Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, April 8, 2011

Majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina


Design aku yang simple saja. Ini design yang dah lama aku buat sebab itu tarikh dalam design nie lain dari tarikh sebenar majlis. Malas nak tukar. Hehe :)


Hari : Ahad
Tarikh : 10/04/2011
Masa : 3.00 hingga 6 petang
Tema Rainbow / colourful

Assalamulaikum,

Oh bagaimana aku nak ceritakan permulaan entri ini yeah? Mood menulis tiada langsung dalam diri ketika ini. Tapi macam tak syok pula kalau tiada entri baru. Hari nie baru ada sedikit mood mahu jenguk blog aku nie.

Mood,
Silalah jangan macam nie selalu. Sila datang dalam diri sentiasa.

Ok sebenarnya Ahad nie aku nak buat majlis makan-makan untuk Raina. Majlis sempena sambutan ulangtahun kelahiran Raina yang sudah lama berlalu itu. Mesti ada orang terfikir-fikir kenapa dah lama berlalu hari lahir Raina tapi nak buat juga? Aku kena buat juga majlis nie sebab aku dah berjanji dengan Raina. Aku tak mahu jadi seorang mama yang suka berjanji dengan anak tapi tak tunaikan. Jadi lambat atau cepat aku mesti tunaikan janji aku itu kat Raina juga.

Majlis ini sepatutnya di buat pada 2,3 bulan yang lepas. Tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab Tok Wan Raina, Ummie Ngah dan papa Raina agak busy. Paling busy adalah Tok Wan Raina. Sebab Tok Wan Raina bukan mudah untuk ambil cuti semasa hari bekerja. Hari Ahad pun Tok Wan Raina kerja tau. Nie kebetulan student tengah cuti beberapa minggu dan Tok Wan Raina pun ikut sama cuti jadi aku ambil kesempatan ini untuk buat majlis makan-makan Raina ini.

Majlis ini majlis yang kecil saja. Majlis yang simple saja. Kebanyakan persiapan dari segi paper bag, hal-hal design, deco semuanya aku buat sendiri. Sebab bajet ciput. So nak jimat buat sendiri saja. Tapi sebenarnya memang aku dah lama pasang niat nak buat sendiri semua persiapan untuk majlis makan-makan Raina nie. Apa guna aku dulu belajar di UiTM, bekas student school art and design kalau aku tak praktikkan apa yang aku belajarkan? So aku cuba praktikkan dalam majlis serba sederhana ini.

Tapi hasilnya agak comot sedikit. Maklumlah kebanyakkan aku buat semua kerja-kerja persiapan nie semasa Raina tidur. Aku buat semua kerja-kerja ni sampai ke lewat subuh. Mata aku pun dah macam mata panda tau. Haha.

Kalu ikutkan banyak je idea nak buat. Nak buat itu ini. Semuanya nak buat. Tapi aku cuma dapat buat mana yang aku larat buat saja. Serius aku katakan persiapan majlis makan-makan Raina nie aku dapat rasakan macam sedang siapkan majlis perkahwinan seorang anak perempuan saja. Tapi aku seronok. Serius seronok. Sebab aku buat semua nie ikhlas untuk anak aku yang bernama Raina Evaqairina itu.

Mama sayang sangat kat Raina. Mama pernah janji dari Raina dalam perut mama lagi kan? Mama sanggup buat apa saja untuk Raina. Harap Raina hargai pengorbanan Mama ini. I love you Raina Evaqairina.

23 comments:

  1. Kakak..ala..Mar takleh join..clash ngan kenduri kwen kwn..and then kene pg umh uncle lak kat Ampang..so sorry kakak..

    ReplyDelete
  2. mummy aish : laaa ye ke? tak pe nanti ada gathering leh join ye

    ReplyDelete
  3. aduh nurul..mun terigin sgtttt nak pegi tau..sudah confirm kan aritue dgn nurul..tetiba laki mun kene keje ari ahad tue..huuhuh...tp mun terigin nak pegi jugak tau...tengoklah mcmana..akan diusahakan jugak

    ReplyDelete
  4. teringin nak datang tp tak dapat
    maaf ye nurul.
    rajin nurul buat.handmade semua ek.
    semoga majlis tu berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  5. i will be there....

    thanks nurul 4 the invitation. :)

    ReplyDelete
  6. mun : sila datang mun plis


    zuris : tu la tiba2 rasa nak buat sendiri semua nya zuris hehe


    ana : datang okeh. thanks ana :)

    ReplyDelete
  7. ala..
    sory raina..untie xdpt join that party..
    untie dah plan pegi picnic ngan family..
    sory..next time occay..have fun..^^

    ReplyDelete
  8. bestnye makan2 utk raina.. qa ade di johor dats day.. sedih tak dapat join nurul lagi T__T

    ReplyDelete
  9. ayu raza dan atiqah adnan : alahai ye ke? it's ok maybe next time ke? kalau ada gathering nanti join yeah

    ReplyDelete
  10. imaan will be coming. insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Fad : ok fad datang ye. Iman pun

    ReplyDelete
  12. bestnye kalo bole pg..

    hope sume berjalan dgn lancar ye kak..

    ReplyDelete
  13. huhu..balik kmpung lorr maka tak dpt join!!sila peluk cium raina tok sy

    ReplyDelete
  14. fasya : meh lah join


    farah : tu la ingat kan boleh join

    ReplyDelete
  15. nurul, mula@ mmg nk join, tp ahad tu mgkin kena prepared brg2 abie wafiy before fly ke Jakarta, but if settle down awal insyaallah kita pergie key, sgt teringin utk join!
    huhuhu.

    ReplyDelete
  16. sha : ala sha hrp dpt join plis :)

    ReplyDelete
  17. nurul.hope majlis berjalan lancar seperti yg dirancang.harap semua org berpuas hati.dan yg penting si comel yg diraikan ber mood 'perfect'.hepi2,gelak tawa.xmau masam2 ye raina syg.btw really sorry coz couldnt make it.thanx so much for inviting

    ReplyDelete
  18. insyaalah qaseh mama n papa akan datang ....

    ReplyDelete
  19. yun : tu la hrp2 raina mood baik. InsyaAllah :)


    Mar : yeahh dtg ye :)

    ReplyDelete
  20. hee mekaseh kerana menjemput :) Insyaallah kalau ade kelapangan, kami sampai yer :) Comelnyer raina nak setahun dah! :)

    ReplyDelete
  21. semoga majlis berjalan dengan lancar ya..
    nanti upload bebanyak tau gambar yang semestinya meriah bertemakan pelangi..

    happy belated birthday sepet..!! <3

    ReplyDelete
  22. hanie : raina dah setahun tp lewat buat majlis party dia. hehe


    kid : thanks kid


    maria : tak pe next time kalau ada rezeki kita pasti berjumpa ye maria

    ReplyDelete