Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, May 4, 2011

Belajar bersabar

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari sikap tidak boleh bersabar. Memang agak payah mahu belajar bersabar. Lagi-lagi jiwa muda. Orang tua kata darah muda selalunya dikaitkan dengan mudah sangat mahu melenting. Pantang di usik atau di tegur tak kena tempat mesti kita akan melenting bukan?

Begitu juga dengan aku. Tak lari dari sikap mahu melenting. Dulu aku kuat melenting. Kadang-kadang benda tu kecil saja tapi aku boleh melenting. Sampai sekarang pun aku mudah melenting. Cuma taklah sekerap dulu. Mungkin jiwa seorang mak terhadap anak itu sudah menyerap dalam tubuh aku. Secara perlahan-lahan aku cuba belajar bersabar.

Tapi apabila belajar bersabar, aku selalunya akan cuba mendiamkan diri. Aku tak banyak bercakap. Jika dalam keadaan marah pun aku akan duduk senyap tak berkata apa-apa. Kerana bila aku sudah mula bersuara untuk mengawal kemarahan, aku akan jadi seperti halilintar.




Mungkin.




Jadi, aku rasa baik aku diam diri tak kata apa-apa. Bila sudah cool baru aku akan cuba gelak, ketawa, senyum, mula bercakap walaupun jauh di sudut hati aku terasa pedih sampai ke ulu hati. Tapi selalunya aku nie cepat cool. Cuma aku selalunya akan cuba belajar dari kesilapan.

Contohnya, jika ada antara rakan di office buat sesuatu yang aku marah. Aku akan diam diri dulu. Aku duduk di meja kerja aku setempat tanpa berkata apa-apa pun. Sampai ada orang tanya.


'Nurul, you ok ke?'



Hah masa nie aku mulalah akan menahan air mata. Aku nie jenis peleleh tau. Sikit-sikit nak meleleh. Itu ibu aku cakap. Saiful pun cakap aku macam tu. Mudah sangat nak menangis. Selalunya aku akan menahan air mata aku ketika aku mahu sembur semua yang aku tak puas hati.




Bla bla bla bla bla bla........




Pernah aku baling dokumen apa entah kat atas meja sebab aku marahkan seorang dua rakan di office. Aku sembur cakap apa yang aku tak puas hati sambil menahan keluar air mata. Tapi lama-lama air mata tu akan keluar juga. Cuma aku control jika berada di depan orang. Tengok meleleh lagi. Aku memang peleleh orangnya. Alahai. Bila semuanya aku dah keluarkan apa yang aku tak puas hati, aku rasa ringan sangat. Lega satu macam. Selepas itu adalah seorang dua rakan office cuba selesaikan masalah yang terjadi.

Jadi jangan ingat aku ini nampak pendiam tak boleh bertukar menjadi Hulk. Aku tak kiralah itu dokumen penting atau tidak. Kalau aku dah bertukar jadi Hulk semuanya aku campak.

Begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Selalunya apa-apa perkara atau benda yang aku tak puas hati dalam perhubungan suami isteri, aku akan diam diri dahulu. Kemudian bila tiba masa yang sesuai baru aku luahkan. Mahu berkomunikasi dengan suami, kita kena cari masa yang sesuai. Baru mudah untuk kita bincangkan sesuatu perkara bukan?

Atau jalan paling selamat, aku sms saja Saiful. Lebih mudah. Sebab bila aku dalam keadaan marah, aku agak payah mahu berkomunikasi dalam keadaan yang selesa mengikut rentak hati. Jadi baik aku diam diri dulu. Kemudian aku bantai tidur. Esok pagi bangun tidur siap-siap seperti biasa pergi kerja. Dan sampai office baru aku akan sms Saiful. Dalam sms lah selalunya aku luahkan semuanya. Haha.

Selalunya cara begini lebih ok dan berkesan mengawal kemarahan dan belajar bersabar. Sebab masing-masing pun dah cool. Jadi sesuatu perkara pun boleh diselesaikan dengan mudah.

Sebenarnya cara itu aku dah lama amalkan sejak dari zaman aku bertunang lagi. Jadi bila dah berkahwin ini, cara yang sama juga aku buat. Entahlah. Bagi aku cara begini lebih mudah untuk mengajar aku lebih bersabar dan mengawal kemarahan.

Aku Cuma berharap, lepas ini aku akan lebih banyak lagi belajar bersabar. Lebih-lebih lagi bersabar terhadap kerenah anak yang sedang melasak. Aku rasa sejak ada anak ini, aku banyak sangat belajar apa itu erti kesabaran.

InsyaAllah kesabaran itu separuh dari keimanan kita.

27 comments:

  1. samalah kak. peleleh berjaya. benda kecik pun meleleh. haiyak

    ReplyDelete
  2. fad pun peleleh juga. kalau marah gila nangis, tak reti nak maki jerit2. dgn suami pun biase kalau marah diam je. xpuas hati sgt sms, chat, bbm atau email. ckp direct tak boleh.

