Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 25, 2011

Majlis makan Raina Evaqairina

Assalamualaikum,

Hello dunia blogging? Sangat rindu mahu menulis di sini. Aku cuba mencari masa untuk menulis tetapi apakan daya sejak kebelakangan ini tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Jadi hari ini, aku mengambil kesempatan ini, mahu menulis tentang majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina yang diadakan pada awal bulan April yang lalu.



Majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina ini sebenarnya diadakan sempena menyambut ulangtahun umur Raina genap setahun pada bulan November yang lalu. Atas sebab-sebab tertentu majlis ini lewat diadakan. Tetapi bagi memenuhi janji kepada seorang anak kecil, majlis ini tetap diadakan juga walaupun terlewat beberapa bulan. Tidak kisah atas kelewatan ini, cuma yang aku mahukan melihat Raina gembira dengan majlis ini.

Majlis ini hanya majlis kecil dan simple sahaja. Memang pada peringkat awalnya, aku mahu membuat majlis ini lebih dari yang ini. Tetapi memandangkan majlis ini telah lewat diadakan, jadi aku rasa cukuplah setakat majlis yang kecil, simple tetapi tentu sekali meriah dengan kehadiran para tetamu.



Aku memang berhasrat mahu membuat semua persiapan untuk majlis Raina ini menggunakan idea dan air tangan aku sendiri. Alhamdulilah aku Berjaya melakukannya. Boleh dikatakan semua persiapan dari segi kerja-kerja hal design, menghasilkan paper bag DIY, label untuk botol air mineral, sourvenior, bunga kertas DIY dan sebagainya semuanya adalah hasil kerja yang aku lakukan sendiri dengan bantuan Saiful dan ahli keluarga aku.

Aku rasa sangat berpuas hati apabila aku berjaya melakukannya demi seorang anak. Walaupun aku bersengkang mata menyiapkan semua persiapan ini tetapi aku rasa hasil kerja keras aku ini membuahkan hasil yang cukup memberi kepuasan kepada diri aku. Alhamdulilah.




Jika mengikut perancangan awal, aku mahu melakukan bermacam-macam lagi seperti membuat pop cake sendiri contohnya. Tetapi memandangkan kesuntukan masa jadi menu pop cake itu terpaksa dikeluarkan dari list menu yang disenaraikan.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang buat hati aku sedikit terkilan. Antaranya isu conopy. Aku menempah conopy lain tetapi conopy lain pula yang dipasang. Aku menempah semuanya serba putih dari segi lapik meja dan kerusi. Semuanya aku mahu warna putih disebabkan tema majlis Raina ini rainbow/colourful. Tapi owner conopy tu beri lapik meja dan kerusi warna lain dengan alasan tiada stok. Nasib baik kerusi boleh ditukar warna putih. Itupun last minute setelah aku membebel-bebel dengan owner conopy tersebut.



Tidak banyak gambar diambil disebabkan adik aku Bani tersalah bawak lens kamera. Agak kelang-kabut sedikit sebab adik aku ketika itu sedang sibuk dengan final project dan final exam. Tak mengapalah asalkan ada gambar kan? Di sini aku masukkan gambar hasil dari adik aku Bani dan juga kawan-kawan yang lain. Thanks kepada Fie dan Anita yang sudi tagged gambar-gambar ini di FB.

Alhamdulilah, walaupun ada beberapa perkara yang yang tersasar dari yang dirancangkan seperti isu conopy, tetapi majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina ini berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulilah.

Terima kasih kepada yang sudi hadir ke majlis makan Raina ini. Aku memang tak sangka ramai blogger yang sudi hadir ke majlis ini bagi memeriahkan suasana. Dan aku juga mahu berterima kasih kepada yang sudi memberi Raina pelbagai hadiah. Memang tak sangka Raina akan dapat banyak hadiah sebab birthday Raina dah lama lepas. Thanks korang.

P/s : Sesiapa yang berminat nak tempah paper bag, label untuk botol air mineral dan sebagainya boleh hubungi aku ye. Dan aku minta maaf kalau dalam entri ini tiada gambar-gambar korang yang hadir. Gambar memang tak banyak di ambil. Maaf ye.

Sekian

26 comments:

  1. tapi gambar semua tetap cantik...

    ReplyDelete
  2. rugi takleh dtg..huhu..takpe tunggu second birthday raina pulak..hehe..

    ReplyDelete
  3. nurul sory eh x dpt attend....sibuk pindah rumah....alya plk x sihat..mcm2 dugaan tul sekarang......sory eh..peluk cium tuk raina....cantik deco....sume buat sendiri eh..rajin tul...colorful gitu.....

    ReplyDelete
  4. shinnaz : sederhana je shinnaz


    as : gambar tak byk lah as


    maria : kalau ada rezeki lebih boleh buat makan2 besday raina lagi nanti maria. insyaAllah

    ReplyDelete
  5. lylie : tak pe lylie nurul faham. a'ah buat sendiri :)

    ReplyDelete
  6. hai kak nurul..bestnya, beruntung raina...

    colourful sgt...cantikkkk...

    ReplyDelete
  7. Ala sudah terMISS la bday Raina ni...kalu tak nak jugak aunty Nad join..hehe

    ReplyDelete
  8. happening biarpon sederhana. itu yang kita nak. meriah dalam sederhana. :)

    dear, nanti quote kat kita harga sticker leh tak? ;)

    ReplyDelete
  9. kasih ibu @ zura : thanks zura :)


    nadd : tu la pasal nad kalu tak leh join kan


    intan : utk botol mineral ke intan atau sticker utk lain? nurul buat mcm2 nak banner, bunting pun boleh :)

    ReplyDelete
  10. yey, akhirnya gambar harijadi raina dipost juga.

    =)

    majlis yang kalerful dan meriah.

    ReplyDelete
  11. ahha
    entry yang ditunggu
    meriah & colourful
    rasa frust x dpt datang
    make sure next year plan lagi eh nurul
    :p

    ReplyDelete
  12. ann ; jika ada rezeki lebih insyaAllah

    ReplyDelete
  13. kalaulah banting tu kat belakang rumah kid ni..
    malam sebelum majlis kid dah datang rewang tau.. :P

    alhamdulillah..
    majlis berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  14. gigih betul nurul..rajin ....kalau mun hurm entahlah tak terbuat kot..lagi satu mun tale kreatif sangat....

    *maaf yee sbb tak dpt join aritu

    ReplyDelete
  15. mane nk tgk cth paper beg smue..
    :)

    ReplyDelete
  16. congratz nurul coz berjaya melaksanakan birthday party raina dgn meriah sekali.rugi tak dtg huhuu

    ReplyDelete
  17. haha entry yg d tggu2 oley sy jugak, :p
    btw, simple ke nurul?
    na tgk meriahh je..
    syabas nurul, sbb hasil diy tuh,
    cantekk :)

    ReplyDelete
  18. wah rindu nak makan lucky cocoa ball tu... happy birthday raina =)

    ReplyDelete
  19. walaupun salah lens, gmbr tetap cantik:)

    ReplyDelete
  20. wowi beshnye nurul...

    untung anak dara sorang tu,

    ReplyDelete
  21. wah! beshnya!
    nanti eisya besar rajen tak i nak buat semua ni hahaha

    ReplyDelete
  22. salam...label air mineral tu kira mcmana yea klau nak tmph??

    ReplyDelete