah kan.
    :D

    ReplyDelete
  12. ana : s26 pun ok gak kan? asalkan baby serasi


    as : yeah yg penting anak tu sihat kan


    zura : thanks sebab membaca ye zura. tu la anak akak tak serasi dgn anmum pulak tp akak berharap kot2 nanti dia serasi blk ke hehe

    ReplyDelete
  13. dyla : tu la dyla nurul pun perasan raina minum susu enfa pupu dia selalu dan boleh dikatakan hari2. dulu anmum taik dia keras dan sembelit


    as : tu lah terpulang kan ibu bapa anak tu sendiri kan as nak pilih susu apa dan yg penting keserasian anak tu kan

    ReplyDelete
  14. ramai jugak buat entry pasal susu nie eik..hahhaaa...ala nurul...tak semestinya susu murah tue bgs...dan tak semestinya susu mahal tu pon bagus...mirza dr kecik sp lah sekarang nie minum susu anmum jek..tak penah tukar sbb mun tgk mirza ok jek..lgpon papa mirza samalh dengan suami nurul...begitu taksub dengan susu anmum..hahahaa....nasib mirza ok kalau tak memang akan adalah eksperimen susu..

    ReplyDelete
  15. mun : agaknya kaum lelaki ni ramai yg mcm tu taksub dgn susu anmum ye mun

    ReplyDelete
  16. awk terbalik ngan saye la nurul..mase sy g care4 kt sek 23 tuh kan..amik susu mamil gold kena keja ngan promoter enfa..hahahah...cecepat lari..

    alasan saye senang je....x pe la cik...saye memang suke susu enfa nie..tp ank saye x serasi..trus dier diam....mcm2 kn....

    ReplyDelete
  17. fie sama macam Nurul, tak da rezeki bagi susu badan kat Kakal. lagi lah sadis kalau igt. masa Kakal 3-6 bulan camtu dia minum Enfalac juga. tapi lepas tu dia start cirit fie tukar Mamex sekarang.

    so far ok, tapi few days back ni dia berak cair balik. tapi tak kerap la. so sekarang tengah pikir nak tukar susu apa balik ni.

    ReplyDelete
  18. my alya minum dutch lady...sempat bf die sampai 3 bulan je...=(..member i penah tanye.."ko bagi susu ape kat alya" i..i ckp dutch lady..die balas"ko ni bagilah susu mahal skit"..aiyakkk...i gelak jelah...my alya boleh terime dutch lady dgn baik..poopoo pon ok..then pegi checkup my alya..dr tanye bf se fm? i ckp fm...mase tu pegi ngan my mum..my mum terus ckp...susu murah je doc. dutch lady...doc senyum je...pastu cakap...anak saye pon minum dutch lady...see..anak doc pon minum dutch lady...kesimpulannye...mahal ke murah ke...terpulang kat baby tu.. sher

    ReplyDelete
  19. masing2 cuba nak laku kan susu derang, sbb tu ckp itu & ini..betul tu nurul.. tak kira harga, yg penting susu tu serasi dgn baby..kalau baby tak minum susu, asek luahkan jek, buat rugi jek..:)

    ReplyDelete
  20. sy dlm perancangan nk tukar susu mya. start umo 2bln dia menom isomil.nanti lepas umo dia setahun nk cuba susu lain pulak.tp xtau la lg brand apa.byk sgt pilihan utk dicuba.sy rambang mata

    ReplyDelete
  21. Ding!Dong!betui tu mummy raiana.apa-pun kena tengok the baby sesuai ke tak dengan susu tersebut.Kalu dah susu mahal nak wat camana kn?

    Hehehe.Me pernah try 3 jenis susu jugak la and my son pun akhirnya sesuai dengan susu dari kumpulan Enfa ni...alhamdullilah sesuai sehinggalah sekarang>Cumanya bila dah tukar ke step enfagrow dia suka perisa ori tak suka perisa lain.

    hik..hik..cheers mummy !

    ReplyDelete
  22. bertuah lah kalau anak tak sensitif
    bagi brg2 murah
    susu murah, diapers murah
    boleh berjimat
    tapi kalau dah anak senditif
    tak serasi, tanggungjawab kita lah kan berikan yg terbaik utnuk anak

    *kalau la salegirl tu jumpa aku, pastu tgk aku amik dumex je. mesti lg hebat dia menghasut

    ReplyDelete
  23. betul tu Nurul!! yang penting Raina serasi dgn susu tu. Anak i pun minum enfalac, bukan semua org bernasib baik dgn full bf :)

    cheer!! u r not alone mummy :)

    ReplyDelete
  24. lylie : eh terbalik kita ni ye lylie tp tempat carrefour gak ye



    fie : tu lah hrp next baby kita dpt bf kan


    anon : nurul lebih suka dutch lady sbb dia susu tak panas kan? betul tu yg penting baby tu serasi ke tak :)