    ReplyDelete
  3. fad : eh sama lah kita fad cuma nurul tak pakai bb je so tak leh bbm. hehe so sms kdg2 tu tulis note. hehe

    ReplyDelete
  4. ala bak kata kumpulan jambu tu..
    muka legend tapi hati cute..
    hahahahahaha..

    lebih kurang sama jugalah dgn kid..
    akan bersms kalau nak luah perasaan marah tu..
    lepas tu menangis lebih..
    kid ni orangnya gembeng.. :P

    ReplyDelete
  5. Samlah dgn Fie, mula2 tahan tapi bila ada org tanya 'Ok ke?' terus meleleh air mata laju2..huhu

    ReplyDelete
  6. klau nak hambur laki tips nya kena bagi dia cukup makan,lepas mandi, rehat2..hahaha...masa tu mmg ko menang! hahaha

    ReplyDelete
  7. macam serupe je kita ni nurul....
    tapi betul nurul cakap...anak ni wat kite blajar untuk bersabar...seboleh mgkinn tahan perasaan marah tu kan...
    bab peleleh tu pon same...kadang2 mar ni tak de sebab pon leh meleleh tibe2...heheh

    ReplyDelete
  8. yup mun setuju dengan nurul...mun pon kalau marah better berdiam diri jek..kang kalau bersuara hah mmg macam halilintar....kalau dengan suami pulak mun lebih suka sms..sbb kalau nak ckp tak tercakap kot...hehehe

    ReplyDelete
  9. ehh..ramai upenya y klu marah guna cara sms, x reti direct!!igt kita je y ada masalah guna cara cam ni..:)

    ReplyDelete
  10. huhuhu..
    bila marah mesti meleh air mata,
    kenapa kan?
    Sebab marah sgt kan, sya pun mcm tu,
    sampai berketap2 mulut ni ha kalau tahan marah.

    ReplyDelete
  11. kitorang cakap..cengeng ;)
    zuris pemarah dan keras hati juga.tp bila bab2 family,jadi cengeng.
    dengan orang lain,tak.
    memanglah anak nie banyak ajar kita menjadi seorang penyabar
    :)

    ReplyDelete
  12. qah kalau tak puas hati mmg tak reti nak tunjuk.. erm,..pendam je tahan je.. tu yg tak tahan.. selalu kalu kat opis nie err turun ke surau tidur or bc quran je.. erm.. mmg tak bole elak kan.. ade je buat kita marah.. kena kawal sendirian berhad..

    ReplyDelete
  13. miracle! insyallah.. hati seorang ibu tue mmg lembut kak. anak2 yg byk mengajar kita tentang sabar dan kawal marah.. =)

    ReplyDelete
  14. saya peleleh jugak..*nak jugak tu..hehe..tapi mesti tak leleh depan orang..kalo nak marah..mesti menggigil dulu..muka panas..telinga panas..dah let it out baru la leleh.......

    ReplyDelete
  15. sama dengan. saya mudah menangis dan kalau tak kena gaya yang mengamarahkan memang senang nak melenting.
    akan tetapi, sejak 2 bulan setengah jadi emak, saya berubah sikit menjadi penyabar. pelik jugak. tapi betul kot. kalau marah sekarang, tarik nafas dalam2 aje. tengok muka anak, boleh lupa amarah tadi.
    :)
    anak kuat meragam pun i boleh sabar gila. kalau anak orang lainnnn heheh

    ReplyDelete
  16. betul2, na mude2 dlu ngn skrg dah bergelar ibu ni,
    mcm byk brubah bab kesabaran ni,
    cume kdang2 ank tu la menguji kesabaran,
    kdang2 smpai semput nk control sabar, hahaha

    ReplyDelete
  17. tue la..ape2 pun kite kene sabar kan? =)

    ReplyDelete
  18. peleleh?
    sama lah kita nurul

    kalo kita marah
    and kita rasa nk pukul
    tp tak bleh pukul kan

    kita nangis

    tengok tv nangis
    tengok berita nangis
    huhuhu

    ReplyDelete
  19. sabar nie selalunya makin menipis...kenapalah tak makin menebal kan?? arghhhhhhhhhh!!!

    ReplyDelete
  20. kid : eh eh samalah kita ye


    fie : kan? selalu mcm tu


    as : eh mcm tu ye?

    ReplyDelete
  21. mar : mcm tiba2 nak melelh kan? hehe



    mun : guna sms lebih mudah kan


    farhana :un guna cara yg sama ye



    sya : ketap bibir sbb tahan marah

    ReplyDelete
  22. zuris : cengeng tu sama mcm peleleh kan


    qah : bagusnya qah nie tau


    asna ; betul tu Asna



    ayu : betul tu mengigil tahan marah kan




    ederq : anak mengajar kita jadi penyabar



    na : mika yg ajar na bersabar kan? anak itu mengubah sikap kita kan



    ain : yeha true



    ween : tgk cerita sedih pun boleh nangis kan




    julia : harap makin menabal kan Jue

    ReplyDelete
  23. kadang kadang diam tu lebih bagus dari lepaskan.sebab kalau dilepaskan,takut hati orang tu terguris.lepas tu,time nak lepaskan tu jugak la mula la nak nangis.

    rupanya ramai jugak yang sama macam ni ye?suka tahan tahankan je rasa marah ni..

    ReplyDelete
  24. Suka sms suami jugak if ada yg xkena..ske ckp dpn2..hahaha.mcm bercinta je.

    ReplyDelete
  25. hehe. same to me. kurang sabar. hopefully day by day sifat kurang sabar tu hilang sikit demi sikit. kita kalau marah chat/sms/bebel. haha. geram punya fasal!

    ReplyDelete
  26. hasnidar : setuju dgn kata2 kamu hasnidar



    lip : sama ye? hehe :)



    shinnaz : mudah-mudahan shinnaz

    ReplyDelete