Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 31, 2011

Luahan hati seorang mama

Entri ini agak panjang sedikit. Maaf aku menaip tanpa sedar sehingga entri ini menjadi panjang berjela. Kalau membaca sambil makan kacang rebus tentunya entri ini dapat di baca dengan hati sedikit tenang. Terima kasih yeah.


Entri ini adalah luahan jujur dari aku seorang mama yang bekerja.Rutin harian aku boleh dikatakan sama pada setiap hari bekerja. Bangun awal pagi seawal pukul 5 pagi untuk masak makanan Raina yang perlu dibekalkan ke rumah babysitter atau aku bahasakan rumah babysitter tu kat Raina adalah 'school' atau 'sekolah'. Nampak lebih comel saja bunyinya kan?

Bangun seawal 5 pagi yang kadang-kala lebih awal dari itu dengan mata yang berpinau-pinau akibat blur baru bangun tidur terus ke dapur untuk memulakan aktiviti bersilat dengan sudip, pisau, penyenduk nasi dan sebagainya.



Pung pang pung pang.



Seperti bunyi orang mahu pergi berperang saja ketika itu. Tengok jam sudah mahu ke angka 6 pagi.Dalam masa yang sama aku akan bancuh susu untuk diberi kepada Raina juga menukar diaper Raina. Kadang-kadang diaper tak payah tukar sebab Saiful akan tolong tukarkan.Tengok keadaan.

Selalunya aku siap memasak dalam pukul 6.15 pagi ke atas. Bergantung kepada aku bangun cepat ke atau terlewat bangun. Begitu juga faktor menu di ambil kira.Kalau menu tu agak susah di masak maknanya agak lamalah aku di dapur. Dan sesekali aku akan steam atau rebus botol-botol Raina pada belah pagi juga sebelum pergi kerja.

Selepas settle hal-hal di dapur barulah aku iron baju. Hal berkaitan iron baju ni bergantung pada kerajinan aku sebenarnya.Kalau aku rajin aku akan iron baju untuk stok seminggu pada sebelah malam.Kalau aku malas jawabnya pagi-pagi tu juga aku baru terhegeh-hegeh iron baju.Orang cakap 'nak terberak baru nak gali lubang'.

Hah gitulah aku. Terhegeh-hegeh semua kerja. Al-maklumlah lebih suka besarkan hal tidur dan layan TV dari mahu iron baju pada sebelah malam. Selepas aku settle iron baju aku, Saiful dan Raina barulah aku pergi mandi.

Dalam pukul 7.30 pagi tu selalunya aku dah siap semuanya solat, pakai tudung dan bermake up bagai. Kejutkan Raina dan basuhkan muka Raina dan siapkan apa yang patut terus aku dan Raina keluar rumah. Memang kebiasaannya aku dan Raina keluar rumah lebih awal dari Saiful. Sebab Saiful masuk kerja pukul 9 pagi. So memang Saiful akan keluar rumah lewat sikit dari kami.

Memang selalunya aku sendiri yang hantar Raina ke rumah babysitter. Jarang Saiful yang hantar Raina ke rumah babysitter. Sebab sebagai seorang mama aku ada amalkan pembacaan selawat 7 kali ke atas ubun-ubun Raina pada setiap pagi. Ibu aku cakap lebih afdal kaum mak budak yang buat. Itu yang aku sendiri mahu hantar Raina ke rumah babysitter. Aku akan selawatkan ke ubun-ubun Raina sebelum di hantar ke rumah babysitter. Ok settle hantar Raina ke rumah babysitter.

Macam biasa aku pecut kereta untuk ke tempat kerja. Pecut dan cilok semasa memandu adalah perkara biasa bagi aku jika aku sudah terlewat.



Vrooooommmmm



Kadang-kadang aku sampai office awal dan kadang-kadang aku sampai office lewat. Tengok keadaanlah. Pukul 5.30 petang aku siap-siap mahu balik dan sampai rumah seawal yang mungkin. Paling cepat aku boleh sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Paling lewat kadang-kadang dah azan maghrib baru aku sampai rumah. Tengok keadaanlah.

Balik kerja dah penat. Badan letih. Sebenarnya badan tu letih sebab memandu dengan menempuh jalan yang sesak hari-hari. Itu yang buat aku paling letih sebenarnya berbanding kerja-kerja di office. Serius aku tak larat nak tempuh jalan sesak macam tu hari-hari. Main-main dengan Raina. Layan Raina sekejap. Pastu baru aku buat kerja apa yang patut seperti memasak ke mengemas rumah ke mandi ke.

