Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 13, 2011

Zaman kenakalan

Secara jujurnya dulu di zaman persekolahan, aku seorang yang nakal. Aku bukanlah tergolong dalam kategori pelajar yang sopan-santun, baik hati dan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Senang kata aku dulu adalah seorang pelajar yang suka enjoy.

Masih aku ingat lagi geng aku ada dalam 5,6 orang. Ketua dalam geng aku itu bernama Baiazah atau aku panggil dengan panggilan Azah saja. Seorang anak taukeh ayam yang terkenal di area Banting ketika itu. Boleh dikatakan geng kami ini sukakan barangan yang berjenama ketika itu.

Kami sukakan beg sekolah yang berjenama, kasut yang berjenama, jam yang berjenama senang kata semuanya nak ada jenama. Sebenarnya aku pun taklah pandai sangat hal perihal jenama yang entah apa-apa itu. Tapi dah disebabkan berkawan pun dengan anak taukeh ayam jadi aku selalu terikut-ikut rentak kawan aku itu.

Perkara paling teruk dan aku menyesal hingga kini adalah aku telah menghabiskan duit simpanan ASB yang ayah dan ibu kami simpankan untuk aku dulu. Serius aku menyesal hingga sekarang. Percaya atau tidak, ayah aku masukkan duit dalam akaun aku dan adik-adik aku seorang RM10K. Kebetulan ketika itu ada rezeki lebih ayah dan ibu aku. Tapi aku boleh habiskan hampir kesemua duit tersebut dalam diam ketika aku masih bersekolah di peringkat menengah. Sampailah perkara ini terbongkar ketika aku di UiTM dulu. Maafkan along ayah dan ibu.

Aku juga suka ponteng kelas. Perkara ponteng kelas ini sudah menjadi satu kebiasaan aku ketika itu. Aku selalu ponteng kelas pergi Klang atau lepak di Subang Parade. Aku bagitahu ibu aku yang aku ada kelas pendidikan jasmani jadi kena bawa baju sukan. Sedangkan dalam beg sekolah aku tu, aku bawa seluar jeans.

Apabila tiba subjek matematik dan prinsip akaun, aku dan kawan-kawan akan pakat ponteng kelas. Aku benci subjek matematik dan prinsip akaun. Dulu aku minat sastera. Nak sangat masuk kelas aliran sastera. Sebab aku suka baca novel. Tapi ibu aku tak bagi aku ambil aliran sastera. Sebab itu aku tercampak dalam kelas aliran prinsip akaun itu.

Benci.
Benci.
Benci.

Cikgu yang tak pernah nak senyum. Muka masam mencuka. Sorry cikgu. Aku lupa nama cikgu tu. Tapi yang pasti aku tak suka cikgu tu sebab muka dia masam tak suka senyum.

Beberapa kali juga kami kantoi dengan cikgu penolong kanan. Kami lari satu bangunan sekolah sebab tengah syok ponteng kelas, cikgu penolong kanan nampak kami. Jadi kami jadi pelari pecut berlari keliling bangunan dengan memakai baju kurung sekolah. Memang kelakar. Haha.

Aku juga dulu pergi sekolah tidak suka pakai stokin. Aku cuma pakai kasut sekolah saja. Jadi bila cikgu perasan aku dan geng aku tak pakai stokin, kaki kami akan di rotan. Tapi aku tak pernah serik pun. Rotanlah berapa kali pun. Aku tetap tak akan pakai stokin pergi sekolah kecuali hari Isnin. Sebab hari Isnin ada perhimpunan sekolah kan?

Kalau nak tahu, adik aku atau dikenali Ummie Ngah Raina adalah seorang pengawas ketika di sekolah dulu. Adik aku nie memang dah tahu perangai kakak dia ini. Jadi tiap kali ada pemeriksaan secara spontan di setiap kelas atau di perhimpunan pada setiap hari Isnin itu, adik aku akan lepaskan aku w/pun aku ada buat salah. Tak adil bukan?

Aku nakal tapi taklah sampai bergaduh-gaduh. Orang cari gaduh dengan aku adalah. Tapi aku tak suka cari gaduh dengan orang. Aku rasa dulu aku nakal sebab pengaruh dari kawan-kawan satu kelas. Mungkin.

Sampailah satu tahap, masa tu lagi beberapa bulan nak SPM, baru aku tersedar yang aku perlu belajar bersungguh-sungguh. Masa tu aku dah gelabah ayam sebab banyak bab contohnya subjek matematik dan prinsip akaun yang aku tak cover. Terus berpeluh satu badan.

Eh macam mana nie?
Nak baca yang mana dulu?
Alamak aku tak minat subjek kira-kira.
Macam mana nak hafal formula?
Gelabah sampai tak tidur malam.

Sampai satu tahap cikgu yang mengajar subjek matematik itu mahu pergi mengerjakan haji, dia terus jumpa aku dan geng aku nasihat macam-macam. Terus kami minta maaf dan minta cikgu tersebut doakan yang terbaik untuk SPM kami.

Alhamdulilah. Aku bersyukur doa cikgu aku itu dimakbulkan. Aku mendapat pangkat satu dengan aggregat yang memberangsangkan. Percaya atau tidak? Pelajar yang nakal ini berjaya dalam SPM. Ramai cikgu kat sekolah aku tak percaya apabila melihat keputusan aku itu. Berkat doa ayah dan ibu aku, cikgu aku dan juga usaha aku.

