Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, March 21, 2011

Perubahan kecil

Salah-satu perubahan yang aku mahu lakukan pada tahun ini adalah belajar memasak dan cuba rajinkan diri untuk memasak terutamanya memasak untuk suami dan anak. Sejak kebelakangan ini, aku selalu set minda aku bahawa aku ini isteri orang dan mama kepada seorang anak perempuan. Jadi sikap aku yang tidak suka memasak dan malas memasak ini seharusnya di kikis sedikit demi sedikit.

Aku seorang yang tidak hebat dalam bab memasak. Senang kata, aku tidak pandai memasak dan benci bila membincangkan topik berkaitan memasak. Dari zaman anak dara sehinggalah aku menjadi seorang isteri, sikap aku yang satu ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bagi aku, memasak ini adalah perkara yang merumitkan, memenatkan dan susah untuk dipelajari setiap menu masakan tersebut. Alasan-alasan inilah yang membuatkan aku patah semangat untuk belajar memasak. Dulu, sebelum aku berkahwin, salah-satu soalan yang selalu aku bertanya kepada Saiful adalah soalan berkaitan memasak.

"Nurul tak reti masak dan tak suka masak. Masih mahukah berkahwin dengan Nurul? "

Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku bertanya soalan yang sama tanpa rasa jemu. Saiful selalu cakap yang dia tidak kisah jika isterinya tidak pandai memasak sebab dia kata dia pandai memasak dan akan masakkan untuk aku. Jadi aku sedikit lega mendengar jawapan itu tanpa ada rasa usaha mahu belajar memasak pun.

Tapi, bak kata orang tua-tua, sampai bila kita tak mahu belajar memasak. Lambat-laun suami akan memperkatakan juga kelemahan diri yang satu ini. Dulu aku buat tak tahu je bila adik dan ibu aku membebel-bebel kat aku sebab aku malas memasak dan tiada usaha mahu belajar memasak.

Bayangkan semasa awal perkahwinan aku dengan Saiful, kami masih duduk berasingan. Seorang duduk di Kelana Jaya dan seorang lagi duduk di Shah Alam. Kami akan berjumpa bila rasa nak jumpa dan selalunya berjumpa di hujung minggu saja. Itu pun kalau Saiful tak busy lah. Jadi, aku selamat sikit sebab aku tak perlu bersusah-payah memasak untuk suami.

Sampailah aku disahkan pregnant, baru kami decided untuk duduk bersama. Bila dah duduk bersama satu bumbung dengan suami dengan keadaan aku yang sedang pregnant itu, jadi aku ada alasan utama untuk malas memasak. Jadi Saiful dengan usaha yang gigih masakkan untuk aku. Cakap saja aku mahu makan apa mesti dia masakkan. Aku goyang kaki tengok TV tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kononnya tengah pregnant. Patutnya aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan pun. Kasihan Saiful.

Aku selalu cakap kat Saiful, kalau tak larat masak beli saja di luar ataupun makan saja di luar. Memang itulah yang kami buat. Kalau Saiful penat dia selalu beli saja di luar atau bawa aku makan di luar saja. Lagipun Saiful jenis jarang ada rumah. Selalu saja ada kerja luar. Aku memang selalu duduk di rumah keseorangan saja semasa zaman mengandungkan Raina dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun jadual kerja Saiful tak menentu w/pun sudah ada anak. Itu juga menjadi alasan utama aku malas memasak.

Sampai satu tahap Raina mula makan solid food ketika Raina berumur 6 bulan. Saiful juga yang bangun pagi untuk masakkan bubur Raina. Kalau Saiful outstation memang aku kelang-kabut okeh mahu masakkan bubur Raina. Sejak itu Saiful cuba memujuk aku untuk belajar memasak. Ada ayat-ayat Saiful yang buat aku tersedar sebenarnya. Betul-betul menyedarkan aku.

"Sayang kena belajar masak. W/pun Saiful selalu masakkan bubur Raina, masakkan untuk Sayang tapi sampai bila? Anak makin membesar. Dia pun mahu rasa air tangan mama dia. Saiful pun nak merasa juga air tangan Sayang. Bila anak sudah besar, Sayang sendiri akan rasa malu dengan anak-anak bila tengok papa dia yang masakkan untuk mereka. Mahu macam tu ke?"

Masa tu aku dengan ego masih lagi menjawab :

"Nanti bila anak dah besar barulah Nurul belajar masak. Mestilah Nurul nak anak makan masakan mama dia nie."