Kiranya aku dapat luangkan masa dalam sejam dua saja bersama Raina sebelum aku pun tertidur sebab letih. Kadang-kadang tu kalau Saiful ada kat rumah, Saiful yang rajin tidurkan Raina. Sebab aku memang confirm selalu tidur cepat. Tak tahulah mata tu rasa berat je. dalam pukul 9.30 malam atau 10 malam aku dah bantai tidur.

Raina sejak melasak nie memang selalu lewat tidur. Dia suka main sampai penat baru dia tidur. Kadang-kadang tu Saiful yang rajin ajar dia mengenalkan buku-buku dan sebagainya kepada Raina. Aku dalam semiggu tu adalah sekali dua ajar Raina mewarna, membaca dan lain-lain. Yang selebihnya Saiful yang rajin buat. Sebabnya aku tidur awal beb. Mama apakah aku ini kan? Besarkan hal tidur je.

Aku sebenarnya tak suka keadaan ini. Kalau boleh aku nak luangkan masa lebih lama dengan anak. Iyelah kalau di fikir-fikirkan masa anak banyak di rumah babysitter dari bersama keluarga sendiri. Kecuali hari sabtu dan ahad masa anak bersama kita tu agak lebih sedikit. Tapi aku cuba juga pastikan dalam sejam, dua jam aku mesti luangkan masa bersama Raina semasa hari bekerja. Supaya Raina rasa kasih sayang aku nie.

Aku sebenarnya sedikit terkilan apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina kat aku tanpa aku ketahui terlebih dahulu. Nampak sangat masa aku bersama anak itu agak kurang berbanding dengan babysitter Raina. Aku sedih sangat. Aku sedih apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina. Antranya kakak tu kata Raina dah pandai letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja selepas minum susu. Maknanya Raina tak campak atau baling botol dia lepas minum. Kakak tu cakap, Raina akan terus letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja. Memanglah tak sampai sebab sinki dan meja tu agak tinggi. Tapi Raina akan menjengkit sedikit.

Selepas tu, Raina dah pandai bagitahu kalau dia nak 'pupu'. So kakak tu akan tahu kalau Raina nak 'pupu', Raina akan bagi hint. So senang kakak tu terus bawa Raina ke toilet. Tapi masalahnya bila di rumah sendiri, Raina tak buat pun semua tu. Atau Raina tak mahu tunjuk kebolehan semua tu depan papa dan mama dia. Entahlah. Itu yang buat aku pelik.

Kakak tu juga ada bagitahu yang Raina sebenarnya dah berjalan jatuh pada usia 10 bulan. Tapi aku baru perasan Raina berjalan jatuh pada usia 11 bulan. Kenapa aku tak tahu lebih awal semua nie? Kenapa? Babysitter Raina juga ada bagitahu Raina dah pandai menyanyi, dah pandai tunjuk anggota badan seperti perut, kaki, telinga, mulut jika kita tanya dia dan macam-macam lagi perkembangan Raina yang lain. Nampak sangat masa Raina banyak dihabiskan di rumah babysitter kan? Apa-apa perkembangan Raina selalunya babysitter Raina tahu dulu berbanding aku.



Secara jujurnya aku tak suka keadaan ini weiiiiiiiiiiii.



Aku mahu aku yang tahu terlebih dahulu perkembangan anak aku. Tapi apakan daya aku seorang wanita yang bekerja. Bayangkan 8 jam aku bekerja. Belum campur masa berada atas jalan menempuh jalan sesak tu semua. Ini bermakna lebih 8 jam masa Raina bersama babysitter sewaktu hari bekerja. Yang selebihnya hanya beberapa jam saja bersama aku dan Saiful. Selepas tu Raina akan tidur. Begitulah jadual rutin hari-hari.

Jadi korang boleh bayangkan macam mana jadual aku hari-hari sewaktu hari bekerja bukan? Aku rasa jadual aku ini lebih kurang sama saja dengan korang yang bekerja. Kan best kalau aku jutawan goyang kaki tak payah bekerja. Kalau boleh nak yang betul-betul jutawan. Senang duduk rumah menghadap anak 24 jam hari-hari.

Best kan?