Aku cuma berharap anak aku tak ikut perangai kenakalan aku ini. Cukuplah aku seorang saja yang nakal dulu. Aku sudah puas kena rotan kat kaki sebab tak suka pakai stokin dan kena rotan kat tapak tangan sebab suka ponteng kelas. Harap anak aku jadi pelajar yang baik-baik saja bila besar nanti. InsyaAllah.

Alhamdulilah akhirnya aku berjaya jejakkan kaki ke menara gading. Itu antara impian ayah dan ibu aku terhadap anak-anak mereka. Aku dan adik-adik aku sudah buktikan.

Syukur.

23 comments:

  1. wow nurul....tak percaya tau mun bc kisah nie...biar betik nurul mcm tue??
    mun pengawas tau masa skolah dulu....dari sek en ke sek menegah jadik pengawas..except masa form 3...sbb mx tue mun xcident so nak tumpu pada examlah ..konon-kononlah kan

    ReplyDelete
  2. hahaha..owh..nakal ek..
    sama la..memang jenis nakal kat sekolah walaupun nampak sopan sebaba pengaruh kawana-kawan sebaya..tapi belajar dari pengalaman..mintak2 tak tumpah kuah ke nasi..

    bia anak lagi pandai dari kita kan..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    zaman lampau takkan sampai bila pun kita bley lupa...
    Siapa kita, mcmana kita...
    itu memori kan?
    yg buat kita senyum sensorang pun ye!

    ReplyDelete
  4. mun : percayalah mun. daku mmg nakal dulu. haha. wow mun bagusnya jadi pengawas sekolah :)

    ReplyDelete
  5. ayu : hrp2 anak lebh baik dari kita dulu2


    sya : tu la boleh buat kita tersenyum sorang2

    ReplyDelete
  6. huhuh..nakal nurul zaman sek. dulu ek?

    kite ok je mase kt sek. dulu. kire bdk baik jugak la =p

    hrp naurah ikot jejak ibu yer..hihi =D tp kasi up sket lagi bab belajar tue. hahaha

    ReplyDelete
  7. waaaaa 10k tuhh..
    sayangnye//tsk tsk :|

    ReplyDelete
  8. kalau kita masa sekolah tak nakal tentu bosan..
    sebab takda modal nak ceritakan pada anak supaya jangan nakal masa sekolah..

    macam umie aiesya tulis tu..
    memori macam tu akan membuatkan kita tersenyum sensorang..

    ReplyDelete
  9. hihihihi
    wah nakal benor anak pak jamian ni ye..
    ala nurul, kalau xbuat mcm tu xde pulak entry ni terhasil..hahaha
    kita mesti ade benda yg nk kene jadikan sejarah..kui2

    ReplyDelete
  10. ena : wahhh kau ena. bagus2


    na : tu la dulu tak tahu sayang dulu beli apa tah habis mcm tu je duit tu. menyesal sgt lah



    lip : yeha :)


    kid : betul gak tu cuma hrp anak tak ikut jejak langkah ku yang nakal itu


    aziyana : yeah sejarah tu. belajar dari pengalaman

    ReplyDelete
  11. wow habiskan rm10k...hebat2..nurul beli ape nurul..hehe

    ReplyDelete
  12. maria : entahlah maria nurul beli macam2 belanja kawan tgk2 dah abis duit tu

    ReplyDelete
  13. samer:) sep!

    tapi mase SPM saye dh takde pangkat2;p
    keptusan takdelah walah sangat tapi boleh la nak buat mak abah senyum;p

    ReplyDelete
  14. shima : buat mak abah senyum dah Alhamdulilah kan? :)

    ReplyDelete
  15. mcm tak percaya je nurul nakal.tp tulahh faktorp engaruh kwn kan.dh la kwn tu ank tokey ayam..ishh mmg dia xde hal nye lah nk beli brg2 branded.

    ReplyDelete
  16. yun : tu la pasalnya yun. pengaruh kwn kot

    ReplyDelete
  17. hehe..bila teringat zaman kenakalan kita dulu jadi fobiakan kalo anak terikut? insyaallah, berkat doa kita mesti anak kita jadi org baik2 =)

    ReplyDelete
  18. nurul nakal ke? hihihi. yg penting sekarang tak nakal dah kan. hehehee.

    ReplyDelete
  19. afni : hrp2 anak tak ikut jejak langkah yg bukan2 InsyaAllah :)


    fad : ye betul. skrg dah bak dah. hehe :)


    nurul zia : eh ye ke? hehe :) thanks :)

    ReplyDelete
  20. haha thn atas,bawah & thn k.nurul mmng ramai pempuan ala2 gangster..port ponteng kt sekolah antara kt surau n bilik Haji rase2nye lah...klu de netball sure gaduh ngan bdak netball sekolah lain kan...masuk je thn zura ala2 tu dh lenyap rase masuk bdak 3thn bawah zura baru wujud lg ala2 ni...

    ReplyDelete
  21. Hehe hai kak Nurul! First time saye comment ni (sbb baru jumpe blog kak Nurul). Hmm same la kite zmn SPM dulu. lepas trial, baru start study utk SPM, tu pun slalu malas2 jugak. Nasib baik result ok hee

    ReplyDelete