Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, March 15, 2011

Potongan rambut idaman seperti Natalie Imbruglia


Dari zaman aku anak dara sampai sekarang, cuma ada satu saja jenis potongan rambut yang jadi idaman aku. Kiranya menjadi igauan aku jugalah. Potongan rambut itu adalah seperti potongan rambut seperti Natalie Imbruglia semasa di awal penglibatan beliau dalam bidang seni dulu. Gaya rambut pendek yang nampak sangat hot di mata aku.

Siapa tak kenal Natalie Imbruglia kan? Dulu aku minat sangat dengan Natalie Imbruglia ini selain kumpulan Backstreet Boys, 911, Spice girls, Michael Learns To Rock dan ramai lagi untuk aku senaraikan di sini. Maklumlah darah muda dan jiwa muda. Jadi penyanyi yang di minati pun tentunya dari golongan muda.

Eh tak juga. Aku minat juga lagu-lagu inggeris versi lama seperti Modern Talking. Aku peminat fanatik kumpulan ini dulu. Kalau tak percaya boleh tanya Saiful. Sebab aku ada simpan hampir semua koleksi lagu dari kumpulan ini dulu. Semua lagu mereka pun hot pada pandangan aku.



Ok berbalik kepada tajuk entri kali ini, disebabkan potongan rambut pendek seperti Natalie Imbruglia ini jadi igauan aku sampai terbawa-bawa di dalam mimpi aku jadi, aku pernah mencuba memotong rambut panjang aku dulu untuk di potong pendek seperti penyanyi pujaan aku ini. Kiranya aku mengambil risiko memotong pendek rambut aku ini.

Kalau di ingat balik rasanya lebih 3 kali aku potong rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Ada di antaranya tak menjadi pun. Rasa nak menangis pun ada okeh. Dalam banyak-banyak percubaan aku ini, aku rasa cuma ada satu je yang betul-betul menjadi sepertti rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Masa tu aku berada di semester 2 peringkat diploma di UiTM. Kalau tak silap akulah. Masa tu aku rasa aku sangat hot.

Ada banyak gambar yang aku ambil ketika itu. Tapi sayangnya semua gambar-gambar tu ada di rumah family aku di Banting dan hanyalah dalam bentuk hardcopy dan bukannya softcopy. So, kalau nak tengok gambar-gambar tu memang kena balik Banting dan selongkar almari dan kena scan jawabnya.



Semasa aku tengah sarat mengandungkan Raina pun, aku telah memotong rambut aku seperti Natalie Imbruglia ini. Tapi tak menjadi okeh. So redha sajalah. Masih aku ingat aku kena marah dengan ibu aku. Katanya kenapa tak dibiarkan saja rambut tu panjang.

Paling terbaru aku potong rambut seperti ini adalah pada raya tahun lepas. Ketika itu pun tak berapa nak menjadi rambut idaman aku itu. Redha lagilah jawabnya.

Aku tak tahu sampai bila aku fanatik dengan potongan rambut seperti ini. Tapi aku rasa potongan rambut seperti ini memang akan menjadi potongan kegemaran aku sampai ke tua kot. So mari bayangkan macam mana rupa seorang nenek berambut seperti Natlie Imbruglia.

Hot tak? :D

25 comments:

  1. hot sgt Nurul. hehe, tapi hot di mata suami je la sekarang ni kan.

    ReplyDelete
  2. aku pl tak pernah rambut pendek, aku suka ikut ella...ehehehe. klau dia curl hujung aku ikut jg, klau dia rebonding pun aku ikut & rambut depan belah tepi..omg, aku lah plg hot wktu tu..kakakaka

    ReplyDelete
  3. eh cun arr gaya rambut natalie tue..mun suka jugak rambut pendek tau namapk hot dan kemas..dulu waktu skolah memanjang jer rambut pendek..tapi kan bile dah kawen nie....laki mun tak bg arr nurul..dier suruhnya simpan panjang....dahle panjang jadik mangsa mirza pulak tue..huhuhuh..