36 comments:

  1. Nurul, sabar ek..insyaallah awk akan dpt yg terbaik nnt.
    buat masa ni, ini adalah yg terbaik kan..awk bekerja keras utk anak dan suami, walaupun awk rs awk dah terlepas byk hal tentang Raina, percayalah Allah Maha Tahu pengorbanan penat lelah awk..
    ;-) smile okay...
    Moga awk kuat Nurul!
    Awk ibu yg hebat!

    ReplyDelete
  2. sya : thanks sya cuba agak terkilan sikit je tapi entahlah rasa tak suka dgn perasaan nie

    ReplyDelete
  3. tabah yea nurul....setiap ibu yg bekerja ade perasaan yg same kot...tp kn....saye bernasib baik sikit..alya duk ngan mk saya..so x yh la saye prepare mknan tuk alya setiap pagi...kalau tidak mesti sy kena bgn kul 5 pagi juga....

    awk memang rajin dan baik..jgn rae susah hati okey....

    ReplyDelete
  4. mun pon sama jugak mcm nurul....terasa masa tue singkat sgt dengan anak..dan kdg2 orang lain yang lebih tahu perkembangan anak kite berbanding kite sendiri..huhuhu...
    sedih..tp nak buat mcmana kan....

    ReplyDelete
  5. lylie : wahhh lylie kamu sangat beruntung tak payah bangun awal pagi. syok

    ReplyDelete
  6. Babe..u kerja pun untuk future raina jugak..xpe at least u still luangkan masa dri x spend terus everyday kan? Tell her before she fall asleep that u nd to work and u gonna miss the time with her, and bangun pgi pun tell her kt telinga dia..insyaAllah she'll understand..

    ReplyDelete
  7. Nurul awak perlukan tenaga, ambik lah apa2 supplement supaya bertenaga, jgn kerap tidur, lama2 akan biasa dan blh habiskan masa lebih lama dengan anak. for me,saya takkan tidur selagi anak tak tidur dl and bangun awal dari anak.

    ReplyDelete
  8. same la bgn awal2 nk prepare seme..malam2 xnk buat sbb tido awal..kui2..pg bru nk iron baju..buatnya letrik xder pg, mmg pkai bju yg xpyh iron la..hahahah..ni kalu husna dh makan, mcm nurul la gayanya kot

    ReplyDelete
  9. mun : redha je lah mun dah kita ni wanita bekerja kan


    nurulzia : idea yang bagus tu. akan cuba nurul buat. thanks babe


    as : tu lah pasal as selalu aku yg tertidur dulu tp bagun awal. hehe


    aziyana : haha ada geng ni :)

    ReplyDelete
  10. nasib kakak tu rajin bagitau Nurul perkembangan Raina. kalau anta nursery susah sikit nak borak2 dgn penjaga tu. alih² weekend je lah dpt tgk anak dah pandai macam².

    ReplyDelete
  11. lebih kurang jer nurul keadaan kite nie. bg ibu2 yg bekerja lain pun pasti lebih kurang sama.

    tp nk buat mcm mane kan? kite keje pon utk keselesaan hidup jugak. klu la suami kite gaji dah mencukupi utk hidup selesa, kite pon xmo keje dah. baek ngadap naurah saje 24 jam. sape xnk kann? xpon keje dr rumah jer. alahai..bestnya klu dpt mcm tue =.=

    dlm kes nie, kite rasa nurul kene berhati besar sikitlah. semat dlm hati kite dah lakukan yg terbaik utk anak. klu boleh dlm apa aktiviti nurul buat kt rumah, sertakan raina sekali. itu je caranya dpt luang masa lebih sikit dgn diorang =) leceh sbb diorang suke kaco tp berbaloi

    ReplyDelete
  12. ermm Nurul...betul Nurul cakap...kita ni semua sama je selagi nama mama yang bekerjaya kan..memang akan agak ketinggalan dengan perkembangan anak nie..ermm terkilan tp nak buat macam mana..isya pun selalunya..papa dia akan tdokan dia..sebab papa dia lagi penyabar dari elly... ermm sabar je la ye Nurul..