Selalunya Saiful akan diam tanpa membalas kata-kata aku itu. Sebab dia selalu cakap aku keras kepala dan degil. Jadi dia malas mahu bercakap lebih-lebih bila kami bercerita isu memasak ini. Tapi sebenarnya ayat-ayat itulah yang menyedarkan aku. Dalam diam aku belajar memasak. Kadang-kadang aku bertanya juga dengan Saiful macam mana sukatan air nak buat bubur Raina? Berapa biji bawang nak guna kalau nak masak sambal? Sebagai contohlah.

Tapi Saiful tak pernah paksa aku memasak. Sebab dia tahu aku masih dalam peringkat belajar lagi. Jadi kalau dalam seminggu tu mungkin ada 3 hari aku memasak untuk Saiful. Yang selebihnya kami makan luar atau beli di luar saja. Tak pun Saiful yang masak. Sebab memang hobi Saiful memasak. Balik-balik kerja saja dah tersedia makanan yang di masak oleh Saiful. Bagi menu makanan Raina memang aku masak hari-hari. Aku sendiri rela bangun pagi untuk masak menu untuk Raina.

Dan sejak akhir-akhir ini aku boleh tersenyum dengan puas apabila melihat suami makan dengan berselera apabila merasa merasa masakan aku. Dan aku juga akan berasa puas bila melihat Raina makan dengan berselera sekali apabila aku suapkan dia ketika makan. Aku rasa inilah dipanggil kepuasan dalam memasak. W/pun aku jarang memasak tapi aku rasa inilah perubahan kecil yang aku cuba lakukan.

Saiful pula apabila melihat aku rajin ke dapur, rajin juga dia membeli barang-barang dapur. Dia sendiri akan beli stok bahan basah selalunya. Jadi aku rasa seronok pula bila di layan begini. Mungkin ini satu balasan suami terhadap perubahan kecil aku ini.

Aku berharap perubahan ini akan sentiasa tersemat di dalam diri aku. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

36 comments:

  1. betullah nurul...kalau kita masak anak dgn suami makan beselera kita rasa terharu&bersemangat. :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah dear. masak tak susah la. campak2 je. set kat minda ayat camtu. sure nurul lepas ni terer gile la!

    best of luck! nanti kita datang umah nurul, nurul masakkan kita nasi briyani eh. yummy!

    ReplyDelete
  3. yaya : tu lah rasa lebih bersemangat dan dihargailah kan yaya



    intan : nasi berayani tak reti lagi intan. kena belajar tu. thanks support nurul ye intan

    ReplyDelete
  4. bagus nurul... semoga nurul akan berjaya masak yg enak2 untuk suami dan anak2..

    jue memang suka masak2.. suka baking segala and try resipi baru.. minat org lain2kan.. tapi dah ada usaha tu oke..

    allah tu maha adil, pasangan kita always contra ngan kita.. cam jue, hubby mmg tak tau masak, every time turun dapur je kompem ada kualiku yg rentung hangus... huhuu

    ReplyDelete
  5. yanie pun skang ni sejak dah kawen....dah start masak...heheh....walaupun tak pandai...tp ku redah jua memasak utk incek S....eheheh

    (^^,)❤..

    ReplyDelete
  6. selamat rajen memasak

    ReplyDelete
  7. hahah..mcm maria la..tak minat nk msk..hrp2 nnt dah okay skit nak masak balik..kesin husbnd hari2 mkn lauk kedai..hrp2 sy berjaya..go go..;)

    ReplyDelete
  8. suka entry nie...kita pun tak suka masak sebenarnya. for me sangat lah leceh! haih. nak sediakan itu, ini then makan tak sampai 15mins pun. So payah! Buuuttt..sampai bila kan? thanks Nurul juga telah memberi motivasi kat kita :)

    ReplyDelete
  9. kena batang hidung saya lak entry nih
    ;P

    zuris lak slalu niat nak masak untuk sharil.tp bila nak beli barang2,sharil lah yg suka cakap "tak yah lah.bli aje lah"
    "membazir je.tak habis ti buang"
    "sama je masak or mkn luar.jimat lagi mkn kat luar rasanya"
    so camne???
    sekarang just masak bubur kysha je lah.

    ReplyDelete
  10. nurul..saya pun x pandai masak gak..hukhukhuk...paling tinggi masakan yang pernah buat ayam msk merah kot..huhuh rendang fail!