    *jap g balik nak pujuk incik b nak potong rmbut pendek
    rimas ahhhh

    ReplyDelete
  4. fie : haha betul tu hot kat mata suami kira ok kan :) itu memang patut :)


    as : oh rambut macam ella ye? ko tak rimas ke as? aku pulak cpt rasa rimas kalau rambut panjang

    ReplyDelete
  5. mun : kalau rambut panjang anak kita suka tarik2 kan? pastu cpt rimas bila bab dah berpeluh ke time nak msak ke. kalau dah ikat pun mcm tak berapa selesa kan

    ReplyDelete
  6. waaa rambut natalie mmg hot. tp afni perna skali potong rambut pendek. then hamik..da macam adik giant, sebab muka afni tembam =(

    ReplyDelete
  7. afni : nurul pun tembam gak afni tapi tibai je potong. tu yg kadang2 nmpk mcm kelakar pun ada. hehe

    ReplyDelete
  8. xnak cuba trend botak pulak ke heheheh

    ReplyDelete
  9. yun : hah? yun cuba dulu . hehe :)

    ReplyDelete
  10. Follower no. 275, salam perkenalan dari saya..

    ReplyDelete
  11. greenappleku.com : thanks sudi follow blog saya :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. sumpah minat rambut ini juga.hey,kenapa byk sangat berkongsi minat ni?
    adakah kerana saya juga seorang kidal?teheee..

    ReplyDelete
  14. hawt n sweet! nak jugak potong gaya ni.. hhhehehehe

    ReplyDelete
  15. rambut kak long lurus, cpt panjang xpe la. ble dah pjg leh try n error lg. kite punye rambut ni dah la keriting, lambat panjang lak tu. tension jer. hehehehe

    ReplyDelete
  16. skrg impian nk potong rmbut pbdek sbb rmbut bnyk sngt gugur..merata2 pun ade rambut..tension

    ReplyDelete
  17. hot bebeh!
    aishhhh!ter igau la pulak,
    heheheh

    ReplyDelete
  18. tunjuk sket rmbut ala nurul plak nk tgk..
    hehehe na ske gok rmbt gni nurul..
    rase mude sentiasa
    tp skrg ske ikat rmbut, kemas set
    so mmg xley nk rmbut pndek ahh..

    ReplyDelete
  19. hasnidar : hahaha kita byk persamaan kan. boleh geng tau


    farhana : sila silakan farah


    atikah : along potong pun sbb rimas atiqah lg2 skrg ni rambut byk gugur


    aziyan : kalau anak mula main air liur selalu rambut gugur kan


    sya : mari lah igau sama. ewahhh


    na : rambut y betul2 jadi masa zaman anak dara dulu na. skrg ni bila potong tak bera[a nak jadi style natalie imbruglia tu. hehe

    ReplyDelete
  20. ckp psl rambut nie, tetiba rasa nak potong rambut...hehehe!!!

    ReplyDelete
  21. jue : potong rambut mcm natalie imbruglia ni jue :)

    ReplyDelete
  22. ohoooo.. ana pun peminat modern talking. dengar lagu dia mesti angguk kepala..hahahahha..

    best kan.. mak selalu marah sebab pasang kuat2. tapi bila ayah pun layan sama.. abaikan je mak marah tu..hihi..

    ReplyDelete
  23. ayah dan ana satu kepala lah mcm tu ye? best kan lagu mereka

    ReplyDelete
  24. kid memang teringin sangat nak potong gaya macam ni..
    cuma tak berani nak tanggung risiko..
    sebab leher kid pendek..
    gemok plak tu...
    agak tak sesuai.. :P

    eh tapi nak try tanya hubby lah..
    dia suka tak kalau kid berambut gini..
    hehehehehe

    ReplyDelete
  25. kid : ok je kid. kid bermuka lembut keibuan sudah semestinya kid sesuai memotong rambut sebegini :)

    ReplyDelete