    ReplyDelete
  13. ye la nurul...adakala rasa cam tak cukup masa dgn anak kan? tapi itulah tuntutan kerja, nak wat mcm mana...itu belum sampai di rumah, mana nak layan anak...mana nak wat keje rumah...icha lg la skrg, makin mengada & susah nak tido mlm...jue plak, asal kul 9 jer mata mesti nak lelap dah...mmg kena byk sabar...aihhhhhhh

    ReplyDelete
  14. Rasanya saya pun mcm nurul tp bila mlm saya akan berborak dulu ngan emill before dia tdo

    ReplyDelete
  15. sy pon selalu mengeluh dan rasa terkilan bila bb sitter jd org pertama tgk ank pandai mcm2.progress perkembangan ank di dpn mata org lain.bkn ibu nya sendiri.kdg2 jeles pon ada.mujurlah ank masih kenal mak pak sendiri dan tau membezakan siapa momy dia siapa papa dia dgn siapa ibu & ayah (bbsitter)

    ReplyDelete
  16. kalau boleh tgk diorg 24jam..mst best..semua leh atur sendiri..andai lah dapat..huhu..

    ReplyDelete
  17. nurul..sama la plak kita..macam ada masalah dalaman bila bb sit lebih mengenali anak berbanding diri sendiri..hehe kuat jeles..tapi apakan daya..weve no choice dear..kena kerja kan..so anak akan lebih spend time dengan anak berbanding ibu sendir..

    cme time weekend tu kena betol2 attention anak la..hehe

    ReplyDelete
  18. sekurang2 nya nurul cuba untuk spend masa ngan raina dan ada suami yang ringan tulang, takde terasa bebanan tu sorang2 kan.
    Macam kite pn macm tu jugak, tp selalu tido lewat sebab sibuk nak update kedai online n mengait, sekarang nak stop mengait sbb mmg rasa tak cukup mase sebab biasa mengait tunggu si adik dah tido. Sama mcm nurul jugak, pagi tu la yang paling sibuk tuk mak2 mcm kite nih. Jadi nurul jgn rasa bersalah sgt, sebab org lain pun sama, insyaallah anak faham. Tak sekarang bila die besar nnt die tahu pengorbanan kite.

    ReplyDelete
  19. Kak..
    bulan 5 nie sy akan hantar anak sy kat babysitter gak..
    da try tgok dah org yg nk jge bB sy..
    tp dlm otak da pk mCm2 dah..

    nnti bB sy akan rapat n manje dgn babysitter berbanding mumy dia, apa2 perkembangan sy xdpt tau dulu..mcm2 perkara sy pk kan..

    sedih lah nnti ;(

    ReplyDelete
  20. Nurul,entry ni watkan saya sebak...

    saya hampir menulis entry sebegini,sebab keadaan kita hampir sama...kurang masa bersama anak...kalaulah saya kita x perlu kuar bekerja kan bagus? boleh menghabiskan masa bersama anak di rumah...mungkin kita bleh bekerja dari rumah...

    :( teringatkan anak...

    ReplyDelete
  21. hehe..nak buat macamana kita carik duit utk anak jugak. tapi part yg kurang masa dgn anak mmg btol. tapi afni terbalik pulak, dani yang selalu tido awal. let say kalo afni baru amik dia pukul 5.30, pukul 7 dia da gosok mata nak tido. abah dia lagi x sempat jumpa, sebab abah dia sampai umah pukul 8.

    ReplyDelete
  22. iye mmg best
    itu impian smua ibu rasanya
    nak hadap anak sentiasa
    tp nak duit masuk ribu2 tiap bulan

    tp nak buat mcm mana
    kita kalah dgn keadaan
    keadaan memaksa kita
    bukan pilihan dan kehendak tp dah terpaksa

    ReplyDelete
  23. asna faham sgt mcm ne perasaan akak skrg nie.. sabarnya kak.. setiap yg berlaku ada hikmahnya =)

    ReplyDelete
  24. alahai...
    jangan sedih-sedih selalu ya nurul..
    macam yang lain-lain cakap tu..
    nurul bekerja untuk kesenangan dan masa depan family sendiri..

    nurul kena kuat ok..
    tak salah kalau kita sesekali down macam ni..
    tapi jangan sampai memudaratkan nurul tau..

    insyaAllah bila raina dah besar nanti..
    dia tau kenapa nurul buat ini semua ya..

    ibu yang bekerja dan menguruskan rumahtangga adalah superwoman...!! :)

    ReplyDelete
  25. same lah kite nurul...bila kite bukan org yang petame tau pasal pekembangan anak kite alahai macam tak terganbar perassan tu kan..suke sbb anak dah mkin bijak tapi tak best sbb kita bukan yang pertame tau...
    macam mar dulu mase dok jauh dgn qaseh...mase tu hanya tuhan yang tau ape mar rase....