    ReplyDelete
  11. kid pun tak pandai masak..
    lebih lagi duduk dgn parents kid ni..
    mak kid yang selalu masak..
    kalau lauk simple tu kid boleh la masak..

    tapi kalau balik rumah sendiri kat simpang tu..
    kid mmg akan masak..
    Alhamdulillah..
    abah haqq tak cerewet bab makan ni.. :P

    makanan haqq mmg kid yang masak..
    sedap tak sedap..
    haqq kena makan juga.. :P

    InsyaAllah..
    bila kita selalu masak..
    makin sedaplah masakan kita ya nurul :)

    ReplyDelete
  12. Kalau masak untuk suami dan anak kan, I selalu bayangkan kasih sayang I mengalir masuk sekali dalam masakan terus jadi sedap. Ngagagaga...

    ReplyDelete
  13. amin....insyaallah..
    Cuba yang senang2 je dulu..
    inyaallah...
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  14. juelee : hai juelee nurul sebeanrnya mencari2 link juelee tau. tu la berbeza2 kan. saiful pula mmg suka masak. tp Alhamdulilah skrg ni nurul boleh sikit2 memasak :)



    yanie : masak yg simple2 pun encik suami pasti suka kan? semoga yanie akan terus memasak untuk suami ye :)


    ainiyah : yeah aini. thanks aini support nurul :)


    maria : yehaaa go maria go maria :)

    ReplyDelete
  15. shinnaz : nurul pun masih peringkat belajar shinnaz. mudah2an kita jadi yang terbaik untuk suai dan anak kita juga keluarga kita ye


    zuris : keadaan zuris sama dgn nurul dulu . cuma skrg ni nurul cuba berubah demi keluarga :) tak pe zuris kalau shahril dah selesa dgn keadaan tu apa salahnya kan?


    evyn : nurul pun tak reti masak rendang tp masak ayam masak merah tu tahu sikit2 belajar dari ibu nurul :)



    kid : tu lah org kata untuk anak eloklah mak nya yang masak biar anak rasa air tangan maknya kan? tu sebab nurul tersedar dan merubah dengan keluarga nurul kid :)


    dong : betul2 nurul setuju tu :)

    ReplyDelete
  16. mmg satu kepuasan bila tgk org tersayang makan dgn penuh selera...tapi selalunya utk hubby jue cuma masak on weekend jer...utk icha, hari2 ok :)

    ReplyDelete
  17. adehhh... terkena jugak batang hidung asna kak.. insaf la. lepas nie mau start memasak semula..

    ReplyDelete
  18. owh lylie x pndai msk....da 2 thn kawin baru 5 kali kot masak utk suami....rajin membeli atau mk yg masak..lg pn kami berdua x kuat mkn...blh share nasi sebungkus utk dinner....kesian iqmal beristerikn aku..hihihi.....tp x pe..duk sendiri ti lylie akn cuba msk..sabtu ahd je la kot..hihihih

    ReplyDelete
  19. akak, nnt bile dh expert masak amik ler pic ape yang akak masak..nak tengok..pape pun..chayok2!! okeh.. :)

    ReplyDelete
  20. nurul, ada i pernah dgr yg tak pernah masak langsung. dah 5 thn kawen, husband dia ok je makan luar tiap2 hari.. haa. kira u ok lagi le.hehehe

    takpe nurul, cuba2 mcm2 resipi,kalau tak jadi tu kita tau la next time nak persedap kan.camtu la azi blajar masak,walaupun tak hebat mana,cukup utk kenyangkan perut suami dan anak :)

    nnt azi share resipi nasi morocco k. senang je, belajar ngn chef sblm kawen :))

    ReplyDelete
  21. pja pn br start masak utk en suami since lat nov je pn..wahahahahaha...sbb b4 ni asyik transit umah MIL n umah mak...so ble dh menyewa sendiri ni la br rajen skit...tu pn terpaksa berperang2 ngan Mikhail...tp seb baik gak dpt suami yg x kisah...masak simple2 pn dia dh ok....makin buncit ado...wahahahahaha

    org yg masak jarang2 ni masakan dia sedap...ade org penah ckp cmni kat pja....kuikuikuikuikui

    ReplyDelete
  22. btui2...bile ngk dorang beselera trus jadik semngtakan...walopun penat ttp wat gak...heheh...

