Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, March 28, 2011

Surat balasan dari Raina Evaqairina untuk Muhammad Nurhaqq

Hari ini, pagi-pagi lagi Hp cap ayam aku berbunyi menandakan ada SMS. Rupa-rupanya SMS dari ibu aku yang memberitahu bungkusan sudah sampai. Hati berbunga-bunga tak sabar mahu tahu apa isi kandungan bungkusan tersebut. Aku pasti itu adalah bungkusan dari Kid kerana pada hari sabtu hari tu Kid ada SMS bagitahu aku ada barang yang diposkan Kid untuk Raina.

W/pun aku tak dapat tengok lagi apa isi kandungan bungkusan tersebut tetapi bila ibu aku memberitahu isi kandungan tersebut, dalam hati aku sudah mengucap syukur kerana mempunyai seorang teman blogger yang seperti ini. Sungguh aku tak sangka Kid sebaik ini w/pun kami tak pernah ketemu.

Ibu aku memberitahu ada sedikit note seperti surat yang di tulis untuk Raina berbunyi begini :

Hari tu Haqq ada nampak busha cantik sesuai untuk gegirl macam Raina. Haqq suruh mak Haqq belikan untuk girlfriend Haqq yang sepet nie. Haqq harap Raina sudi terima busha pink ni ye. Nanti Raina tayangkan pada Haqq tau. Salam sayang dari Haqq dan mak Haqq.

Aku yang membaca ayat-ayat di atas ini tersenyum-senyum seorangan. So sweet okeh. Ok ini balasan surat untuk Haqq dan mak Haqq dari Raina yang mama Raina tolong coretkan:


Assalamualaikum Haqq,

Haqq nie macam tahu-tahu saja kita suka pakai busha. Tok wan kata kalau tiada aral tok wan nak datang rumah kita malam nie. Bolehlah nanti tok wan kita bawa bungkusan tersebut. Nanti kita tengok busha pink tu ye. Terima kasih Haqq sebab sudi belikan busha untuk kita. Kita jadi segan dengan Haqq. Mama kita pun cakap macam tu. Tok wan kita cakap nanti belikan something untuk Haqq sebagai balasan terima kasih.

Nanti kita suruh mama dan papa kita carikan something yang best-best untuk Haqq okeh? Haqq nak apa? pedang samurai ke? Hehe. Gurau saja. Kita harap kita dapat jumpa Haqq dan keluarga Haqq yang berada nun jauh di Johor sana. Papa kata nak bawa kita pergi Danga Bay nanti. Harap papa kita tak mungkir janji. Kalau jadi nanti bolehlah kita jumpa. Tak pun marilah turun KL bolehlah kita jumpa. Nanti kita bawa jalan-jalan pergi Splash Park main air. Best tau. Last two week hari tu kita pergi Splash Park tau. kita main air. Sejuk sangat. Tak pun datang rumah kita sebab papa kita pandai masak. Nanti kita suruh papa kita masak best-best untuk Haqq.

Terima kasih ye Haqq. Banyak sungguh awak bagi kita something. Seluar yang hari tu pun kita pakai longgar lagi. Nanti kita makan nasi banyak-banyak bagi badan kita lebih debab lagi supaya seluar tu tak longgar lagi. Tapi kita tak berapa suka makan nasi. Kita suka minum susu je. Macam mana tu? Mama kita tak mahu buatkan kita bubur lagi. Mama kata kita dah besar kena makan nasi. Takpe nanti kita cuba jugak makan nasi. Weeeee.

Dari,
Si mata sepet Raina Evaqairina :)


Terima kasih Haqq dan Auntie Kid :)

27 comments:

  1. Macam comel je korang ni. Daku dok bayangkan raina baca surat lepas tu balas. Hahaha. :)

    ReplyDelete
  2. waaaaa..
    raina diam2 yer ngn haqq
    xtao pun..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. yaya : ni mama dia yg lebih2 balaskan surat haha

    ReplyDelete
  4. wahhh so sweet lah. nurul simpan ye dedua surat tu. sok raina dh reti baca leh kasi dia tgk hehe

    ReplyDelete
  5. scandal terbaik baby blogger!!!

    ReplyDelete
  6. yun : ni surat balasan tulis dlm blog je yun hehe


    afni : hahaha daku yg terlebih2 lah afni


    dayu : ehem ehem ehem



    fie : sweet kan. mama raina yg berlebih pulaks haha

    ReplyDelete
  7. nape rambut raina lain nurul??

    ReplyDelete
  8. ena : ni gambar masa raina rambut pendek ena

    ReplyDelete
  9. alamak tak sempat mirza nak ayat raina..raina dah de boypren..huhuhu..melepas sudah....
    siap bersurat bagai tue..huhuhuh....jeles tao

    ReplyDelete
  10. amboi...sudah ade scandal..
    swett jekk..:P

    ReplyDelete
  11. mun : hahaha kan raina kakak mirza raina tua bulan. hehe. gurau2 je


    onniey : main2 je tu onniey

    ReplyDelete
  12. huhuhu..
    kid terharu baca surat raina tu..
    kan nurul pernah cakap yang raina sensitif kulitnya sebab tu nak cari seluar panjang..
    dan nurul sukakan busha..

    then masa kid carikan dulu tak jumpa so kid belikan yang lain..
    dan sememangnya raina tak muat pun.. :(

    tengah seronok pepoya kelmarin..
    terserempaklah dengan busha ni..
    itulah yang kid hantar pada si sepet tu.. :)

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah ada rezeki..
    ada jodoh kita double date ok.. <3

    ReplyDelete
  14. kid : thanks sgt2 kid. nurul terharu adaa kawan blogger seperti kid :)



    maya : hehe. suka2 je tu :)

    ReplyDelete
  15. sweetnya...tgh bayangkan raina baca surat ni bila dia besar..;)

    ReplyDelete
  16. ooooooooo diam2 ubi berisi si haqq ni.

    ReplyDelete
  17. kid memang peramah dan baik hati. kami pernah "rapat" kat myspace and pernah jumpa face to face kat jb. lepak tengok gig sama2. sungguh best masa tu :)

    haqq si bulu mata lentik dan raina si sepet. good match. hehe

    ReplyDelete
  18. maria : haha ari tu papa raina bacakan kuat2 raina tergelak2


    ayuraza : pemakaian surat masih ramai digunakan skrg ni kan? hehe


    xeea : senyap2 tau. hehe :)


    beb : oh dah pernah jumpa yeah? beb ur link plis? :)

    ReplyDelete