    ReplyDelete
  26. Fie : tu lah kakak tu rajin bagitahu perkembangan Raina. Alhamdulilah :)


    Ena : InsyaAllah akan daku cuba buat apa yang mu tunjuk ajar itu



    elly : eh sama lah kita ye sellau kaum bapak budak yang tidurkan anak. hehe


    jue : tu lah ni pun kira nurul cuba bersabar ni jue


    lip : alahai nurul jarang pula sebelum tido borak dgn raina. nanti nurul praktik kan. InsyaAllah


    yun : nasib baik anak kenal kita kan? Alhamdulilah :)

    ReplyDelete
  27. maria : kan? best kalau 24 jam ngadap anak


    ayu : betul tu weekend kena betul2 melayan anak itu lah masa yg byk kita spend utk anak so kena lah buat terbaik kan ayu



    yats : hrp Raina faham. Mudah-mudahan :)




    arelong : jangan mcm tu ye . InsyaAllah anak akana masih kenal siapa mak bapak dia




    chem : letih tapi berbaloi2 layan anak kan



    bee : tiba2 teringat anak juga

    afni : oh mcm tu pulak. Raina pulak mmg jenis tido lewat sejak melasak ni


    dayu : yeah bukan pilihan kita dah keadaan yg buat kita jadi begini. kalau kita kaya kan best :)

    ReplyDelete
  28. asna : ye asna thanks sbb memahami akak :)




    kid : wahhh superwoman? yeahhhhhhh i like :)

    ReplyDelete
  29. bagi sume wanita bekreja..inilaa dilemanya kan nurul..sabar ye.. kite skang pun tgh berkira2 nak kuar dari sume ni, nak dok umah, buat keje kat umah tapi bolehkah? dgn tak berdisplinnye camni..adoiiyaii...

    ReplyDelete
  30. Alahai nurul, sedih pulak bace entri ni.

    Memang, kadang2 bila fikir, masa anak banyak dengan BS berbanding kita. Tapi luckily perkembangan Husna Fashya tau dulu sebab bila balik dari umah BS, BS cakap Husna dah pandai tu pandai ni, Fashya tau. Tapi kadang2 macam tak sedar, eh dia dah pandai tu, dah pandai ni. Cepat aje.
    Cume semalam, Bs cakap Husna panggil 'mamamamamama'. yang ni Fashya tak tau.

    Takpela nurul, pentingkan kualiti daru kualiti ye :) Chill dear!

    p/s: Fashya amalkan ayat kursi n surah Insyirah 3kali n tiup kat ubun2 Husna b4 hantar ke umah BS. Lepas dah hantar doa mintak pelindungan Allah. Kalau lupa, baca selawat je kat ubun2 dia n hembus. Nasihat-nasihat sikitla kat dia, walaupun macam dia tak paham, moga2 Allah bantu dia. :)

    JUst berkongsi :)

    ReplyDelete
  31. maya : tu lah kalau boleh duduk rumah goyang kaki tapi duit masyuk. ada ke? hehe



    fahsya : tu lah skrg ni nurul nak banyak berkomunikasi dengan raina. oh fahsya pun amalkan yg bab ubun2 tu ye.

    ReplyDelete
  32. tu la.. sedeyy kan bila anak2x lebey rapat ngn pengasuh... tp nk buat mcm mane, kta bekerja.. nak taknak kena redha je la..

    ReplyDelete
  33. same la nurul..ain rase working mom mmg mcm nie..kite mmg nk luangkan mase dgn anak..tp bile dah penat mmg xsengaja kan tertido..itu la pengorbanan..walaupun kite xdpt nk luangkan byk mase dgn dia, tp kite berkorban dgn mencari rezki tuk anak2 kita..=)

    tp kalo dpt jutawan mmg best gilak! hahaha

    ReplyDelete
  34. amoi dan dakcik : tu lah nak buat mcm mana dah kerja

    ReplyDelete
  35. nurul, dulu my mom penah jd bs.pun dia yg tau mcm2 perkembangan adik tu dr mak dia. in fact, dia lg fhm pelat budak tu dr mak dia.
    skrg i dah ada anak, rs berat hati sgt nk keja.tp apa kn daya. huhuhuhu

    ReplyDelete