    ReplyDelete
  23. yeahhh.sama jugak dengan saya.saya sangat berbeza dengan kakak yang sangat hebat bab memasak.tapi saya..err.nothing to proud kalau bab masak.kawen dulu pun husband yang banyak memasak.

    but since dah ada anak,nampaknya sifat keperempuanan nampaknya semakin menjadi jadi.dah rajin memasak,rajin mencuba.dan ada masa husband siap tegur,"cik joyah tak sudah2 lagi ke memasak?".oh patutla,rupanya dah jam 10malam.masih lagi menggoreng fun fries atau ape2 je utk dimakan.heh :)

    ReplyDelete
  24. baiknya husband nurul eh..sgt penyayang dan penyabar..lucky tau ! =)
    tp ain pun xpndai masak..bile sofea xde nie boleh kire bpe kali jek ain masak..huhu

    ReplyDelete
  25. untung nya nurul dpt saiful.tp tulah.walau camne hebat sekalipun masakan suami sekala sekala dia nk jgk merasa air tgn isteri tercinta.

    ReplyDelete
  26. mun pon tak pandai memasak tau nurul...cuma sejak2 duduk sendiri nie sudah mula berjinak-jinak masak..selalunya mun akan msg laki mun tnya die mu mkn ape hari nie...hehehe
    penat memanghlah penatkan tp puas bile tgk laki kite mkn penuh selera....

    ReplyDelete
  27. kak nurul, saya pun risau sebab tak pndai sgt masak..

    dr umo 16 dah duk hostel and always away from home, susah nak menuntut.

    skrg saya dah mula belajar pelan2 kt umah sewa. resepi, ape lagi, call je mak. hehe.(sebab takut nanti hubby kena makan megi je hehehe)

    evidently masak ni sangat fun la kak nurul! hilang tension.. :)

    g.luck unt k.nurul jgkk :)

    ReplyDelete
  28. salam nurul...betul betul...ku dulu ms sekolah mmg kena memasak.kalau tak mak aku akan membebel..hehehe...dulu mcm mcm blh.wat kuih tu pun boleh..
    tp pastu duk jauh dr mak..sbb study kan. mmg dh jd lupa..sayang je kan..cuma ingat ingat lupe aje..kena refer kat mak balik cam mana nk buat.
    shima bab msk simple2 ok la..bilasuh wat rendang..gulai..mau garu kepala..hehehe

    ReplyDelete
  29. jue : betul tu satu kepuasan kan? selalu weekend pun nurul rajin masak tapi utk raina hari2 nurul masak. kita sama


    asna : kalau asna larat untuk masak boleh lah masak. kan asna tgh preggy


    lylie : oh tak kuat makan ye? ok lah tu. kami pulak dua2 kuat makan. hehe


    andaman qistina balqis : InsyaAllah ada jugak berangan mcm tu cuma kdg2 tu segan :)



    azie : wow mcm best je nasi morocco. sila share ye azi :) tu lah kira nurul ni ok lagi lah ye ada gak masak. hehe

    ReplyDelete
  30. pja : sama mcm raina nak ikut mama dia bersilat kat dapur time masak. hehe



    mar : kan mar? nurul pun hrp semangat tu sentiasa ada



    dd hasnidar : marilah sama2 rajin memasak



    dak ain : tak pe ain lain kali boleh up kan semangat memasak ok

    ReplyDelete
  31. mun : kepuasan tu yg buat kita tersenyum bangga kan



    yuyu : yeah memasak tu mmg perkara yg menyeronokkan kan dik. hrp akak akan sentiasa bersemangat dalam memasak



    shima : asalkan pandai masak shima w/pun yg simple kan? nurul pun pandai masak yg simple2 je shima

    ReplyDelete
  32. ya allah untung nya nurul dapat saiful. jarang ada suami macam tu. xpe, nurul slow2 blajar masak ok? x susah la masak ni. seronok je bila dapat pelbagai kan masakan or cipta resipi sendiri =)

    ReplyDelete
  33. heee, entri yg sgt jujur :) Same2lah kiye perbaiki diri yg mane2 kekurangan tu kan nurul (ingatkan diri sendiri jugk ni :))

    ReplyDelete
  34. afni : tu lah afni ni slow2 belajar



    hanie : sama2lah kita memperbaiki kan

    ReplyDelete
  35. hurm...sy lagik malu nurul. Mak sy tukang masak hotel tapi anak daranya hancurrr bab masak2 lagipun dulu kn duk hostel x smpat nk blaja (heheh). Untungnya sbb suami de pengalaman masak sbb mak xde tp nk blaja gak masak camner pon...go Nurul!!!

    ReplyDelete