Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 20, 2011

Ubat paling mujarab buat diri aku

Assalamualaikum,

Ikut hati, banyak sekali cerita yang ingin aku ceritakan. Aku mahu ceritakan tentang majlis makan-makan Raina tempoh hari, aku juga mahu ceritakan tentang birthday party Mya Myiesha iaitu salah seorang kawan Raina dan macam-macam lagi. Tapi sejak kat office langsung tak boleh access internet sejak Jumaat yang lepas, aku terus terbantut mahu menulis semua cerita-cerita tersebut. Jika di rumah, diri lebih rela melayan anak, mengemas rumah, berkomunikasi dengan suami dan sebagainya. Jadi masa untuk aku berblogging, update facebook dan sebagainya mungkin akan jarang dilakukan mulai sekarang ini.

Aku berperasaan begini bukan sebab tak boleh online di office semata-mata. Tapi aku agak patah hati oleh sebab hanya sebilangan kawan-kawan aku termasuk aku saja yang tidak boleh access internet. Aku rasa macam ada yang tidak kena saja. Aku memang paling tak suka diskriminasi berlaku. Serius. Dari dulu aku benci diskriminasi. Bila ini berlaku kat diri aku jadi aku harus berfikir jalan penyelesaian untuk keluar dari hal seperti ini. Aku berharap aku akan dapat kerja yang lebih sesuai dengan jiwa aku. InsyaAllah.

Sudah lama aku memikirkan keadaan ini. Bila aku baru mahu memulakan langkah, ini yang terjadi. Oh pity me huh? Tak mengapa sabar separuh dari iman. Dah banyak aku bersabar di sini. Selagi aku boleh sabar aku akan sabar.

Nasib baik ada penawar hati aku ini. Tentu saja anak aku. Terima kasih Raina kerana kamu menjadi penawar paling mujarab buat mama. Oh tiba-tiba saja air mata mahu keluar. Oh tidak elok menangis bukan? Ok lap air mata ini sebelum ianya menjadi lebih laju.

Untuk Raina, teruskan menjadi penawar buat mama di kala mama di rundung kegelisahan. Biar apa kata-kata orang tapi kamu tetap di hati mama. I love you Raina Evaqairina.

P/s : Ini auto entri. Kepada pembaca blog biasa-biasa ini, aku akan cuba juga berblogging dan blogwalking. InsyaAllah.


Raina Evaqairina

20 comments:

  1. Tiap kali tengok muka Raina mesti teringat dia kiss masa party tu. Sweet sgt.

    ReplyDelete
  2. sapa la yg keji sangat block internet ikut kroni tu??? ishhh...

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaaaaaaaaa...
    kenapa jadi macam tu..?!
    kami akan sentiasa menrindui kamu berdua..!!!!

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... :((

    ReplyDelete
  4. lor..yeke nurul..mun pon tak suka jugak diskriminasi nih...memang ubat paling mujarab adalah si comel kite kan..

    *kat opis mun nie banyak keje kosong...but mun tak tahu nurul bhgn ape...kalau nak cuba leh la....

    ReplyDelete
  5. sabo ye nurul..dugaan tue..

    p/s : comelnya raina =)

    ReplyDelete
  6. rambut raina sudah panjang. comei =)

    ReplyDelete
  7. raina si mata sepet.;)

    comel sgt.
    insyaAllah.mudah-mudahan raina akan jd anak yg solehah n patuh..nti raina da besar,da pandai mbaca,mesti dia menangis baca entry2 kak ni..;')

    ReplyDelete
  8. nape kak long? depa trace kak long salu blogging ke kat office? nway, kite pun penah kene kat office lama. depa trace kite blogging, siap kutuk2 boss lg. hahaha. then bwk masuk meeting terus point out kat kite di minta jgn berfb / blogging time office hour. hanya boleh buat time lunch hour sahaja. :)

    ReplyDelete
  9. gmbr raina masa birthday eh..
    comel..ngan tocang

    takpe lah nurul
    walau nurul jarang online smua tetap ingat kat nurul

    ReplyDelete
  10. cari keje lain lah nurul..ecehh ckp senang lah kan.kalo I ada company sendiri dh lama I hire u ekeke

    ReplyDelete
  11. yela nurul...anak pengubat segala pedih di jiwa!!

    miss my son damn much

    :(

    ReplyDelete
  12. kt ofis da tak blh buka tenet ke nurul?tweet?

    ReplyDelete
  13. fie : hehe dia suka buat mcm tu fie


    as : tahu tak pe kronik kan? hangin je


    kid : misyu kid


    mun : nak mun plis

    ReplyDelete
  14. ain ; tu la saba je la


    dak pink : a'ah rambut dia dah panjang :)


    fasya : insyaAllah

    ReplyDelete
  15. atiqah : tak tahu la sesetgh org je kena block. sedih sgt atiqah


    shimakamal : weeee :)


    dayu : a'ah dayu. hehe


    yun : mmg nak cari lain ni. wish me luck ye yun


    farah : kan? anak segala2nya

    maria : a'ah maria. tweetdeck je boleh

    ReplyDelete
  16. Anak memang boleh wat kita hilang stress!

    ReplyDelete
  17. hate diskriminasi, office politic..hate it.. pelan2 kayuh ye nurul.. take care

    ReplyDelete
  18. lip : betul2


    maya : tu la tgh berusaha ni


    nurul zia : masih cuba bersabar

    ReplyDelete