    ReplyDelete
  25. maya : tu la masing nak promot utk lakukan susu masing2



    yun : kalau mya dah serasi dgn isomil teruskan saja pun tak pe yun



    linziana : eh sama mcm rina dia lebih suka perisa yg original dr yg perisa honey atau vanilla



    dayu : tu lah nak buat mcm mana raina mmg sensitif byk segi dayu


    naddynad : oh sama kita ye. yg penting tu keserasian baby kan

    ReplyDelete
  26. maya : tu la masing nak promot utk lakukan susu masing2



    yun : kalau mya dah serasi dgn isomil teruskan saja pun tak pe yun



    linziana : eh sama mcm rina dia lebih suka perisa yg original dr yg perisa honey atau vanilla



    dayu : tu lah nak buat mcm mana raina mmg sensitif byk segi dayu


    naddynad : oh sama kita ye. yg penting tu keserasian baby kan

    ReplyDelete
  27. maya : tu la masing nak promot utk lakukan susu masing2



    yun : kalau mya dah serasi dgn isomil teruskan saja pun tak pe yun



    linziana : eh sama mcm rina dia lebih suka perisa yg original dr yg perisa honey atau vanilla



    dayu : tu lah nak buat mcm mana raina mmg sensitif byk segi dayu


    naddynad : oh sama kita ye. yg penting tu keserasian baby kan

    ReplyDelete
  28. panjangnye,siap 2 kali bukak nak bg habis bace...dulu penah ader jurujual kate enfagrow byk DHA 5x ganda dari susu lain.kitaorg xbli sebb mahal sgt..susu annum pon da kire mahal pada kitaorg. tp xpe.as long as raina serasi tu lagi penting.dalam tahap ni susu sgt penting.lebih baik bg susu yg serasi.xkisah dha byk ke tak kan???

    ReplyDelete
  29. nurul..shima setuju..

    yg penting serasi kan.

    ReplyDelete
  30. Salam nurul. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

    Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

    -plz forward- :)
    http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. ayooo sebab tu menyampah kalo beli kat supermarket. beli kat kedai sensei gak x byk soal.. =)

    ReplyDelete
  32. aydan minum S26 after 2 months sbb susu ori tak dapat tampung permintaan die..kuat minum.masuk 6 bulan je sembelit igt sbb solid food kan..bg minum air masak byk gile tp nk poo keras sampai nangis2 luka sumer..kesian tgk.last2 tukar susu Enfa..alhamdulillah ok skang xde sembelit lg dah..

    ReplyDelete
  33. anak sulung saya dulu pn membesar dengan susu enfalac sbb saya kurang susu badan.tp lama2 dia sembelit,terus kena test mcm2 produk.semua tak ok.dah umur 18 bulan baru ngam ngan susu nespray.

    yg kedua pulak dpt la bf sampai umur 3 bulan.sebab kerja,terpaksa jugak bg minum susu formula.saya bagi lactogen je tp alhamdulillah,tetap cergas dan bijak.

    pendek kata,kalau nak compare susu mahal ke,murah ke..sama aje kan?anak anak tetap bijak.

    ReplyDelete
  34. adik kid yang bongsu pun tak boleh minum susu lactogen macam kid...
    dia hanya boleh minum s26 sebab ada alergi apatah kid dah lupa..

    kalau kid mampu mmg nak beri susu mahal..
    tapi kid kena ukur dengan ekonomi keluarga..

    kalau kes macam raina ni..
    buat apa nak perjudikan kesihatan raina demi untuk berjimat kan..
    dari sihat nanti jadi tak sihat pula.. :(

    kid doakan anak-anak kita semua akan sihat sentiasa ya.. :)

    ReplyDelete
  35. suzie : tu lah raina dah serasi suzie. thanks sudi baca entri panjang nurul ni ye


    karpersky seller : ok


    afni : tu lah kadang2 nurul beli kat kedai sengsei juga. murah pun murah kan



    nadya : tu lah sama kes mcm raina sembelit tukar susu enfa terus ok



    dd hasnidar : betul tu . lg satu yg penting keserasian anak tu sendiri


    kid : tu lah. mcm tok wan raina ckp lah kid dah raina serasi susu tu teruskan aje

    ReplyDelete
  36. Untuk susu formula, lampin dan barangan bayi, sila jenguk www.easybebe.net

    ReplyDelete
  37. yap...btul kata akak tu...susu murah ke mhal ke sma sja...cuma sukatan kuantiti bhan ya jer brbeza...dulu sy pun bukan nya minum susu mhal...mklum la...mak dn ayah pun keja ptani jer...kdang mak bg susu pekat mnis...sbb tak mmpu nk bli susu...dh bsr msuk jga U...skrg ni untung ank2 kita sbb mmpu mdpt pnyusuan ya bgus...

    ReplyDelete
  38. Salam,Nurul cane nk taw baby kte serasi dgn susu o x??sy ank 1st.jd kurang pengalaman.bby sy bf pun smpai 2 bln je...

    ReplyDelete
  39. NURUL FARHANA : TRY DALAM SEHARI DUA BRAND SUSU YANG INGIN DI CUBA TGK BABY PUPU KERAS TAK? MUNTAH2 TAK?

    KALAU TAK ADA SIMPTON YANG MEMUDARATKAN BOLEHLAH DI TERUSKAN

    ReplyDelete